Top Ad 728x90

Dron dasar laut ‘Poseidon’ Rusia



Dron dasar laut ‘Poseidon’ Rusia yang mampu memusnahkan Amerika Syarikat (AS) dengan ‘serangan gempa nuklear’ kini berada di tahap ujian akhir.

The Sun melaporkan, Kementerian Pertahanan Rusia mendedahkan ‘senjata pemusnah besar-besaran’ itu ketika Hari Tentera Laut bulan lalu.

Menurut sumber, ujian melalui kapal selam Belgorod yang akan membawa dan melancarkan Poseidon berkenaan hampir selesai dan menunggu untuk pemasangan dron itu.

Pentadbiran Presiden Vladimir Putin pertama kali ‘membocorkan maklumat mengenai dron nuklear’ itu akhir 2015.

Dron berkenaan mampu meluncur selaju 85 kilometer sejam sejauh 10,000 kilometer dan membawa 100 mega tan peledak.

Kapten Tentera Laut Rusia, Konstantin Sivkov berkata, serangan Poseidon boleh menyebabkan pecahan tektonik dan memusnahkan benua Amerika Utara sepenuhnya.

Katanya, AS dikatakan bimbang selepas mendesak Moscow menghentikan pembangunan ‘senjata kiamat’ itu.

Ketika maklumat mengenai Poseidon bocor pada 2015, senjata pemusnah itu mampu memusnahkan kawasan pesisir strategik dan menyebabkan pencemaran radioaktif besar-besaran dalam tempoh lama.

Kapal selam Belgorod dapat mengangkut enam dron nuklear yang berkuasa menimbulkan ‘tsunami radioaktif’.

Pada 2018, Putin membi­carakan secara terang-terangan mengenai Poseidon yang ‘menakutkan’ dan menyebutnya ‘sangat hebat’.

Sumber : Utusan

 

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90