Top Ad 728x90

,

Daerah Seremban dikenakan PKPB bermula 5 November 2020

PKPB di Seremban

 

Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Daerah Seremban berkuatkuasa 5 November hingga 18 November.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes Covid-19 di daerah terbabit, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan PKPB.

“Pelaksanaan PKPB ini akan meliputi sembilan mukim di Ampangan, Seremban, Bandar Seremban, Labu, Rantau, Rasah, Setul, Pantai dan Lenggeng.

“Kesemua penduduk di kawasan terbabit perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan untuk PKPB.

Tambah Ismail, SOP bagi PKPB adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan kecuali bagi kes-kes kecemasan dan perlu mendapat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

“Selain itu, Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan, individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak serta semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz ditutup,” katanya menerusi satu sidang akhbar Facebook Live Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Jelasnya, Aktiviti-aktiviti keagamaan di masjid dan surau seperti laungan Azan, solat lima waktu dan solat Jumaat akan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.

“Semua aktiviti sosial dan budaya adalah tidak dibenarkan manakala operasi Stesen Minyak bermula daripada 6.00 pagi hingga 10.00 malam kecuali di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam.

“Bagi maklumat lanjut SOP boleh rujuk dilaman sesawang MKN,” ujarnya.

Sementara itu, Ismail memberitahu, PKPD di Lot 1/7A, 1/7B dan 7/F Putra Point Nilai kekal seperti mana telah diumumkan sebelum ini. 

Sumber : Kosmo!

 

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90