Top Ad 728x90

Rahsia Lulus Peperiksaan MUET

by

Jika anda adalah calon Peperiksaan MUET, anda pasti tahu yang anda perlu LULUS Peperiksaan MUET ini untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama (Degree) di Institusi Pengajian Tinggi awam IPTA) tempatan.

MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris calon-calon institusi pengajian tinggi dan juga buat  mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Sebab itulah peratusan GAGAL lebih kurang separuh setiap kali peperiksaan berlangsung. Ada yang mengatakannya sukar. Mereka yang mahu melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi awam (IPTA) tempatan harus mendapat sekurang-kurangnya BAND 3 dalam peperiksaan tersebut.

Serius, susah nak lulus peperiksaan MUET ni, jika melakukan persediaan pun tidak melakukannya secara menyeluruh, tapi jika anda betul nak berjaya, anda boleh mengikuti tips berjaya peperiksaan MUET  melalui link ini : http://www.rahsialulusmuet.com/hop.php?ref=my

Tahun 2016 ini khabarnya ramai yang akan mengambil semula Peperiksaan MUET sebab GAGAL dalam ujian peperiksaan lepas.

Jika diikutkan statistik Ujian Peperiksaan untuk MUET (Malaysian University English Test) yang lepas,ianya boleh dikatakan agak sukar dan ramai yang tak lepas..

66.12% dari 85,464 calon GAGAL pada Jun 2010
53.98% dari 98,662 calon GAGAL pada Nov 2010
53.2% dari 93,869 calon GAGAL pada Nov 2011
58.19% dari 85,044 calon GAGAL pada Jun 2011

Sebenarnya, kebanyakannya gagal hanya kerana mereka tidak tahu situasi sebenar dan tiadanya rujukan yang khusus tentang bagaimana peperiksaan tersebut. Jika anda ingin berjaya dalam peperiksaan tersebut, anda harus buat satu persediaan yang rapi dan khusus dan satu-satunya rujukan khusus untuk peperiksaan ini adalah http://www.rahsialulusmuet.com/hop.php?ref=my


Keputusan SPM 2015 Diumum 3 Mac 2016

by

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 akan diumumkan pada 3 Mac 2016 (Khamis).

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar.

Menurutnya, seramai 440,682 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu di 3,501 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 379,466 orang ialah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan; sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM (9,785); sekolah menengah agama negeri (7,769); sekolah swasta (12,216); calon persendirian (29,799); dan sekolah menengah agama rakyat (1,647).

KPM juga menyediakan perkhidmatan semakan keputusan melalui khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SPM jarak nombor kad pengenalan jarak angka giliran dan hantar ke 15888.

Katanya perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi, 3 Mac dan akan ditamatkan pada pukul 11.59 malam, 9 Mac 2016.

- Bernama


Muhyiddin Yassin digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO

by


Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung daripada memegang jawatan Timbalan Presiden Umno berkuatkuasa serta-merta.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di sini, petang Jumaat.

“Keputusan telah dibuat pada 26 Februari bahawa MT telah bersetuju sebulat suara untuk menggantung jawatan yang disandang Tan Sri Muhyiddin berkuatkuasa serta-merta.

“Tempoh penggantungan adalah sehingga pemilihan MT Umno yang akan datang dan jawatan-jawatan lain yang disandang masih dikekalkan,” katanya ketika membaca kenyataan media selepas mesyuarat tersebut.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang bertindak sebagai ‘pengerusi sementara’ selepas Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengambil sikap berkecuali dalam isu itu.

Keputusan sebulat suara Majlis Tertinggi Umno itu juga menyaksikan Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjalankan tugas timbalan presiden parti.

Tengku Adnan berkata, usul tersebut telah dibincangkan secara konsensus dan keputusan dibuat secara bersama.

Ditanya siapa yang telah bertindak mengemukakan usul tersebut, beliau menjawab ia konsensus.

Tengku Adnan yang juga dikenali sebagai Ku Nan berkata, keputusan itu dibuat selepas setiap ahli MT diberi ruang dan peluang untuk mengemukakan pandangan dalam perbincangan usul yang berlangsung selama lebih dua jam.

Katanya, mengikut Fasal 9.8.2.1 Perlembagaan parti, tugas seorang timbalan presiden adalah membantu presiden.

“Tapi dalam kes Muhyiddin beliau dilihat tidak menjalankan kewajipan seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan.

“MT memandang serius mana-mana pemegang jawatan utama Umno yang tidak mendokong dasar dan aspirasi parti,” katanya.

Beliau menambah, adalah tidak wajar jika Muhyiddin dianggap tidak diberikan hak untuk membela diri kerana beliau telah dimaklumkan tentang mesyuarat ini.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dimaklumkan tentang mesyuarat ini namun beliau memaklumkan melalui faks bahawa beliau tidak dapat hadir ke mesyuarat ini, begitu juga dengan Datuk Seri Shafie Apdal.

“Tindakan ketidakhadiran Muhyiddin tidaklah boleh dianggap sebagai tidak diberi hak untuk membela diri,” katanya.

Tambah beliau lagi, segala keputusan yang dibuat MT adalah berdasarkan peruntukan Perlembagaan dan mengambil kira suasana politik semasa.

“Perilaku Tan Sri Muhyiddin tidak mencerminkan tanggungjawab beliau sebagai timbalan presiden untuk membantu presiden mengukuhkan parti,” katanya.

Selain Hishammuddin, hadir sama di sidang media itu adalah Bendahari Umno Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Ketua Penerangan Tan Sri Annuar Musa, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Puteri Mas Ermieyati Samsudin.

Muhyiddin yang tidak hadir kerana berada di luar negara menjadi perhatian pada mesyuarat kali ini selepas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menggesa supaya beliau digantung sebagai timbalan presiden.

Ia susulan tindakan Muhyiddin yang terus mengkritik Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak dan ucapannya pada Sabtu di Teluk Kemang, Negeri Sembilan di mana Muhyiddin mempertikaikan keputusan peguam negara tidak mengambil tindakan terhadap Najib berhubung isu dana politik RM2.6 bilion.

- mSTAR



Pesawat TUDM Terhempas Di Kuala Selangor

by


Sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terhempas lalu terbakar di pesisir pantai dekat Kuala Selangor, pagi Jumaat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan anggotanya tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan orang ramai pada pukul 8.47 pagi.Sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terhempas lalu terbakar di pesisir pantai dekat Kuala Selangor, pagi Jumaat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan anggotanya tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan orang ramai pada pukul 8.47 pagi.

Difahamkan lapan mangsa yang menaiki pesawat itu termasuk juruterbang dilaporkan selamat.

Kesemua mangsa diselamatkan penduduk berhampiran lokasi menggunakan perahu.

Menurut kenyataan TUDM, pesawat yang berpangkalan di Subang itu membuat pendaratan kecemasan berhampiran pantai Kuala Selangor pada 8.50 pagi.

"Lapan orang anak kapal dilaporkan selamat selepas dibantu oleh nelayan tempatan yang berada di kawasan tersebut," kata kenyataan itu.

TUDM akan menubuhkan pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian itu.

"TUDM juga akan berusaha untuk membuat 'recovery' pesawat tersebut," kata kenyataan itu.

Kegagalan Enjin Paksa Pesawat Mendarat Cemas

Masalah enjin gagal berfungsi memaksa pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk melakukan pendaratan kecemasan di kawasan pantai berpaya di sini, pagi Jumaat kata polis.

Walaupun semua lapan pegawai TUDM terselamat, polis berkata seorang nelayan lemas semasa cuba mengeluarkan mangsa keluar dari pesawat jenis CN235 itu.

Pesawat tersebut berlepas dari Pangkalan TUDM Subang kira-kira pukul 8.30 pagi untuk menjalani sesi latihan rutin dan mengeluarkan isyarat kecemasan 10 minit kemudian.

Anak kapal yang diketuai juruterbang Mohd Azri Yacob, 41, kemudiannya melakukan pendaratan cemas di perairan cetek dekat kawasan berpaya berhampiran Taman Malawati Utama.

Berlaku kebakaran kecil di bahagian tengah pesawat kesan hentakan kuat.

Namun sekumpulan nelayan yang berada di lokasi kejadian bergegas membantu mengeluarkan anggota di dalam pesawat tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritenden Ruslan Abdullah berkata seorang nelayan lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa selepas terjerlus di kawasan berlumpur.

Pembantu juruterbang Ahmad Syazwan Mohammed, 32, patah tangan kirinya manakala mangsa lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Anggota lain yang turut berada di dalam pesawat itu adalah Mejar Muhamed Afizan Jaafar, 32; Kapten Nurul Azrie Rofdi, 32; Leftenan Meor Ahmad Ali Meor Abdul Wahab, 26; Pegawai Warran 2 Muhd Sayfull Neezam Abdul Manan, 35; Sarjan David Tonge, 35 dan Sarjan Suhaila Pathil, 33.

Mayat nelayan yang mati lemas itu dibawa ke Hospital Tanjong Karang manakala pegawai TUDM diterbangkan semula ke Pangkalan TUDM Subang.

"TUDM sedang menyiasat punca kemalangan itu dan akan mengeluarkan pesawat dari lokasi kemalangan yang terbenam di dalam lumpur.

"Ia akan mengambil masa selama dua hari. Polis dan anggota bomba masih berada di lokasi untuk memberi bantuan kepada TUDM," kata Roslan.

- mSTAR



Pesawat Baru Sultan Johor

by

Selepas merealisasikan impian memiliki trak Mack tercanggih dan termahal di dunia, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bakal menerima sebuah pesawat peribadi dalam tempoh terdekat.

Pemerhati industri penerbangan memberitahu, pesawat jenis Boeing 737/800 Business Jet itu dilaporkan akan berlepas dari Washington, Amerika Syarikat ke Johor dalam tempoh terdekat.



Sultan Ibrahim adalah seorang yang meminati bidang penerbangan dan memiliki lesen penerbangan bertauliah.

Baginda turut memiliki hobi mengumpul pelbagai jenis kenderaan sama ada dari dalam atau luar negara.

- mSTAR


Soalan Exam Online Separa Perubatan

by


Rujukan khas untuk peperiksaan ONLINE Separa Perubatan. Peperiksaan ini khas untuk kemasukan ke "Latihan Separa Perubatan". Ianya merupakan ambilan terbanyak di SPA setiap tahun

Lihat di sini : http://infotambahan.com/separa/28

Akses kepada rujukan dan contoh soalan exam online Separa Perubatan kini dibuka. Sekiranya anda merupakan calon peperiksaan online Separa Perubatan, kami syorkan anda untuk mendapatkannya.

Pakej ini bukan sahaja contoh-contoh soalan peperiksaan online, tetapi juga nota ringkas, penerangan format peperiksaan, maklumat jawatan berkaitan Separa Perubatan dan seksyen peperiksaan yang perlu anda tahu.


MH17 ditembak Brigade 53

by


Sebuah pasukan penyiasat Britain menamakan beberapa anggota tentera Rusia dipercayai terlibat dalam perbuatan menembak jatuh pesawat penumpang Malaysia, MH17.

Pasukan penyiasat Bellingcat menyiarkan laporan setebal 115 muka surat yang mengenal pasti anggota Briged 53 Anti-Pesawat daripada Batalion Kedua sebagai pelaku serangan itu.

Kapal terbang jenis Boeing 777-200 itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada Julai 2014 dengan menyebabkan semua 298 penumpang dan anak kapalnya terbunuh, majori­tinya warga Belanda.

Sebelum ini, Barat dan Ukraine menyalahkan pemberontak pro-Rusia berhubung serangan itu, manakala Moscow berulang kali menafikan pembabitannya dan menyalahkan tentera Ukraine sebagai bertanggungjawab.

Satu laporan Belanda pada tahun lalu mendakwa MH17 ditembak menggunakan sistem peluru berpandu BUK buatan Rusia semasa terbang dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur.

Dalam laporannya, Bellingcat menamatkan berpuluh-puluh askar Rusia dan pegawai daripada Briged 53 yang berpangkalan di Kursk yang didakwa mengetahui tentang serangan itu atau melakukannya sendiri.

Menurut laporan sama, anggota-anggota Batalion Kedua itu telah dihantar ke timur Ukraine dari Rusia.

Walaupun nama-nama yang didedahkan hanya melibatkan nama pertama atau singkatan, ketua mereka dinamakan sebagai Sergey Muchkayev, manakala komander Batalion Kedua dikenali sebagai Dmitry T.

“Selaras dengan rumusan siasatan bahawa peluru berpandu buatan Rusia, BUK digunakan untuk menembak jatuh MH17, tanggungjawab itu jatuh pada Kementerian Pertahanan Rusia bersama komander dan pemimpin pemberontak Ukraine,” kata laporan tersebut.

Pasukan penyiasat itu yang diasaskan oleh wartawan Britain, Eliot Higgins telah menyerahkan nama-nama dan bukti berkaitan kepada pasukan penyiasat Belanda.

Laporan bertajuk MH17 – Potential Suspects and Witnesses from the 53rd Anti-Aircraft Missile Brigade disiarkan pada Selasa lepas.

– Agensi




Individu Paling Kaya Malaysia 2016 - Forbes

by


Robert Kuok kekal sebagai individu paling kaya dalam Senarai Individu Terkaya Forbes Malaysia buat kali ke-11 berturut-turut dengan aset bersih bernilai AS$10 bilion.

Pengasas Kuok Group berusia 92 tahun itu masih mengekalkan kedudukannya sebagai orang paling kaya Malaysia meskipun banyak aset individu lain di Malaysia mengalami penyusutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Senarai penuh berkenaan boleh diperoleh menerusi www.forbes.com/malaysia selain menerusi terbitan terkini Forbes Asia di pasaran.

Tokoh telekomunikasi, Ananda Krishnan menduduki tempat kedua dengan kekayaan bernilai AS$2.3 bilion hingga AS$7.4 bilion.

Saham Maxis, unit telekomunikasi utamanya, susut ekoran cadangan kerajaan mengagihkan semula dan melelong spektrum telekomunikasi, yang mencetuskan kebimbangan berlakunya perang pembidaan yang tinggi.

Operator TV berbayarnya, Astro Malaysia turut menyaksikan prestasi sahamnya terjejas selepas Netflix memasuki negara pada Januari.

Quek Leng Chan kekal di tempat ketiga walaupun aset bersihnya menyuncup kepada AS$300 juta berbanding AS$5.3 bilion sebelum ini. Hong Leong Co. (Malaysia) miliki peribadinya, mempunyai kepentingan dalam sektor kewangan, hartanah dan makanan.

Berikutan pasaran saham susut 8.7 peratus dan nilai ringgit menyusut 12.6 peratus berbanding dolar AS, 2016 merupakan tahun yang sukar bagi kumpulan jutawan Malaysia.

Ekonomi China yang perlahan juga menjejaskan perniagaan manakala penurunan harga minyak dan gas dunia turut menjejaskan pendapatan berkaitan industri terbabit.

Antara yang paling teruk terjejas dalam senarai tahun ini ialah jutawan Goh Peng Ooi.

Tahun lepas aset bersih beliau bernilai AS$1.55 bilion, namun pada Ogos, sahamnya jatuh selepas penjual jualan singkat yang tidak dikenali berkata syarikat perisian kewangan, Silverlake Axis, mengumumkann keputusan kewangan yang lebih tinggi berbanding kedudukan sebenarnya.

Walaupun dakwaan ini dinafikan, ia sudah terlambat. Tahun ini, kekayaan Goh merosot 53 peratus kepada AS$725 juta.

Hanya enam daripada 50 individu terkaya meningkat tahun ini.

Jumlah individu yang sebelum ini memiliki aset bersih berbilion dolar semakin merosot. Tahun lepas 16 memiliki aset berbilion dolar namun tahun ini hanya 12 individu.

Vincent Tan di tempat ke-17, dengan aset AS$900 juta, menyertai Goh yang hilang status 'billionaire', manakala saudara lelaki Tan, Danny Tan Chee Sing di tempat ke-13 dengan AS$975 juta.

Di tempat kesembilan, Syed Mokhtar AlBukhary, dengan aset bersih bernilai separuh daripada yang dimilikinya tahun lepas sebanyak AS$1.45 bilion, susut daripada AS$2.9 bilion.

Enam individu yang terkeluar daripada senarai tahun ini ialah Khoo Kay Peng, yang memiliki kepentingan besar dalam Laura Ashley Holdings.

Pembuat sarung tangan, Kuan Kam Hon, meningkat ke tempat ke-11 dengan aset bernilai AS$1.1 bilion, menyertai senarai baharu 'billionaire', meningkat berbanding AS$120 juta tahun lepas.

Lima nama memasuki senarai tahun ini termasuk Wong Teek Son, yang juga terlibat dalam industri pembuatan sarung tangan, di tempat ke-40 dengan AS$255 juta.

Berikut senarai 10 individu paling kaya di Malaysia :

1) Robert Kuok ASS$10 bilion

2) Ananda Krishnan AS$7.4 bilion

3) Quek Leng Chan AS$5.3 bilion

4) Teh Hong Piow AS$4.65 bilion

5) Lee Shin Cheng AS$4.6 bilion

6) Lim Kok Thay AS$4.55 bilion

7) Yeoh Tiong Lay AS$2.25 bilion

8) Lau Cho Kun AS$1.55 bilion

9) Syed Mokhtar AlBukhary AS$1.45 bilion

10) Surin Upatkoon AS$1.15 bilion

- Bernama
\

Panduan Mencari Kerja Untuk Anda

by
Peluang Kerja di Agensi Kerajaan

Strategi alternatif untuk kerja kerajaan tanpa melalui SPA. Rahsia ini tidak ramai yang ambil tahu dan kurang persaingan. Rebut peluang ini kerana ada 241 Senarai Agensi yang bakal menerima anda bekerja.
http://semakan.info/agensi-kerajaan/28

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini adalah produk evergreen sejak tahun 2009. Ianya memberikan rahsia-rahsia khusus bagaimana untuk lulus temuduga yang spesifik kepada jawatan kerajaan yang ditawarkan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Keyword: temuduga kerja kerajaan, kerja kerajaan, soalan temuduga kerja kerajaan, soalan temuduga, kerja kosong kerajaan
http://semakan.info/temuduga/28

Peluang Kerjaya Swasta

Strategi dan teknik untuk tembus masuk ke kerjaya swasta. Antara yang didedahkan adalah strategi memilih kerjaya, bagaimana untuk memilih majikan dan bagaimana membuatkan majikan mudah menaikkan gaji anda
http://semakan.info/swasta/28

Rahsia Resume Kerja

Resume adalah tiket untuk ke temuduga kerja. Rahsia Resume Kerja merupakan sebuah panduan khas untuk menulis resume bagi memohon pekerjaan baik kerja kerajaan atau kerja swasta.
http://semakan.info/resume/28

Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan 8 Mac 2016

by

Peperiksaan online Separa Perubatan

SPA akan menjalankan peperiksaan untuk memasuki Latihan Separa Perubatan bertaraf diploma seperti berikut:

Tarikh : 8/3/2016
Hari : Selasa
Waktu : 8.00 - 9:35 Malam

Semak nama anda di sini :
http://e-semakanntt.spa.gov.my

Jawatan Kosong Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) - 6 Mac 2016

by


Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengalu-alukan rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan untuk memohon jawatan-jawatan yang disenaraikan di bawah:
1. Jurutera (Awam) J41
2. Jurutera (Elektrik) J41
3. Penolong Jurutera (Mekanikal) JA29
4. Penolong Jurutera (Awam) JA29
5. Penolong Jurutera (Elektrikal) JA29
6. Pembantu Kemahiran (Awam) H17
7. Pembantu Kemahiran (Elektrikal) H17
8. Pembantu Kemahiran (Mekanikal) H17
9. Pembantu Kemahiran (Elektronik) H17
10. Pengawal Keselamatan KP11
11. Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Maklumat lanjut dan permohonan:
http://spj.ummc.edu.my/

Tarikh Tutup Permohonan : 6 Mar 2016


Jawatan Kosong Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) - 19 Mac 2016

by

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai :-
1. Executive – Program Coordination
2. Senior Executive – Community Engagement
3. Senior Executive – Outreach Implementation
4. Senior Executive / Executive – Media Relations and Strategy
5. Senior Executive / Executive – Advocacy Development
6. Executive – Risk Management
7. Audit Specialist
8. IT Auditor
9. Head of Branch Office (Tawau)
10. Executive – Infrastructure Development (Sarawak, Sabah and Kelantan)
11.Executive – Resource Management & Monitoring (Sabah and Kelantan)
12.Executive – Admin, Awareness and Postal (Sabah, Kelantan and Johor)
13.Senior Executive – Market Research Intelligence
14.Executive – Monitoring and Compliance (Broadcasting)
15.Senior Executive / Executive – Competition and Access
16.Training Specialist – MCMC Academy
17.Senior Compliance Officer – Monitoring and Compliance (Communication)
18.Specialist – Radio Spectrum Assignment (Manager)
19.Manager – Community Engagement
20.Manager – Outreach Implementation
21.Commission Secretary (Manager)
22.Internship for Computer / IT Students
23.Internship for Electrical / Electronic Engineering Students
24.Internship for Human Resource Management Students

Permohonan boleh dibuat secara online di:
http://job-search.jobstreet.com.my/malaysia/company/malaysian-communications-and-multimedia-commission-jobs/

Tarikh Tutup Permohonan : 19 Mac 2016



Rakyat Malaysia Semakin Sinis - Kajiselidik

by



Kepercayaan rakyat Malaysia terhadap kerajaan, perniagaan dan pihak media semakin merosot kerana mereka semakin bosan dengan skandal dan cara ia ditangani, menurut kaji selidik Edelman Trust Barometer 2016.
Berbanding tahun sebelumnya, keyakinan terhadap kerajaan di kalangan masyarakat umum susut tujuh mata kepada 39 peratus dan susut 11 mata kepada 34 peratus di kalangan masyarakat terpelajar.

Kepercayaan terhadap media dan perniagaan di kalangan orang ramai masing-masing jatuh satu mata kepada 45 peratus dan dua mata kepada 58 peratus.

Bagaimanapun, di kalangan masyarakat terpelajar, kepercayaan terhadap media meningkat 13 mata kepada 59 peratus manakala tiada perubahan dalam kepercayaan mereka dalam perniagaan iaitu 67 peratus.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terus menjadi institusi paling dipercayai di Malaysia, mencatatkan peningkatan empat mata di kalangan golongan awam berpendidikan dan peningkatan dua mata di kalangan orang awam.

Ini merupakan kajian yang kelima di Malaysia yang dijalankan oleh firma pemasaran komunikasi itu. Keputusan kaji selidik itu telah dikeluarkan pada Selasa.

Secara purata, kepercayaan rakyat Malaysia terhadap institusi adalah 58 peratus di kalangan masyarakat terpelajar dan 51 peratus di kalangan penduduk umum. Di peringkat global, bacaan ini masing-masing mencatatkan 60 peratus dan 50 peratus.

Rakyat Malaysia juga kurang percaya kandungan di media sosial, dengan penurunan tujuh mata kepada 42 peratus berbanding 2015.

Kepercayaan mereka terhadap media sosial adalah tinggi, sebanyak 58 peratus pada tahun 2013, sebelum jatuh pada tahun-tahun berikutnya.

Edisi terbaru Edelman Trust Barometer membuat tinjauan terhadap lebih daripada 33,000 orang di 28 buah negara antara 13 Oktober dan 16 November tahun lepas.

Saiz sampel di Malaysia bagi kaji selidik ini ialah seramai 1,150 responden untuk penduduk umum dan 200 responden untuk penduduk berpendidikan.

Orang ramai yang terpelajar berumur 25-64 tahun, mempunyai pendidikan tinggi, berada di atas 25 peratus daripada pendapatan isi rumah bagi setiap kumpulan umur di setiap negara, mengikuti perkembangan perniagaan dan laporan media serta mengikuti isu-isu dasar awam dalam berita beberapa kali minggu.

- mStar

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulim - 3 Mac 2016

by


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Kulim seperti berikut :
1. Jurutera Awam
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

Maklumat Lanjut:
http://www.mpkk.gov.my/web/guest/peluang-kerjaya

Borang Permohonan:
http://www.mpkk.gov.my/documents/10125/246142/borangjwtkosong2016.pdf

Tarikh Tutup permohonan pada 3 Mac 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Kulim seperti berikut :
1. Jurutera Awam
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

Maklumat Lanjut:

Borang Permohonan:

Tarikh Tutup permohonan pada 3 Mac 2016


Jawatan Kosong Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) - 1 Mac 2016

by


Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia
yang berkelayakan dan berdaya saing untuk mengisi kekosongan jawatan dalam bidang berkaitan seperti berikut :
1. Pegawai Tadbir N41
2. Penolong Pegawai Kewangan W27
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
4. Penyelia Asrama N17
5. Juruteknik Ukur Bahan J17
6. Juruteknik Komputer (Rangkaian) FT17
7. Pembantu Am Pejabat N1
8. Pembantu Am Rendah (Teknikal) N1

Maklumat Lanjut:

Borang Permohonan:

Tarikh tutup permohonan : 1 Mac 2016

Pengambilan Pegawai Kadet ATM (UPNM) 2016

by
PENGAMBILAN PEGAWAI KADET UPNM TAHUN 2016

ATM mempelawa warganegara Malaysia berkelayakan SPM untuk dilantik sebagai Bakal Pegawai Kadet bagi menjalani pengajian dan latihan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di bawah tajaan Kementerian Pertahanan Malaysia. Mereka akan berkhidmat dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) setelah tamat pengajian. 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 April 2016. 

Iklan Pengambilan Pegawai Atm Ke UPNM 2016 by MOHD. ADHA MOHD. ZAIN   

http://army.mod.gov.my/index.php/bm/maklumat/penerbitan/publikasi-rujukan/file/205-sesi-pengambilan-pegawai-kadet-upnm-tahun-2016


Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Sabah - 9 Mac 2016

by

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan keutamaan kepada rakyat Negeri Sabah untuk memohon jawatan kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah seperti berikut:
- Pegawai Tadbir Gred N41

Maklumat lanjut:
http://www.jawatan.sabah.gov.my/SyaratIklan/iklanIj01-16.pdf

Permohonan Online:
http://www.jawatan.sabah.gov.my/

Tarikh Tutup Permohonan : 9 Mac 2016


Bonus tarikan utama pekerja kekal berkhidmat

by

Satu hasil kaji selidik terbaharu menunjukkan aspek bonus terus kekal sebagai tarikan bagi pekerja untuk terus kekal berkhidmat dengan syarikat atau majikan mereka.

Kaji selidik oleh portal pekerjaan, JobStreet.com baru-baru ini, menunjukkan majoriti atau  75 peratus daripada seramai 3,858 pekerja atau responden, mengakui bahawa pemberian bonus menjadi syarat utama kesetiaan dengan syarikat.

Malah, kepentingan bonus itu tetap dititikberatkan biarpun mereka menerima peluang kerja bergaji lumayan. Sebaliknya, hanya 37 peratus majikan beranggapan bonus sebagai faktor utama.

"Ia jelas membuktikan wujud jurang ketara antara persepsi pekerja dan majikan berhubung isu bonus ini," kata portal pekerjaan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Hasil kaji selidik itu turut menunjukkan 56 peratus pekerja-responden menjangkakan bonus akhir tahun mereka lebih tinggi berbanding setahun lepas, iaitu peningkatan 5.0 peratus berbanding tinjauan sama pada 2015.

Ini disebabkan seramai 57 peratus daripada mereka percaya telah berjaya memenuhi jangkaan pihak pengurusan dari segi prestasi kerja manakala 35 peratus pula mengaitkannya dengan keuntungan syarikat yang lebih tinggi.

Baki 8.0 peratus pula percaya ia disebabkan penurunan kos operasi syarikat dan faktor lain berkaitan, berbanding tahun lepas.

- Bernama


TrupCotel - Rumah Mampu Sewa di Kota

by


Apabila Amanda Sabri mencipta TrupCotel, sebuah syarikat yang menawarkan penginapan jangka pendek dengan harga agak berpatutan di tengah-tengah bandaraya, dalam fikirannya hanya ada satu; untuk membantu eksekutif muda menyelesaikan masalah sewa rumah mereka.

"Kebanyakan eksekutif muda kini berada pada skala gaji rendah di mana sebahagian besar dari gaji mereka digunakan untuk membayar sewa rumah. Dan ramai graduan muda terpaksa pulang ke kampung kerana tidak mampu membayar tempat tinggal sendiri. Inilah sebabnya mengapa TrupCotel dicipta," kata beliau.

Trupcotel, yang mula beroperasi pada Jun tahun lepas menawarkan unit-unit apartmen di lokasi utama, termasuk KLCC, dengan kadar sewa dari RM1,000 hingga RM1,500 sebulan, membolehkan pelanggan mereka berjalan kaki ke tempat kerja dan menjimatkan kos ulang-alik, dan paling penting mampu mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Selain hotel, orang ramai juga boleh menggunakan TrupCotel untuk penginapan setiap malam atau setiap minggu dengan kadar harian bermula dari RM200 untuk satu unit apartmen yang boleh memuatkan sehingga lima orang.

Syarikat ini juga sentiasa menjaga setiap unit yang mereka tawarkan dalam segenap aspek, dengan masing-masing dilengkapi dengan hiasan (langsir gelap, pinggan mangkuk, peralatan memasak), utiliti dan internet berkelajuan tinggi di mana kesemuanya sudah termasuk dalam kadar sewa.

"Apa yang mereka perlu lakukan adalah mengemas beg mereka dan datang ke sini," Kata Ketua Pegawai Eksekutif Trupcotel ini.

Walaupun Amanda belajar undang-undang, baginya perniagaan adalah perkara yang paling diminatinya.

"Pada umur 14 tahun, saya sudah seronok berniaga. Saya menjual hotdog bersama rakan-rakan di kantin sekolah kami selama enam bulan. Kami akan ke sekolah pada pukul 7 pagi untuk membuat persediaan seperti kerja-kerja mencuci dan mengira inventori sebelum menerima pelanggan semasa waktu rehat jam 10 pagi. Saya tak sabar untuk keluar dari kelas, bergegas keluar ke kantin untuk menawarkan hotdog yang lazat.

"Kami telah menetapkan sasaran kewangan yang tinggi setiap hari dan mahu menjualnya lebih banyak lagi.

"Kami benarkan tempahan dibuat awal supaya rakan-rakan dapat datang mengambilnya dan tak perlu beratur panjang," imbas Amanda.

Perniagaan itulah yang membuatkan Amanda sedar apa yang dimahukannya dalam kehidupan.

Walaupun telah dihantar ke London untuk belajar undang-undang dan akhirnya menghabiskan masa selama enam tahun di sana, beliau sedar perniagaan adalah minat sebenarnya.

Semasa di London, Amanda dan suaminya, Saify Akhtar, melakukan pelbagai kerja dan membuat simpanan seberapa banyak yang mereka mampu.

"Kami tahu bahawa kami mahu pulang ke tanah air dan memulakan perniagaan. Kami tidak tahu apa sebenarnya yang kami mahu lakukan, tetapi kami tahu KL akan menjadi tempat yang sesuai untuk memulakannya," kata beliau.

Idea mewujudkan TrupCotel tercetus selepas Amanda berpindah ke apartmen baharu yang mempunyai 80 unit dan mendapati hanya 30 peratus daripadanya yang telah disewa.

"Menandatangani perjanjian sewaan bagi apartmen satu bilik di KLCC akan menelan kos RM3,000 sebulan, gaji biasa yang diperolehi graduan muda. Untuk mula menyewa, mereka juga perlu bayar deposit, bersamaan dengan tiga bulan sewa bulanan. Dan kebanyakan mereka tak ada wang sebanyak itu," kata beliau.

Terdapat begitu banyak unit apartment yang tidak dihuni di sekitar bandar. Ramai tidak mempunyai pilihan menyebabkan mereka terpaksa tinggal jauh dari bandar, menghabiskan sehingga tiga jam untuk sampai ke tempat kerja setiap hari.

Amanda sedar beliau perlu melakukan sesuatu terhadap masalah ini.

"Kesemua pembaharuan ini telah dibuat dengan penyewa yang difikirkan betul - eksekutif muda, ekspatriat dan pelancong. Tetapi tiada siapa yang berpindah masuk," beliau mendedahkan.

Amanda mencadangkan idea ini kepada tuan rumah pertama, dengan memberi jaminan pulangan sewa yang lebih baik berbanding kadar pasaran. Tuan rumah itu bersetuju dan sejak itu beliau tidak menoleh ke belakang lagi.

"Kami sendiri telah membersihkan dan menyediakan apartmen itu dari awal, menghabiskan dua hari bagi mendapatkan sebuah apartmen yang menepati standard kami sebelum bersedia menerima masuk pelanggan pertama," dedahkan Amanda yang kini dibantu oleh tenaga kerja yang terdiri daripada pembantu peribadi, penyambut tetamu dan beberapa tukang cuci.

"Kami terus berkembang. Setiap apartment yang kami letakkan di pasaran untuk jangka pendek mencapai purata penghunian 80 peratus setiap bulan. Hari ini kami hanya menguruskan enam pangsapuri sekitar KLCC. Tidak lama kemudian ia akan menjadi 20. Tetapi dengan minat daripada pelabur baru-baru ini, kami sedang merancang untuk memperluaskan perkhidmatan kami kepada 120 unit menjelang akhir tahun 2016," kata beliau.

Sewa untuk setiap unit bermula dari RM200 sehari.

TrupCotel memberikan perhatian khusus terhadap hiasan dan kemasan setiap pangsapuri individu.

"Ia soal mewujudkan satu pengalaman hidup dengan standard yang tinggi di lokasi yang baik di sekitar bandar. Kami menguji penyaman udara, kelajuan internet, mesin basuh, malah katil dan bantal untuk memastikan apabila seseorang tinggal di TrupCotel, ia tak ubah seperti berada di rumah sendiri," janji beliau.

Menurut Amanda, tidak mudah untuk meyakinkan pemilik kediaman untuk turut serta. Ramai yang masih tidak mahu berganjak dengan cara lama mereka dan lebih suka pajakan panjang.

Bagi mereka yang mempunyai kuasa pegangan yang kuat, ia membolehkan mereka membiarkan pangsapuri mereka tidak disewakan tetapi ada juga yang memasuki pasaran hartanah dengan tujuan untuk melihat pulangan.

"Kami telah bekerja keras untuk menyediakan pakej untuk pemilik-pemilik ini, untuk menunjukkan kepada mereka bahawa meletakkan pangsapuri mereka di bawah TrupCotel bukan sahaja boleh menghasilkan pulangan segera. Ia berpotensi menjadi 10 peratus lebih tinggi dari kadar pasaran semasa musim puncak.

"Jenama kami mempunyai laman web khusus untuk pemilik-pemilik yang dipanggil Tenanted (www.tenanted.my) di mana mereka boleh mendaftar dan menyenaraikan pangsapuri mereka dengan kami."

Amanda mahu meningkatkan penggunaan pangsapuri perdana di sekitar KLCC.

"Hari ini, ramai yang memandu ke bandar setiap hari hanya untuk duduk di meja pejabat mereka dan kemudian meninggalkannya tanpa mempunyai peluang untuk menikmati apa yang ditawarkan di bandar ini.

"Ia adalah masa untuk kita rakyat Malaysia menikmati apa yang bandar kita ada. Semuanya bermula apabila anda mampu ke tempat tidur, bangun pada keesokan harinya dan berjalan ke pejabat atau kedai kopi kegemaran anda dalam jarak yang dekat," kata Amanda.

Hari ini, TrupCotel mempunyai 20 pangsapuri dalam senarai mereka dan telah menjadi tuan rumah kepada beratus-ratus penyewa.

"Kami berhasrat untuk menambah 20 buah pangsapuri dalam sistem kami setiap bulan. Ini seterusnya akan membolehkan sekurang-kurangnya 600 orang eksekutif berpindah ke bandar dan mengubah gaya hidup mereka dalam jangka masa enam bulan. Dan kita bukan sahaja menyasarkan Lembah Klang.

"Kami mempunyai impian yang lebih besar dan ingin melakukan perkara yang sama bagi kawasan seperti Shah Alam, Damansara Heights, Pulau Pinang, Melaka dan Johor Bahru," kata beliau.

Amanda berkata, beliau menganggap matlamatnya tercapai apabila hartanah perdana di sekitar KLCC digunakan semaksimum mungkin.

"Kami anggap ianya selesai apabila kita tidak lagi mendengar aduan mengenai keadaan hidup, tentang kerugian masa dalam sehari kerana sekatan geografi. Kami di sini untuk mencipta perubahan.

"Kami mahu melihat lebih ramai usahawan melakukan perkara yang sama di bandar-bandar sendiri. Malaysia sebenarnya mempunyai bandar-bandar yang indah yang mana manfaatnya boleh diperolehi daripada TrupCotel.

"Dalam lima tahun, kami berharap untuk model perniagaan TrupCotel digunakan di negara-negara serantau dan negara-negara Asean selain menggalakkan keusahawanan," kata Amanda.

Untuk Amanda, ia bukan hanya mengenai perniagaan semata-mata tetapi dia mahu menjadi seseorang yang boleh mencipta penyelesaian bagi masalah dalam kehidupan seharian.

- mStar


Keputusan Peperiksaan Keseluruhan STPM 2015 pada 2 Mac 2016

by


Tarikh rasmi pengumuman Keputusan Keseluruhan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2015 adalah pada 2 Mac 2016.

Calon sekolah boleh mendapatkan slip keputusan keseluruhan peperiksaan STPM 2015 di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari. Calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos atau menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

Semakan Keputusan Secara SMS

Taip STPM (jarak) RESULT (jarak) No Kad Pengenalan Hantar Ke 15888. Contoh : STPM RESULT 950224136414 Dan Hantar Ke 15888

Semakan Keputusan Secara Online

Semakan secara atas talian (online) adalah dengan melayari portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia mulai jam 12:00 tengah hari pada tarikh yang dinyatakan di : http://webmpm1.mpm.edu.my/stpmk/

Pengambilan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) - Feb 2016

by


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mempelawa individu yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Kementerian Kerja Raya seperti berikut:
1. Pembantu Kemahiran Gred H17 – 100 Kekosongan
2. Penjaga Jentera Elektrik Gred J17 – 10 Kekosongan

Permohonan hendaklah dibuat secara online di: http://www.spa.gov.my

Tarikh Tutup Permohonan : 4 Mac 2016




Otot jantung Ustaz Kazim luka

by


Pihak perubatan mengesahkan otot jantung penceramah ter­kenal, Datuk Mohd. Kazim Elias yang dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan malam kelmarin mengalami luka.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pegawai Khasnya, Rafi Rahman ketika ditemui pemberita di hospital berkenaan semalam.

Rafi memberitahu, pendakwah kesayangan ramai yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, 44, kini berada dalam kea­daan stabil dan masih menerima rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi Koronari (CCU) HUSM.

“Ustaz Kazim sudah sedar dan boleh bercakap dengan jelas berbanding keadaannya malam tadi (kelmarin) namun doktor mahu memastikan beliau mendapat rehat yang cukup kerana tubuhnya masih lemah.

“Pihak perubatan juga mengesahkan terdapat otot pada bahagian jantung beliau mengalami luka dan masih menjalankan diagnosis bagi mengetahui punca sebenar,” katanya.

Otot jantung merupakan otot yang khusus membentuk jantung dan mirip dengan otot lurik tetapi bercabang-cabang.

- Kosmo!

Anzalna Bergelar Isteri Mohamad Hanif

by
Pelakon Anzalna Nasir bergelar isteri kepada ahli perniagaan Mohamad Hanif Mohamad Zaki, 28, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.20 pagi tadi.

Majlis pernikahan tersebut diadakan secara sederhana dengan dihadiri saudara dan rakan-rakan terdekat di Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacific, pada Ahad.

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Anzalna iaitu Prof Madya Dr Mohd Nasir Ibrahim dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Mohd Abdul Nasir Abdullah.

Anzalna, 28, menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 dan menyerahkan sebanyak sembilan dulang hantaran.

Antara barangan hantaran daripada pihak Anzalna ialah barangan elektronik, jam tangan, coklat, kek, pewangi, sirih junjung, set persalinan, cincin dan sejadah.

Manakala, pengantin lelaki membalas dengan tujuh dulang hantaran iaitu beg tangan, tepak sirih, telefon bimbit, cincin, set telekung, wang hantaran dan gelang tangan.

Sementara itu, Anzalna yang ditemui pada sidang media mengakui sukar untuk menggambarkan perasaanya ketika sah bergelar isteri.

Katanya, dia bersyukur hubungan yang dijalinkan selama 10 tahun dengan lelaki itu akhirnya berakhir dengan ikatan yang sah.

"Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar dan selepas 10 tahun kami berkawan akhirnya saya sah menjadi isteri dia.

"Dia seorang lelaki yang sangat sempurna buat saya dan paling layak untuk dijadikan sebagai suami," ujarnya.

Pasangan ini merancang untuk berbulan madu di sebuah pulau dan menunaikan umrah bersama-sama pada penghujung tahun ini.

Majlis perkahwinan tersebut disiarkan secara langsung dan eksklusif di stesen televisyen TV3.

Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 27 Februari ini di Hotel Grand Hyatt.

Jawatan Kosong Pos Malaysia - 29 Feb 2016

by


Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Pos Malaysia seperti berikut:
- Konstabel Polis Bantuan (Seluruh Malaysia)

Calon-calon yang berminat dan memenuhi kelayakan diatas, sila kemukakan permohonan dengan menghantar biodata diri atau resume berserta salinan kad pengenalan, sijil-sijil kelayakan, dokumen yang berkaitan dan 1 keping gambar berukuran passport kepada:

Bahagian Keselamatan
Tingkat 5, Ibu Pejabat Pos Malaysia Berhad
Kompleks Dayabumi
50670 Kuala Lumpur

Tarikh Tutup Permohonan : 29 Februari 2016



Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ((MAIWP) Labuan - Feb 2016

by


Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru Bahasa Arab) Gred DG 41

Maklumat Lanjut:
http://www.maiwp.gov.my/i/index.php/perkhidmatan-kami/muat-turun/category/8-jawatan-kosong?download=456:01-iklan-perjawatan-dg41-di-smaiwp-labuan-tarikh-tutup-permohonan-adalah-pada-24-februari-2016

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan MAIWP/BKP/BP/08:
http://www.maiwp.gov.my/i/index.php/perkhidmatan-kami/muat-turun/category/8-jawatan-kosong?download=440:boang-permohonan-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-guru-matematik

PENGURUS
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN CAWANGAN LABUAN
BLOK 4 TINGKAT 12C
BANGUNAN UJANA KEWANGAN
PETI SURAT 80960
87019 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
(U.P. : UNIT PENTADBIRAN)

Tarikh Tutup Permohonan : 24 Februari 2016


Pengambilan guru baru tidak dibekukan

by

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengesahkan tiada sebarang pembekuan pengambilan guru baharu tahun ini. Sebaliknya, katanya, graduan universiti awam (UA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan ditawarkan jawatan mengikut unjuran ditetapkan Kementerian Pendidikan.

"Guru akan diambil secara berperingkat sehingga akhir tahun ini dan tertakluk kepada kekosongan jawatan, selain pembukaan sekolah dan kelas baharu," katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Agung Tahunan Pertubuhan Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) Ke-6 di Bandar Tun Razak, Cheras.

Beliau diminta mengulas khabar angin kononnya Kementerian Pendidikan membekukan pengambilan guru baharu, mulai tahun ini. Yang turut hadir Presiden GAGASAN yang juga Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Terdahulu, dalam ucapannya, Mahdzir berkata kualiti pendidikan negara berupaya membentuk ketamadunan masyarakat Malaysia setanding negara maju. "Sebab itulah kementerian melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025," katanya.

- BERITA HARIAN


STAR Stadium Rasmi Felda United

by


Sorakan ribuan penonton yang membanjiri Stadium Tun Abdul Razak (STAR) di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang bergema ketika menanti kemunculan pemain-pemain pasukan kebanggaan mereka.

Tepat pukul 9 malam, barisan kesebelasan utama pemain bagi pasukan Persatuan Bola Sepak Belia Felda Wilayah (PBFW) Jengka dan PBFW Gua Musang berbaris memasuki kawasan padang sambil diiringi pengadil perlawanan serta tiga orang pembantunya.

“Saya sangat teruja untuk menyaksikan perlawanan bola sepak pada malam ini. Ia adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke stadium ini sejak siap dibina pada akhir tahun lalu,” jelas Mohd. Zakwan Abd. Aziz, 29, ketika menyaksikan perlawanan itu.

Pertembungan antara PBFW Jengka dengan PBFW Gua Musang pada 4 Februari lalu itu merupakan aksi final bagi merebut Piala Pengerusi Felda dalam kempen Liga Felda 2015.

Perlawanan itu juga antara aksi Liga Felda yang diadakan bagi menguji tahap stadium tersebut sebelum Kelab Bola Sepak Felda United (Felda United) menggunakannya secara rasmi dalam mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) 2016.

Seperti suasana yang kerap disaksikan dalam saingan Liga M, ada sebahagian penonton mengalunkan pukulan gendang sambil mendendangkan beberapa buah lagu bagi menaikkan semangat juang pasukan masing-masing.

Malah, sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung, kesemua penonton tetap setia di bangku masing-masing bagi menyaksikan perlawanan mendebarkan yang dipamer kedua-dua pasukan walaupun perlawanan yang berlangsung itu hanyalah aksi peringkat liga tempatan.

“Saya sangat bangga kerana dapat beraksi di stadium yang bakal menjadi gelanggang tuan rumah bagi pasukan Felda United bermula tahun ini.

“Malah, saya terasa bagaikan bermain dalam kempen Liga M kerana terdapat ribuan penonton yang hadir bagi menyaksikan perlawanan pada malam ini,” jelas pemain pasukan PBFW Jengka, Muhammad Zulhisyam Zulkifli.

Dalam perlawanan itu, Muhammad Zulhisyam menjaringkan dua gol, sekali gus membantu pasukannya muncul juara apabila menewaskan PBFW Gua Musang 3-1.

STAR yang dibina dengan kos kira-kira RM92 juta itu adalah hasil cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak ketika beliau merasmikan Hari Peneroka Kebangsaan di Bandar Tun Abdul Razak Jengka pada 7 Julai 2011.

Stadium yang mempunyai kemudahan serba canggih itu dibina sebagai hadiah kepada warga Felda secara keseluruhannya selain bagi meningkatkan imej Felda dalam sukan bola sepak selepas memiliki pasukan sendiri menerusi penubuhan Felda United pada 2007.

Bercerita mengenai STAR, Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dalam sidang media yang diadakan sebelum perlawanan akhir itu berlangsung berkata, stadium yang dibina di atas tapak asal Stadium Mini Nadi Kota di tengah-tengah pusat bandar Jengka itu mampu memuatkan kira-kira 25,000 penonton pada satu-satu masa.

“Ini adalah antara hadiah terbesar buat warga Felda khususnya bagi penduduk di wilayah Jengka.

“Stadium ini bukan sahaja memiliki pelbagai ciri-ciri moden tetapi ia juga merupakan sebuah stadium yang dibina khusus untuk perlawanan bola sepak tanpa trek balapan, sama seperti stadium-stadium milik kelab bola sepak gergasi yang beraksi dalam saingan Liga Perdana England atau liga-liga utama dunia yang lain,” katanya.

Jelas beliau lagi, STAR juga mampu menganjurkan perlawanan bola sepak di peringkat antarabangsa memandangkan pembinaannya yang menepati spesifikasi yang ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Malah, Mohd. Isa memberitahu, STAR turut dipasang dengan hamparan rumput tiruan berkualiti tinggi bagi memastikan ia memiliki ciri-ciri sebuah stadium moden selain menggunakan paparan papan iklan digital yang dipasang di sekeliling padang.

Penggunaan papan iklan digital itu bukan sahaja memberi kelainan dalam bentuk pengiklanan dan penajaan tetapi turut mampu meningkatkan imej STAR sebagai sebuah stadium berkonsep moden di negara ini.

Ciri-ciri moden yang ada pada stadium itu turut meningkatkan keterujaan kapten Felda United, Muhammad Shukor Adan bagi mengharungi saingan Liga Super pada tahun ini.

“Pada tahun ini, Felda United memiliki kelebihan kerana kami sudah memiliki stadium sendiri. Kami akan kerap berlatih di sini bagi membiasakan diri dengan keadaan padang rumput tiruan kerana tidak semua pasukan dapat beraksi baik di atas rumput tiruan ini.

“Sudah tentu kami akan memberi tentangan yang sengit kepada pasukan lain terutamanya apabila dapat beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri yang terdiri daripada warga Felda,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran jersi rasmi Felda United bagi musim 2016 yang disempurnakan oleh Mohd. Isa di stadium itu.

Pada malam itu, para penonton yang memenuhi stadium turut diperkenalkan dengan kesemua 27 pemain yang akan beraksi bersama Felda United pada musim 2016 termasuk dua pemain import baharu, Gilberto Carlos Marangoni dari Brazil dan Lutfulla Turaev dari Uzbekistan.

Menurut Muhammad Shukor lagi, kewujudan STAR sebagai stadium rasmi Felda United juga memberi satu suntikan semangat kepada seluruh pemain kelab bola sepak itu untuk memburu kejuaraan sekurang-kurangnya satu piala dalam kempen Liga M pada tahun ini.

Sejak ditubuhkan pada 2007, Felda United merupakan antara pasukan yang sangat konsisten dalam saingan Liga M.

Pencapaian tertinggi mereka ialah beraksi di pentas final pada kempen Piala FA 2014 selain memasuki peringkat separuh akhir Piala Malaysia dua tahun berturut-turut (2014 dan 2015).

Pada perlawanan pembuka tirai Liga Super 2016, Felda United seolah-olah mendapat semangat baharu beraksi di gelanggang keramat apabila membelasah Kedah 2-0 di STAR pada 13 Februari lalu.

- Kosmo!

Remaja Ditemui Mati Dalam Kereta Teruja Bercuti Ke Terengganu

by

"Dia tidak biasa memandu, selalunya kalau berjalan dia hanya naik motosikal dan kawasan yang paling jauh dia pergi pun hanya ke Kota Tinggi," kata Nor Akmah Junoh, ibu kepada Nik Shakir Zufayri Nik Arif yang maut dalam kemalangan kereta di Jalan Mersing-Kota Tinggi Rabu lepas.

Nik Shakir Zufayri dan tiga rakannya maut dalam perjalanan untuk bercuti di Terengganu.

Nor Akmah, 42, berkata Nik Shakir Zufayri amat teruja untuk bercuti di Terengganu memandangkan dia tidak pernah mengetahui keistimewaan negeri pantai timur.

Menurut wanita itu, anaknya pernah bertanyakan kepadanya mengenai tempat-tempat menarik di sekitar Terengganu.
"Saya orang Kelantan tetapi sudah tinggal di Johor sejak arwah (Nik Shakir Zufayri) dilahirkan.

"Kawan-kawannya juga orang Johor dan tidak pernah pergi ataupun tahu mengenai pantai timur.

"Jadi suatu hari, dia bertanya kepada saya, ada apa di sana (Terenggnu) dan dekat mana tempat yang lawa (menarik).

"Saya jawab, pergilah ke Kerteh atau bandar Kuala Terengganu, boleh tengok lampu kelip-kelip pada waktu malam," kata Nor Akmah ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Mersing, di sini, Rabu.

Nor Akmah berkata, tidak lama kemudian, Nik Shakir Zufayri berpakat dengan rakan-rakannya untuk bercuti di Terengganu dan mereka bertolak menaiki sebuah kereta, Rabu lepas.

Menurut ibu itu, Nik Shakir Zufayri tidak menunjukkan sebarang sikap pelik dan sempat bersalaman dengannya, bapanya, serta adik-adiknya sebelum berlepas.

"Anak saya tidak menghubungi keluarga kerana saya tahu dia yang memandu kenderaan sehinggalah pada pukul 12 tengah malam (Rabu), saya tergerak untuk menelefonnya tetapi panggilan itu tidak berjawab," katanya.

Sementara itu, Intan @ Molek Mohd Yusoff, 50, pula berkata anaknya, Abu Izzani Abu Bakar, sempat berpesan akan menghubungi keluarga apabila tiba di Terengganu.

Intan berkata, Abu Izzani merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik dan sangat manja dengan keluarga.

"Dia (Abu Izzani) sempat cakap 'adik pergi dulu', sebelum mencium pipi dan bersalam dengan makcik," katanya.

Terdahulu, Nik Shakir Zufayri dan Abu Izzani serta dua lagi rakan mereka iaitu Muhammad Asyraf Isa dan Luqman Jainie dilaporkan hilang pada Rabu lepas ketika kesemuanya berumur 21 tahun itu dalam perjalanan ke Terengganu.

Difahamkan, mereka menaiki kereta jenis Honda Accord dan terbabas ke tepi jalan sebelum melanggar besi penghadang dan terjunam ke anak sungai di laluan tersebut, kira-kira 11.30 malam.

Kemalangan berlaku di KM42 Jalan Mersing-Kota Tinggi.

Kereta mereka ditemui di dalam anak sungai itu oleh seorang pekerja ladang kelapa sawit, kira-kira 8.10 pagi tadi ketika hendak membersihkan kawasan ladang dan kesemua mayat kemudian ditemukan dalam kenderaan terbabit.

- BERNAMA



Kelantan Perkenal Lima Jersi Baru

by


Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) secara rasmi memperkenalkan lima jersi baharu yang akan digunakan pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) sepanjang mengharungi aksi Liga Malaysia musim 2016.

Jersi yang direka khas seperti yang dikehendaki penaja utamanya, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menampilkan lima rekaan termasuk untuk penjaga gol dengan tiga edisi iaitu 'Supra Player', Millenia dan Mantera.

Jersi berkualiti tinggi iaitu edisi 'Supra Player' dijual pada harga RM168 sehelai, Millenia berharga RM98 manakala Mantera pula pada serendah RM68.

Harga ketiga-tiga edisi jersi tersebut hanya dibezakan dengan kualiti fabrik tetapi masih dilengkapi teknologi anti bakteria dan pelindung UV.

Setiap edisi mempunyai dua jersi yang akan digunakan bagi perlawanan di laman sendiri dan dua lagi di gelanggang lawan.

Jersi berwarna tradisi Kelantan merah-putih dan merah jambu-putih akan digunakan di gelanggang sendiri, manakala gabungan warna merah jambu serta hitam dan putih sahaja di tempat lawan.

Majlis pelancaran jersi di Pusat Dagangan Kelantan (KTC), Kota Baru pada petang Khamis turut dimeriahkan dengan tayangan montaj yang menggunakan sentuhan warna merah jambu bagi mempromosikan jersi terbaharu itu.

Tayangan montaj berdurasi kira-kira 1 minit 56 saat itu dihasilkan menggunakan teknik pengimejan berkomputer (CGI) seolah-olah menunjukkan jersi tersebut diturunkan dari angkasa lepas.

Jersi baharu PQPTRW itu merupakan sebahagian daripada transformasi yang dilakukan Vida untuk memantapkan pasukan itu pada musim ini.

Ia akan digunakan buat julung kalinya pada perlawanan pertama Liga Super antara Kelantan menentang Perak di Stadium Ipoh, Sabtu ini.

- mStar


Jawatan Kosong Yayasan Sarawak - Feb 2016

by

Pengurusan Yayasan Sarawak mencari calon yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk jawatan berikut:
1. Pegawai Tadbir N41
2. Penolong Pegawai Tadbir N27
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
4. Pembantu Pejabat N1

Maklumat lanjut jawatan kosong Yayasan Sarawak
http://www.yayasansarawak.org.my/announcement/1454459251-iklan%20jwtn%20YS%20-%20Jan%202016.pdf

Pemohon yang berminat mengisi jawatan kosong Yayasan Sarawak perlu menghantar biodata lengkap, gaji dan gaji dijangka, salinan semua sijil dan dokumen berkaitan, nombor telefon untuk dihubungi dan gambar ukuran paspot terkini ke:

Pengarah Yayasan Sarawak,
Pusat Pembangunan Pendidikan & Ibu Pejabat Yayasan Sarawak
Lot 4784, Jalan Sultan Tengah,
93050 KUCHING

Tarikh Tutup Permohonan : 14 Februari 2016

Jawatan Kosong Pacific KB Mall - Feb 2016

by

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan di Pacific Hypermarket (KB Mall) seperti berikut :
1. Juruwang
2. Sekuriti Kompleks

Cara Memohon
Emailkan resume lengkap kepada : hr_kbmall@pacifichyper-dept.com.my atau hadir diri untuk temuduga di Pejabat Sumber Manusia, Pacific KB Mall

Human Resource Department
Pacific Hypermarket & Dept Store Sdn Bhd (KB Mall)
Ground Floor G-888 & 1st Floor, 1-888,
Jalan Hamzah 15050 Kota Bharu,
Kelantan
Telefon : 09-7476622 (En. Yasran)
Email : hr_kbmall@pacifichyper-dept.com.my

Tarikh Tutup Permohonan : 26 Februari 2016



Jawatan Kosong Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) - Feb 2016

by

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan kosong di Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) seperti berikut:
1. Pembaca Meter
2. Pekerja Awam
3. Penyelia

Maklumat lanjut jawatan kosong Syarikat Air Negeri Sembilan 2016
http://sainswater.com/index.php/ms-MY/2-uncategorised/80-tawaran-kerjaya?ml=1

Pemohon yang berminat mengisi jawatan kosong di Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) sila email/hubungi kami dan lampirkan butir-butir peribadi anda dengan gambar berukuran passport kepada:

Bahagian Sumber Manusia,
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd.,
Tingkat 2, Kompleks PKNNS,
Jalan Persiaran S2 B2,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Email : hr_sains@sainswater.com

Tarikh Tutup Permohonan ialah pada 26 Februari 2016


Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Selayang - Feb 2016

by


Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa memohon di Majlis Perbandaran Selayang (MPS)  seperti berikut :-
1. Pegawai Penilaian W41 (Kontrak)
2. Pegawai Perancang Bandar Dan Desa J41 (Kontrak)
3. Jurutera Awam J41 (Kontrak)
4. Penolong Pegawai Seni Bina JA29 (Kontrak)
5. Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa JA29 (Kontrak)
6. Penolong Jurutera Awam JA29 (Kontrak)
7. Penolong Juru Ukur Bahan JA29 (Kontrak)
8. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29 (Kontrak)
9. Penolong Pegawai Penilaian W27 (Kontrak)
10. Penolong Pegawai Keselamatan KP27 (Kontrak)
11. Jurufotografi B17 (Kontrak)
12. Pembantu Belia Dan Sukan S17 (Kontrak)
13. Pembantu Awam H11 (Kontrak)

Maklumat lanjut jawatan kosong Majlis Perbandaran Selayang
http://www.mps.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=c663cfda-0cf1-4f96-8343-9232d6885a86&groupId=10157

Borang Permohonan Jawatan Kosong MPS 1
http://www.mps.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=4e3e5340-9c68-48f0-89bd-2edbe78cb5d8&groupId=10157

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
TINGKAT 7, MENARA MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG,
PERSIARAN 3, BANDAR BARU SELAYANG,
68100 BATU CAVES,
SELANGOR DARUL EHSAN.

Tarikh Tutup Permohonan : 19 Februari 2016



Jawatan Kosong Jabatan Kesihatan Negeri Melaka - Feb 2016

by

Permohonan adalah dipelawa dari Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) seperti berikut :
- Pegawai Teknologi Makanan Gred C41 (PSH) 4 Kekosongan

Maklumat Jawatan Kosong
http://jknmelaka.moh.gov.my/v3/go/dl.php?filename=201602041143.pdf

Kepada sesiapa yang berminat, sila hantar permohonan ke alamat di bawah beserta resume bergambar, salinan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan dan surat iringan dengan menyatakan jawatan yang dipohon. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Unit Sumber Manusia,
Bahagian Pengurusan
Tingkat 4, Wisma Persekutuan
Jalan Business City, MITC
75450 Ayer Keroh, Melaka
Tel : 06-2356753
(u/p : Puan Nor Zaidah Binti Md. Galeh / Noor Azah Binti Bahrin)

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Februari 2016


Jawatan Kosong MRSM Yayasan Terengganu - Feb 2016

by


Calon-calon Warganegara Malaysia Kerakyatan Negeri Terengganu (Keutamaan diberi kepada penduduk Wilayah Ketengah/ Daerah Dungun dan Kemaman sahaja) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di MRSM YT KETENGAH:

1. Penyelia Asrama Gred N17
2. Pembantu Tadbir (perkeranian/operasi) Gred N17
3. Pembantu Tadbir (kewangan) Gred W17
4. Pembantu Makmal Gred C17
5. Pembantu Operasi Gred N11
6. Pemandu Kenderaan Gred H11

Maklumat lanjut jawatan kosong Yayasan Terengganu 2016
https://drive.google.com/file/d/0B7seRtFCqthNT0tnZlItbnhGQ0E/view

Pemohon yang berminat mengisi jawatan kosong di MRSM Yayasan Terengganu perlu mengisi borang permohonan jawatan kosong secara online melalui sistem SPS
http://my03.awfatech.com/ytrg2/sps/ecareer/workreg.php

Shaheizy Sam selamat bernikah dengan Syatilla Melvin

by

Shaheizy Sam telah selamat bernikah dengan Syatilla Melvin dengan sekali lafaz di Pulau Pinang pada 8 Februari 2016 (Isnin). Mungkin ramai yang sudah kenal dengan Shaheizy Sam tetapi tidak mengenali isteri beliau. Berikut adalah biodata ringkas Syatilla Melvin.

Biodata Syatilla Melvin
Nama Penuh :  Siti Nur Syatilla binti Amirol Melvin
Tarikh Lahir : 8 Februari 1991 (umur 25 tahun pada tahun 2016)
Tempat Lahir : Parit Buntar, Perak
Kerjaya : Pelakon dan Model
Berdarah kacukan Jepun sebelah bapanya, Amirol Melvin
Merupakan Finalis Dewi Remaja bersama Anzalna, Neelofa dan Izara Aishah.
Tarikh Aktif : Tahun 2012 hingga kini

Senarai Drama/ Telemovie:
BFF Teman Tapi Mesra - TV3
Julia Katrina (Cat) - TV3
Esah Pajero - TV3
Lara Hati - TV9
Dalam Setiap Sujud - TV9
Rindu Bertamu Di Abu Dhabi - TV3
Kalau Bukan Aku Nurin - TV3
Rentas Samudera Leftenan Nor - RTM
Ramadan Yang Hilang -  Delishah     TV3
Ariana Rose - TV3
Aku Isterinya -  TV3
Kristal Maya - TV3
Pulang Sayang - RTM
PA Cinta
Korban Haji

Laman Sosial
Twitter Syatilla Melvin: https://twitter.com/syatillamelvin
Facebook Page Syatilla Melvin: https://www.facebook.com/NurSyatillaMelvin
Instagram Syatilla Melvin: https://instagram.com/syatillamelvin/


Bersukan cegah artritis

by
Penyakit radang sendi atau artritis lazimnya menyerang individu berusia 50 tahun ke atas dan golongan wanita yang telah menopaus.

Artritis akan menyebabkan rasa ngilu pada sendi dan akhirnya mampu merosakkan tulang rawan.

Salah satu jenis penyakit artritis adalah osteoartritis yang mengikis kartilase sendi lutut sehingga menyebabkan rasa sakit dan bengkak. Berikutan itu, individu mengalami kesukaran untuk bergerak.

Menurut Pakar Bedah di Hospital Mount Elizabeth Novena, Singapura, Dr. Jeffrey Chew Tec-Hock, osteoartritis sukar untuk dicegah memandangkan ia merupakan penyakit yang muncul akibat penurunan fungsi organ di dalam tubuh.

“Faktor risiko penghidap artritis adalah usia, berat badan, genetik dan penyakit-penyakit lain seperti ketumbuhan.

“Untuk meminimumkan risiko diserang penyakit tersebut, individu disarankan untuk kerap bersukan kerana ia akan memperkuat otot selain melancarkan peredaran darah,” jelasnya.

Ujarnya lagi, individu turut disarankan untuk menjaga berat badan ideal dan mengambil makanan tinggi nutrien bagi mengelakkan risiko menghidap penyakit tersebut.

- Kosmo!


Cermin Kokpit Retak Punca Penumpang Rayani Air Terkandas

by

Insiden penumpang Rayani Air terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada Selasa berpunca daripada keretakan cermin kokpit pesawat syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia itu.

Rayani Air dalam satu kenyataan pada Selasa yang mengesahkan perkara itu berkata, pembatalan penerbangan bukan disebabkan oleh masalah teknikal.

"Cermin kokpit ditemui retak selepas penerbangan malam tadi. Kita sedang menyiasat insiden ini sama ada ia merupakan tindakan sabotaj atau tidak.

"Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi menangani perkara ini," menurut kenyataan itu.

Syarikat penerbangan itu turut memberitahu ia berusaha untuk memastikan kesemua penumpang yang terkandas dapat meneruskan perjalanan dengan selamat.

"Bagi pihak Rayani Air, kami mohon maaf di atas pembatalan penerbangan dari Langkawi hari ini dan berharap penumpang dapat memahami keadaan ini.

"Bagi mereka yang mahu bayaran balik tiket penerbangan, sila hubungi talian hotline kami," katanya.

Pada Selasa dilaporkan, lebih 200 penumpang Rayani Air terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi selepas penerbangan mereka dibatalkan berikutan pesawat yang hendak digunakan mengalami masalah teknikal.

Penerbangan RN180 menggunakan pesawat Boeing 737 yang dijadualkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pukul 11.10 pagi Selasa tidak dibenarkan berlepas selepas kerja-kerja untuk mengatasi masalah itu belum dapat diselesaikan.

- mStar




Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90