Program 'Sekolah Bergerak' bantu akademik anak Terengganu


Kerajaan negeri Terengganu bercadang untuk memperkenalkan program 'Sekolah Bergerak' yang bertujuan meningkatkan lagi prestasi akademik murid sekolah negeri ini terutamanya yang menetap di pendalaman.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, program tersebut berkonsepkan kelas tuisyen dan bimbingan itu di dalam kenderaan yang lengkap dengan kemudahan pengajaran secara bergerak dari satu kampung ke satu kampung di seluruh negeri.

Tenaga pengajarnya akan terdiri daripada lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) yang masih belum mendapat pekerjaan tetap.

Ilmu dan kemahiran mereka boleh digunakan untuk membantu jabatan pelajaran negeri membimbing murid-murid terlibat meningkatkan prestasi dalam pelajaran, katanya selepas merasmikan program Ilmu Mengubah Destini anjuran Perpustakaan Tun Razak, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir di Kuala Nerus.

- Kosmo!

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.