Top Ad 728x90

,

Go Shop sambut ulang tahun ke-6

Ulangtahun go shop 6

 

 

Go Shop, peneraju perniagaan beli-belah dari rumah dan e-dagang milik Astro menyambut ulang tahun ke-6 dengan kempen #GoShopGreaterTogether, sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan atas sokongan mereka, dengan tawaran dan diskaun istimewa dari 31 Oktober hingga 13 Disember 2020.

Go Shop telah menganjurkan ‘6th Anniversary Live Party’ pada 31 Oktober bersama hos-hos dan selebriti tempatan termasuk Datuk Aznil Haji Nawawi, Datin Fouziah Gous, Linda Onn dan Nad Zainal.

Pelanggan-pelanggan dapat menikmati tawaran eksklusif ulang tahun sepanjang satu hari, seperti beli satu percuma satu, potongan harga sehingga 50 peratus dan hadiah bonus percuma.

Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop, Dr. Grace Lee berkata, Go Shop menunjukkan perkembangan yang positif selepas mencapai peningkatan pendapatan sebanyak 38 peratus berbanding tempoh masa yang sama pada tahun lalu.

“Bilangan pelanggan kami juga mencatatkan peningkatan sebanyak 31 peratus sejak tahun lalu kepada 2.6 juta pelanggan dan kami berharap dapat melihat trend ini kekal berterusan.

“Dengan asas yang kukuh untuk perjalanan transformasi digital kami, Go Shop dapat mengikut rentak perubahan dengan memperluaskan produk kesihatan dan kesejahteraan, serta menawarkan makan segar dan beku semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Makanan dan barangan dapur seterusnya meningkat ke tiga kategori pembelian tertinggi di Go Shop,” ujarnya.

Menurutnya, Go Shop juga komited menyokong perniagaan tempatan dan salah satu daripada usaha mereka untuk membantu Perniagaan Kecil Sederhana (PKS) merangkumi pelaksanaan eBazaar semasa musim perayaan.

“Walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan, Go Shop bersama-sama dengan rakan kongsi dan pembekal kami berkerjasama untuk mengatasi cabaran dan terus menyediakan barang keperluan kepada pelanggan kami.

“Tanpa sokongan semua pihak, Go Shop tidak mungkin kekal bertahan sebagai program Home Shopping terunggul di Malaysia,” katanya.

Sempena sambutan ulang tahun platform tersebut, pelanggan boleh menikmati tawaran mingguan eksklusif, potongan harga sehingga 60 peratus dan tawaran produk di bawah RM60.

Go Shop memberikan kupon bernilai RM600,000 di mana pelanggan dapat menikmati potongan RM20 dengan pembelian minimum sebanyak RM300 apabila menggunakan kod promosi ANNIVERSARY20.

Sementara itu, di aplikasi mudah alih Go Shop, pelanggan dapat mengambil bahagian dalam permainan mudah ‘Tap & Win’ untuk memenangi hadiah bernilai RM60,000 yang berlangsung dari 1 November hingga 12 Disember, di mana seramai 166 pemain terbaik setiap minggu berpeluang memenangi hadiah istimewa.

Di samping itu, Pelanggan dapat menikmati potongan harga eksklusif apabila mereka melakukan pembelian secara dalam talian dengan GrabPay, Standard Chartered dan Public Bank sepanjang tempoh kempen tersebut.

Pelanggan juga dapat menyertai Peraduan ‘Spend & Win’ dengan kerjasama GDEX bermula 31 Oktober hingga 25 November dan berpeluang memenangi sebuah TV 85 inci dengan Sistem Teater Rumah dan banyak lagi hadiah menarik bernilai sehingga RM60,000.

Ikuti Go Shop setiap hari menerusi Astro (saluran 118), (saluran 120) dan (saluran 111) untuk siaran Bahasa Malaysia atau (saluran 303) untuk siaran Bahasa Mandarin, dan dapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran ‘Go Shop 6th Anniversary’ dan pelbagai tawaran lain. Go Shop juga boleh dinikmati di MYTV (saluran 120). Layari Go Shop di www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90