Top Ad 728x90

,

Azzam Sham juara Big Stage 2020

azzam sham, big stage

 

Selepas lapan minggu berjuang di pentas Big Stage 2020 (BS2020), Azzam Sham diumumkan sebagai juara musim ketiga pada konsert akhir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya sebentar tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan Azzam, 23, membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Dalam persembahannya malam tadi, pemilik nama penuh Muhammad Azzammuddin Lop Hisham itu berjaya memperolehi markah 67.85 peratus daripada para juri.

Pada pentas akhir sebentar tadi, Azzam Sham mendendangkan lagu Aku Bidadari Syurgamu (Datuk Siti Nurhaliza) dan Grenade (Bruno Mars).

Kemenangan Azzam tersebut sekali gus meletakkan Usop di tempat kedua dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000.

Manakala, tempat ketiga pula menjadi milik Qody Rany dan menerima wang tunai berjumlah RM25,000.

Tempat keempat dan kelima dimenangi Dinie Rashid dan Fadh Majid.

Dinie membawa pulang wang tunai RM10,000 manakala Fadh Majid RM5,000.

Konsert akhir Big Stage yang dihoskan Alif Satar dan Sherry Al Hadad menampilkan Ajai, Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Misha Omar sebagai juri, manakala Presiden Netizen pula kekal dipegang Elly Mazlein.

Pentas akhir BS2020 juga buat pertama kali menyaksikan finalis dibarisi hanya peserta lelaki.

Sumber : Kosmo!

 

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90