Top Ad 728x90

,

Kabinet Pakatan Harapan 2018



Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengetuai kumpulan pertama tujuh menteri yang baru dilantik pada majlis angkat sumpah jawatan Kabinet kerajaan Pakatan Harapan di di Istana Negara, pagi Isnin.

Istiadat angkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sambil disaksikan oleh perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Upacara pelantikan baharu itu melibatkan 13 menteri dan 23 timbalan menteri, menjadikan keseluruhan barisan Kabinet Pakatan Harapan (PH) sebanyak 26 menteri.

Sebelum ini, 13 menteri Kabinet telah mengangkat sumpah pada 21 Mei lalu.

Berikut merupakan senarai menteri baharu:

1. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

2. Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd. Redzuan Md. Yusof

3. Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar

4. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution

5. Menteri Kerja Raya, Baru Bian

6. Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah

7. Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim

8. Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin

9. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa

10. Menteri Wilayah, Khalid Abd. Samad

11. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang), Datuk Liew Vui Keong

12. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ignatius Darell Leiking

13. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi

Berikut pula adalah senarai timbalan menteri:

1. Timbalan Menteri Wilayah, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh

2. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Dr. Md. Farid Md. Rafik

3. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah

4. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith

5. Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md. Akin

6. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin

7. Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R. Sivarasa

8. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh

9. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye

10. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik

11. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen

12. Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji

13. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh Tseow Suan

14. Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching

15. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong

16. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr. Ong Kian Ming

17. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar

18. Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Mohd. Tahir

19. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli

20. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin

21. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar

22. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman

23. Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Isnaraissah Munirah Majilis


0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90