Ramai Ingin Jadi Ejen Tudung Zip Nora Danish


Gara-gara viral di laman sosial, tudung zip milik pelakon Nora Danish menerima permintaan dan tawaran tinggi sehingga ada pihak mahu menjadi ejen biarpun koleksi tersebut masih belum dilancarkan kepada umum.

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 34, berkata, koleksi yang diberi nama Owl Princess Jasmine Ezip Instant Shawl ini akan memasuki pasaran dalam masa terdekat dengan harga RM69.

"Alhamdulillah, Nora baru sahaja selesai sesi fotografi untuk tudung ini dan sejak viral beberapa hari lalu memang ramai yang sudah bertanya dan berminat untuk jadi ejen dan stokis Owlbynd.

"Insya-Allah koleksi unik ini akan dikeluarkan paling awal ialah pada penghujung bulan ini," ujarnya kepada mStar Online.

Nora diminta untuk mengulas tentang isu koleksi tudung terbaharunya yang menjadi viral di blog-blog hiburan kerana menggunakan zip.

Dalam pada itu, menjelaskan idea tudung berkenaan secara terperinci, Nora berkata, ia dihasilkan untuk pengguna yang sukakan kelainan.

"Idea tudung ini timbul bagi menggantikan zip dengan jahitan tepi bagi mendapatkan kesan alunan atau berombak apabila digayakan.

"Ia boleh digunakan dengan dua cara, cuma cara kedua yang menjadi viral kerana saya berseloroh dengan mengzipkan muka secara penuh. Bagaimanapun, seperti shawl lain ia bergantung kepada kreativiti pengguna.

Nora berkata untuk keterangan lanjut tentang tudung berkenaan boleh mendapatkan maklumat di laman Instagram @owlbynd

- mSTAR

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.