Individu Paling Kaya Malaysia 2016 - Forbes



Robert Kuok kekal sebagai individu paling kaya dalam Senarai Individu Terkaya Forbes Malaysia buat kali ke-11 berturut-turut dengan aset bersih bernilai AS$10 bilion.

Pengasas Kuok Group berusia 92 tahun itu masih mengekalkan kedudukannya sebagai orang paling kaya Malaysia meskipun banyak aset individu lain di Malaysia mengalami penyusutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Senarai penuh berkenaan boleh diperoleh menerusi www.forbes.com/malaysia selain menerusi terbitan terkini Forbes Asia di pasaran.

Tokoh telekomunikasi, Ananda Krishnan menduduki tempat kedua dengan kekayaan bernilai AS$2.3 bilion hingga AS$7.4 bilion.

Saham Maxis, unit telekomunikasi utamanya, susut ekoran cadangan kerajaan mengagihkan semula dan melelong spektrum telekomunikasi, yang mencetuskan kebimbangan berlakunya perang pembidaan yang tinggi.

Operator TV berbayarnya, Astro Malaysia turut menyaksikan prestasi sahamnya terjejas selepas Netflix memasuki negara pada Januari.

Quek Leng Chan kekal di tempat ketiga walaupun aset bersihnya menyuncup kepada AS$300 juta berbanding AS$5.3 bilion sebelum ini. Hong Leong Co. (Malaysia) miliki peribadinya, mempunyai kepentingan dalam sektor kewangan, hartanah dan makanan.

Berikutan pasaran saham susut 8.7 peratus dan nilai ringgit menyusut 12.6 peratus berbanding dolar AS, 2016 merupakan tahun yang sukar bagi kumpulan jutawan Malaysia.

Ekonomi China yang perlahan juga menjejaskan perniagaan manakala penurunan harga minyak dan gas dunia turut menjejaskan pendapatan berkaitan industri terbabit.

Antara yang paling teruk terjejas dalam senarai tahun ini ialah jutawan Goh Peng Ooi.

Tahun lepas aset bersih beliau bernilai AS$1.55 bilion, namun pada Ogos, sahamnya jatuh selepas penjual jualan singkat yang tidak dikenali berkata syarikat perisian kewangan, Silverlake Axis, mengumumkann keputusan kewangan yang lebih tinggi berbanding kedudukan sebenarnya.

Walaupun dakwaan ini dinafikan, ia sudah terlambat. Tahun ini, kekayaan Goh merosot 53 peratus kepada AS$725 juta.

Hanya enam daripada 50 individu terkaya meningkat tahun ini.

Jumlah individu yang sebelum ini memiliki aset bersih berbilion dolar semakin merosot. Tahun lepas 16 memiliki aset berbilion dolar namun tahun ini hanya 12 individu.

Vincent Tan di tempat ke-17, dengan aset AS$900 juta, menyertai Goh yang hilang status 'billionaire', manakala saudara lelaki Tan, Danny Tan Chee Sing di tempat ke-13 dengan AS$975 juta.

Di tempat kesembilan, Syed Mokhtar AlBukhary, dengan aset bersih bernilai separuh daripada yang dimilikinya tahun lepas sebanyak AS$1.45 bilion, susut daripada AS$2.9 bilion.

Enam individu yang terkeluar daripada senarai tahun ini ialah Khoo Kay Peng, yang memiliki kepentingan besar dalam Laura Ashley Holdings.

Pembuat sarung tangan, Kuan Kam Hon, meningkat ke tempat ke-11 dengan aset bernilai AS$1.1 bilion, menyertai senarai baharu 'billionaire', meningkat berbanding AS$120 juta tahun lepas.

Lima nama memasuki senarai tahun ini termasuk Wong Teek Son, yang juga terlibat dalam industri pembuatan sarung tangan, di tempat ke-40 dengan AS$255 juta.

Berikut senarai 10 individu paling kaya di Malaysia :

1) Robert Kuok ASS$10 bilion

2) Ananda Krishnan AS$7.4 bilion

3) Quek Leng Chan AS$5.3 bilion

4) Teh Hong Piow AS$4.65 bilion

5) Lee Shin Cheng AS$4.6 bilion

6) Lim Kok Thay AS$4.55 bilion

7) Yeoh Tiong Lay AS$2.25 bilion

8) Lau Cho Kun AS$1.55 bilion

9) Syed Mokhtar AlBukhary AS$1.45 bilion

10) Surin Upatkoon AS$1.15 bilion

- Bernama
\

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

SMART WALLET

Untuk mendapatkan SMART WALLET yang menawan ini. WhatsApp "SMART WALLET" ke: 0139790000

lihat tawaran lebih lanjut

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran

Ingin Kurangkan Bil Elektrik?

Jika bil elektrik anda tinggi setiap bulan, apa kata cuba pasang alat penjimat elektrik di rumah anda. Promosi terkini hanya RM60 poslaju percuma. WhatsApp / Telegram "JIMAT ELEKTRIK" ke: 0139790000