Top Ad 728x90

, ,

Bayar cukai taksiran guna SnapNpay






Majlis Bandaraya Shah Alam menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di negara ini menerajui pembayaran cukai taksiran menerusi aplikasi 'SnapNPay'.


Aplikasi bersama Bank Islam Malaysia Berhad itu hanya memerlukan pembayar cukai menjelaskan cukai taksiran dengan mengimbas kod bar atau kod QR tanpa perlu memasukkan nombor akaun dan jumlah bayaran.

Ketua Bahagian Komunikasi dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, aplikasi akan memudahkan pembayaran cukai taksiran dengan kaedah pembayaran menerusi kad debit atau kad kredit.

Katanya, kempen berkenaan pembayaran itu bermula 1 Julai hingga 31 Ogos ini.

"Pengguna  hanya perlu  memuat  turun  aplikasi  ‘SnapNPay’ di Google Play Store  bagi pengguna yang menggunakan model Android atau App Store bagi pengguna IOS secara percuma.

"Sebaik pengimbasan kod dilakukan pada invois cukai taksiran seterusnya proses bayaran akan disambungkan ke portal perbankan internet yang dipilih oleh pengguna," katanya.

Beliau menjelaskan, kempen ini juga menawarkan seunit telefon bimbit jenis Samsung Note 9 dan empat unit Samsung Galaxy A7 kepada pembayar cukai yang bertuah.

- Kosmo!

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90