Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan



Semakan Sesi Temuduga Jawatan-Jawatan Separa Perubatan adalah seperti berikut:

Sabah (19hb Okt - 6hb Nov 2015)
[+] Semak di sini

Sarawak (26hb Okt - 6hb Nov 2015)
[+] Semak di sini

Semenanjung (25hb-30hb Oktober 2015)
[+] Semak di sini


Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan
Berikut Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan yang mungkin ditanya:
1. Sila perkenalkan diri anda calon separa perubatan.
2. Apakah bidang ko-kurikulum yang anda sertai semasa di sekolah dahulu?
3. Mengapa anda berminat nak menceburi latihan separa perubatan?
4. Adakah anda layak menceburi bidang latihan separa perubatan?
5. Apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk menjawat latihan separa perubatan?
6. Bagaimana anda hendak menyesuaikan diri apabila berhadapan dengan pesakit yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia?
7. Sebutkan bidang-bidang latihan separa perubatan yang kamu tahu.
8. Berikan sekurang-kurangnya 5 nama kolej latihan separa perubatan yang anda tahu.
9. Berikan perbezaan di antara klinik dan hospital.
10. Terangkan apa yang anda faham mengenai Klinik 1 Malaysia?

Kriteria pemilihan calon:


  1. Kelulusan akademik dan intelek - Dinilai berdasarkan kepada bidang Latihan Separa Perubatan yang anda pilih. Jika anda memilih Latihan Jururawat, maka anda akan ditanyakan soalan yang berkaitan dengan jawatan Jururawat.
  2. Pengetahuan dan minat - Pengetahuan dan minat biasanya tentang Latihan Separa Perubatan terutamanya bidang latihan yang dipilih dan pengetahuan tentang kerjaya dalam bidang latihan yang dipilih. Jika anda memilih Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, maka soalan yang bakal ditanya berkait rapat dengan jawatan tersebut.
  3. Pengetahuan Am - Pengetahuan berkaitan isu-isu semasa umum dalam dan luar negara, pengetahuan berkaitan isu semasa berkaitan kesihatan dan perubatan. 
  4. Sikap dan perwatakan - Cara berpakaian, disiplin, tingkah laku, keyakinan, kematangan diri, ketabahan dan kemesraan akan turut dinilai.
  5. Kecerdasan dan kefasihan - Menjawab soalan dengan lancar dan yakin.

Untuk panduan dan tips temuduga Separa Perubatan yang lebih terperinci, anda boleh klik Panduan Temuduga Separa Perubatan.

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

SMART WALLET

Untuk mendapatkan SMART WALLET yang menawan ini. WhatsApp "SMART WALLET" ke: 0139790000

lihat tawaran lebih lanjut

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran

Ingin Kurangkan Bil Elektrik?

Jika bil elektrik anda tinggi setiap bulan, apa kata cuba pasang alat penjimat elektrik di rumah anda. Promosi terkini hanya RM60 poslaju percuma. WhatsApp / Telegram "JIMAT ELEKTRIK" ke: 0139790000