Top Ad 728x90

,

PTPTN Sedia Bincang Bayar Balik Pinjaman



Lebih separuh daripada 586,863 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang telah disenarai hitam imigresen untuk keluar negara telah datang berunding dengan PTPTN.

Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff berkata hasil daripada rundingan tersebut para peminjam berkenaan telah mula membuat bayaran balik melibatkan amaun berjumlah RM967.9 juta sehingga 31 Januari 2017.

Jelasnya PTPTN melaksana senarai hitam imigresen di bawah Peruntukan Seksyen 22A, Akta PTPTN 1197 (Akta 566) dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia.

"Tindakan senarai hitam ini menyebabkan peminjam dihalang dari ke luar negara, tidak dibenarkan memperbaharui pasport atau membuat pasport baharu," katanya.

Wan Ahmad bercakap kepada media selepas pelancaran Pejabat PTPTN Cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching
.
Beliau berkata pihaknya memahami terdapat peminjam yang khuatir tidak mampu menyelesaikan tunggakan bayaran balik pinjaman mereka sehingga disenarai hitam oleh imigresen.

Namun masih terdapat ruang perbincangan antara peminjam dan PTPTN, katanya.

"Peminjan yang telah dikenakan tindakan senarai hitam imigresen dikehendaki membayar keseluruhan hutang pinjaman atau keseluruhan tunggakan termasuk kos yang dikenakan sebelum nama mereka dikeluarkan daripada senarai hitam," katanya.

Namun sekiranya tidak mampu beliau berkata peminjam perlu berbincang dengan pihak PTPTN bagi membuat apa-apa jumlah bayaran yang dipersetujui oleh PTPTN dan penstrukturan semula pinjaman atau kaedah lain yang dipersetuji oleh kedua-dua pihak.

Mengenai pembukaan pejabat di KLIA2, Wan Ahmad berkata cawangan baharunya itu telah mula dibuka sejak 1 Mac lalu dan beroperasi selama 24 jam, pada setiap hari termasuk hari cuti umum.

Cawangan ini akan bertindak sebagai pemudah cara kepada sekatan yang dikenakan ke atas peminjam yang akan ke luar negara dan menghadapi masalah dalam membuat bayaran balik, katanya.

Terdahulu, di majlis yang sama PTPTN melaksana kerjasama strategik dengan AirAsia dalam menggalak pembayaran balik pinjaman PTPTN dengan menggunakan Kad Prabayar MasterCard Big.

Melalui kolaborasi ini, AirAsia menawarkan bagi setiap RM2 bayaran balik pinjaman PTPTN, pemegang kad akan mendapat satu mata ganjaran yang boleh dikumpul untuk penebusan tiket penerbangan AirAsia atau bilik penginapan hotel-hotel terpilih.


0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90