Suhu di Malaysia bakal menyamai suhu di negara-negara Arab apabila ia diramal mencecah suhu 40 darjah Celsius dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Pengarah Kampus Lestari Universiti Teknologi Malaysia (UTM-CS), Profesor Madya Dr. Mohd. Fadhli Md. Din berkata, keadaan itu berlaku disebabkan suhu di kawasan bandar dan luar bandar di negara ini mengalami peningkatan sebanyak 1.2 darjah Celsius setahun.
Kadar suhu yang sangat tinggi itu bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada tubuh manusia yang hanya mampu bertahan dalam suhu maksimum 39.5 darjah Celsius malah mengakibatkan negara berisiko mengalami musim kemarau berpanjangan. Kadar suhu purata di Malaysia adalah antara 32 hingga 33 darjah Celsius.
Beliau berkata, peningkatan kadar suhu secara berperingkat itu berpunca daripada pelepasan gas karbon dioksida dari kilang dan kenderaan yang semakin banyak di negara ini pada masa depan.
- Kosmo!
cuaca
By
MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
Selasa, April 05, 2016
Written by:
MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
Cuaca di Malaysia bakal cecah 40 darjah Celsius
Cuaca di Malaysia bakal cecah 40 darjah Celsius
Blogger Informasi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Comment:
Catat Ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.