Top Ad 728x90

, ,

Spesies ikan baharu dinamakan Wakanda

Spesies ikan baharu dinamakan Wakanda


Seorang saintis yang berpangkalan di Sydney mengesahkan penemuan menakjubkan spesies ikan baharu pada kedalaman lebih 60 meter dari permukaan laut di perairan Tanzania, lapor akhbar Daily Mail.

Ikan sepanjang 6 sentimeter dengan sisik berwarna ungu gelap itu dinamakan Wakanda, sempena negara fiksyen dalam komik Marvel dan filem adi wira, Black Panther.

Ia ditemui oleh beberapa saintis dari Akademi Sains California baru-baru ini, manakala penemuannya disahkan dengan bantuan pakar taksonomi Universiti Sydney, Yi-Kai Tea.

Tea berkata, ikan itu ditemui di kawasan terumbu karang laut dalam. Kawasan tersebut di timur Zanzibar dikenali sebagai twilight zone kerana menerima cahaya matahari yang sedikit.

“Apabila kami memikirkan tentang kawasan terumbu terpencil yang tidak diterokai di Afrika ini, kami tahu kami perlu menamakan spesies baharu itu sempena Wakanda,” katanya.

Sebuah mikroskop digunakan untuk memeriksa sisik, sirip dan tulang ikan itu untuk membezakannya dengan tujuh spesies lain dalam kumpulan ikan sama yang mendiami Lautan Hindi dan Pasifik.

Tea berkata, keputusan untuk menamakan spesies tersebut berdasarkan filem popular itu dapat membantu merapatkan jurang antara komuniti saintis dan masyarakat umum.

“Biarpun kajian adalah penting, turut sama penting adalah menyampaikannya kepada orang ramai,” katanya.

Zon tengah di dalam lautan di Bumi dikenali sebagai twilight zone dan menerima hanya sedikit cahaya matahari pada waktu siang.

Ia biasanya terletak pada kedalaman antara 200 hingga 1,000 meter dari permukaan laut.

– Agensi

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90