Bedak Johnson & Johnson tidak berbahaya



Formulasi bedak talkum yang dipasarkan di Malaysia oleh syarikat Johnson & Johnson mematuhi keperluan yang ditetapkan dalam Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bedak talkum diperbuat daripada talkum yang juga dikenali sebagai 'hydrated magnesium silicate' yang wujud secara semulajadi.

Talkum boleh dikelaskan kepada gred industri dan gred kosmetik/farmaseutikal dan talkum gred kosmetik/farmaseutikal lazimnya lebih tulen dan tidak mengandungi asbestos (bahan yang dipercayai boleh menyebabkan kanser).

Noor Hisham mengulas laporan media antarabangsa dan tempatan baru-baru ini serta kenyataan Persatuan Pengguna Pulau Pinang semalam berhubung bedak talkum  dikaitkan dengan kejadian barah.

Menurut beliau, talkum tidak disenaraikan sebagai bahan larangan di dalam formulasi produk kosmetik dan digunakan dalam sesuatu sediaan kosmetik kerana mempunyai ciri seperti menyerap kelembapan, agen pelincir, agen penyejuk dan agen pembawa bahan pewangi, katanya.

Katanya, bahan itu digunakan secara meluas dalam produk kosmetik di seluruh dunia termasuk di negara Eropah, Kanada, Amerika dan Asia.

Sehingga kini, tiada sebarang kesan advers dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah yang melibatkan isu keselamatan penggunaan bahan tersebut di dalam produk kosmetik.

Di samping itu, katanya terdapat satu kajian kohort propektif daripada Womens Health Initiative (WHI), yang mendapati tiada kaitan antara penggunaan talkum kosmetik dan risiko kanser ovari.

Sebarang maklumat terkini yang berkaitan dengan isu keselamatan sesuatu produk akan dinilai dan Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan regulatori yang sewajarnya jika diperlukan.

Kementerian juga akan terus prihatin dengan mana-mana kajian semasa yang dikeluarkan dan memantau keadaan dengan teliti untuk sebarang perkembangan terbaharu.

- BERNAMA


0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

SMART WALLET

Untuk mendapatkan SMART WALLET yang menawan ini. WhatsApp "SMART WALLET" ke: 0139790000

lihat tawaran lebih lanjut

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran

Ingin Kurangkan Bil Elektrik?

Jika bil elektrik anda tinggi setiap bulan, apa kata cuba pasang alat penjimat elektrik di rumah anda. Promosi terkini hanya RM60 poslaju percuma. WhatsApp / Telegram "JIMAT ELEKTRIK" ke: 0139790000