Top Ad 728x90

Kelayakan, Peranan dan Tanggungjawab Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)

Kelayakan, Peranan dan Tanggungjawab Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)

Pegawai Tadbir Diplomatik ataupun singkatannya PTD adalah jawatan penting yang terdapat di dalam kumpulan pekerja pengurusan dan professional.

Kumpulan ini terdiri daripada pegawai-pegawai barisan hadapan dalam pentadbiran negara yang berkelulusan ijazah seperti Pegawai Daerah, Pegawai Kedutaan dan lain-lain. Kumpulan ini akan dilatih oleh INTAN sebelum diserapkan di dalam sektor perkhidmatan awam.

Peranan dan tanggungjawab

Sebagai pegawai yang mengetuai barisan hadapan dalam pentadbiran negara, peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik amatlah berat.

Penjawat jawatan ini terlibat secara langsung untuk merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Dasar-dasar tersebut bukan sahaja meliputi pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi.

Bahkan ianya merangkumi hal-hal ehwal dalam negeri yang berkaitan kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan sosial.

Mereka juga terlibat secara langsung mengenai hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Syarat lantikan

Anda dikategorikan layak untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik PTD Gred M41, jika mempunyai kelayakan sebagaimana berikut.

Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau

Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau

Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan
Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;

Hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan
Memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Selain memiliki kelayakan akademik sebagaimana syarat lantikan di atas, calon perlu membuat permohonan secara online menggunakan SPA8i sekiranya ingin menjawat jawatan ini. Sekiranya permohonan diluluskan oleh pihak SPA, calon yang terpilih akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90