Sabtu, Januari 30, 2016

11 Intipati Pengubahsuaian Bajet 2016



Berikut ialah 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Khamis.

Langkah-langkah ini dijangka menjimatkan kerajaan sehingga RM9 bilion dalam perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Langkah pertama: Pengurangan potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerja sebanyak tiga peratus mulai Mac ini sehingga Disember 2017, walau bagaimanapun caruman majikan dikekalkan. Langkah ini dijangka meningkatkan perbelanjaan penggunaan swasta sehingga RM8 bilion setahun. 

Langkah kedua: Pelepasan khas cukai sebanyak RM2,000 diberikan kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah untuk tahun taksiran 2015.Walaupun kerajaan hilang hasil sebanyak RM350 juta, langkah ini memberi penjimatan bayaran cukai kepada individu sehingga RM475 seorang dan memanfaatkan dua juta pembayar cukai. 

Langkah ketiga: Mengurangkan kos harga barang keperluan harian rakyat melalui enam tindakan iaitu:
* Liberalisasi kawalan kuota import atau AP bagi lapan produk pertanian terpilih untuk tempoh sementara bagi memastikan bekalan yang konsisten. 
* Fama akan membuka pasar belian terus hasil pertanian atau MyFarm Outlet yang menjual barang makanan seperti ikan, ayam, daging, sayuran dan buah-buahan dengan harga jualan lima hingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.
Outlet pertama akan dibuka di Presint 7, Putrajaya pada Mac dan akan diperluaskan ke 10 lokasi di seluruh negara tahun ini. 
* Jumlah Kedai Harga Patut akan ditingkatkan daripada 640 buah kedai kepada 1,000 buah. 
* Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan tingkatkan penguatkuasaan serta mengambil tindakan ke atas peniaga-peniaga yang tidak beretika dan mengambil keuntungan berlipat ganda. 
* Tambahan tunai sebanyak RM50 bagi setiap satu tan metrik padi bersih sebagai insentif input pengeluaran padi. 
* Setiap keluarga miskin tegar yang berdaftar dibekalkan dengan 20 kilogram beras setiap bulan sehingga Disember 2016 menerusi program MyBeras yang bertujuan mengurangkan bebanan hidup keluarga miskin.

Langkah keempat: Menguatkuasakan peraturan penjualan rumah berharga sehingga RM300,000 terhad kepada pembeli rumah pertama sahaja dengan serta-merta. Untuk projek Perumahan Rakyat yang berharga RM35,000, Bank Simpanan Nasional dan Bank Rakyat menawarkan pakej pembiayaan pada kadar empat peratus dengan dana berjumlah RM400 juta mulai 1 Mac ini, yang akan memanfaatkan lebih 10,000 pemilik rumah. 
Lebih 100,000 unit rumah pula akan ditawarkan di bawah program Jelajah Ekspo Pemilikan Rumah Bersepadu oleh Jabatan Perumahan Negara, Syarikat Perumahan Negara Berhad, Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia, agensi negeri dan sektor swasta. 

Langkah kelima: Sumbangan 30 peratus daripada levi Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) atau lebih dikenali sebagai levi HDRF berjumlah RM200 juta akan disediakan untuk meningkatkan kompetensi dan kemahiran menerusi inisiatif 'reskill' dan 'upskill' termasuk pekerja yang telah diberhentikan. 

Langkah keenam: Bagi meningkatkan jumlah dan kecekapan kutipan hasil, sebanyak enam langkah akan diambil iaitu:
* menggandakan usaha pematuhan dan pengauditan terhadap pengelak cukai 
* Melonggarkan penalti kepada pembayar cukai bagi menggalakan pembayar cukai tampil melaporkan pendapatan tahun ke belakang sebelum 31 Disember ini. 
* Penstrukturan semula saluran jualan rokok dan minuman keras di Pulau Bebas Cukai dengan mengehadkan hanya kepada kedai-kedai bebas cukai yang dilesenkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), yang akan mengurangkan kehilangan hasil hampir RM1 bilion. 
* Mengetatkan pengecualian cukai kenderaan import di Pulau Bebas Cukai, namun langkah penstrukturan semula jualan rokok, minuman keras serta kenderaan tidak akan melibatkan penduduk tempatan dan pelancong di pulau tersebut. 
* Mengoptimakan pendapatan daripada spektrum telekomunikasi melalui agihan semula dan proses bidaan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
* Membangunkan beberapa kawasan strategik milik kerajaan melalui proses bidaan bagi merancakkan lagi kegiatan ekonomi.

Langkah ketujuh: Memperkemas sistem pengurusan pekerja asing dengan kadar levi akan diklusterkan kepada dua kategori sahaja, dan ini tidak termasuk kategori pembantu rumah asing.Selain melaksanakan Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) untuk memberi peluang kepada Pati yang bekerja secara haram di negara ini diberikan permit kerja yang sah. Ini adalah bagi memenuhi permintaan industri dan pemantaun keselamatan. 

Langkah kelapan: Merasionalisasi pemberian geran Tabung Amanah Kerajaan, Badan Berkanun Persekutuan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta menyusun semula entiti merangkumi Company Limited By Guarantee dan badan berkanun.

Langkah kesembilan: Fokus perbelanjaan pembangunan diberi kepada projek yang memberi kepentingan kepada rakyat, kesan berganda tinggi, kandungan import rendah dengan projek fizikal seperti rumah mampu milik, hospital, sekolah, jalan raya dan pengangkutan awam serta keselamatan diutamakan. Pelaksanaan projek bukan fizikal dan projek yang masih di peringkat kajian akan dijadual semula dan langkah ini dijangka melibatkan pengurangan komitmen aliran tunai sehingga RM5 bilion, dan tidak menjejaskan ekonomi rakyat. 

Langkah ke-10: Institusi kewangan pembangunan (DFI) dan dana modal teroka (VC) milik kerajaan akan menambah dana pembiayaan mereka sebanyak RM6 bilion dalam menyediakan pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat permulaan.

Langkah ke-11: Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta disaran melaksanakan inisiatif mengurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan dan golongan pekerja secara berperingkat dan akan dipantau oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU). 

- Bernama

Rabu, Januari 27, 2016

BR1M 2016 dibayar mulai 28 Jan 2016



Pembayaran pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun ini akan dibuat mulai 28 Januari 2016 (Khamis). Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing.

Bagi mereka yang tidak mengemukakan maklumat akaun bank, baucar BR1M akan diedarkan kepada penerima dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Husni berkata, pemberian BR1M bagi kategori isi rumah akan diagihkan dalam empat peringkat pada tahun ini iaitu pada 28 Januari, 28 April, 23 Jun dan 28 September. Peserta e-Kasih yang berpendapatan RM1,000 ke bawah akan menerima BR1M sebanyak RM1,050, isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah sebanyak RM1,000 dan isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 sebanyak RM800, manakala individu sebanyak RM400.

Beliau berkata, bagi Skim Khairat Kematian (SKK), bantuan sebanyak RM1,000 akan diberi kepada waris penerima BR1M di bawah kategori isi rumah dan warga emas. Tuntutan SKK boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN dengan mengemukakan dokumen kematian yang sah dan kad pengenalan asal waris. Hanya waris yang dinamakan dalam borang saja yang layak untuk menuntut SKK.

Bagi penerima yang belum mengemas kini maklumat waris, pengemaskinian boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhampiran," katanya. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta e-mel kepada br1m@treasury.gov.my


Apa Itu Virus Zika?




Virus  Zika yang disebabkan oleh nyamuk Aedes merebak di sebahagian Amerika Latin dan Caribbean telah menimbulkan kebimbangan malah ia dikatakan penyebab bayi yang dilahirkan berkepala kecil di Brazil dan berkemungkinan turut menyebabkan beberapa isu kesihatan yang lain.

Memetik laporan AP, virus Zika (ZEE-ka) ditemui kali pertama pada monyet di Uganda pada tahun 1947. Namanya diambil dari sebuah hutan Zika iaitu lokasi virus itu ditemui.

Ia berasal terutamanya dari tropika Afrika dengan wabak di Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik dan muncul di Brazil tahun lalu dan sejak itu telah dilihat di banyak negara-negara Amerika Latin dan kepulauan Caribbean.

Virus Zika disebarkan melalui gigitan dari nyamuk dari jenis yang sama yang menyebarkan penyakit tropika yang lain seperti demam denggi, chikungunya dan demam kuning.

Ia bagaimanapun masih tidak diketahui sama ada ia merebak dari individu ke individu yang lain.

Pengkaji sedang mengkaji kemungkinan virus tersebut boleh dijangkiti melalui seks.

Ia ditemui di dalam air mani seorang lelaki di Tahiti dan terdapat satu lagi laporan mengenai kemungkinan penyebaran virus melalui hubungan seks.

Pertubuhan Kesihatan Dunia berkata, virus Zika cepat merebak di Amerika kerana ia adalah sesuatu yang baru di rantau itu.

Orang ramai masih tidak kebal (imun) kepada virus itu dan nyamuk Aedes aegypti (Aedes) ada dimana sahaja termasuklah sepanjang selatan Amerika Syarikat.

Hanya Kanada dan Chile yang tidak mempunyai nyamuk jenis ini.

SIMPTOM

Pakar berpendapat, orang yang dijangkiti virus Zika ini tidak jatuh sakit. Biasanya mereka hanya mengalami gejala ringgan seperti deman, ruam, sakit sendi dan mata merah yang hanya untuk tidak kurang dari seminggu.

Tiada ubat yang khusus dan tiada vaksin yang dibangunkan untuk itu yang berlaku untuk beberapa penyakit tropika lain yang menyebabkan wabak berkala.

APA YANG MENJADI KEBIMBANGAN SEKARANG

Di Brazil, ada bukti yang mengaitkan virus Zika yang menjangkiti wanita hamil akan menyebabkan kecacatan kelahiran yang dipanggil microcephaly di mana kepala bayi yang baru lahir adalah lebih kecil daripada biasa dan otak bayi mungkin tidak berkembang dengan baik.

Pegawai kesihatan Brazil Oktober lalu menyedari peningkatan yang mendadak dalam kes-kes microcephaly seiring dengan wabak Zika itu.

Bagaimanapun kaitan virus Zika masih dalam siasatan dan pegawai maklum bahawa banyak sebab keadaan tu. Hampir 4,000 kes yang berkemungkinan mempunyai kaitan.

Sementara itu, doktor juga mengambil perhatian kepada peningkatan laporan terhadap penyakit keadaan saraf yang dipanggil Guillain-Barre (gee-YAHN'-bah-RAY) yang boleh menyebabkan lumpuh.

Namun  kaitan penyakit itu kepada virus Zika masih tidak jelas.

ADAKAH JANGKITAN DAPAT DIHENTIKAN

Individu boleh melindungi diri mereka daripada gigitan nyamuk dengan menggunakan penghalau serangga dan memakai baju serta seluar lengan panjang terutama pada waktu siang, apabila nyamuk cenderung untuk menjadi yang paling aktif.

Pegawai kesihatan berkata, menghapuskan tempat pembiakan dan mengawal populasi nyamuk boleh membantu mencegah penyebaran virus.

NASIHAT PERJALANAN

Pegawai kesihatan AS mengesyorkan bahawa wanita hamil perlu mengambil kira untuk menangguhkan perjalanan ke 22 destinasi di Amerika Latin iaitu Bolivia, Brazil, Colombia, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guatemala, Guyana, Honduras, Mexico, Panama, Paraguay, Suriname dan Venezuela. Di Caribbean: Barbados, Guadeloupe, Haiti, Martinique, St. Martin dan Puerto Rico, Cape Verde, di luar pantai barat Afrika dan Samoa di Pasifik Selatan.

Di Brazil, kebanyakan ibu yang mempunyai bayi microcephaly telah dijangkiti semasa trimester yang pertama tetapi terdapat beberapa bukti kecacatan kelahiran boleh berlaku di peringkat akhir kehamilan. Amaran perjalanan dikeluarkan kepada wanita di semua peringkat kehamilan.

- Sinar Harian

Isnin, Januari 25, 2016

Keputusan Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-30



Lagu Potret ciptaan Hang Nadim dan Kamar Empayar dendangan penyanyi Akim & The Majistret membolot trofi berprestij, Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-30 yang disiarkan secara langsung dari Stadium Malawati, Shah Alam pada 24 Jan 2016 malam.

Lagu berkenaan meraih trofi dan hadiah wang tunai RM50,000. Lagu itu turut diumumkan sebagai pemenang kategori Persembahan Terbaik, sekali gus memenangi trofi dan RM12,000. AJL30 yang dipancarkan Pamoga Qu Puteh turut menyaksikan lagu Assalamualaikum ciptaan bersama Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong dan Audi Mok yang didendangkan Faizal Tahir sendiri meraih tempat kedua, sekali gus menerima hadiah wang tunai RM35,000.

Tempat ketiga dimenangi lagu Hanya Namamu ciptaan Edry Abdul Halim yang dipersembahkan Caliph Buskers menerima hadiah wang tunai RM20,000.

Kategori Vokal Terbaik menyaksikan Dayang Nurfaizah mengulangi sejarah AJL tahun lalu yang mendendangkan lagu Tak Pernah Menyerah ciptaan Akid dan Poji Samad menjulang trofi yang menjadi idaman ramai penyanyi itu. Dayang membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000. AJL30 membawa tema Tiga Dekad Mencipta Fenomena dengan menterjemahkan elemen kegemilangan dan kemeriahan sepanjang sejarah tiga dekad acara itu.

Dikendalikan dua penyampai radio Hot FM iaitu Fara Fauzana dan AG, malam kemuncak AJL30 disemarakkan dengan persembahan istimewa karya yang pernah diangkat sebagai Juara Lagu. Persembahan pembukaan dimulakan penyanyi No 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza; Datuk Jamal Abdillah dan Yasin dengan tema irama Malaysia.

Mereka mendendangkan lagu Cindai yang menjuarai AJL 1998, Ghazal Untuk Rabiah (AJL 1997) dan Mimpi Laila (AJL 2001).

Pentas AJL30 juga dihangatkan dengan persembahan Hafiz Suip dan Jaclyn Victor yang mengalunkan rangkaian karya Juara Lagu genre balada seperti Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu (AJL 1988), Gemilang (AJL 2005) dan Awan Nano (AJL 2011).

Persembahan bertemakan 'rockestra' sebelum keputusan AJL 30 diumumkan turut mendapat sambutan penonton. Rahmad Mega dan Azlan Typewriter mendendangkan lagu Takdir dan Waktu (AJL 1991), Relaku Pujuk (AJL 2004) dan Lagu Untukmu (AJL 2008). Pada edisi terbaharu AJL, Anugerah Qu Puteh Diva turut diperkenalkan bagi menghargai semua 29 lagu yang pernah memenangi trofi Juara Lagu melalui undian peminat pada laman web rasmi AJL30.

Lagu Cindai dendangan Datuk Siti Nurhaliza menewaskan empat finalis lain iaitu Jerat Percintaan, Menaruh Harapan, Isabella dan Lagu Untukmu. AJL30 terbitan TV3 boleh diakses dan ditonton melalui portal Tonton; laman web rasmi www.anugerahjuaralagu.com dan radio Hot FM.

Sumber : BH



Jumaat, Januari 22, 2016

Nasihat Perkahwinan Untuk Pasangan Muda

Oleh Hisham Sharif
https://www.facebook.com/hisham.sharif

Melihat tingginya kadar perceraian dikalangan pasangan yang baru berkahwin, rasa amat gerun dan sedih. Ikatan perkahwinan seolah satu permainan, seolah nikah cerai ini benda yang boleh dibuat main-main, apatah bila bercerai atas sebab-sebab yang amat remeh.

Ketahuilah, dalam banyak keadaan, perceraian tidak akan menyelesaikan masalah, bahkan akan menambah lagi masalah, tambah-tambah jika telah mempunyai anak, kesannya bakal berlanjutan puluhan tahun, bahkan mungkin memakan generasi.

Ada lima perkara yang saya ingin kongsikan berkenaan perkahwinan, terutamanya buat pasangan muda. Bukan kerana rumahtangga saya yang terbaik, tapi atas dasar nasihat menasihati agar kita semua menjadi lebih baik.

Pertamanya, rancang kewangan dengan cermat, sebelum dan selepas perkahwinan, kerana terlalu banyak pasangan yang bercerai kerana masalah ini. Elakkan berbelanja terlalu besar untuk majlis perkahwinan. Bawa berbincang dengan ibu bapa tentang hantaran dan kenduri kendara, tambah-tambah dalam kegawatan ekonomi pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang.

Sederhana adalah kunci bahagia.

Selepas berkahwin, hiduplah seadanya. Tidak mengapa jika masih tidak mampu berkereta atau tinggal di rumah yang tidak ada perabot yang lengkap. Mungkin pada 6 bulan pertama, terpaksa tidur hanya di atas toto dan duduk-duduk pun di atas kerusi plastik. Jangan terjebak dengan pinjaman peribadi atau menggunakan kad kredit hanya untuk memuaskan nafsu dan membeli barang-barang yang masih belum mampu dimiliki.

Insya-Allah, lama kelamaan, hidup akan lebih stabil, jika kena caranya. Cuma perlu ada kekuatan untuk hidup sederhana dan lasak pada awal-awal perkahwinan.

Kedua, terimalah pasangan seadanya. Bersabar atas kekurangannya dan sama-sama berganding bahu menambah ilmu untuk menjadi lebih baik. Suami ada kelemahan dan isteri juga ada kelemahan, jangan mengharap sempurna dari pasangan atau membanding-banding dengan suami/isteri orang lain, bahkan jangan sesekali membanding-banding suami/isteri dengan ayah/ibu sendiri. Itu pantang yang cukup besar dalam rumahtangga.

Awal-awal perkahwinan, isteri mungkin tidak berapa pandai memasak dan suami juga masih belum memahami emosi si isteri. Jadi, banyak bersabar dan memaafkan, insya-Allah, buah dari kesabaran dan kemaafan adalah rasa manis dan bahagia yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Ketiga, masuklah dalam rumahtangga dengan minda untuk memberi dan berbakti, bukan untuk menerima. Jangan terlalu awal menuntut hak itu dan ini, andai kita sendiri masih belum cukup berbakti kepada suami/isteri dan anak-anak. Tidak ada salahnya suami mencemar duli melakukan kerja-kerja rumah ketika isteri penat dengan pelbagai tanggungjawab dan tidak ada salahnya juga isteri mengeluarkan wang untuk belanja asasi keperluan rumah. Jangan berkira atau ada sifat kedekut dengan pasangan dan anak-anak.

Dalam zaman di mana suami dan isteri sama-sama bekerja, perlu lebih banyak ‘give and take’, namun jangan sampai tugas-tugas asasi suami dan tugas asasi isteri ini terbalik hingga suami gagal memberi nafkah dan isteri pula tidak mengurusi keluarga dengan sebaiknya. Buruk padahnya nanti.

Keempat, jaga hubungan dengan mertua, tapi, jangan sampai terlebih-lebih pula kerana campurtangan mertua juga adalah antara punca besar keretakan rumahtangga. Elakkan dari tinggal bersama mertua kecuali jika ada sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan sangat. Banyak masalah hubungan dapat dielakkan jika tidak tinggal bersama atau terlalu dekat dengan mertua.

Suami perlu ada pendirian agar ketaatan kepada ibu ayah tidak dijadikan alasan untuk menzalimi isteri. Isteri juga perlu faham bahawa ketaatannya adalah pada suami, bukan lagi pada ayah dan ibu sendiri, namun begitu, ia bukan lesen bagi suami untuk bermudah-mudah dalam hubungannya dengan mertua sebelah isteri. Keseimbangan dan kebijaksanaan dalam berdiplomasi adalah kuncinya.

Kelima, dan yang paling penting, binalah taqwa dalam rumahtangga. Dengan adanya taqwa dan hubungan yang erat dengan Allah, rahmat Allah mudah untuk turun dalam rumahtangga. Bila turunnya rahmat dalam rumahtangga, mawaddah akan hadir menghiasi hubungan antara suami dengan isteri.

Amalkan solat (sunat) berjemaah bersama-sama di rumah, bangun tahajjud, pergi ke majlis ilmu dan tadabbur Al Quran bersama-sama. Elakkan unsur-unsur lagha di dalam rumah, jauhkan rancangan-rancangan televisyen yang merosakkan dan hiburan-hiburan yang melalaikan. Bina suasana seperti masjid di dalam rumah, insya-Allah, bahagia akan menjadi milik kita.

Sabtu, Januari 16, 2016

Seminar Khas Exam PTD 2016

Berita baik buat calon exam PTD 2016, pihak Team Infokerjaya akan mengadakan  seminar web khas (webinar) secara percuma pada 17 Januari 2016 (Ahad) jam 10.00 pagi. Seminar ini padat dengan pelbagai info, panduan dan tips mengenai peperiksaan SPA. Jangan ketinggalan, daftar sekarang di : http://infotambahan.com/calonptd2016/28

Di antara perkara yang bakal dikongsikan ialah :
- Markah untuk LULUS peperiksaan
- CGPA minimum untuk jadi PTD
- Berat badan ideal untuk jadi PTD

Khamis, Januari 07, 2016

Peluang Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)

Jika anda dipanggil ke sesi exam PTD 19 Januari ini, berikan senyuman untuk diri anda!

Bukan sesuatu yang mudah kerana puluhan ribu yang memohon melalui borang SPA8i ditolak dan diketepikan.

Tetapi untuk anda, atas merit anda dipanggil.

Jika anda perasan tahun 2014, tiada panggilan PTD M41 ini. Ramai yang mengeluh.

Jadi sekarang dah ada peluang, manfaatkan sebaik mungkin. Buat persediaan semaksimum mungkin.

Jika anda perlukan rujukan, saya tak mahu cadangkan rujukan lain
selain rujukan yang telah terbukti membantu lebih 12,000 calon PTD sebelum ini.

Anda boleh dapatkannya di: http://semakaninfo/ptd/28

Gunakan sepenuhnya. Biarkan senyuman di wajah ibu ayah apabila anda berjaya nanti :)



Untuk mendapatkan Panduan Lengkap Peperiksaan Online SPA bagi Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik - PTD Gred M41, sila dapatkan di: http://jvsecurepay.com/affiliates/ptd/28


Jumaat, Januari 01, 2016

Kalendar Cuti Sekolah 2016 Malaysia



Cuti Sekolah
Tarikh Mula & Tamat
Cuti pertengahan Penggal 1
12.03.2016 - 20.03.2016
Cuti pertengahan tahun
28.05.2016 - 12.06.2016
Cuti pertengahan Penggal 2
10.09.2016 - 18.09.2016
Cuti akhir tahun
26.11.2016 - 01.01.2017

Cuti untuk sekolah-sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu bermula dan berakhir sehari lebih awal dari tarikh di atas.




Jadual Hari Kelepasan Am 2016 (Persekutuan Dan Negeri)


Jadual Hari Kelepasan Am 2016 (Persekutuan Dan Negeri)


Untuk muat turun fail pdf Jadual Hari Kelepasan Am 2016 : https://www.scribd.com/doc/300515432/Hari-Kelepasan-Am-Persekutuan-Dan-Negeri-2016


Tarikh
Hari
Cuti Umum
Negeri
1 JanJumaatTahun Baru 2016Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu
14 JanKhamisHari Keputeraan YDB Negeri SembilanNegeri Sembilan
17 JanAhadHari Keputeraan Sultan KedahKedah
24 JanAhadHari ThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor
1 FebIsninHari Wilayah PersekutuanKuala Lumpur, Labuan dan, Putrajaya
8 FebIsninTahun Baru CinaSeluruh negara
9 FebSelasaTahun Baru Cina (Hari Kedua)Kecuali Kelantan dan Terengganu
4 MacJumaatHari Ulang Tahun Pertabalan Sultan TerengganuTerengganu
23 MacRabuHari Keputeraan Sultan JohorJohor
25 MacJumaatGood FridaySabah dan Sarawak
15 AprJumaatHari Perisytiharan Melaka Bandaraya BersejarahMelaka
26 AprSelasaHari Keputeraan Sultan TerengganuTerengganu
1 MeiAhadHari PekerjaSeluruh negara
5 MeiKhamisIsrak dan MikrajKedah, Negeri Sembilan dan Perlis
7 MeiSabtuHari HolPahang
17 MeiSelasaHari Keputeraan Raja PerlisPerlis
21 MeiSabtuHari WesakSeluruh negara
30 & 31 MeiIsnin & SelasaPesta Kaamatan (Pesta Menuai)Sabah dan Labuan
1 & 2 Jun Rabu & KhamisPerayaan Hari Gawai DayakSarawak
4 JunSabtuHari Keputeraan YDP AgongSeluruh negara
6 JunIsninAwal RamadanJohor, Kedah dan Melaka
22 Jun RabuHari Nuzul Al-QuranKuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu
6 & 7 JulRabu & KhamisHari Raya PuasaSeluruh negara
7 JulKhamisHari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan DuniaPulau Pinang
9 Jul SabtuHari Jadi YDP Pulau PinangPulau Pinang
31 OgoRabuHari KebangsaanSeluruh negara
10 Sep SabtuHari Jadi YDP SarawakSarawak
12 SepIsninHari Raya QurbanSeluruh negara
13 SepSelasaHari Raya Qurban (Hari Kedua)Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
16 SepJumaatHari MalaysiaSeluruh negara
1 OktSabtuHari Jadi YDP SabahSabah
2 OktAhadAwal Muharram (Maal Hijrah)Seluruh negara
14 OktJumaatHari Jadi YDP MelakaMelaka
24 OktIsninHari Keputeraan Sultan PahangPahang
29 OktSabtuHari DeepavaliKecuali Sarawak
6 NovAhadHari Hol Almarhum Sultan IskandarJohor
11 & 12 NovJumaat & SabtuHari Keputeraan Sultan KelantanKelantan
27 NovAhadHari Keputeraan Sultan PerakPerak
11 DisAhadHari Keputeraan Sultan SelangorSelangor
12 DisIsninHari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)Seluruh negara
25 DisAhadHari KrismasSeluruh negara


Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.


Recent Posts