Anzalna Bergelar Isteri Mohamad Hanif

Pelakon Anzalna Nasir bergelar isteri kepada ahli perniagaan Mohamad Hanif Mohamad Zaki, 28, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.20 pagi tadi.

Majlis pernikahan tersebut diadakan secara sederhana dengan dihadiri saudara dan rakan-rakan terdekat di Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacific, pada Ahad.

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Anzalna iaitu Prof Madya Dr Mohd Nasir Ibrahim dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Mohd Abdul Nasir Abdullah.

Anzalna, 28, menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 dan menyerahkan sebanyak sembilan dulang hantaran.

Antara barangan hantaran daripada pihak Anzalna ialah barangan elektronik, jam tangan, coklat, kek, pewangi, sirih junjung, set persalinan, cincin dan sejadah.

Manakala, pengantin lelaki membalas dengan tujuh dulang hantaran iaitu beg tangan, tepak sirih, telefon bimbit, cincin, set telekung, wang hantaran dan gelang tangan.

Sementara itu, Anzalna yang ditemui pada sidang media mengakui sukar untuk menggambarkan perasaanya ketika sah bergelar isteri.

Katanya, dia bersyukur hubungan yang dijalinkan selama 10 tahun dengan lelaki itu akhirnya berakhir dengan ikatan yang sah.

"Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar dan selepas 10 tahun kami berkawan akhirnya saya sah menjadi isteri dia.

"Dia seorang lelaki yang sangat sempurna buat saya dan paling layak untuk dijadikan sebagai suami," ujarnya.

Pasangan ini merancang untuk berbulan madu di sebuah pulau dan menunaikan umrah bersama-sama pada penghujung tahun ini.

Majlis perkahwinan tersebut disiarkan secara langsung dan eksklusif di stesen televisyen TV3.

Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 27 Februari ini di Hotel Grand Hyatt.

Anzalna Bergelar Isteri Mohamad Hanif

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

SMART WALLET

Untuk mendapatkan SMART WALLET yang menawan ini. WhatsApp "SMART WALLET" ke: 0139790000

lihat tawaran lebih lanjut

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran

Ingin Kurangkan Bil Elektrik?

Jika bil elektrik anda tinggi setiap bulan, apa kata cuba pasang alat penjimat elektrik di rumah anda. Promosi terkini hanya RM60 poslaju percuma. WhatsApp / Telegram "JIMAT ELEKTRIK" ke: 0139790000