Top Ad 728x90

, ,

Faiz Subri penjaring gol tercantik FIFA 2016

Faiz Subri penjaring gol tercantik FIFA Puskas 2016



Tarikh 16 Februari 2016 tidak akan dilupakan oleh pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, Mohd. Faiz Subri.

Jaringannya menerusi sepakan percuma pada minit ke-62 pada aksi Liga Super 2016 menentang Pahang di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang telah menyaksikan pemain tengah skuad Pulau Mutiara itu dipilih sebagai pemenang anugerah berprestij tersebut yang berlangsung di Zurich, Switzerland awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, Pulau Pinang menang 4-1 dan jaringan ketiga Faiz itu telah dicalonkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk anugerah jaringan tercantik pada musim 2016.

Jaringan menakjubkan yang dilakukan oleh Faiz itu menerima undian peminat dari seluruh dunia sebanyak 59.46 peratus, sekali gus mengalahkan dua lagi calon iaitu Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil yang mendapat 22.86 peratus dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela, 10.01 peratus.

Lebih manis, kejayaan pemain kelahiran Air Hitam, Kedah itu menjadikan dia pemain Asia pertama dikurniakan anugerah sempena nama legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puska yang menikmati kejayaan hebat bersama pasukan Real Madrid pada era 1950-an dan 60-an serta bersama pasukan kebangsaan Hungary.

Faiz menerima trofi berprestij itu daripada legenda bola sepak Brazil, Ronaldo.

Pada majlis gilang-gemilang itu, penyerang kelab Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia 2016.

- Kosmo!

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90