Top Ad 728x90

Format Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29

by


Rujukan Pantas Nota dan Soalan Exam Online Penolong Pegawai Tadbir N29. Dapatkan sekarang di : http://bit.ly/examn29

Ramai yang bertanyakan admin tentang tips exam online Penolong Pegawai Tadbir Gred N27. Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 merupakan jawatan kerajaan dalam Kumpulan Sokongan I yang memerlukan kelayakan Diploma/STPM untuk memohon.

Format peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir hanya mempunyai dua seksyen. Format ini adalah sama dengan format peperiksaan online bagi jawatan gred 29 dan gred 41 yang lain.

Seksyen A – Pengetahuan Am, Isu Semasa

Soalan peperiksaan di dalam seksyen ini meliputi skop yang sangat luas dan seringkali berada di luar jangkaan. Ianya menuntut calon mempunyai pengetahuan am yang luas dan sebenarnya ianya berpaksikan kepada sejauh mana anda peka dengan persekitaran. Itu adalah satu kriteria sebenarnya yang diuji dalam bahagian ini, bagaimana anda peka dan sensitif kepada isu-isu penting lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional.

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Soalan di Seksyen ini banyak melibatkan penggunaan IQ, pengiraan dan juga penggunaan statistik. Jadi calon harus bersedia untuk menghadapainya. Kebanayakan soalan yang dikeluarkan adalah sama dengan seisi pembelajaran matematik di peringkat sijil pelajaran malaysia. Calon hanya perlu rajin membuat ulangkaji.

Bidang Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

by



Bidang Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 meliputi 4 aspek utama iaitu POLC (Planning, Organizing, Controlling & Leading).

Pengurusan

Penyeliaan dan kepimpinan dalam jabatan/organisasi. Maknanya anda terlibat membantu dalam tugasan mengurus/selia/memimpin jabatan/ anda berkhidmat termasuk kakitangannya.
Menyelesai masalah dan membuat keputusan dari isu-isu yang timbul berkaitan petadbiran/ penyeliaan jabatan anda
Mengurus perjalanan tugas/projek/perjalanan satu-satu jabatan termasuk pengurusan kakitangan

Pentadbiran Pejabat

Sistem Fail dan Rekod – mengurus dengan efektif sistem failing/rekod unit/jabatan termasuk membuka fail baru, penutupan fail/rekod, pembukaan semula, pelupusan, arkib dan sebagainya.
Surat menyurat – menguruskan penyediaan surat, penghantaran surat – keluar dan masuk.
Pengurusan mesyuarat – penganjuran mesyuarat, penyediaan minit mensyuarat.
Perhubungan – berkomunikasi dengan pelanggan kerajaan, termasuk rakyat.
Arahan Keselamatan – memastikan panduan keselamatan disediakan di setiap unit/jabatan.
Etika dan Protokol – menguruskan/menerangkan etika/protocol kerja kepada kakitangan.

Kewangan

Belanjawan dan perakaunan – menguruskan perbelanjaan unit/jabatan untuk kursus, majlis, mesyuarat dan menyediakan akaun untuk kesemua perbelanjaan.
Prosedur pembelian, stok, penjualan dan sewaan – menyediakan prosedur dalam urusan pembelian, stok, jual dan sewaan termasuk penyediaan invois.
Pembayaran dan penerimaan – menguruskan urusan pembayaran dan penerimaan kos untuk pembelian, jualan, sewaan dan stok.
Tuntutan – menguruskan tuntutan termasuk tuntutan dari pelanggan kerajaan, kakitangan berkaitan OT, Claim, gaji dll.

Teknologi Maklumat

i)Penggunaan/kemahiran computer – Microsoft office – word, power point, excel dll
ii)Penggunaan internet
iii)Penggunaan aplikasi, system yang berkaitan

Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

by




Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Kumpulan:Pelaksana
Kem/Jab:Jabatan Perkhidmatan Awam/ Kementerian Pertahanan
Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,493.00 RM5,672.00 RM145.00

Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
warganegara Malaysia;
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).

Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu tadbir (Perkeranian/ Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu tadbir (kewangan), Pemeriksa Cap jari dan pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
lulus Peperiksaan Khas; dan
had umur pelantikan:
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

7 Tips Untuk Dapatkan 'Gentle Birth' Kurangkan Rasa Sakit Bersalin

by


7 Tips Untuk Dapatkan 'Gentle Birth' ini dikongsikan oleh seorang ibu bernama Siti Aai Shah dalam Facebooknya.

Apa itu gentle birth?

Gentle birth adalah "teknik bersalin dengan mudah, tenang & selamat serta mengurangkan rasa sakit sebelum, semasa & selepas bersalin"

Amazing kan?? Memang amazing sangat kalau kita tahu cara & teknik utk memanipulasi minda separa sedar terhadap sakit yang dirasai kepada perkara yang indah2 sekaligus mengurangkan/menghilangkan rasa sakit tadi 😍

Pengalaman ummi utk 1st baby xdpt praktikkan sebab tak belajar lagi masa tu. Alhamdulillah anak ke 2 & 3 ummi berjaya! Di sini ummi nak share 7 tips yang ummi buat dan alhamdulillah ia sangat membantu..

[ 7 TIPS DAPATKAN GENTLE BIRTH ]

1️⃣ TEKNIK PERNAFASAN YANG BETUL
Contraction adalah saat yang sakit buat ibu2 yang hampir melahirkan. Ada yang cakap sakit nak patah pinggang, sakit berkali ganda dari senggugut, sakit mcm nak putus urat. Semua tu hanya gambaran & istilah sahaja. Percaya tak, sakit yang digambarkan tu sebenarnya boleh hilang/kurang dengan teknik pernafasan yang betul.

Mcm mana??

Saat contraction dtg, siap sedia tarik nafas sedalam yang boleh kemudian lepaskan perlahan melalui mulut tanpa mengeluarkan suara. Ulang 3-5 kali, insyaAllah sakit tadi akan berkurang. Teknik pernafasan nie bukan je buat sakit tersebut berkurang tapi ia juga buat kita lebih tenang.

**teknik pernafasan yang lain boleh baca buku "Hypnobirthing, the mongan method"

2️⃣ AKTIFKAN MINDA SEPARA SEDAR
Minda separa sedar tidak berfungsi secara logik tapi ia lebih kepada imaginasi, rasa hati & emosi.

Contoh:
Minda sedar: aku nak bersalin normal
Minda separa sedar: boleh ke normal? Anak 1st nie, mcm susah je...(ini yg perlu kita tukar)

Minda separa sedar nie 90% dalam diri. Dengan menguasainya, kita mampu mencapai apa saja yang dihajati. Inilah kekuatan luar biasa yang tak terjangkau oleh akal fikiran manusia.

Mcm mana nak aktifkan minda separa sedar?

Kita boleh aktifkan saat dalam keadaan tenang dengan suasana yang tenang. Paling senang adalah saat kita nak tidur. Bercakap dengan diri sendiri apa yang kita nak esok & berdoa minta pada Allah. Ulang & terus ulang.

Mcm ummi, masa preggy anak ke 2 & 3, setiap masa dan setiap hari sentiasa cakap dalam hati:

-baby bersalin 38 minggu
-mudah bersalin
-bersalin normal
-lepas bersalin tak sakit2
-dalam labour room setengah jam je
-kembali berat asal

Alhamdulillah..semua yang di atas berjaya! Cuma yang berat je tak tahu lagi. Anak ke 2 berjaya, yang ke 3 nie tak tahu lagi. Ummi hanya aktifkan minda separa sedar semasa di awal kehamilan hingga saat nak bersalin. Alhamdulillah berhasil!

3️⃣ POSITIF
Amalan positif nie memang sentiasa perlu dipraktikkan. Sebab bila kita positif, kita akan tarik benda2 positif di sekeliling kita. Sebab tu pantang buat ibu2 hamil bersedih!

Saat nak bersalin, penting utk kita set dlm minda KATA2 POSITIF seperti
-ummi kuat!
-baby mesti keluar dgn selamat!
-ummi boleh!
-Allah bantu!
Bagi semangat pada diri sendiri! InsyaAllah ia sangat membantu memudahkan proses kelahiran!

4️⃣ LAMA DALAM SUJUD
Ini adalah salah satu teknik mempercepatkan bukaan rahim & sujud juga mampu menghilangkan rasa sakit contraction. Untuk ibu2 yang tahu kandungan sonsang, cara ini mampu betulkan kedudukan baby.

5️⃣ TUKAR SAKIT KEPADA NIKMAT
Saat contraction datang, cuba imagine perkara2 yang indah. Ummi masa dlm labour room, saat contraction makin tinggi, terus convert sakit tadi dengan imagine baby dah selamat, baby sihat, comel, suami azankan baby. Ummi terus create cerita yang best2 & what u guess?? Sakit tu hilang! Alhamdulillah

6️⃣ ZIKIR & DOA YUNUS
1 perkara dapat buat kita lebih tenang iaitu berzikir. Saat sakit datang, berzikir. Ingat akan kebesaran Allah. Semua tu dapat kurangkan rasa sakit.

Lepas tu baca doa yunus:

"Lailahaila anta subhanaka inni kuntum minaz zolimin"

InsyaAllah sakit tadi akan hilang..

7️⃣ MAKAN KURMA & AIR ZAM2
Kurma & air zam2 sangat berkhasiat dan mampu memberi tenaga segera pada badan. Lagi2 masa masuk labour room, kalau sempat jangan tinggalkan 2 benda nie. InsyaAllah ia juga dapat membantu memudahkan proses kelahiran serta memberi tenaga yang luar biasa!

**Semoga perkongsian yang kecil nie memberi manfaat pada ibu2 di luar sana. InsyaAllah. Akhir sekali, buat ibu2 yang bakal melahirkan anak pertama, jangan takut. Melahirkan baby adalah perjalanan yang sangat menakjubkan! Rasai kehebatan & kekuasaan yang Allah beri buat anda insan2 terpilih! Go go fighting!

Mengapa Islam Rohingya Diseksa dan Dibunuh?

by



Mari kita imbau Sejarah Rohingya, dengan memahami Sejarah BURMA... Kita akan memahami mengapa Umat Islam di ARAKAN terus ditindas dan dibunuh dengan kejam....Isu masyarakat Islam di dunia..rata-ratanya berpunca dari punca yang sama...walaupun jalan ceritanya berbeza......

Orang Rohingya adalah etnik  Muslim yang tinggal di utara negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma. Kebanyakan populasi Rohingya tertumpu di dua buah bandar utara Negeri Rakhine (dulunya dikenal sebagai Arakan).

Arakan pernah menjadi Kesultanan Islam pada abad ke-7 selama 350 tahun sehinggalah ia dijajah pada tahun 1784 dan ia pernah jadi pusat tamadun Islam di Nusantara pada masa itu.

Ketika itu, Sultan Mahmood, seorang Rohingya yang berpengaruh pernah menjadi setiausaha politik dalam kerajaan U Nu (kerajaan Burma ketika itu) dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kesihatan. Selepas itu, nama Arakan ditukar kepada Rakhine.

Mengenali Etnik Rohingya:

  • Orang Rohingya kebanyakannya adalah satu kumpulan etnik beragama Islam di utara Negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma. Sejarah telah mencatatkan bahawa umat Islam Rohingya merupakan pendudukasal Rakhine membentuk gugusan besar Arakan yang terletak berhampiran sempadan Bangladesh pada ketika ini menerusi pelbagai kajian sejarah serta ilmiah yang dilakukan.
  • Kebanyakan populasi Rohingya tertumpu di dua buah bandar utara Negeri Rakhine (yang dahulunya dikenali sebagai Arakan).
  • Sejarah orang Rohingya dikatakan bertarikh dari awal kurun ke-7 diNegeri Arakan yang menjadi penempatan pedagang-pedagang Arab yangberagama Islam, namun bukti sejarah tersebut adalah sedikit.
  • Orang Rohingya memiliki persamaan fizikal, bahasa dan budaya dengan orang Asia Selatan, terutamanya orang Benggali. Malahan, sesetengah orang Rohingya yang menetap di Arakan adalah keturunan orang Arab, orang Parsi dan orang Pashtun yang berhijrah ke Arakan semasa era pemerintahan Empayar Mughal.
  • Sultan Mahmood, seorang Rohingya yang kaya dan berpengaruh, merupakan setiausaha politik dalam kerajaan U Nudan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kesihatan. Orang IslamRohingya lain dalam kerajaan U Nu yang menjadi setiausaha parlimenantaranya ialah Sultan Ahmed dan Abdul Gaffar. Abdul Bashar, ZohoraBegum, Abul Khair, Abdus Sobhan, Rashid Ahmed dan Nasiruddin (U PhoKhine) ialah juga ahli-ahli parlimen dalam kabinet U Nu.
  • Tragedi kemanusiaan yang  dialami umat Islam Rohingya pada ketika iniberlangsung semenjak 1938 apabila dilaporkan seramai 30,000 orang Muslimtelah dibunuh pada 26 Julai 1938.  Tragedi yang sama juga berulang padatahun 1942, 1968, 1992 dan 2012.
  • Sehingga kini, dilaporkan seramai  1juta umat Islam Rohingya telah menjadi pelarian di seluruh dunia(termasuk di Malaysia) manakala seramai 2 juta umat Islam Rohingya masihberada di Arakan.
  • Penderitaan Muslim di Myanmar bermulapada 1982 lagi apabila secara tiba-tiba Muslim Rohingya diisytiharkan pendatangasing di negara sendiri. Muslim Rohingya ditindas melalui undang-undang “Burma Citizenship Law of 1982” yangbersifat perkauman agama dan penuh diskriminasi yang diluluskan oleh pemerintahjunta Burma   pada tahun 1982, yang mengakibatkan golonganmuslim Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara, malah diisytiharkansebagai ‘pendatang’ di tanahair mereka sendiri. Oleh yang demikian, hak merekadinafikan, malahan ada yang ditangkap, dipukul dan pelbagai kekejaman lain yangdikenakan kepada mereka.
  • Sejak diluluskan ‘Burma Citizenship Law’ ini juga,anak-anak kaum Muslimin telah dinafikan hak pelajaran mereka. Undang-undang  ini telah menyebabkan bukan sahaja merekatidak dapat menyambung pelajaran, malah ada yang langsung tidak dapat belajar ekorandaripada tekanan ekonomi, penangkapan, penyeksaan dan sebagainya.
  • Tambahmenyedihkan ialah wanita Islam tidak dibenarkan memakai hijab dan ramai diantara mereka yang ditindas, didiskriminasi,  dirogol dan sebagainya. Bukan itu sahaja,  malahan masyarakat Islam di sana turut dinafikanhak dari segi perubatan samada di hospital mahupun di klinik-klinik dan merekadipaksa membayar dengan harga yang terlampau tinggi untuk setiap kos rawatanyang ingin mereka dapatkan.
  • Tambahmemilukan ialah masyarakat Islam juga tidak dibenarkan menunaikan haji ataupunmenyembelih korban semasa menyambut kedatangan Aidiladha, justeru mereka tidakdapat menjalani kehidupan sebagai seorang muslim yang bebas melaksanakan ajaranagamanya. 
  • Situasi seumpama ini menyebabkan golongan muslim Rohingya terpaksa melakukan penghijrahan dengan menjadi pelarian kenegara-negara seperti Bangladesh, Pakistan, United Arab Emirates, Arab Saudi,Thailand dan Malaysia. 
  • Gerakan pembebasan orang Rohingya disekat dengan keras dan pada hakikatnya sebahagian besar mereka telah dinafikan kewarganegaraan Myanmar mereka. Mereka juga tertakluk pada pelbagai bentuk pemerasan dan pencukaian sembarangan; penyitaan tanah; pengusiran paksa danpemusnahan rumah; dan sekatan kewangan ke atas perkahwinan. OrangRohingya terus menerus dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan jalan rayadan di kem-kem tentera walaupun jumlah buruh paksa di utara NegeriRakhine telah menurun sejak sedekad yang lalu.
  • Pada tahun 1978, dianggarkan seramai 200,000 orang Rohingya telah melarikan ke Bangladesh berikutan operasi Nagamin’ (‘Raja Naga’) tenteraMyanmar. Secara rasmi kempen ini mensasarkan “pemeriksaan setiapindividu yang tinggal dalam negeri tersebut, menandai warganegara dan orang asing bertepatan dengan undang-undang dan mengambil tindakanterhadap orang asing yang menyusup masuk ke dalam negara secara haram.Kempen ketenteraan ini disasarkan secara terus kepada orang awam, danmengakibatkan pembunuhan, rogol dan pemusnahan masjid serta penindas nagama secara besar-besaran.
  • Semasa 1991-92, satu gelombang baru orang Rohingya yang dianggarkan berjumlah suku juta orang telah melarikan diri ke Bangladesh. Mereka melaporkan tentang buruh paksa di samping hukuman mati terus, penyeksaandan rogol. Orang Rohingya dipaksa bekerja tanpa bayaran oleh tentera Myanmar di projek-projek infrastruktur dan ekonomi, lazimnya dalam keadaan yang teruk. Banyak pencabulan hak-hak kemanusiaan lainberleluasa dalam konteks buruh paksaan orang awam Rohingya oleh pasukan keselamatan.
  •  Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tenteraMyanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.
  • Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah , tanah ,ternakan , pemusnahan masjid , arahan tidak dibenarkan membaikkimana-mana Masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan PagodaBuddha , perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinantentera , penangkapan , penyiksaan tanpa bicara , perkosaan wanita danpemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.
  • Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memiliki walaupunpisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera.Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yangditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefonbimbit.
  • Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian diBangladesh , 60,000 di Thailand , 150,000 di Pakistan ,40,000 diMalaysia . Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazardi Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasaBangladesh tidak memberi sebarang bantuan.

Punca Keganasan dan Penindasan Etnik Rohingya:
Fakta-Fakta Penindasan dan Pencabulan Hak Asasi Manusia:

Peranan Umat Islam:
Sebagai umat Islam yang ingin mengaplikasikan ’konseppersaudaraan Islam’, maka kita tidak boleh memandang masalah yang dihadapi olehgolongan muslim Rohingya ini dengan ’sebelah mata’. Sebalikmya menjadi suatukewajipan kepada kita untuk membantu mereka sedaya- upaya bagi merealisasikan konsep persaudaraan sesama muslim. Antaranya ialah dengan menitipkan doa buat saudara-saudara kita di sana.

Ramai Ingin Jadi Ejen Tudung Zip Nora Danish

by

Gara-gara viral di laman sosial, tudung zip milik pelakon Nora Danish menerima permintaan dan tawaran tinggi sehingga ada pihak mahu menjadi ejen biarpun koleksi tersebut masih belum dilancarkan kepada umum.

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 34, berkata, koleksi yang diberi nama Owl Princess Jasmine Ezip Instant Shawl ini akan memasuki pasaran dalam masa terdekat dengan harga RM69.

"Alhamdulillah, Nora baru sahaja selesai sesi fotografi untuk tudung ini dan sejak viral beberapa hari lalu memang ramai yang sudah bertanya dan berminat untuk jadi ejen dan stokis Owlbynd.

"Insya-Allah koleksi unik ini akan dikeluarkan paling awal ialah pada penghujung bulan ini," ujarnya kepada mStar Online.

Nora diminta untuk mengulas tentang isu koleksi tudung terbaharunya yang menjadi viral di blog-blog hiburan kerana menggunakan zip.

Dalam pada itu, menjelaskan idea tudung berkenaan secara terperinci, Nora berkata, ia dihasilkan untuk pengguna yang sukakan kelainan.

"Idea tudung ini timbul bagi menggantikan zip dengan jahitan tepi bagi mendapatkan kesan alunan atau berombak apabila digayakan.

"Ia boleh digunakan dengan dua cara, cuma cara kedua yang menjadi viral kerana saya berseloroh dengan mengzipkan muka secara penuh. Bagaimanapun, seperti shawl lain ia bergantung kepada kreativiti pengguna.

Nora berkata untuk keterangan lanjut tentang tudung berkenaan boleh mendapatkan maklumat di laman Instagram @owlbynd

- mSTAR

Bayi ditemui berhampiran masjid bersama sekeping nota

by

Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam sebuah kotak berhampiran Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati.

Difahamkan, jemaah yang mengunjungi masjid berkenaan untuk menunaikan solat Maghrib menemui bayi itu kira-kira pukul 7 malam.

Sekeping nota bertulisan tangan turut ditemui bersama bayi malang yang hanya dibalut dengan kain batik bersama patung mainan.

Dipercayai nota itu ditulis oleh ibu bayi berkenaan dan turut menyatakan bayi tersebut dilahirkan kelmarin.

“Assalamualaikum. Jika anda membaca nota ini, bayi ini dilahirkan pada 21 November 2016. Tindakan saya terhadap bayi ini adalah bukan saya tidak mahu tetapi saya tidak mampu.

“Jadi saya ingin memberi rezeki saya kepada mereka yang lebih layak dan mampu. InsyaAllah jika punya jodoh kita akan berjumpa. I love you,” menurut nota yang ditemui bersama bayi tersebut.

Penemuan bayi comel itu mendapat perhatian selepas beberapa keping gambar bayi bersama nota berkenaan dikongsi oleh pengguna laman sosial.

- Kosmo!

Budak Lelaki Maut Makan Ubat Darah Tinggi Nenek

by


Seorang budak lelaki berusia empat tahun maut selepas makan ubat sakit darah tinggi milik neneknya, lapor akhbar utama bahasa Cina.

Ahli keluarga Li Xin Jie merasakan sesuatu tidak kena apabila kanak-kanak itu muntah-muntah dalam kejadian yang berlaku di rumah mereka di Kampung Simpang Durian, Negeri Sembilan pada Jumaat, lapor Sin Chew Daily.

Mereka segera membuat pemeriksaan dengan kanak-kanak itu dan diberitahu bahawa dia telah mengambil ubat tersebut.

Neneknya pula mendapati beberapa biji pilnya telah hilang sebelum mangsa digegaskan ke Hospital Kuala Pilah.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak itu, yang merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik, meninggal dunia pada hari berikutnya.

- mSTAR

Trump Umum Amerika Syarikat Tarik Diri Daripada TPPA

by


Donald Trump berkata beliau akan menarik diri daripada perjanjian perdagangan Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada hari pertama beliau mengambil alih jawatan.

Trump berkata tindakannya itu adalah selaras dengan ikrar kempen pusat yang dilakukannya sebelum ini.

"Saya sudah meminta pasukan peralihan menyediakan senarai tindakan eksekutif yang boleh kita ambil bagi memulihkan undang-undang dan mengembalikan semula peluang pekerjaan," kata bakal Presiden AS itu dalam satu mesej video yang menggariskan keutamaan yang akan diberikan dalam tempoh 100 hari pertama peralihan kuasa di bawah pimpinan beliau.

"Berhubung dengan perdagangan, saya akan mengeluarkan pemakluman hasrat kami untuk menarik diri daripada perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik, satu potensi bencana kepada negara kita.

"Sebaliknya, kami akan berunding tentang tawaran perdagangan saksama dua hala yang akan membawa kembali industri dan peluang pekerjaan ke Amerika," katanya.

Gol Faiz Subri Disenarai 10 Terbaik Dunia 2016

by


Gol sepakan percuma knuckleball pemain tengah skuad Harimau Kumbang, Mohd Faiz Subri tersenarai antara 10 calon akhir bagi Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) 2016.

Perkara itu kongsikan Persatuan Bolasepak Pulau Pinang menerusi laman Facebooknya, FA Penang pada malam Isnin.

"Sah!. Gol jaringan Faiz Subri telah tersenarai bersama sembilan lagi jaringan terbaik dunia untuk Anugerah Puskas Fifa 2016. Tahniah," tulis pasukan itu.

Pasukan tersebut turut memuat naik pautan untuk mengundi calon tunggal dari Malaysia itu. (http://m.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award/index.html)

Faiz Subri akan bersaing dengan beberapa pemain terkemuka dunia seperti bintang Barcelona, Lionel Messi dan Neymar untuk merebut gelaran tersebut.

Beliau turut dicabar Mario Gaspar (Sepanyol), Hlompho Kekana (Afrika Selatan), Marlone (Brazil), Saul Nigue (Sepanyol), Hal Robson-Kanu (Wales), Daniuska Rodriguez (Venezuela), Simon Skrabb (Finlad).

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini telah menghantar surat untuk mencadangkan kepada Fifa agar gol unik pemain berusia 29 tahun itu yang dijaringkan menerusi sepakan bebas dari jarak 32 meter pada minit ke-62 perlawanan Liga Super antara Pulau Pinang dan Pahang disenaraikan sebagai salah satu calon dalam Anugerah Puskas 2016.

Pada 17 Mac lalu,  FAM memaklumkan bahawa mereka menerima surat maklum balas daripada Fifa berhubung cadangan gol Mohd Faiz dicalonkan bagi anugerah tersebut.

Fenomena sepakan ajaib Faiz Subri mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat perhatian peminat bola sepak di seluruh dunia.

Malahan ada yang mendakwa sepakan lencong Faiz Subri itu lebih hebat berbanding pemain lagenda, Roberto Carlos ketika menentang Perancis pada 1997.

- mSTAR

Malaysia Tidak Lagi Anjur Formula 1 Pada 2018

by


Malaysia akan berhenti menganjurkan perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) selepas kontraknya berakhir pada 2018.

Perkara itu disahkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata ini kerana kos penganjuran perlumbaan F1 semakin mahal dan tidak lagi menarik.

"Di seluruh dunia, malah di Singapura, kehadiran (F1) mencatatkan penurunan.

"Saya tidak fikir di mana-mana sahaja di dunia, jumlah penonton F1 meningkat.

"Jadi saya fikir untuk kepentingan jangka masa panjang, ia perkara yang betul untuk dilakukan," kata Nazri kepada pemberita di lobi Parlimen pada Isnin.

Beliau berkata Malaysia membelanjakan RM300 juta setahun untuk menganjurkan perlumbaan tersebut tetapi pulangannya tidak memuaskan.

Tambahnya, Malaysia tidak melahirkan pemandu F1 yang mencukupi sepanjang tempoh penganjurannya.

Namun, Nazri berkata perlumbaan Grand Prix MotoGP menunjukkan peningkatan yang ketara.

- mSTAR

Beza Siaran MYTV dan ASTRO

by


Dendam para warga Malaysia yang menyampah dengan yuran pembayaran ASTRO setiap bulan seakan-akan terbalas dalam sedikit masa lagi.

Namun jangan cepat berpuas hati. Mari saya terangkan bahawa MYTV tidak akan sama sekali menjamin anda mendapat siaran daripada ASTRO secara percuma. Tidak akan dapat!

Falsafah, teknologi dan ekosistem kedua-dua stesen penyaiaran ini juga amat berbeza sama sekali.

MYTV adalah jenama dibawah konglomerat Puncak Semangat (Altel communication) yang dimiliki oleh Tan Tri Syed Bukhari yang telah dianugerahkan kontrak oleh Kerajaan Malaysia dalam tahun 2014 untuk membangunkan infrastuktur pancaran siaran digital atau Digital Terestrial Television di Malaysia.

DTTV adalah suatu lembah penyiaran yang baru di Malaysia dimana, berlainan dengan ASTRO, DTTV dipancarkan melalui stesen-stesen pemancar yang terdapat diserata Malaysia dan diterima dengan menggunakan alat dekoder dirumah anda.

Melalui kontrak kerajaan ini, MYTV telah bekerjasama dengan Telekom Malaysia (TM) untuk membangunkan infrastuktur stesen-stesen pancaran untuk tahun-tahun kedepan.

Apa itu DTTV?

Sejujurnya, benda ini sudah ada lama di dunia dan mungkin baru sekarang kita menyedarinya. DTTV adalah satu teknologi penyampaian signal televisyen menggunakan spektrum digital berbanding analog sebelum ini yang lazimnya dikhaskan kepada spektrum 300Mhz sehingga 480Mhz.

Bermula tahun 2007 terutamanya di Amerika Syarikat, kebanyakkan stesen siaran terpaksa beralih daripada signal Analog kepada digital bukan sahaja atas alasan pembangunan teknologi HDTV, namun atas dasar kerajaan yang mahu mengosongkan spektrum analog sedia ada untuk dikhaskan kepada siaran-siaran kecemasan.

Kenapa MYTV berlainan dengan ASTRO?

Falsafah

Astro, penyedia rangkaian siaran dalam termasuk saluran "in-house" dan saluran antarabangsa berdasarkan yuran/pakej langganan yang dicaj ke atas pelanggan.

MYTV adalah stesen penyedia saluran TV Free To Air dan saluran-saluran yang dibayar oleh operator yang menyediakan kandungan (content) siaran kepada penonton.

Teknologi pemancaran

Seperti yang telah diperkatakan tadi, MYTV menggunakan teknologi transmisi DTTV yang mana spektrum signal dipancarkan oleh menara telekomunikasi darat seperti menara telekom manakala ASTRO pula menggunakan teknologi penghantaran transmisi melalui Satelit.

Justreru, siaran MYTV tidak akan terganggu oleh elemen-elemen alam seperti hujan, namun MYTV perlu sentiasa bergantung pada stesen pemancar bumi bagi menghantar siarannya.

Dekoder diperlukan di rumah untuk mengubah signal digital tersebut ke TV anda sama seperti Astro yang juga memerlukan dekoder.

Kandungan Siaran

MYTV telah melaksanakan siaran percubaan (Trial Broadcast) kepada kumpulan sasaran pada suku pertama tahun ini dan kandungan siaran TV pula dipunggah naik daripada siaran Free To Air (FTA) iaitu TV1, TV2, TV3, NTV7, TV9, Bernama dan TVALHijrah. MYTV bercadang akan memperluaskan siarannya kepada 30 saluran pada penghujung tahun 2016 akan datang.

Manakala disuatu sudut lain pula, Astro mempunyai saluran dan rancangan terbitan sendiri iaitu Astro RIA, PRIMA, CITRA, WARNA, MUSTIKA, WAH LAI TOI dan banyak lagi yang hak penyiarannya secara mutlak dipunyai oleh Astro.

Ekosistem

Ini adalah faktor ultima dimana kita dapat melihat perbezaan terbesar antara MYTV dan Astro.

Jangan lupakan bahawa MYTV juga syarikat seperti Astro yang perlu menjana keuntungan bagi meneruskan kelangsungan survivalnya dalam kancah perniagaan kini.

Bahasa senangnya adalah, MYTV bertindak sebagai tuan rumah yang akan menyewakan saluran-saluran mengikut pakej mereka kepada sesiapa sahaja, mahupun syarikat atau orang perseorangan yang mahu menceburi industri penyiaran ini dengan modal sebanyak RM12 juta untuk sewaan satu saluran anda boleh menyiarkan kandungan siaran anda.

Oleh yang demikian MYTV bermanafaat kepada orang ramai yakni penonton dan para usahawan/karyawan yang ingin meluaskan empayar penyiaran mereka melalui sewaan siaran di MYTV.

Fokus utama MYTV dalam industri penyiaran ini bukan sahaja memajukan teknologi untuk memberikan pengalaman menonton TV berdefinisi tinggi kepada rakyat Malaysia, bahkan juga membina satu niche baru dikalangan golongan orang bisnes untuk mengetengahkan produk dan servis mereka melalui sewaan saluran di MYTV.

MYTV juga akan menggunakan platform interaktif sama seperti Astro dengan aplikasi butang merah dan sebagainya.

Kesimpulan awalan

Seperti yang ditekankan semenjak dari awal karangan ini digarap, MYTV tidak akan menggantikan Astro kerana model, mekanisma dan falsafah bisnes kedua-dua konglomerat ini tidak sama dan mereka juga tidak berperang dalam satu balapan yang sama.

Oleh yang demikian, persepsi orang ramai mengatakan MYTV akan menggantikan Astro itu berada pada satu garisan subjektif.

Jika anda hanya menonton siaran FTA, YA! mungkin akan menggantikan, namun jika anda menonton siaran-siaran "In-house" terbitan Astro, sila jangan potong Astro anda terlebih dahulu.

Sumber: Sociologicakini

* Untuk menempah Dekoder MYTV dengan harga promosi, boleh whatsapp 013-9790000

http://blogadha.blogspot.my/2017/01/bagaimana-ingin-pasang-dekoder-mytv.html


Giliran Anda Berjaya Exam PTD Kali Ini!

by


Satu kegembiraan kami adalah apabila calon lulus exam PTD. Tapi yang lebih menggembirakan adalah apabila mereka akhirnya LULUS setelah berkali-kali mencuba.

Ini kisah Cik Puan Nora, 5 kali mencuba akhirnya lulus juga untuk sesi JANUARI 2016 baru-baru ini.

Gigih dan bersungguh tanpa putus asa, beliau dapat ganjaran atas kegigihan itu.

Azah - 6 kali exam
Johan - 3 kali exam
Eilazenal - 3 kali exam
Shaufiq - 4 kali exam
Iqram - 2 kali exam
Nazira - 3 kali exam
Ruvin - 2 kali
Imelda - beberapa kali
Azzam - 3 kali exam

.. dan banyak lagi lah

Mereka lulus akhirnya setelah buat persediaan yang komprehensif dan doa. Anda boleh baca semua kegembiraan ini di laman; https://semakan.info/tim/ujian-psikometrik/myadha

Kami nak baca kisah kegembiraan anda pula selepas ini. OK?

Hari terakhir untuk mendapatkan Pakej Rujukan dan Set Contoh Soalan Peperiksaan / Exam Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik PTD M41 versi kemaskini NOVEMBER 2016 :
- Lebih 50++ Nota Ringkas untuk persediaan anda
- Lebih 100++ Contoh Soalan & Jawapan
- Update percuma selama 3 tahun
- Jaminan wang dipulangkan jika anda tidak berpuashati
Dapatkan hari ini di : https://semakan.info/tim/ujian-psikometrik/myadha
 
Like, share dan tag ahli keluarga dan rakan yang terlibat dengan exam PTD ini.

Kempunan anak sampai curi bayi di Hospital Tanah Merah

by


Sepasang suami isteri yang disyaki terdesak untuk memiliki cahaya mata membuat tindakan nekad mencuri seorang bayi perempuan berusia lima hari dari Wad Kanak-kanak Hospital Tanah Merah, Kelantan kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 petang, suspek lelaki, seorang mekanik berusia 26 tahun, berpura-pura menjadi bapa kepada bayi itu dan mengikuti semua prosedur membawa keluar anak dari hospital berjaya me­larikan bayi berkenaan.

Isteri mekanik terbabit yang berusia 23 tahun itu dikatakan kerap berlegar-legar di kawasan wad kanak-kanak itu sejak beberapa hari lalu dan berlagak seperti seorang wanita baru bersalin dengan memakai baju berlengan panjang dan bersto­king panjang.

Setiap kali ditegur pengawal di hospital itu, wanita terbabit memberi alasan katil di wad tidak cukup dan dia datang me­lawat bayi yang didakwa dilahirkan pada 8 November lalu.

Tindakan suami isteri yang mencuri bayi yang bakal diberi nama Nur Amyra Sofea Mohd. Ihtisyamuddin oleh keluarganya mencetuskan suasana kecoh di hospital itu.

Nur Amyra berjaya dicuri mekanik itu dan isterinya selepas membayar bil hospital sebanyak RM20.50.

Ketua Polis Daerah Tanah Me­rah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, kehilangan bayi itu disedari bapa mangsa, Mohd. Ihtisyamuddin Mohd. Ashri, 29, yang mahu melawat anaknya pada pukul 9 malam.

Namun, peniaga makanan itu terkejut kerana anaknya tiada di wad manakala isterinya, Siti Norbaiti Bahanaharing, 26, pula sedang menangis setelah anak bongsu daripada dua beradik itu hilang.

- Kosmo!

Webinar Untuk Calon Exam PTD

by
Webinar khas untuk calon PTD akan diadakan pada 16 NOVEMBER 2016 (RABU) jam 10.00 Malam secara LIVE! Daftar Masuk ke : https://semakan.info/tim/ujian-psikometrik/myadha

Jika anda terlepas siaran LIVE Webinar ini, anda masih boleh menonton rakaman webinar ini pada bila-bila masa di : https://semakan.info/tim/ujian-psikometrik/myadha

Untuk download Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 / Exam PTD : https://www.scribd.com/document/330870697/Contoh-Soalan-Exam-PTD-2016

Rujukan dan Set Contoh Soalan Peperiksaan / Exam Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik PTD M41 versi kemaskini NOVEMBER 2016 telah dikeluarkan. Ianya telah membantu ramai calon sebelum ini dan tahun ini giliran anda :
- Lebih 50++ Nota Ringkas untuk persediaan anda
- Lebih 100++ Contoh Soalan & Jawapan untuk melazimkan anda dengan format terbaru pada 23 NOVEMBER 2016 ini


Maksud nama Damia

by



Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengesahkan telah menerima permohonan pertukaran nama ‘Damia'.

Jelasnya, pihaknya terpaksa meneliti nama berkenaan setelah dirujuk oleh Jabatan Pendaftaran Negeri  (JPN) Pulau Pinang untuk menjelaskan hal tersebut.

“Seorang yang asal namanya Nur Damia Sufiyya memohon daripada JPN untuk menukar namanya kepada Putri Nur Safiyya.

“JPN seperti kelazimannya merujuk kepada pihak kami kerana ia melibatkan hal orang Islam, melalui semakan kamus berbahasa Arab dan mendapati perkataan ‘Damia’ bermaksud tempat keluar darah iaitu مخرج الدم,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu surat daripada Jabatan Mufti Pulau Pinang yang menjadi viral di laman sosial termasuk Facebook dan juga WhatsApp.

Melalui surat bertarikh 7 November 2016 itu, Wan Salim yang mewakili jabatan mufti memberi penjelasan kepada JPN Pulau Pinang bahawa permohonan pertukaran nama baru berkenaan adalah perlu bagi mengelakkan kekeliruan dan fitnah.

Tulis Wan Salim lagi, ia memandangkan nama sedia ada pada pemohon iaitu Damia, membawa maksud kurang baik iaitu tempat keluarnya darah.

Surat berkenaan kemudiannya tersebar luas di laman sosial sehingga menjadi perbalahan di kalangan netizen.

Malah ada ibu-bapa yang mempunyai nama anak Damia tidak bersetuju dan menganggap maksud sebenar Damia ialah bijaksana.

“Saya pun tidak tahu dari mana mereka ambil makna tersebut kerana beberapa kamus Bahasa Arab yang dirujuk, Damia memberi maksud tempat keluar atau mengalirnya darah.

“Perkataan ini berpangkal daripada perkataan damun (دم) yg bererti darah,” katanya.

Mufti Pulau Pinang itu menegaskan sepatutnya pemberian nama kepada anak perlu dirujuk kepada individu yang lebih arif termasuk alim ulama.

“Jangan beri nama anak yang sedap didengar sahaja. Malah ada yang berikan nama ‘Bahimah’ (binatang), Zani (penzina), Syarrul Bariyyah (sejahat-jahat makhluk) dan sebagainya.

“Bagaimanapun, melalui isu ini, ia ditujukan khas kepada kes pemohon saja. Tapi jika orang ramai hendak menukar nama sendiri atau nama anak-anak yang sebelum ini membawa maksud tidak baik, kami alu-alukan dan terpulanglah kepada masing-masing,” katanya.

- Sinar Harian

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengesahkan telah menerima permohonan pertukaran nama ‘Damia'.

Jelasnya, pihaknya terpaksa meneliti nama berkenaan setelah dirujuk oleh Jabatan Pendaftaran Negeri  (JPN) Pulau Pinang untuk menjelaskan hal tersebut.

“Seorang yang asal namanya Nur Damia Sufiyya memohon daripada JPN untuk menukar namanya kepada Putri Nur Safiyya.

“JPN seperti kelazimannya merujuk kepada pihak kami kerana ia melibatkan hal orang Islam, melalui semakan kamus berbahasa Arab dan mendapati perkataan ‘Damia’ bermaksud tempat keluar darah iaitu مخرج الدم,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu surat daripada Jabatan Mufti Pulau Pinang yang menjadi viral di laman sosial termasuk Facebook dan juga WhatsApp.

Melalui surat bertarikh 7 November 2016 itu, Wan Salim yang mewakili jabatan mufti memberi penjelasan kepada JPN Pulau Pinang bahawa permohonan pertukaran nama baru berkenaan adalah perlu bagi mengelakkan kekeliruan dan fitnah.

Tulis Wan Salim lagi, ia memandangkan nama sedia ada pada pemohon iaitu Damia, membawa maksud kurang baik iaitu tempat keluarnya darah.

Surat berkenaan kemudiannya tersebar luas di laman sosial sehingga menjadi perbalahan di kalangan netizen.

Malah ada ibu-bapa yang mempunyai nama anak Damia tidak bersetuju dan menganggap maksud sebenar Damia ialah bijaksana.

“Saya pun tidak tahu dari mana mereka ambil makna tersebut kerana beberapa kamus Bahasa Arab yang dirujuk, Damia memberi maksud tempat keluar atau mengalirnya darah.

“Perkataan ini berpangkal daripada perkataan damun (دم) yg bererti darah,” katanya.

Mufti Pulau Pinang itu menegaskan sepatutnya pemberian nama kepada anak perlu dirujuk kepada individu yang lebih arif termasuk alim ulama.

“Jangan beri nama anak yang sedap didengar sahaja. Malah ada yang berikan nama ‘Bahimah’ (binatang), Zani (penzina), Syarrul Bariyyah (sejahat-jahat makhluk) dan sebagainya.

“Bagaimanapun, melalui isu ini, ia ditujukan khas kepada kes pemohon saja. Tapi jika orang ramai hendak menukar nama sendiri atau nama anak-anak yang sebelum ini membawa maksud tidak baik, kami alu-alukan dan terpulanglah kepada masing-masing,” katanya.

- Sinar Harian

Donald Trump Menang Pilihanraya Presiden USA Ke-45

by


Calon Parti Republikan, Donald Trump mencapai impian untuk memenangi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) apabila jauh meninggalkan pencabarnya, Hillary Clinton dari Partri Demokrat.

Setakat pukul 3.33 petang waktu tempatan, keputusan semasa menunjukkan Trump meraih 276 undi kawasan pemilihan, melebihi empat undi untuk mengesahkan kemenangan berbanding lawannya, Hillary yang mendapat 218 sokongan pemilihan.

Kedua-dua calon perlu mendapatkan sokongan undi 270 kawasan pemilihan bagi memenangi pilihan raya tersebut.

Trump akan menjadi satu-satunya Presiden yang tidak memiliki pengalaman dalam bidang politik dan ketenteraan untuk mengetuai White House.

"Ini masanya untuk rakyat Amerika bersatu.

"Kepada semua penyokong Republikan, Demokrat dan bebas di seluruh negara, bagi saya ini merupakan masanya untuk kita bersama-sama menjadi negara yang bersatu. Inilah masanya," kata Trump sambil ditemani keluarganya ketika berucap di hadapan penyokong di depan hotel Hilton Midtown di Manhattan.

Dalam perkembangan lain, Parti Republikan menyapu bersih kedua-dua badan tertinggi AS iaitu Dewan Senat dan Dewan Perwakilan menerusi kemenangan majoriti.

Parti pimpinan Trump itu meraih undian majoriti sebanyak 51 sokongan berbandingan Demokrat, 47 undian untuk menguasai Dewan Senat.

Dewan Perwakilan juga dimonopoli oleh Parti Republikan dengan undian sebanyak 234 berbanding 178 yang diraih parti pimpinan Hillary.

Sementara itu, Hillary akur terhadap kekalahan tersebut dan menghubungi Trump untuk memaklumkan perkara itu.

Annuar Musa Letak Jawatan Presiden Kafa

by


Tan Sri Annuar Musa pada Selasa meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berkuat kuasa serta merta.

Beliau membuat pengumuman itu dalam laman Facebooknya dengan memuat naik salinan surat rasmi peletakan jawatannya itu yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md Noor.

"Saya berharap tugas ini (Presiden Kafa) dapat dipikul oleh mereka yang lebih mampu mengangkat kecemerlangan bola sepak Kelantan seperti mana yang berjaya dilakukan oleh negeri-negeri lain," katanya.

Annuar, yang menyandang jawatan itu sejak 2008, berkata beliau sentiasa berkeyakinan pasukan Kelantan mampu mencapai apa yang orang lain capai asalkan diberikan peluang berbuat demikian.

Annuar, yang juga Ahli Parlimen Ketereh, memimpin pasukan Kelantan sehingga memperolehi pelbagai kejayaan antaranya meraih tiga kejuaraan iaitu Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super pada 2012.

Sementara itu, Naib Presiden Kafa, Datuk Nassir Hamzah mengesahkan Annuar menghantar surat peletakan jawatan itu hari ini.

"Tetapi Exco Kafa belum bermesyuarat sama ada menerima atau menolak surat tersebut," katanya.

- Bernama

Caj Rawatan Di Hospital, Klinik Kerajaan Kekal - KKM

by


Caj rawatan yang dikenakan terhadap pesakit luar masih kekal RM1 di Jabatan Pesakit Luar Am dan RM5 di Jabatan Pesakit Luar Pakar, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min.

Beliau berkata caj rawatan yang dikenakan ke atas pesakit di hospital dan klinik kesihatan adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982.

"Caj yang perlu dibayar oleh pesakit sekiranya mereka memilih untuk mendapatkan Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP) adalah berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) Bayar Penuh 2007.

"Manakala, perkhidmatan yang diberikan melalui klinik bergerak sama ada melalui pengangkutan darat, laut atau perkhidmatan doktor udara juga adalah percuma,” katanya.

Beliau memberi penjelasan itu ekoran salah faham di kalangan orang awam mengenai caj rawatan di hospital dan klinik KKM serta caj PPBP yang disebar di media sosial.

Dr Chen berkata pegecualian caj rawatan juga diberikan kepada pesakit yang menghidap penyakit berjangkit, manakala ibu-ibu yang menjalani rawatan antenatal dan postnatal dan kanak-kanak di bawah umur satu tahun dikecualikan daripada caj pesakit luar.

"Kanak-kanak pra sekolah pula dikecualikan daripada caj rawatan pergigian (selain alat ortodontik), imunisasi dan vaksinasi," katanya.

Dr Chen berkata pengecualian caj pesakit luar diberi kepada warga emas dan pengurangan caj 50 peratus jika dimasukkan ke wad dengan jumlah bayaran maksimum sebanyak RM250 sahaja.

Beliau juga berkata golongan yang diberikan pengecualian caj rawatan adalah orang kurang upaya, penerima bantuan kebajikan, pelajar sekolah serta penderma darah dan organ.

Bagi golongan yang tidak mampu mendapatkan rawatan perubatan, kerajaan telah menetapkan peraturan yang mereka boleh memohon untuk dikecualikan daripada membayar penuh atau sebahagian daripada caj yang dikenakan. 

- BERNAMA

Ronaldo akan bermain bola 10 tahun lagi

by


Cristiano Ronaldo menandatangani kontrak baharu selama lima tahun bersama Real Madrid pada Isnin, dan beliau mengisytiharkan mempunyai baki 10 tahun lagi untuk berada di kedudukan teratas.

Pemain berusia 31 tahun itu menandatangani kontrak berkenaan sehingga 2021.

Bagaimanapun, Ronaldo memberi bayangan mengenai aksinya di Santiago Bernabeu bahawa beliau mahu bermain sehingga umurnya 41 tahun.

Beliau mengisytiharkan bahawa perjanjian terbaharu itu merupakan kontrak 'kedua terakhirnya'.

Ronaldo kekal sebagai pemain di kelab itu yang memperoleh bayaran tertinggi dengan lanjutan perjanjiannya, walaupun £365,000 (RM1.9 juta) seminggu tidak diubah dengan begitu ketara. 

Beliau sudah pun menjadi penjaring terbanyak setakat ini.

Ronaldo berkata: "Ini merupakan hari istimewa buat saya, melanjutkan hubungan bersama kelab ini... kelab di hati saya. 

"Memperbaharui kontrak lima tahun merupakan sesuatu yang amat istimewa dan ingin dijelaskan bahawa ia bukanlah kontrak terakhir.

"Saya mahu terus mencipta sejarah dan saya pasti akan terus menjaringkan gol dan memenangi trofi bersama kelab terbaik di dunia dalam lima tahun yang akan datang.

"Saya mahu mengakhiri kerjaya saya di kelab ini tetapi mahu ini sebagai kontrak kedua terakhir saya," ujarnya. - Mail Online

Kelayakan, Peranan dan Tanggungjawab Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)

by
Pegawai Tadbir Diplomatik ataupun singkatannya PTD adalah jawatan penting yang terdapat di dalam kumpulan pekerja pengurusan dan professional.

Kumpulan ini terdiri daripada pegawai-pegawai barisan hadapan dalam pentadbiran negara yang berkelulusan ijazah seperti Pegawai Daerah, Pegawai Kedutaan dan lain-lain. Kumpulan ini akan dilatih oleh INTAN sebelum diserapkan di dalam sektor perkhidmatan awam.

Peranan dan tanggungjawab

Sebagai pegawai yang mengetuai barisan hadapan dalam pentadbiran negara, peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik amatlah berat.

Penjawat jawatan ini terlibat secara langsung untuk merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Dasar-dasar tersebut bukan sahaja meliputi pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi.

Bahkan ianya merangkumi hal-hal ehwal dalam negeri yang berkaitan kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan sosial.

Mereka juga terlibat secara langsung mengenai hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Syarat lantikan

Anda dikategorikan layak untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik PTD Gred M41, jika mempunyai kelayakan sebagaimana berikut.

Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau

Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau

Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan
Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;

Hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan
Memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Selain memiliki kelayakan akademik sebagaimana syarat lantikan di atas, calon perlu membuat permohonan secara online menggunakan SPA8i sekiranya ingin menjawat jawatan ini. Sekiranya permohonan diluluskan oleh pihak SPA, calon yang terpilih akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Mayat Remaja Dikerat 10 Dijumpai Di Tangkak

by


Misteri bau busuk yang menghantui penduduk Kampung Kesang Laut di Tangkak, Johor sejak beberapa hari lepas akhirnya terjawab berikutan penemuan beberapa anggota badan remaja lelaki di dalam sebuah longkang di situ, Ahad.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Supt Mohad Idris Samsuri berkata, anggota badan mangsa, yang dipercayai berusia bawah 20-an, ditemui seorang pemilik rumah semasa sedang membersihkan halaman rumahnya.

Beliau berkata, saksi ternampak pergelangan kaki di dalam longkang itu lalu menghubungi polis kira-kira 3.15 petang.

Polis yang tiba untuk melakukan pemeriksaan kemudian menemukan lima bungkusan plastik mengandungi anggota badan yang dikerat kepada beberapa bahagian.

"Kepala mangsa tidak ditemui di dalam bungkusan berkenaan...ia ditanam tidak jauh dari lokasi penemuan anggota badannya," kata beliau kepada pemberita di lokasi kejadian pada Ahad malam.

Mohad Idris berkata, mangsa dipercayai dibunuh lebih daripada tiga hari berdasarkan keadaan mayatnya.

Setakat ini, identiti mangsa masih belum dikenal pasti berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan.

Beliau berkata, seorang suspek lelaki ditahan di kawasan berhampiran kurang sejam selepas penemuan anggota badan remaja itu.

"Suspek tidak mempunyai rekod jenayah," katanya sambil memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat mangsa pula dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat. 

- Bernama

Sejarah Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD)

by
Perkhidmatan Awam Malaysia merupakan suatu jentera pentadbiran atau kuasa eksekutif dalam melaksanakan dasar-dasar dan keputusan kerajaan bagi mencapai segala objektif dan matlamat negara. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan (Per. 132) Perkhidmatan Awam terdiri daripada Angkatan Tentera, Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang, Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Pasukan Polis, Perkhidmatan Awam Bersama, Perkhidmatan Awam Negeri dan juga Perkhidmatan Pendidikan. Tujuan utama Perkhidmatan Awam ditubuhkan adalah untuk membentuk suatu persekitaran masyarakat yang yang baik dari segi keamanan, ketenteraman, pelajaran, keadilan, kebebasan, kesihatan dan membangun dari segi ekonomi dan sosial.

Perkhidmatan Awam mempunyai fungsi dan peranan yang pelbagai seperti membantu dalam penggubalan polisi dan dasar kerajaan, menjadi penasihat kepada kerajaan, serta merancang, melaksana dan memantau dasar, program dan aktiviti kerajaan. Untuk itu, Perkhidmatan Awam mempunyai pelbagai jabatan, agensi dan badan yang mempunyai pengkhususan masing-masing yang mempunyai kepentingan kepada rakyat dan negara. Di dalam Perkhidmatan Awam, terdapat sebanyak 278 skim perkhidmatan, termasuklah Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD).


Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan awam terawal dan ‘premier’ yang telah bermula sejak zaman penjajahan British lagi iaitu pada 1904. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawa asal usul perkhidmatan ini adalah lanjutan dari Malayan Civil Services sebelum ditukar kepada Malaysian Home and Foreign Services (MHFS) pada 1966. Pada 1971, nama Malayan Home and Foreign Services (MHFS) ini telah ditukarkan sekali lagi kepada Perkhidmatan Tadbir Diplomatik (PTD) sehinggalah ke hari ini.


Perkhidmatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) telah terlibat dalam setiap peringkat pembangunan negara, sejak sebelum merdeka sehinggalah ke hari ini. Ia bermula dengan peringkat pengukuhan struktur pentadbiran negara (1950an sehingga lewat 1960an) dan peringkat perlaksanaan program pembangunan infrastruktur sosial, ekonomi dan perindustrian (1970an). Pada 1960an dan 1970an juga perkhidmatan awam merupakan engine of growth kepada negara sebelum dipindahkan kepada sektor swasta, dan diteruskan pada era 1980an sehingga sekarang dengan peranan untuk bertindak sebagai pemacu dan pemandu kepada kemajuan negara.


Bagi kebanyakan orang, tugas utama bagi penjawat dalam perkhidmatan ini sudah pasti, tidak lain dan tidak bukan, iaitu sebagai diplomat dimana-mana kedutaan ataupun pejabat pesuruhjaya tinggi di negara-negara asing. Kebanyakan dari pemohon-pemohon juga sewaktu sesi temuduga apabila ditanyakan tentang bidang tugas PTD, pasti akan menjawab bidang tugas PTD ialah sebagai diplomat, bertugas dengan Wisma Putra, dan sentiasa ke luar negeri. Ini merupakan suatu tanggapan cetek dan terlalu sempit sedangkan bidang tugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik adalah amat luas. 


Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik sebenarnya mengisi pelbagai peringkat jawatan
Sebenarnya, perkhidmatan ini mempunyai bidang pengkhususannya yang tersendiri, iaitu Hubungan Antarabangsa dan Luar Negeri, Keselamatan dan Pertahanan Negara, Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah / Tanah / Daerah / Tempatan, Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur, Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi, Pengurusan Sumber Ekonomi, dan Pengurusan Sumber Kewangan. 


Kesemua bidang pengkhususan ini membolehkan penjawat dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik ditempatkan di Kementerian-Kementerian, Jabatan-Jabatan Persekutuan, Pejabat-Pejabat Setiausaha Kerajaaan Negeri, Pentadbiran Kerajaan Tempatan dan terdapat juga yang ditempat dan dipinjamkan ke badan-badan berkanun dan badan-badan antarabangsa.

Perkhidmatan ini memegang kepimpinan utama di semua kementerian dan di pelbagai jabatan persekutuan serta sebahagian pentadbiran negeri sebagai Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Duta, dan juga Pegawai Daerah.

Jawatan Kosong MARDI

by

Jawatan Kosong MARDI November 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong MARDI November 2016 (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) seperti berikut :
1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (Ibu Pejabat)
1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (Ibu Pejabat MARDI)
3. Penolong Pegawai Tadbir (MARDI Jerangau, MARDI Tanjung Karang, Ibu Pejabat MARDI)
4 .Penolong Pegawai Tadbir (Ibu Pejabat MARDI )
5. Penolong Pegawai Tadbir (Ibu Pejabat MARDI ) 

Iklan Jawatan Kosong & Borang Permohonan Online : http://ejawatan.mardi.gov.my/

Tarikh Tutup Permohonan : 7 November 2016Jawatan Kosong MARDI November 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong MARDI November 2016 (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) seperti berikut :
1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (Ibu Pejabat)
1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (Ibu Pejabat MARDI)
3. Penolong Pegawai Tadbir (MARDI Jerangau, MARDI Tanjung Karang, Ibu Pejabat MARDI)
4 .Penolong Pegawai Tadbir (Ibu Pejabat MARDI )
5. Penolong Pegawai Tadbir (Ibu Pejabat MARDI ) 

Iklan Jawatan Kosong & Borang Permohonan Online : http://ejawatan.mardi.gov.my/

Tarikh Tutup Permohonan : 7 November 2016

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90