Top Ad 728x90

, ,

Permohonan Jawatan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Jawatan Kosong Pegawai Eksekutif di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)



1. Bagaimanakah untuk memohon jawatan dalam LHDNM?

Permohonan untuk memasuki perkhidmatan LHDNM hendaklah dibuat secara on line seperti
kaedah berikut:
a) Calon Pegawai Tetap LHDNM – Portal Hasil ruangan eKerjaya.
b) Calon Awam (Calon Luar) – Portal Kementerian Sumber Manusia
www.jobsmalaysia.gov.my.

2. Bagaimanakah untuk mengetahui maklumat iklan kekosongan jawatan di LHDNM?

Semakan dari semasa ke semasa mengenai iklan kekosongan jawatan di LHDNM boleh
dibuat melalui laman web rasmi LHDNM http://www.hasil.gov.my.

3. Apakah jawatan-jawatan yang boleh saya pohon di LHDNM?
Jawatan – jawatan yang boleh di pohon adalah seperti berikut:

1 PEGAWAI EKSEKUTIF (KEJURUTERAAN) GRED 41
2 PEGAWAI EKSEKUTIF (KESELAMATAN) GRED 41
3 PEGAWAI EKSEKUTIF (PENAKSIRAN) GRED 41
4 PEGAWAI EKSEKUTIF (PENGAUDITAN) GRED 41
5 PEGAWAI EKSEKUTIF (PENTADBIRAN) GRED 41
6 PEGAWAI EKSEKUTIF (PERAKAUNAN) GRED 41
7 PEGAWAI EKSEKUTIF (PERPUSTAKAAN) GRED 41
8 PEGAWAI EKSEKUTIF (PERUNDANGAN) GRED 41
9 PEGAWAI EKSEKUTIF (PSIKOLOGI) GRED 41
10 PEGAWAI EKSEKUTIF (TEKNOLOGI MAKLUMAT) GRED 41
11 PEGAWAI EKSEKUTIF (UKUR BANGUNAN) GRED 41
12 PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (KEJURUTERAAN) GRED 31
13 PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (KESELAMATAN) GRED 31
14 PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (KESETIAUSAHAAN) GRED 31
15 PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PENAKSIRAN) GRED 31
16 PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PENGAUDITAN) GRED 31
17 PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PENTADBIRAN) GRED 31
18 PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PERAKAUNAN) GRED 31
19 PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PERPUSTAKAAN) GRED 31
20 PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PERUNDANGAN) GRED 31
21 PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PSIKOLOGI) GRED 31
22 PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (TEKNOLOGI MAKLUMAT) GRED 31
23 PEMBANTU TADBIR (AHLI FOTOGRAFI) GRED 21
24 PEMBANTU TADBIR (JURUTEKNIK KOMPUTER) GRED 21
25 PEMBANTU TADBIR (KEJURUTERAAN) GRED 21
26 PEMBANTU TADBIR (KESELAMATAN) GRED 21
27 PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) GRED 21
28 PEMBANTU TADBIR (KHIDMAT PELANGGAN) GRED 21
29 PEMBANTU TADBIR (OPERATOR KOMPUTER) GRED 21
30 PEMBANTU TADBIR (PENAKSIRAN) GRED 21
31 PEMBANTU TADBIR (PENGAUDITAN) GRED 21
32 PEMBANTU TADBIR (PERAKAUNAN) GRED 21
33 PEMBANTU TADBIR (PEREKA) GRED 21
34 PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN) GRED 21
35 PEMBANTU TADBIR (PERPUSTAKAAN) GRED 21
36 PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED 11
37 PEMBANTU AM (PEMANDU KENDERAAN) GRED 1
38 PEMBANTU AM (PENGHANTAR NOTIS) GRED 1
39 PEMBANTU AM (PERKHIDMATAN AM) GRED 1
40 PEMBANTU AM (PENGAWAL KESELAMATAN) GRED 1

4. Bilakah saya boleh memohon jawatan tersebut?

Permohonan hanya boleh dilakukan sekiranya ada iklan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan
Sumber Manusia, LHDNM.

5. Bolehkah saya menghantar biodata/maklumat peribadi (resume) untuk memohon
jawatan secara manual?

Permohonan secara manual tidak digalakkan. Pemohon boleh membuat permohonan dengan mengisi borang secara online apabila ada makluman iklan jawatan kosong.

6. Adakah semua institusi pengajian tinggi diiktiraf kelayakannya untuk dilantik ke
LHDNM ?

Tidak semua institusi pengajian tinggi (IPT), sama ada di dalam atau di luar negara diiktiraf
oleh Kerajaan. Oleh itu mereka yang ingin berkhidmat dengan LHDNM perlu memastikan IPT
dan kelayakan yang pemohon perolehi diiktiraf oleh Kerajaan. Senarai IPTS dan bidang
pengajian yang diiktiraf ada dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Semakan boleh dibuat dengan Jabatan berkenaan atau melalui laman web
http://www.interactive.jpa.gov.my/frmmainiktiraf.asp.

7. Bolehkan saya memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk yang lebih
rendah?

Boleh, dengan syarat kelayakan yang anda miliki itu tidak melebihi satu peringkat lebih tinggi
dari kelayakan yang ditetapkan untuk jawatan yang dipohon dan pemohon mempunyai
kelayakan di peringkat berkenaan. Contoh: Jika anda memiliki kelayakan Diploma, anda boleh
memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk SPM. Demikian juga pemohon yang
memiliki kelayakan ijazah sarjana muda di peringkat ijazah kepujian/am boleh memohon
jawatan yang mensyaratkan kelulusan di peringkat Diploma dengan syarat pemohon
mempunyai kelayakan di peringkat Diploma. Walau bagaimanapun, kelayakan di peringkat
matrikulasi tidak dinilai setaraf dengan kelayakan Diploma.

8. Bolehkah pekerja sambilan dan pegawai kontrak dilantik atau diserap terus ke
Perkhidmatan LHDNM?

Pemilihan adalah tertakluk kepada prosedur dan peraturan yang sama seperti yang
dikenakan kepada pemohon lantikan terus. Ini bermakna mereka tidak akan diserap secara
automatik walaupun terdapat kekosongan jawatan.

9. Adakah pengalaman bekerja di sektor swasta diambil kira?

Tidak. Namun demikian pengalaman tersebut dapat membantu calon agar lebih berkeyakinan
semasa sesi temu duga.

10. Apakah kelebihan menyertai LHDNM?

Di antara kelebihan dan kemudahan yang diperolehi setelah menyertai LHDNM adalah seperti
kenaikan gaji setiap tahun, kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan, cuti tahunan
mengikut kelayakan, cuti bersalin serta pinjaman perumahan.

11. Apakah persediaan yang perlu saya buat untuk menghadiri temu duga?

Antara persediaan yang perlu dilakukan:
(1) Pastikan semua dokumen asal yang diminta di dalam surat panggilan temu duga
dibawa bersama. Hanya sijil asal yang akan diterima semasa temu duga. Calon yang
gagal mengemukakan sijil asal tidak akan ditemu duga.
(2) Pastikan kod etika pakaian penjawat awam dipatuhi.
(3) Lengkapkan diri dengan pengetahuan am dan ikhtisas.

12. Bagaimana untuk mengetahui keputusan temu duga?

Keputusan temu duga boleh disemak melalui laman web LHDNM di alamat
http://www.hasil.gov.my.

13. Siapakah yang boleh dihubungi berhubung dengan isu-isu pengambilan di LHDNM?

Pemohon boleh menghubungi pegawai LHDNM di Unit Pengambilan, Bahagian Sumber
Manusia di talian 03-62091108,03-62091128, 03-62091143,03-62094155.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90