Malaysia Tidak Lagi Anjur Formula 1 Pada 2018



Malaysia akan berhenti menganjurkan perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) selepas kontraknya berakhir pada 2018.

Perkara itu disahkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata ini kerana kos penganjuran perlumbaan F1 semakin mahal dan tidak lagi menarik.

"Di seluruh dunia, malah di Singapura, kehadiran (F1) mencatatkan penurunan.

"Saya tidak fikir di mana-mana sahaja di dunia, jumlah penonton F1 meningkat.

"Jadi saya fikir untuk kepentingan jangka masa panjang, ia perkara yang betul untuk dilakukan," kata Nazri kepada pemberita di lobi Parlimen pada Isnin.

Beliau berkata Malaysia membelanjakan RM300 juta setahun untuk menganjurkan perlumbaan tersebut tetapi pulangannya tidak memuaskan.

Tambahnya, Malaysia tidak melahirkan pemandu F1 yang mencukupi sepanjang tempoh penganjurannya.

Namun, Nazri berkata perlumbaan Grand Prix MotoGP menunjukkan peningkatan yang ketara.

- mSTAR

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.