Top Ad 728x90

Thailand belasah Indonesia 4-0

by

 

Gelaran 'Raja Bolasepak Asia Tenggara' hampir berada dalam genggaman Thailand selepas juara lima kali itu membenam Indonesia 4-0 pada aksi final pertama Piala AFF 2020..

'Messi Thailand', Chanathip Songkrasin yang cemerlang pada separuh akhir terus menjadi pemusnah apabila dua jaringannya membantu skuad 'Gajah Perang' memiliki kelebihan besar menuju ke final kedua, Sabtu ini.

Pada aksi di Stadium Nasional Singapura itu, Thailand bermula garang apabila hanya memerlukan dua minit untuk mendahului menerusi Chanathip.

Hantaran Philip Roller disambut dengan baik oleh kapten Thailand itu sebelum percubaannya yang menerjah gawang gol Indonesia hanya mampu dilihat Nadeo Argawinata.

Permainan pantas Thailand yang kerap kali bergerak menerusi bahagian sayap sentiasa mengancam Indonesia dan mereka nyaris melebarkan jurang pada minit ke-13.

Hantaran lintang daripada sebelah sayap kiri Thailand menemui Bordin Phala namun volinya dihalang Asnawi Mangkualam di depan pintu gol Indonesia sebelum tandukan susulan Elias Dolah melewati palang.

Anak buah Shin Tae Yong mensia-siakan peluang terbaik untuk mengikat kedudukan pada minit ke-40 apabila percubaan Alfeandra Dewangga yang hanya berdepan Siwarak Tedsungnoen melambung tinggi.

Bersambung babak kedua, Indonesia yang sedang mengancam kubu Thailand terpaku dengan serangan balas pantas Thailand yang disudahkan oleh Chanathip untuk gol kedua mereka pada minit ke-51.

Selepas percubaan penjaring terbanyak Indonesia, Irfan Jaya pada minit ke-61 diselamatkan Siwarak, Thailand beroleh gol ketiga enam minit berselang menerusi Supachok Sarachat disusuli gol keempat oleh Bordin (m83).

Sumber : Berita Harian

 

 

LHDN yakin kutipan cukai akan lebihi sasaran RM132 bilion

by

 

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkeyakinan jumlah kutipan cukai tahun ini akan melebihi RM132 bilion yang disasarkan oleh kerajaan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDN, Datuk Mohd Jaafar Embong berkeyakinan jumlah itu akan terus meningkat menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata, pencapaian dicatat LHDN itu dilihat positif berikutan kutipan cukai terus meningkat walaupun negara masih dilanda pandemik COVID-19, selain beberapa negeri berdepan bencana banjir ketika ini.

"Saya tiada statistik terperinci ketika ini, namun (jumlah kutipan cukai semasa) sudah melebihi sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan.

"Memang kita ada memberi beberapa kelonggaran kepada pembayar cukai, namun Alhamdulillah, Malaysia ini negara makmur. Tidak semua industri terjejas.

"Setakat ini, sasaran yang diberi kerajaan berjaya dicapai oleh LHDN, dan pembayar cukai masih menunaikan tanggungjawab masing-masing.

"Perincian dari segi jumlah kutipan dan peratusan melebihi sasaran, belum ada kerana perlu tunggu selepas hujung tahun. Namun yang penting, sasaran berjaya dicapai," katanya pada sidang media Program Kasih PRIHATIN-MAIWP di Dewan Komuniti Sentul Perdana, di sini, hari ini.

Awal tahun ini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan sasaran kutipan cukai tahun ini adalah RM143.9 bilion, namun ia disemak semula kepada RM132 bilion susulan situasi ekonomi yang masih terkesan dengan impak pandemik COVID-19.

Sementara itu ditanya mengenai kebimbangan pembayar cukai berhubung pindaan undang-undang yang membolehkan LHDN mengakses maklumat akaun bank mereka pula, Mohd Jaafar menegaskan perkara berkenaan tidak perlu dikhuatiri.

"Jangan bimbang kerana kita perlu mendapatkan kebenaran mahkamah terlebih dahulu.

"Kita tidak sewenang-wenang boleh mengakses maklumat akaun bank pembayar cukai dengan sesuka hati. Ia mesti mendapat kebenaran mahkamah. Maknanya, jangan bimbang," katanya.

Awal bulan ini, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Kewangan 2021 yang merangkumi cadangan pindaan terhadap Seksyen 106A Akta Cukai Pendapatan.

Pindaan Seksyen 106A itu memberi kuasa kepada LHDN supaya tidak lagi perlu memaklumkan kepada pembayar cukai untuk memohon butiran akaun bank mereka daripada pihak bank bagi tujuan semakan atau penyiasatan.

Terdahulu, Mohd Jaafar merasmikan Program Kasih PRIHATIN-MAIWP yang menyaksikan sejumlah 35,719 asnaf terkesan pandemik, menerima bantuan bawah pelaksanaan inisiatif itu sejak Oktober lalu.

Program itu adalah hasil kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang lain, untuk menyalurkan sumbangan berbentuk barang keperluan asas, penjagaan diri dan seumpamanya.

Sumber : Berita Harian

 

 

Rebat 100 peratus bil elektrik Disember untuk mangsa banjir

by

 


Rebat 100 peratus secara sekali beri atau 'one-off' bagi bil elektrik Disember diberikan kepada pengguna domestik bagi meringankan beban mangsa banjir, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata pemberian rebat itu bakal memanfaatkan sekitar 72,000 pengguna domestik yang menjadi mangsa banjir di beberapa negeri ketika ini.

Selain itu, katanya, TNB turut memberikan perkhidmatan pemeriksaan pendawaian percuma kepada mangsa banjir.

"Untuk meringankan beban mangsa banjir, TNB akan memberi rebat 100 peratus secara 'one-off' untuk bil elektrik Disember, yang akan memanfaatkan 72,000 pelanggan domestik, iaitu rumah.

"Saya juga sudah minta TNB membantu kediaman milik keluarga B40 yang terjejas banjir apabila bekalan elektrik disambung semula.

"Sejak Jumaat, TNB telah melaksanakan kerja pemeriksaan pendawaian percuma kepada pengguna domestik kerana air banjir mungkin menyebabkan kerosakan pendawaian, suis dan sebagainya, jadi situasi itu agak berbahaya," katanya pada sidang media di Masjid Al-Muttaqin di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri memaklumkan Kementerian Kewangan juga sedang berbincang dengan beberapa syarikat pengeluar kenderaan untuk memberi kemudahan tertentu kepada mangsa banjir.

Katanya, langkah itu berikutan ramai mangsa banjir yang perlu membaiki kenderaan ditenggelami air.

"Perodua umumkan akan beri percuma kos tarik kereta ke pusat servis mereka, dan bayaran upah untuk baik pulih dan servis juga adalah percuma.

"Kos alat ganti masih perlu dibayar, namun Perodua bersetuju memberikan diskaun 50 peratus untuk kereta jenama Perodua.

"Saya difahamkan Menteri Kewangan akan berunding dengan syarikat lain seperti Proton dan sebagainya dan harap mereka mengikut langkah Perodua, ini amat dialu-alukan," katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri meluangkan waktu lebih tiga jam sejak 9.30 pagi untuk meninjau Taman Sri Nanding dan Kampung Dusun Tua di sini, yang antara kawasan paling teruk terjejas banjir di Selangor.

Sumber : Berita Harian

 

Pengeluar kenderaan tawar diskaun baik pulih kereta terjejas banjir

by

 

Pengeluar kenderaan jenama tempatan mahupun asing turut mengambil inisiatif untuk menawarkan sokongan bantuan banjir kepada mangsa banjir yang mana kereta mereka terjejas akibat bencana yang disifatkan paling buruk di Lembah Klang dan beberapa negeri di seluruh negara.

Paling awal tampil adalah Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) yang menawarkan bantuan, termasuk rebat perkhidmatan tunda kenderaan, diskaun ke atas alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma kenderaan kepada semua pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata walaupun beberapa pusat servis Perodua turut terjejas akibat banjir, pelanggan amat dialu-alukan untuk merujuk mana-mana cawangan perkhidmatan yang lain di seluruh Malaysia untuk mendapatkan bantuan.

"Pelanggan Perodua boleh membuat tuntutan untuk perkhidmatan menunda kenderaan maksimum sehingga RM100 di pusat servis Perodua berhampiran mengikut kepada terma dan syarat.

"Selain itu, Perodua juga turut menawarkan potongan 20 peratus untuk alat ganti terpilih kepada pemilik yang kenderaan mereka rosak akibat banjir," katanya.

Bagi Proton Holdings Bhd (PROTON), jenama kereta nasional itu membuka tawaran sokongan diskaun sebanyak 20 peratus bagi alat ganti tertentu dan caj buruh kepada semua pemilik Proton terjejas dan telah membuat laporan polis berhubung kerosakan kenderaan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata selain itu caj tunda sebanyak RM200 dan caj pembersihan bahagian luar dan ruang enjin sebanyak RM100 akan dibayar oleh syarikat.

Honda Malaysia turut mengumumkan Program Bantuan Banjir kepada pelanggannya di mana diskaun 25 peratus ditawarkan bagi pembelian alat ganti tulen.

"Program sokongan ini menyokong perkhidmatan pembaikan bagi pelanggan Honda yang terjejas di kawasan yang dilanda banjir dan program ini berlangsung sehingga 31 Januari 2022. Pelanggan terjejas dinasihatkan untuk mengunjungi mana-mana pengedar sah Honda untuk proses penilaian dan perkhidmatan pemeriksaan," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo.

UMW Toyota Motor juga menawarkan program Sokongan Banjir Toyota bagi membantu pelanggan yang terjejas akibat bencana itu.

Pengeluar itu menawarkan diskaun 25 peratus kepada jumlah bil keseluruhan termasuk caj komponen dan buruh, selain menawarkan khidmat tunda percuma, penilaian dan sebut harga pada kos pembaikan.

Selain itu, UMW Toyota Motor juga menawarkan kadar faedah sifar menerusi Pelan Pembayaran Muda kepada pelanggan yang layak.

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) bersama Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS), turut mengumumkan program Sokongan Bantuan Banjir khas dengan menawarkan diskuan 20 peratus ke atas komponen dan caj buruh.

Lebih menarik, pengeluar itu turut menawarkan pemulihan upholsteri istimewa pada RM1,655 untuk kenderaan sedan dan RM1,988 untuk kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan utiliti sukan (SUV), trak pikap dan van.

Bagi pengeluar kereta premium, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan program sokongan banjir bagi membantu semua pelanggannya yang terjejas akibat banjir baru-baru ini di seluruh negara.

Sah sehingga 31 Januari 2022, pengeluar kereta premium itu menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi pembaikan semua bahagian, tunda kenderaan percuma oleh pengedar sah dan penilaian percuma bagi semua kos pembaikan yang diperlukan dengan pelan pembayaran mudah tanpa faedah sifar peratus.

BMW Group Malaysia pula mengumumkan penurunan kos sebanyak 20 peratus bagi pembaikan komponen jentera pemilik BMW, MINI dan BMW Motorrad yang terkesan dengan bencana banjir yang terjadi baru-baru ini.

Pusat pengedaran bertauliah juga akan menawarkan rebat bernilai RM300 bagi kos tunda buat pemilik yang terjejas.

Turut tampil menawarkan sokongan kepada pelanggan terjejas adalah Mitsubishi Motors Malaysia, Daihatsu Malaysia, Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd (HMSM) dan TC Subaru Sdn Bhd.

Sementara PROTON akan membantu semua pemilik model keluarannya yang mengalami kerosakan akibat banjir baru-baru ini dengan menawarkan diskaun 20 peratus bagi alat ganti tertentu serta diskaun 20 peratus untuk caj buruh kepada pelanggan yang membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Selain itu, syarikat pengeluar kereta itu juga akan menanggung caj tunda sehingga RM200 dan caj pembersihan bahagian luar serta ruang enjin sebanyak RM100.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Roslan Abdullah berkata fenomena banjir baru-baru ini telah menjejaskan ribuan penduduk terutama di Selangor dan Shah Alam.

"Ramai pelanggan kami mengalami kerosakan tempat tinggal serta perniagaan termasuk kereta mereka. Oleh itu, kami ingin menghulurkan bantuan untuk memastikan kenderaan mereka boleh diperbaiki dan memberi jaminan bahawa pelanggan kami adalah keutamaan syarikat.

"Keadaan yang luar biasa memerlukan tindak balas yang luar biasa juga. Proton akan berusaha untuk memastikan kenderaan pelanggan diperbaiki secepat mungkin dan menasihati mereka untuk terus ke pusat perkhidmatan kami supaya dapat menikmati faedah ini," katanya.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi talian pelanggan Proton di 1-800-88-8398.

 

Sumber : Berita Harian

 

Kerja rumah tingkatkan pencapaian murid?

by

 

Ditulis oleh Dr Mohd Nazri Abdul Rahman 

Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya 

Masih perlukah murid dibekalkan dengan kerja rumah? Adakah mereka perlu mengorbankan sebahagian besar kehidupan dengan beban kerja rumah? Wajarkah lagi pelajar menghabiskan masa menyalin nota, menyelesaikan masalah matematik, menulis esei atau menyiapkan laporan projek? Adakah benar kerja rumah adalah elemen utama yang tidak dapat dielakkan dalam 'pengalaman pendidikan?' Semua soalan itu timbul susulan persekitaran pembelajaran hari ini sudah banyak berubah.

Namun, perdebatan mengenai keperluan kerja rumah sudah berlangsung berdekad-dekad lamanya, tetapi hingga kini tiada persetujuan dicapai. Benarkah tanpa kerja rumah, kesejahteraan hidup pelajar lebih tenteram atau menyebabkan pencapaian akademik lebih merosot?

Aktiviti membuat kerja rumah adalah satu pendekatan dalam sistem pendidikan yang memberi penekanan kepada 'pembelajaran berasaskan aktiviti murid'. Di Malaysia, bermula dengan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSR) kerja rumah dipraktikkan dengan penekanan terhadap aktiviti pengukuhan dan pengayaan. Menerusi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), penguasaan pembelajaran murid tidak hanya terhad kepada aktiviti pengayaan dan pengukuhan sebaliknya diperkenalkan beberapa bentuk pentaksiran yang lebih memberi penekanan pengembangan potensi pelajar. Jadi, adakah kerja rumah masih membantu penguasaan pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran?

Hari ini sesuai dengan perkembangan semasa, penguasaan terhadap subjek tidak terhad kepada kerja rumah sahaja. Sebaliknya, ia boleh berlaku di mana-mana tanpa batas masa dan waktu. Malah, kemampuan pelajar untuk fokus semasa di dalam kelas dapat diperkukuhkan lagi dengan mendapatkan maklumat lanjut daripada sumber digital. 

Jadi, sesuaikah amalan kerja rumah?

Tidak dinafikan murid akan lebih menguasai pembelajaran jika tekun belajar sendiri berbanding di dalam bilik darjah. Kerja rumah antara aktiviti yang efektif dalam memperkembangkan potensi diri pelajar. Menerusi aktiviti itu, pelajar akan sedar masalah pembelajaran yang dihadapi. Selain itu, mereka mempunyai ruang dan peluang untuk menyesuaikan tempoh masa yang diperlukan untuk memahami sesuatu pelajaran mengikut kemajuan diri sendiri di luar waktu sekolah. Kerja rumah adalah aktiviti pengukuhan atau pengayaan bagi seseorang pelajar.

Maka, jika aktiviti kerja rumah dibuat secara berkesan, ia dapat dijadikan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran yang bernilai kepada pelajar. Ia bukan sahaja berpotensi untuk meningkatkan tahap penguasaan pelajar, tetapi juga dapat menghabiskan kurikulum dalam jangka masa yang ditetapkan. Kepentingan aktiviti pembelajaran melalui kerja rumah adalah memperbaiki prestasi dan mempraktik kemahiran.

Oleh yang demikian, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam pelaksanaan kerja rumah. Guru perlu mempunyai kebolehan merancang, melaksana dan menilai disamping memberi maklum balas dan menganalisis kerja rumah murid. Kerja rumah yang berkualiti dan sepadan dengan keperluan pembelajaran pelajar dapat meningkatkan penguasaan murid. Jadi ia tidak seharusnya dilambakkan kepada mereka tanpa pemeriksaan dan maklum balas oleh guru.

Mengapa tidak dioptimumkan masa pembelajaran dalam bilik darjah?

Rata-rata ibu bapa mempersoalkan pendekatan pelaksanaan kerja rumah yang dikatakan terlalu membebankan pelajar sehingga memberi kesan buruk terhadap motivasi serta kesejahteraan hidup anak mereka. Kerja rumah adalah aktiviti pengayaan dan pengukuhan yang dilaksanakan untuk memastikan pelajar dapat menguasai isi pelajaran disampaikan oleh guru. Justeru, perlukah pelajar dibebankan dengan kerja rumah sekiranya mereka dapat memberi penumpuan di dalam kelas dan menguasai mata pelajaran? Ini kerana matlamat kerja rumah adalah untuk memperkukuhkan penguasaan pembelajaran pelajar.

Di sinilah perlunya kebijaksanaan guru diperlukan bagi mengelakkan timbunan kerja rumah kepada pelajar. Kecekapan guru dalam merancang serta melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas akan banyak membantu. Misalnya, dalam tempoh pengajaran, contohnya 40 minit sewajarnya guru dapat memperuntukkan masa sebanyak 15 ke 20 minit untuk menjalankan aktiviti pengayaan dan pengukuhan. Melaluinya guru dapat berbincang, menilai dan membimbing pelajar seterusnya meningkat penguasaan pembelajaran bagi sesuatu pelajaran. Maka kerja rumah tidak perlu berikan kerana ia sudah diselesaikan semasa di dalam kelas.

Namun hakikatnya, apa yang berlaku dalam bilik darjah hari ini, sesi pengajaran secara 'chalk & talk' mengambil masa sehingga mengehadkan tempoh untuk aktiviti pengukuhan dan pengayaan dijalankan dalam kelas. Ini disebabkan guru perlu mengejar skop kurikulum yang terlalu banyak, masa pembelajaran terganggu oleh aktiviti bukan akademik, majlis sambutan, keraian, persaraan malah kadang kala persediaan untuk sesuatu majlis yang mengambil masa pembelajaran pelajar .

Semua ini menyebabkan guru terpaksa memberikan kerja rumah bagi menggantikan kelas, menyelesaikan skop kurikulum atau aktiviti kelas ganti. Kerja rumah yang diberikan dalam bentuk lembaran kerja, menyalin, menulis dan melukis tanpa perancangan, pemantauan dan maklum balas tidak memberi impak positif kepada pelajar sebaliknya memudaratkan kesejahteraan hidup pelajar.

Pengukuhan dan pengayaan pembelajaran

Pengurusan kerja rumah perlu mempertimbangkan beberapa aspek iaitu penentuan beban tugas kerja rumah, penepatan tujuan, pemberian maklum balas, aplikasi teknologi malah pembabitan ibu bapa. Kerja rumah yang relevan, bermakna dan bersesuaian dengan keperluan pembelajaran pelajar dapat melengkapi kurikulum yang dilaksanakan. Ia juga mampu menjadi alat pengajaran yang efektif.

Sebaliknya, jika guru sudah mengoptimumkan sesi pengajaran yang dilengkapi dengan aktiviti pengukuhan dan pengayaan; pelajar dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam sesi pembelajaran, maka adalah tidak wajar untuk membebani mereka dengan kerja rumah yang terlalu banyak atau semata-mata untuk menyelesaikan sesuatu topik dalam kurikulum. Pembelajaran seharusnya lebih bermakna bila pelajar dapat menguasai subjek berkaitan di dalam kelas. Ini dapat memberi ruang untuk pelajar bergiat aktif dalam pelbagai kegiatan kokurikulum mahupun beriadah.

Sumber : Berita Harian

 

 

Pas perjalanan My50 bermula 1 Januari 2022

by

 

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memperkenalkan pas perjalanan My50 yang menawarkan perjalanan tanpa had kepada warganegara Malaysia bagi perkhidmatan pengangkutan kendaliannya, serendah RM50 untuk tempoh penggunaan 30 hari bermula 1 Januari ini.

Kemudahan itu termasuk bagi pengguna Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), monorel, Transit Aliran Bas (BRT), bas henti-henti Rapid KL dan bas perantara Jom Naik MRT di Lembah Klang serta perkhidmatan bas di Pulau Pinang melalui Rapid Penang.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata My50 akan menggantikan pas perjalanan tanpa had My30 yang diperkenalkan kerajaan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada Jun tahun lalu.

"Tempoh promosi untuk My30 berakhir 31 Disember ini dan diganti pas perjalanan RM50 sebulan. 

"Bagi menjayakan inisiatif pas perjalanan ini, kerajaan memperuntukkan RM115 juta sebagai pembayaran subsidi untuk menampung kos perlu ditanggung Prasarana.

"Ia adalah pelaburan yang besar, tetapi amat penting dan bukti kerajaan amat prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat khususnya dalam keadaan mencabar sekarang selaras aspirasi 'Keluarga Malaysia'," katanya pada sidang media bagi mengumumkan pas perjalanan tanpa had My50 keluaran Prasarana di perkarangan Stesen LRT Gombak, di sini, hari ini.

Turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi), Datin Norlia Noah.

Ka Siong berkata, pihaknya dan Prasarana yakin jumlah penumpang perkhidmatan itu akan meningkat pada tahun depan.

"Sebelum penularan COVID-19, Prasarana pernah mengendalikan sehingga 1.1 juta penumpang sehari pada 2019.

"Berdasarkan keupayaan dan kapasiti dimiliki, Prasarana mampu meningkatkan frekuensi tren dan bas kendaliannya, jika permintaan meningkat sambil memastikan penumpang terus memastikan perjalanan selesa, lancar dan selamat," katanya.

Orang ramai yang berhasrat membuat pembelian pas perjalanan My50, boleh terus mengunjungi pejabat khidmat pelanggan Rapid KL di semua stesen LRT, MRT, monorel, BRT laluan Sunway dan hab bas Rapid KL terpilih, antaranya di Pasar Seni, Chow Kit, KLCC, Sri Nilam, Puchong Utama, Pearl Point, Sunway Pyramid, Greenwood dan Seksyen 2, Shah Alam.

Di Pulau Pinang, pengguna boleh mengunjungi kiosk terpilih Rapid Penang termasuk di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Kompleks Dato' Kailan (Kepala Batas), Balik Pulau dan Bukit Mertajam. 

Sumber : Berita Harian

 

 

BSN sedia pembiayaan peribadi tanpa faedah hingga RM10,000

by

 

Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menawarkan pembiayaan peribadi tanpa faedah MyRinggit-i Banjir hingga RM10,000 berbanding RM5,000 yang diumumkan pada minggu lepas kepada mangsa banjir.

"RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan ini bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir untuk membeli peralatan dan kelengkapan rumah baharu bagi menggantikan yang telah musnah akibat bencana," kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pembiayaan itu adalah dengan moratorium bayaran balik selama enam bulan dan selanjutnya bayaran balik dalam tempoh hingga 3.5 tahun.

Pemohon boleh memohon mulai 27 Disember ini melalui https://www.bsn.com.my

Sementara itu, BSN dalam kenyataan berasingan pula menjelaskan MyRinggit-i Banjir terbuka kepada semua mangsa banjir di selurun negara. 

"Mangsa banjir boleh memohon dengan melengkapkan borang permohonan dalam talian melalu laman web rasmi BSN - www.bsn.com.my 

 

 

 

Permohonan tangguh bayaran balik pinjaman PTPTN dibuka mulai 28 Disember 2021

by

 

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terkesan akibat banjir ketika ini, boleh mengemukakan permohonan untuk penangguhan bayaran balik pinjaman, mulai esok hingga 31 Mac 2022.

PTPTN dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan permohonan itu boleh dikemukakan melalui portal rasmi: www.ptptn.gov.my/PenangguhanBayaranBalikBanjir, atau dengan hadir ke mana-mana cawangan PTPTN yang berhampiran.

Menurut kenyataan itu, tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan ketika permohonan berkenaan.

"Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat banjir ini akan diberikan untuk tempoh tiga bulan, bermula pada bulan sama kelulusan permohonan diberikan PTPTN, dan dua bulan ke hadapan antara Disember 2021 hingga Mei 2022.

"Kelulusan penangguhan akan dimaklumkan kepada peminjam melalui emel dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh peminjam mengemukakan permohonan.

"Sehubungan itu, peminjam diingatkan agar mengemas kini maklumat perhubungan yang tepat dan terkini bagi memastikan maklumat kelulusan permohonan penangguhan berkenaan dapat disampaikan kepada mereka," katanya.

PTPTN sekali gus merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bersetuju memberi penangguhan bayaran balik pinjaman itu bagi mereka yang terkesan akibat banjir.

Katanya, PTPTN komited memastikan urusan terbabit dapat dilaksanakan dengan baik demi kebajikan peminjam.

"Pelbagai usaha dilaksanakan PTPTN bagi membantu dan meringankan beban peminjam ketika berdepan bencana ini.

"Permohonan secara dalam talian bagi penangguhan bayaran balik pinjaman ini ialah antara keprihatinan PTPTN untuk memudahkan urusan peminjam.

"Permohonan dapat dibuat hanya di hujung jari dengan lebih mudah, cepat dan selamat di mana saja mereka berada.

"Selain itu, peminjam juga diberi pilihan jika ingin membuat permohonan melalui mana-mana kaunter Pejabat PTPTN yang berhampiran, mengikut keselesaan mereka," katanya.

Menurut kenyataan itu, usaha kerajaan memelihara kebajikan rakyat amnya dan peminjam PTPTN khususnya, jelas membuktikan keprihatinan kepada golongan terjejas bagi memastikan kelangsungan hidup mereka.

Untuk sebarang pertanyaan, peminjam boleh melayari portal rasmi PTPTN: www.ptptn.gov.my di ruangan Soalan Lazim.

Selain itu, boleh menghubungi PTPTN melalui Careline PTPTN di 03-2193 3000 (beroperasi Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang); Live Chat di www.ptptn.gov.my; e-Aduan di https://eaduan.ptptn.gov.my/; Eksekutif Pemasaran PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn; dan media sosial rasmi PTPTN.

 

 

 

 

Semakan Keputusan UPKK

by

 


Tarikh Semakan Keputusan UPKK 2021

  • Tarikh Buka : 28 Disember 2021 ( Hari Selasa ) bermula jam 11:00 pagi
  • Tarikh Tutup : 11 Januari 2022

Tarikh bagi semakan keputusan ini adalah Rasmi seperti yang telah diumumkan oleh JAKIM.

Cara Membuat Semakan UPKK 2021

Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang menggunakan Mdul Penilaian Kelas KAFA (MPKAFA) ini boleh disemak melalui :

1. Semakan Secara Online
= https://simpeni.islam.gov.my/

2. Semakan Secara SMS
=Keputusan peperiksaan UPKK 2021 secara SMS boleh dibuat pada tarikh keputusan mula diumumkan.

Contoh semakan bagi kaedah SMS

  • UPKK NoMYKID dan SMS ke 15888
  • Atau ” UPKK NoPengenalanKhas dan SMS ke 15888
  • contoh mesej pengahntaran : UPKK 060418036989 / UPKK BBS75406

 

Awas penyakit bawaan air

by

 

Banjir akan menyebabkan sampah-sarap, lumpur takungan najis keluar bersama-sama limpahan air yang tercemar hingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit berjangkit. Lantas, meningkatkan tahap kebersihan diri serta memastikan makanan dan minuman tidak tercemar ketika musim banjir perlu diutamakan untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit bawaan air dan makanan.

Penyakit bawaan air dan makanan atau 'food and water-borne disease' adalah penyakit berpunca daripada jangkitan kuman yang terdapat dalam makanan dan minuman sudah tercemar.

Penyakit ini biasanya dikategorikan sebagai keracunan makanan, taun, demam kepialu (tifoid), disenteri dan Hepatitis A. 

Pensyarah dan Pakar Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan, Prof Madya Dr Wan Mohd Zahiruddin Wan Mohammad, berkata terdapat pelbagai jenis kuman seperti bakteria, virus dan parasit yang boleh menyebabkan penyakit bawaan air dan makanan.

Ia boleh tersebar apabila individu terdedah secara langsung atau termakan dan terminum daripada sumber makanan dan minuman sudah tercemar dengan najis manusia dan haiwan dijangkiti serta persekitaran kotor (seperti kehadiran lalat, lipas dan tikus).

"Terdapat keadaan pengendali makanan mempunyai penyakit ini sama ada simptom atau tidak, juga boleh menyebabkan penyakit itu tersebar ketika mereka menyediakan makanan sekiranya tidak menjaga kebersihan diri dengan baik seperti tidak membasuh tangan dengan sabun sebelum menyediakan makanan".

"Selain itu, faktor persekitaran boleh menyebabkan penularan terutama ketika banjir apabila air sudah tercemar dengan kuman akibat sistem kumbahan yang rosak dan amalan sanitasi tidak baik seperti penggunaan tandas tidak sempurna semasa bencana banjir," katanya.

Dr Wan Mohd Zahiruddin berkata, simptom utama penyakit ini adalah cirit-birit, muntah, sakit perut, demam, najis berdarah dan sekiranya teruk, pesakit boleh mendapat gejala dehidrasi seperti keletihan, tekanan darah rendah dan pengsan.

Katanya, jangka masa seseorang mula mengalami simptom bergantung kepada jenis kuman yang dijangkiti (berdasarkan konsep tempoh pengeraman atau inkubasi selepas selepas terdedah kepada sumber tercemar) serta juga faktor umur, imuniti dan jumlah dos pencemaran.

"Bagi penyakit dikategorikan kumpulan keracunan makanan, individu boleh mula mengalami simptom seawal beberapa jam sehingga satu hingga dua sehari. Manakala, penyakit taun pula sehingga empat hingga lima hari dan demam kepialu (tifoid) pula lewat sehingga seminggu hingga dua minggu," katanya.

Rawatan penyakit

Katanya, rawatan utama adalah dengan melihat tahap hidrasi pesakit dan kebiasaannya, ramai pesakit cirit-birit yang ringan, cuma perlu dirawat dengan larutan rehidrasi oral (ORS), manakala jika teruk sehingga ada gejala dan tanda tekanan darah menjadi rendah, pesakit perlu dimasukkan ke wad untuk rawatan hidrasi (perlu dimasukkan air).

"Rawatan lain menerusi ubat antibiotik dan rawatan simptomatik yang boleh sembuh dalam tempoh beberapa hari bergantung kepada jenis kuman yang disyaki atau disahkan dan juga keadaan pesakit," katanya.

Komplikasi penyakit bawaan air dan makanan dalam kalangan kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah dan warga emas perlu diberi perhatian. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan kanak-kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah adalah kumpulan yang berisiko tinggi bagi kematian akibat penyakit ini.

Katanya, ini kerana sistem imunisasi kanak-kanak pada usia berkenaan masih rendah berbanding golongan dewasa yang sudah banyak terdedah kepada pelbagai kuman sebelum ini. Di tambah amalan kebersihan diri dan sanitasi rendah dan kesedaran penyakit yang terhad dalam kalangan kanak-kanak menjadikan mereka berisiko tinggi mendapat jangkitan penyakit ini.

"Begitu juga warga emas terutama yang ada pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis atau penyakit buah pinggang berisiko tinggi jika terkena penyakit bawaan air dan makanan ini.

"Justeru, jika melihat mereka mempunyai simptom seperti cirit-birit dan muntah, dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital kerana jika gagal mendapatkan rawatan segera boleh menyebabkan kematian," katanya. 

Amalan pencegahan di PPS

Katanya, seperti ramai sedia maklum bencana banjir dan hujan lebat mungkin akan menyebabkan bekalan elektrik dan air terputus serta tandas rosak.

"Jadi apabila tiada sumber air bersih terutama untuk menyediakan makanan dan minuman, risiko akan bertambah ditambah pula tandas yang tidak dapat digunakan kerana rosak.

Situasi sama bagi yang enggan berada di PPS, bagi mengurangkan risiko dijangkiti kuman penyakit bawaan air, mereka perlu meningkat amalan kebersihan diri, pengambilan serta penyediaan makanan dan minuman yang selamat serta amalan penggunaan tandas serta sanitasi yang baik.

Dr Wan Mohd Zahiruddin berkata, adalah lebih baik jika memilih tinggal sementara di PPS, di mana pelbagai kemudahan lengkap terutama bekalan air, elektrik dan tandas disediakan termasuk pemantauan oleh petugas kesihatan.

Justeru katanya, mereka yang berisiko tinggi terutama keluarga ada anak masih kecil dan ibu bapa sudah berusia serta mempunyai pelbagai penyakit, dinasihatkan untuk tinggal sementara di PPS untuk keselamatan dan kesihatan yang terjaga.

Dengan itu, mereka mampu mengurangkan risiko mendapat penyakit bawaan air terutama semasa bencana banjir ini.

Info: Jenis penyakit bawaan air dan makanan

Langkah pencegahan penyakit bawaan air

  • Keracunan makanan (contoh jangkitan kuman E-coli, salmonella)
  • Taun
  • Demam kepialu (tifoid)
  • Disentri
  • Hepatitis A
  • -Pastikan sumber air bersih
  • -Basuh tangan guna air bersih
  • -Minum air dimasak
  • -Basuh buah, sayur sebelum makan
  • -Jauhi makanan masih mentah
  • -Kupas kulit buah sebelum makan
  • -Basuh perkakasan seperti pinggan, cawan, sudu dengan air bersih 
  • Panduan lain:

  • Cuci tangan dengan sabun sebelum makan dan selepas keluar tandas
  • Cuci tangan dengan sabun sebelum menyediakan makanan
  • Pastikan kuku tangan pendek semasa menyediakan makanan
  • Memakai penutup mulut dan sarung tangan semasa menyedia, menghidang makanan
  • Pastikan pinggan dan mangkuk digunakan bersih
  • Gunakan penyepit untuk mengambil dan menghidang makanan

  • Elakkan memakan makanan rosak.
  • Amalkan sikap lihat, bau dan rasa sebelum makan
  • Dapatkan sumber air bersih di pusat pemindahan seperti air mineral

  • Tutup makanan terdedah
  • Buang sisa makanan ke dalam tong sampah tertutup elak pembiakan lalat, lipas dan tikus di PPS.
  •  Sumber dari Berita Harian

    Ramai tidak langgan polisi insurans bencana alam

    by

     

    Ramai yang tidak membuat caruman perlindungan bencana alam merangkumi antaranya banjir dan tanah runtuh untuk harta benda termasuk kediaman serta kenderaan bermotor, justeru kedudukan kewangan mereka bertambah sukar ketika dilanda insiden luar jangkaan seperti banjir.

    Pengarah Eksekutif Stable Vision Corporation Sdn Bhd, Richard Low, berkata perlindungan bencana alam sememangnya sudah lama ditawarkan kepada pelanggan tetapi ramai yang tidak melanggan perlindungan itu disebabkan premium tambahan yang perlu dijelaskan.

    "Ramai yang tidak ingin mencarum untuk perlindungan tambahan (bencana alam) ini. Saya menggalakkan semua mengambil polisi membabitkan perlindungan bencana alam kerana musibah ini sememangnya di luar kawalan manusia," katanya ketika dihubungi BH.

    Mengulas lanjut, Low berkata, kadar standard bagi perlindungan ke atas bencana alam merangkumi tambahan sekitar 0.086 peratus untuk banjir dan 0.081 peratus bagi tanah runtuh dari jumlah perlindungan, di mana pelanggan boleh membuat penambahan perlindungan mengikut keperluan peribadi.

    "Bagi kenderaan bermotor pula ia bergantung kepada syarikat insurans. Kebiasaannya tambahan sekitar 0.2 peratus hingga 0.25 peratus di atas jumlah perlindungan," katanya.

    Mengulas mengenai krisis banjir ketika ini, beliau berkata, sebarang tuntutan ganti rugi adalah bergantung kepada polisi individu dan isi rumah sama ada menambah klausa banjir dan bencana alam ke atas perlindungan kenderaan dan harta benda atau tidak.

    "Untuk maklumat lanjut, mangsa banjir boleh menghubungi ejen atau syarikat insurans," katanya.

    Stable Vision adalah agensi insurans hibrid yang memiliki pasukan yang terbabit dalam takaful insurans konvensional.

    Ditubuhkan sejak 1995, agensi berkenaan beribu pejabat di Klang, Selangor memiliki lebih 300 ejen di seluruh negara dan cawangan Seremban, Negeri Sembilan; Ampang, Damansara dan Puchong, Selangor; Kuchai Lama, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

    Sementara itu, Pengarah Urusan Firma Pengurusan Kewangan Wealth Vantage Advisory, Rafiq Hidayat Mohd Ramli, berkata mangsa banjir yang mengalami kerugian akibat kerosakan harta benda termasuk kenderaan boleh menuntut ganti rugi dari pihak insurans atau takaful.

    Katanya, tuntutan ganti rugi itu bagaimanapun tertakluk sama ada mangsa banjir memiliki perlindungan bencana banjir dalam polisi insurans yang dilanggan mereka.

    "Kita boleh menuntut ganti rugi sekiranya kita ada perlindungan yang sepatutnya dari pihak insurans ataupun takaful. Kita kena pastikan insurans ataupun takaful rumah dan isi rumah dan insurans kenderaan motor kita meliputi perlindungan untuk banjir," katanya.

    Rafiq Hidayat berkata, sekiranya tiada perlindungan untuk banjir, pelanggan tak boleh menuntut apa-apa dari pihak insurans ataupun takaful.

    "Jika kita ada perlindungan, kita boleh menuntut ganti rugi dengan berhubung dengan syarikat insurans ataupun takaful yang telah kita carum," katanya.

    Sumber : Berita Harian

     

    Cuti kecemasan untuk kakitangan awam, swasta mangsa banjir

    by

     

    Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan cuti kecemasan kepada semua kakitangan awam yang terkesan akibat bencana banjir.

    Perdana Menteri berkata, untuk kakitangan swasta, syarikat disarankan memberi pekerja cuti berbayar atau 'paid leave' dengan tidak menolak peruntukan cuti tahunan dan gaji mereka.

    "Berapa lama cuti itu, kakitangan boleh berbincang dengan ketua jabatan masing-masing. Ini termasuk kakitangan awam pada peringkat kerajaan negeri.

    "Untuk kakitangan swasta, kita minta mereka berbincang dengan majikan ...saya tahu tiada peruntukan undang-undang berkaitan cuti banjir ini, namun ia boleh dilaksanakan atas sifat kemanusiaan," katanya pada sidang media selepas meninjau operasi menyelamat dan melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini, hari ini.

    Beliau melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Johan Setia dan SK Teluk Gong, Klang yang menempatkan hampir 2,000 orang.

    Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyediakan pasukan perubatan di pusat pemindahan terutama pusat pemindahan besar seperti PPS SK Telok Gong.

    "Tadi ada PPS yang saya lawati, tiada pasukan perubatan, tiada doktor dan jururawat. Jadi, pada mesyuarat hari ini, kita bersetuju menempatkan jururawat atau doktor di setiap PPS (yang besar).

    "Kita juga akan membekalkan ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman dan pelitup muka kerana kita tahu mereka berpindah dalam waktu tergesa-gesa, ramai tidak memakainya dan kita tidak boleh salahkan mereka, semua ini akan disediakan KKM.

    "Paling penting, ada saringan COVID-19 melalui RTK Antigen dilakukan di setiap pusat pemindahan untuk memastikan semua mangsa yang berpindah selamat daripada jangkitan COVID-19," katanya.

    Sumber ; Berita Harian

     

    GPS menang PRN Sarawak 2021

    by

     

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bagi membentuk kerajaan negeri.

    Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata setakat jam 8.45 malam tadi, GPS berjaya memenangi 45 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

    "Bagi keseluruhan sehingga jam 8.45 malam, GPS memenangi 45 dari 82 kerusi dan dengan ini berjaya memperoleh majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi dipertandingkan," katanya ketika mengumumkan perkara itu.

    Kemenangan lebih dua pertiga Gabungan Parti Sarawak (GPS) disifatkan sebagai isyarat rakyat mengiktiraf parti tempatan yang terbukti mempunyai rekod cemerlang mentadbir Sarawak.

    Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata ia juga bukti rakyat tempatan menolak parti berpangkalan di Semenanjung atau 'parti luar' untuk mentadbir Sarawak.

    Jelasnya, kemenangan ini juga adalah amanah rakyat yang harus dipikul penuh tanggung jawab kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GPS yang dipilih.

    "Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pengundi Sarawak yang memberi mandat dan kepercayaan kepada GPS untuk terus menerajui dan mentadbir Sarawak, dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12).

    "Penghargaan dan terima kasih juga kepada kesemua jentera parti yang bertungkus lumus serta bekerja keras di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi GPS," katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Setakat jam 10 malam ini, GPS dipimpin Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Abang Openg disahkan menang 60 kerusi iaitu melebihi dua pertiga kerusi DUN.

    Fadillah berkata, semua ADUN yang menang diharap dapat memberi komitmen terbaik demi rakyat dan negeri itu.

    "Mandat ini juga amanah rakyat bukan saja untuk ADUN GPS yang dipilih, malah untuk Ahli Parlimen GPS. Kami di peringkat Persekutuan juga akan terus memberikan khidmat terbaik demi Sarawak dan Malaysia.

    "Semoga gelombang kemenangan ini akan berterusan dan membawa kemenangan lebih besar kepada GPS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti," katanya.

    Sumber : Berita Harian

     

     

    PLUS laksana transaksi tol RFID mulai Januari 2022

    by

     

    Transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) akan dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula 15 Januari depan.

    Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi kenyataan memaklumkan pelaksanaan itu akan menjadikan lorong RFID tersedia di seluruh jaringan infrastruktur lebuh raya bertol di pantai barat Semenanjung selaras dengan kehendak dan keperluan pengguna lebuh raya.

    "Kutipan tol menggunakan kad Touch 'n Go dan SmartTAG masih diteruskan buat ketika ini, namun kedua-duanya akan dihentikan secara berperingkat untuk memberi ruang kepada pembukaan lebih banyak lorong RFID," menurut kenyataan itu.

    Menurut KKR, transaksi tol menggunakan RFID adalah langkah kementerian itu untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di plaza tol dan pelaksanaan itu selaras dengan Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar yang termasuk Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong.

    KKR sehubungan itu mengajak pengguna lebuh raya untuk beralih kepada RFID dan mendapatkan tag RFID secara dalam talian menerusi aplikasi Touch 'n Go eWallet, portal Touch 'n Go, ejen pemasaran yang dilantik atau mana-mana 39 pusat pemasangan tag RFID di seluruh Semenanjung.

    Sistem RFID membolehkan pengguna lebuh raya untuk menikmati perjalanan lebih lancar tanpa perlu berhenti di lorong RFID dengan kelajuan 30 km/j serta membolehkan pengguna melaksanakan transaksi tol tanpa sentuh sekali gus membantu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

    RFID juga menawarkan sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai melalui penggunaan Touch 'n Go eWallet tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai, menurut kenyataan itu.

    Sumber : BERNAMA

     

    Wanita usia 25 tahun paling subur, sesuai kahwin cepat

    by

     

     Tahap kesu­buran wanita akan mula berkurangan sekiranya mereka lewat berkahwin, sekali gus akan menjejaskan populasi penduduk negara ini.

    Pakar Kesuburan dan Sakit Puan Metro IVF, Dr. Pravin Peraba­ berkata, semakin meningkat usia seseorang wanita, semakin kurang tahap kesuburan mereka.

    “Menurut kajian, wanita paling subur sekitar usia 25 tahun dan akan mula berkurangan selepas berusia 30 tahun ke atas, apatah lagi sekiranya mereka yang ber­usia 40 tahun ke atas.

    “Jika jumlah wanita tidak berkahwin atau berkahwin lambat semakin bertambah, maka ia boleh menjejaskan populasi penduduk negara ini, namun saya percaya jumlah ini hanya melibatkan segolongan kecil,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

    Menurutnya, bagi wanita yang berkahwin lewat dan masih tidak mempunyai zuriat dalam tempoh enam bulan perkahwinan, mereka perlu berjumpa pakar kesihatan untuk melakukan pemeriksaan tahap kesuburan, seterusnya membantu mendapatkan anak.

    “Kalau boleh carilah pasangan dan berkahwin pada usia 20-an bagi memastikan kesuburan pasangan tersebut berada di tahap tertinggi,” ujarnya.


    Jabatan Perangkaan Malaysia dalam satu kenyatan baru-baru ini melaporkan, bilangan perkahwinan di negara ini menunjukkan penurunan sebanyak 9.4 peratus daripada 203,661 pada 2019 kepada 184,589 pada 2020.

    Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, situasi itu disumbangkan oleh penurunan 1.8 pe­ratus bilangan perkahwinan orang Islam iaitu 145,202 pada 2020 berbanding 147,847 pada tahun sebelumnya.

    Menurutnya, bilangan perkahwinan orang bukan Islam pula merekodkan penurunan pada kadar yang lebih besar iaitu 29.4 peratus iaitu 39,387 pada 2020 berbanding 55,814 pada 2019.
    “Pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memberi impak dalam statistik perkahwinan di Malaysia,” ujarnya.

    Sumber dari Kosmo!

     

    Senarai calon PRN Sarawak 2021

    by

     

    Berikut adalah senarai calon yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

    Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan hari mengundi pada 18 Disember 2021.

    N01: OPAR (11,436)
    1. Bayang Teron (SEDAR)
    2. Billy Sujang (GPS-SUPP)
    3. Datuk Ranum Mina (PSB)
    4. Meneng Biris (PKR)
    5. Freedy Misid (PBK)
    6. Saini Kakong (PBDSB)
    (2016: Datuk Ranum Mina (BN-SUPP) Maj: 2,082)
    (Kini: PSB)

    N02: TASIK BIRU (18,715)
    1. Paul Shanon Kenbell Dominic Barin (PBK)
    2. Datuk Dr Tekhee @ Tiki Lafe (PSB)
    3. Datuk Henry@Harry Jinep (GPS-PDP)
    4. Granda Aing (DAP)
    (2016: Datuk Henry@Harry Jinep (BN-SPDP) Maj: 1,288)
    (Kini: GPS-PDP)

    N03: TANJONG DATU (11,384)
    1. Azizul Annuar Adenan (GPS-PBB)
    2. Abdul Talip Ba'ee (Bebas)
    3. Jery'in Fauzi (PSB)
    4. Goem Pijar (PBK)
    (2016: Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB) Maj: 5,892)
    (PRK 2017: Puan Sri Jamilah Anu (BN-PBB) Maj: 6,443)
    (Kini: GPS-PBB)

    N04: PANTAI DAMAI (20,506)
    1. Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi (GPS-PBB)
    2. Mahmud Sabli (PSB)
    (2016: Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB) Maj: 9,260)
    (Kini: GPS-PBB)

    N05: DEMAK LAUT (14,813)
    1. Dr Hazland Abang Hipni (GPS-PBB)
    2. Mohamad Zen Peli (Amanah)
    3. Khairul Ahmat (Bebas)
    4. Yatika Jelani (PSB)
    (2016: Dr Hazland Abang Hipni (BN-PBB) Maj: 7,382)
    (Kini: GPS-PBB)

    N06: TUPONG (26,004)
    1. Fazzrudin Abdul Rahman (GPS-PBB)
    2. Chan Haong Yen (PBK)
    3. Ahmad Nazib Johari (PKR)
    (2016: Fazzrudin Abdul Rahman (BN-PBB) Maj: 8,055)
    (Kini: GPS-PBB)

    N07: SAMARIANG (21,363)
    1. Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (GPS-PBB)
    2. Abang Abdul Halil Abang Naili (Amanah)
    3. Othman Abdillah (SEDAR)
    (2016: Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB) Maj: 7,760)
    (Kini: GPS-PBB)

    N08: SATOK (14,314)
    1. Datuk Ibrahim Baki (GPS-PBB)
    2. Awang Badele Awang Ali (PBK)
    3. Dr Nor Irwan Ahmad Nor (PKR)
    (2016: Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB) Maj: 5,045)
    (Kini: GPS-PBB)

    N09: PADUNGAN (20,949)
    1. Raymond Thong Ee Yu (PBK)
    2. Chong Chieng Jen (DAP)
    3. Soo Lina (Aspirasi)
    4. Datuk Wee Hong Seng (GPS-SUPP)
    (2016: Wong King Wei (DAP) Maj: 4,270)

    N10: PENDING (29,747)
    1. Teo Kuang Kim (PBK)
    2. Tan Kay Hock (PSB)
    3. Chan Chee Hiong (Aspirasi)
    4. Violet Yong Wui Wui (DAP)
    5. Milton Foo Tiang Wee (GPS-SUPP)
    (2016: Violet Yong Wui Wui (DAP) Maj: 5,012)

    N11: BATU LINTANG (29,694)
    1. Sih Hua Tong (GPS-SUPP)
    2. See Chee How (PSB)
    3. Voon Lee Shan (PBK)
    4. Leong Shaow Tung (Aspirasi)
    5. Cherishe Ng Phuay Hui (PKR)(2016: See Chee How (PKR) Maj: 4,385)
    (Kini: PSB)

    N12: KOTA SENTOSA (28,392)
    1. Tan Kok Chiang (Aspirasi)
    2. Datuk Dr Lau Pang Heng (PSB)
    3. Yap Yau Sin (GPS-SUPP)
    4. Michael Kong Feng Nian (DAP)
    5. Lue Cheng Hing (PBK)
    (2016: Chong Chieng Jen (DAP) Maj: 2,819)

    N13: BATU KITANG (20,820)
    1. Lo Khere Chiang (GPS-SUPP)
    2. Wong Tun Teck (PBK)
    3. Abdul Aziz Isa Marindo (DAP)
    4. Liu Thian Leong (PSB)
    (2016: Lo Khere Chiang (BN-SUPP) Maj: 1,840)
    (Kini: GPS-SUPP)

    N14: BATU KAWAH (20,681)
    1. Fong Pau Teck (Aspirasi)
    2. Datuk Seri Dr Sim Kui Hian (GPS-SUPP)
    3. Chai Kueh Khun (PBK)
    4. Dr Kelvin Yii Lee Wuen (DAP)
    (2016: Datuk Seri Dr Sim Kui Hian (BN-SUPP) Maj: 2,085)
    (Kini: GPS-SUPP)

    N15: ASAJAYA (12,349)
    1. Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (GPS-PBB)
    2. Ishak Buji (PSB)
    3. Mahmud Epah (PKR)
    4. Mohamad Hamdeen Saharuddin (PBK)
    (2016: Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (BN-PBB) Maj: 4,078)
    (Kini: GPS-PBB)

    N16: MUARA TUANG (18,644)
    1. Datuk Idris Buang (GPS-PBB)
    2. Ismawi Muhammad (Bebas)
    3. Hipni Sulaiman (SEDAR)
    4. Daud Eali (Amanah)
    5. Sigandam Sulaiman (PBK)
    6. Yakup Khalid (PSB)
    (2016: Datuk Idris Buang (BN-PBB) Maj: 8,578)
    (Kini: GPS-PBB)

    N17: STAKAN (16,992)
    1. Datuk Hamzah Brahim (GPS-PBB)
    2. George Young Si Ricord Junior (PSB)
    3. Leslie Ting Xiang Zhi (DAP)
    4. Atet Dego (PBK)
    (2016: Datuk Amar Mohammad Ali Mahmud (BN-PBB) Maj: 7,042)
    (Kini: GPS-PBB)

    N18: SEREMBU (9,834)
    1. Buln Patrick Ribos (Aspirasi)2. Jecky Misieng (PBK)
    3. Miro Simuh (GPS-PBB)
    4. Michael Sawing (PKR)
    5. Iana Akam (PSB)
    (2016: Miro Simuh: BN-Calon Langsung/Direct Candidate: Maj: 1,397)
    (Kini: GPS-PBB)

    N19: MAMBONG (19,315)
    1. Sanjan Daik (PSB)
    2. Datuk Dr Jerip Susil (GPS-PBB)
    3. Chang Hon Hiung (DAP)
    4. Chong Siew Hung (Aspirasi)
    5. Joshua @ Katok Roman (PBK)
    (2016: Datuk Dr Jerip Susil (BN-SUPP) Maj: 3,333)
    (Kini: GPS-SUPP)

    N20: TARAT (17,717)
    1. Christo Michael (PKR)
    2. Dadi @ Tiap Juul (PSB)
    3. Edison Jamang (PBK)
    4. Bai Dungak (Bebas)
    5. Datuk Roland Sagah Wee Inn (GPS-PBB)
    (2016: Datuk Roland Sagah Wee Inn (BN-PBB) Maj: 5,421)
    (Kini: GPS-PBB)

    N21: TEBEDU (12,040)
    1. Senior William Rade (PKR)
    2. Jonathan Lantik Ok (PBK)
    3. Dr Simon Sinang @ Sinang Bada (GPS-PBB)
    4. Roland Bangu (Bebas)
    5. Cheyne Kambeng @ Raymond Achen (PSB)
    (2016: Datuk Amar Michael Manyin Jawong (BN-PBB) Maj: 6,193)
    (Kini: GPS-PBB)

    N22: KEDUP (11,202)
    1. Stephen Sungan (PBK)
    2. Maclaine Ben @ Martin Ben (GPS-PBB)
    3. Dominic Dado Sagin (PSB)
    4. Learry Jabul (DAP)
    (2016: Maclaine Ben @ Martin Ben (BN-PBB) Maj: 3,828)
    (Kini: GPS-PBB)

    N23: BUKIT SEMUJA (14,893)
    1. Brolin Nicholsion Benedict Achung (DAP)
    2. John Ilus (GPS-PBB)
    3. Edward Andrew Luwak @ Edward Luwak (PBK)
    4. Elsiy Tingang (PSB)
    (2016: John Ilus (BN-Calon Langsung) Maj: 3,144)
    (Kini: GPS-PBB)

    N24: SADONG JAYA (7,653)
    1. Aidel Lariwoo (GPS-PBB)
    2. Nur Khairunisa Abdullah (PSB)
    3. Piee Ling (PKR)
    4. Jol @ Jolhi Bee (PBK)
    (2016:Aidel Lariwoo (BN-PBB) Maj: 3,467)
    (Kini: GPS-PBB)

    N25: SIMUNJAN (8,299)
    1. Saharuddin Abdullah (PBK)
    2. Hapeni Fadil (PKR)
    3. Raily @ Reli Ali (PSB)
    4. Awla Idris (GPS-PBB)
    (2016: Awla Idris (BN-PBB) Maj: 2,712)
    (Kini: GPS-PBB)

    N26: GEDONG (7,208)
    1. Tan Sri Abang Johari Tun Openg (GPS-PBB)
    2. Mohamad Sofian Fariz Sharbini (PSB)
    3. Kamal Bujang (Amanah)
    4. Tomson Marcus Ango (PBK)
    (2016: Datuk Mohd Naroden Majais (BN-PBB) Maj: 3,365)
    (Kini: GPS-PBB)

    N27: SEBUYAU (9,367)
    1. Datuk Julaihi Narawi (GPS-PBB)
    2. Wan Chee Wan Mahjar (PBK)
    3. Wel @ Maxwel Rojis (Amanah)
    (2016: Datuk Julaihi Narawi (BN-PBB) Maj: 2,742)
    (Kini: GPS-PBB)

    N28: LINGGA (9,578)
    1. Baha Imam (PBK)
    2. Mohd Sepian Abang Daud (Bebas)
    3. Abang Ahmad Abang Suni (SEDAR)
    4. Abang Abdul Kassim Abang Bujang (PKR)
    5. Datuk Wan Abdillah Edruce Wan Abdul Rahman (PSB)
    6. Dayang Noorazah Awang Sohor (GPS-PBB)
    (2016: Simon Peri (BN-PBB) Maj: 2,943)
    (Kini: GPS-PBB)

    N29: BETING MARO (11,094)
    1. Jacky Chiew Su Chee (PBK)
    2. Razaili Gapor (GPS-PBB)
    3. Abang Zulkifli Abang Engkeh (PKR)
    4. Safiudin Matsah (Bebas)
    5. Mohammad Arifiriazul Paijo (PAS)
    (2016: Razaili Gapor (BN-PBB) Maj: 1,707)
    (Kini: GPS-PBB)

    N30: BALAI RINGIN (10,791)
    1. Datuk Snowdan Lawan (GPS-PRS)
    2. Datuk Masir Kujat (PSB)
    3. Kasim Mana (PBK)
    (2016: Datuk Snowdan Lawan: BN-PRS: Maj: 2,039)
    (Kini: GPS-PRS)

    N31: BUKIT BEGUNAN (9,632)
    1. Vinton Langang Sangga (PBK)
    2. Entusa Imam (PBDSB)
    3. Norina Umoi Utot (PSB)
    4. Datuk Mong Dagang (GPS-PRS)
    (2016: Datuk Mong Dagang (

    BN-PRS) Maj: 4,695)
    (Kini: GPS-PRS)

    N32: SIMANGGANG (13,224)
    1. Peli Aron (PBK)
    2. Walsin @ Wilson Entabang (PSB)
    3. Leon Jimat Donald (DAP)
    4. Datuk Francis Harden Hollis (GPS-SUPP)
    (2016: Datuk Francis Harden Hollis: BN-SUPP: Maj: 1,388)
    (Kini: GPS-SUPP)

    N33: ENGKILILI (11,039)
    1. Stel Datu (PBK)
    2. Desmond Sateng Sanjan (GPS-SUPP)
    3. Dr Johnical Rayong Ngipa (PSB)
    4. Gemong Batu (Bebas)
    (2016: Dr Johnical Rayong

    Ngipa (BN-Calon Langsung) Maj: 3,857)
    (Kini: PSB)

    N34: BATANG AI (9,929)
    1. Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh (GPS-PRS)
    2. Usup Asun (PBK)
    3 .Datuk William @ Nyallau Badak (PSB)
    4. John Linang Mereejon (Bebas)
    (2016: Datuk Malcolm Mussen Lamoh (BN-PRS) Maj: 3,186)
    (Kini: GPS-PRS)

    N35: SARIBAS (10,984)
    1. Ricky @ Mohammad Razi Sitam (GPS-PBB)
    2. Melainie Bolhassan (PSB)
    3. Patrick Kamis (PKR)
    4. Sim Min Leong (PBK)
    5. Kurnaen Boben (SEDAR)
    (2016: Ricky @ Mohammad Razi Sitam (BN-PBB) Maj: 4,432)
    (Kini: GPS-PBB)

    N36: LAYAR (9,334)
    1. Datuk Gerald Rentap Jabu (GPS-PBB)
    2. Isik Utau (PSB)
    (2016: Datuk Gerald Rentap Jabu (BN-PBB) Maj: 1,428)
    (Kini: GPS-PBB)

    N37: BUKIT SABAN (9,523)
    1. Mikail Mathew Abdullah (PKR)
    2. Andria Dundang @ Andria Gelayan (PSB)
    3. Datuk Amar Douglas Uggah Embas (GPS-PBB)
    (2016: Datuk Amar Douglas Uggah Embas (BN-PBB) Maj: 4,599)
    (Kini: GPS-PBB)

    N38: KALAKA (8,052)
    1. Linang Chapum (PBK)
    2. Mohamad Duri (GPS-PBB)
    3. John Antau Linggang (PSB)
    (2016: Datuk Abdul Wahab Aziz (BN-PBB) Maj: 2,835)
    (Kini: GPS-PBB)

    N39: KRIAN (13,074)
    1. Musa Dinggat (PSB)
    2. Danny Kuan (PBK)
    3. Friday Belik (GPS-PDP)
    4. Datuk Ali Biju (Bebas)
    (2016: Datuk Ali Biju (PKR) Maj: 1,640)
    (Kini: Bersatu)

    N40: KABONG (10,111)
    1. Andri Zulkarnaen Hamden (Amanah)
    1. Mohd Chee Kadir (GPS-PBB)
    2. Wan Mohamad Madehi Wan Ali (PSB)
    3. Mohamad Asri Kassim (PBK)
    (2016: Mohd Chee Kadir (BN-PBB) Maj: 3,585)
    (Kini: GPS-PBB)

    N41: KUALA RAJANG (11,428)
    1. Abang Aditajaya Abang Alwi (Bebas)
    2. Datuk Talif @ Len Salleh (GPS-PBB)
    3. Wong Ling Ching (PBK)
    4. Abd Mutalip Abdullah (Bebas)
    (2016: Datuk Talif@Len Salleh (BN-PBB) Maj: 5,586)
    (Kini: GPS-PBB)

    N42: SEMOP (10,297)
    1. Jenny Wong Khing Ling (PBK)
    2. Abdul Raafidin Majidi (PSB)
    3. Mohamad Fadillah Sabali (Amanah)
    4. Mohd Adenan Zulkepli (Bebas)
    5. Datuk Abdullah Saidol (GPS-PBB)
    (2016: Datuk Abdullah Saidol (BN-PBB) Maj: 4,412)
    (Kini: GPS-PBB)

    N43: DARO (9,195)
    1. Safiee Ahmad (GPS-PBB)
    2. Jamaludin Ibrahim (Bebas)
    3. Ting Ing Hua (PBK)
    (2016: Shafiee Ahmad (BN-PBB) Maj: 4,432)(Kini: GPS-PBB)

    N44: JEMORENG (9,963)
    1. Datuk Dr Juanda Jaya (GPS-PBB)
    2. Osman Rafaie (Bebas)
    3. Zainab Suhaili (Amanah)
    (2016: Datuk Dr Juanda Jaya (BN-PBB) Maj: 3,789)
    (Kini: GPS-PBB)

    N45: REPOK (23,541)
    1. Wong Kung King (PBK)
    2. Datuk Seri Dr Huang Tiong Sii (GPS-SUPP)
    3. Wong Chin King (Aspirasi)
    4. Philip Wong Pak Min (DAP)
    (2016: Datuk Seri Dr Huang Tiong Sii : BN-SUPP: Maj: 943)
    (Kini: GPS-SUPP)

    N46: MERADONG (18,156)
    1. Datuk Ding Kuong Hiing (GPS-SUPP)
    2. Hii Ru Yee (PSB)
    3. Yong Siew Wei (DAP)
    4. Moh Hiong King (PBK)
    (2016: Datuk Ding Kuong Hiing (BN-SUPP Maj: 1,516)
    (Kini: GPS-SUPP)

    N47: PAKAN (11,154)
    1. Jamal Abdullah @ Tedong Gunda (Bebas)
    2. Brawi Anguong (Bebas)
    3. Tan Sri William Mawan Ikom (GPS-PBB)
    4. Hereward Gramong Joseph Allen (PSB)
    5. Jemeli Kerah (PBK)
    (2016: Tan Sri William Mawan Ikom (BN-Calon Langsung) Maj: 426)
    (Kini: GPS-PBB)

    N48: MELUAN (14,671)
    1. Abdul Hamid @ Abdul Razak Siong (PBK)
    2. Rolland Duat Jubin (GPS-PDP)
    3. Elly Lawai Ngalai (PSB)
    (2016: Rolland Duat Jubin: BN-SPDP: Maj: 677)
    (Kini: GPS-PDP)

    N49: NGEMAH (9,853)
    1. Anyi Jana (GPS-PRS)
    2. Dr Joseph Jawa Kendawang (PSB)
    3. Satu Anchom (PKR)
    4. Charlie Genam (PBK)
    5. Leo Bunsu (PBDSB)
    (2016: Alexander Vincent (BN-PRS) Maj: 154)
    (Kini: GPS-PRS)

    N50: MACHAN (11,763)
    1. Allan Siden Gramong (GPS-PBB)
    2. Mary Rita Mathias (PBK)
    3. Madang Dimbab (PSB)
    4. Mohd Fauzi Abdullah @ Joseph Usit (PKR)
    5. Ngelayang Unau (Aspirasi)
    (2016: Allan Siden Gramong (BN-PBB) Maj: 2,952)
    (Kini: GPS-PBB)

    N51: BUKIT ASSEK (27,636)
    1. Lau Kiu Ming (Aspirasi)
    2. Chieng Jin Ek (GPS-SUPP)
    3. Irene Mary Chang Oi Ling (DAP)
    4. Ting Kee Nguan (PSB)
    5. Priscilla Lau (PBK)
    6. Hii Tiong Huat (Bebas)
    (2016: Irene Mary Chang Oi Ling (DAP) Maj: 4,497)

    N52: DUDONG (34,955)
    1. Wong Hie Ping (PSB)
    2. Jane Lau Sing Yee (PBK)
    3. Fadhil Mohamad Isa (Bebas)
    4. Julius Enchana Jaspher Ancho (PBDSB)
    5. Paul Ling Fong (DAP)
    6. Josephine Lau Kiew Peng (Aspirasi)
    7. Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-PDP)
    8. Engga Unchat (Bebas)
    (2016: Datuk Tiong Thai King (BN-SUPP) Maj: 2,146)
    (Kini: PSB)

    N53: BAWANG ASSAN (19,650)
    1. Robert Lau Hui Yew (GPS-SUPP
    2. Michelle Ling Shyan Mih (PBK)
    3. Datuk Seri Wong Soon Koh (PSB)
    4. Amy Lau Bik Yieng (DAP)
    5. Ricky Enteri (Bebas)
    (2016: Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-Calon Langsung) Maj: 4,131)
    (Kini: PSB)

    N54: PELAWAN (34,466)
    1. Tiew Yen Houng (PBK)
    2. Wong Kee Woan (DAP)
    3. Michael Tiang Ming Tee (GPS-SUPP)
    4. Loh Wui Ping (Aspirasi)
    5. Low Chong Nguan (PSB)
    (2016: Wong Kee Woan (DAP) Maj: 4,314)

    N55: NANGKA (23,092)
    1. Dr Annuar Rapa'ee (GPS-PBB)
    2. Olivia Lim Wen Sia (PBK)
    3. Intanurazean Wan Sapuan Daud (PSB)
    (2016: Dr Annuar Rapa'ee (BN-PBB) Maj: 7,617)
    (Kini: GPS-PBB)

    N56: DALAT (12,503)
    1. Datuk Seri Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming (GPS-PBB)
    2. Salleh Mahali (PBK)
    (2016: Datuk Seri Fatimah Abdullah @Ting Sai Ming (BN-PBB) Maj: 6,330)
    (Kini: GPS-PBB)

    N57: TELLIAN (10,059)
    1. Mohd Arwin Lim Abdullah (PKR)
    2. Zainuddin Budug (PBK)
    3. Royston Valentine (GPS-PBB)
    4. Sait Junaidi (PSB)
    (2016: Yussibnosh Balo (BN-PBB)

    Maj: 4,421)
    (Kini: GPS-PBB)

    N58: BALINGIAN (8,704)
    1. Abdul Jalil Bujang (PKR)
    2. Yusuf Abdul Rahman (PSB)
    3. Abdul Yaakub Arbi (GPS-PBB)
    (2016: Abdul Yakub Arbi (BN-PBB) Maj: 2,964)
    (Kini: GPS-PBB)

    N59: TAMIN (16,681)
    1. Datuk Joseph Entulu Belaun (PSB)
    2. Christopher Gira @ Gira Sambang (GPS-PRS)
    (2016: Christopher Gira @ Gira Sambang (BN-PRS) Maj: 2,085)
    (Kini: GPS-PRS)

    N60: KAKUS (14,416)
    1. Joshua Jabing @ Joshua Jabeng (PKR)
    2. Ugik Selipeh (Bebas)
    3. Datuk John Sikie Tayai (GPS-PRS)
    4. Philip Kelanang Diung (PBK)
    5. Peter Tuan (PSB)
    6. Tiun Kanun (Bebas)
    (2016: Datuk John Sikie Tayai (BN-PRS) Maj: 5,211)
    (Kini: GPS-PRS)

    N61: PELAGUS (7,894)
    1.Solomon Kumbong (DAP)
    2. Moses Ripai (PBDSB)
    3. Datuk Kristoffer Nyuak Bajok (PSB)
    4. Wilson Nyabong Ijang (GPS-PRS)
    5. Nyambong Sibat (PBK)
    (2016: Wilson Nyabong Ijang (BN-PRS) Maj: 3,284)
    (Kini: GPS-PRS)

    N62: KATIBAS (10,530)
    1.Sai Malaka (PBDSB)
    2. Lidam Assan (GPS-PBB)
    3. Yunus Basri (PBK)
    4. Munan Laja (PKR)
    5. Robertson Mawa Luat (PSB)
    6. Tengku Gruna (Bebas)


    (2016: Datuk Ambrose Blikau Enturan (BN-PBB) Maj: 3,053)
    (Kini: GPS-PBB)

    N63: BUKIT GORAM (12,150)
    1. Jefferson Jamit Unyat (GPS-PBB)
    2. Puso Bujang (PBK)
    3. Robert Saweng (PBDSB)
    4. Robert Segie (PSB)
    5. Joseph Jinggut (DAP)
    (2016: Jefferson Jamit Unyat (BN-PBB) Maj: 2,586)
    (Kini: GPS-PBB)

    N64: BALEH (10,137)
    1. Nicholas Kudi Jantai Masing (GPS-PRS)
    2. Kenneth Usang George Lagong (DAP)
    3. Irwan Iskandar Sukarno Abdullah (PBK)
    4. Koh Kumbong (PSB)
    (2016: Tan Sri Dr James Jemut Masing (BN-PRS) Maj: 4,793)
    (Kini: GPS-PRS)

    N65: BELAGA (8,003)
    1. Datuk Liwan Lagang (GPS-PRS)
    2. Henry Usat Bit (PSB)
    3. John Bampa (PBK)
    4. Siki Balarik (Bebas)
    (2016: Datuk Liwan Lagang: BN-PRS: Maj: 3,686)
    (Kini: GPS-PRS)

    N66: MURUM (9,738)
    1. Kennedy Chukpai Ugon (GPS-PRS)
    2. Anie Amat (PKR)
    3. Kenneth Adan Silek (PBDSB)
    4. Stanley Ajang Batok (PSB)
    (2016: Kennedy Chukpai Ugon (BN-PRS) Maj: 2,200)
    (Kini: GPS-PRS)

    N67: JEPAK (14,643)
    1. Ani Kazan (Bebas)
    2. Stevenson Joseph Sumbang (PBK)
    3. Dr Raba'ah Tudin (PSB)
    4. Datuk Talib Zulpilip (GPS-PBB)
    (2016: Datuk Talib Zulpilip (BN-PBB) Maj: 4,201)
    (Kini: GPS-PBB)

    N68: TANJONG BATU (22,743)
    1. Tang Eng Hui (PSB)
    2. Pang Leong Ming (GPS-SUPP)
    3. Wong Hau Ming (Bebas)
    4. Yek Hock Siang (PBK)
    5. Tony Chiew (DAP)
    6. Chieng Lea Phing (Aspirasi)
    (2016: Chiew Chiu Sing (DAP) Maj: 2,548)
    (Kini: DAP)

    N69: KEMENA (14,252)
    1. Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom (GPS-PBB)
    2. Chelea Vanessa William (PBK)
    3. Dr Bernard Tahim Bael (PSB)
    4. Jame Stephen (Bebas)
    5. John Bryan (DAP)
    (2016: Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom (BN-PBB) Maj: 4,868)
    (Kini: GPS-PBB)

    N70: SAMALAJU (17,981)
    1. Baba Emperan (PBDSB)
    2. Tonny Ung (DAP)
    3. Reggie Suel (PSB)
    4. Leighton Manjah (PBK)
    5. Datuk Majang Renggi (GPS-PRS)
    (2016: Datuk Majang Renggi (BN-PRS) Maj: 2,464)
    (Kini: GPS-PRS)

    N71: BEKENU (12,674)
    1. Datuk Rosey Yunus (GPS-PBB)
    2. Norhafizah Mohammad Joharie (PKR)
    3. Abu Bakar Amit (PSB)
    4. Desmond Gani Pengiran (PBK)
    (2016: Datuk Rosey

    Yunus (BN-Calon Langsung) Maj: 4,789)
    (Kini/Now GPS-PBB)

    N72: LAMBIR (19,907)
    1. Zolhaidah Suboh (PKR)
    2. Dyanne Oshield Nickson (PBK)
    3. Ripin Lamat (GPS-PBB)
    4. Lila Mohamad (PSB)
    (2016: Ripin Lamat (BN-PBB) Maj: 4,907)
    (Kini: GPS-PBB)

    N73: PIASAU (21,377)
    1. Teo Jia Jun (PSB)
    2. Hanim Jaraee (Aspirasi)
    3. Chung Siew Yen (PBK)
    4. Datuk Sebastian Ting Chiew Yew (GPS-SUPP)
    5. Peter Hee Leh Keng (DAP)
    (2016: Datuk Sebastian Ting Chiew Yew (BN-SUPP) Maj: 2,112)
    (Kini: GPS-SUPP)

    N74: PUJUT (27,567)
    1. Adam Yii Siew Sang (GPS-SUPP)
    2. Bruce Chai Khim Cheong (PSB)
    3. Leslie Ting Siong Ngiap (PBK)
    4. Chin Fen Siong (Aspirasi)
    5. Alan Ling Sie Kiong (DAP)
    (2016: Ting Tiong Choon (DAP) Maj: 1,759)

    N75: SENADIN (34,117)
    1. Datuk Seri Lee Kim Shin (GPS-SUPP)
    2. Marcus Hugo (DAP)
    3. Bobby William (PBDSB)
    4. Ngieng Sheng Chung (PBK)
    5. Lee Tze Ha (PSB)
    (2016: Datuk Seri Lee Kim Shin (BN-SUPP) Maj: 3,538)
    (Kini: GPS-SUPP)

    N76: MARUDI (16,478)
    1. Elias Lipi Mat (PKR)
    2. Sawing Kedit (PBDSB)
    3. Gilbert Young (PBK)
    4. Datuk Sylvester Entri Muran (PSB)
    5. Datuk Dr Penguang Manggil (GPS-PDP)
    (2016: Datuk Dr Penguang Manggil (BN-SPDP) Maj: 1,387)
    (Kini: GPS-PDP)

    N77: TELANG USAN (11,465)
    1. Dennis Ngau (GPS-PBB)
    2. Gia Bala (PBK)
    3. Philip Jau Ding (PKR)
    4. Jau Jok @ Jenggo (PSB)
    (2016: Dennis Ngau (BN-PBB) Maj: 167)
    (Kini: GPS-PBB)

    N78: MULU (9,572)
    1. Datuk Gerawat Gala (GPS-PBB)
    2. Roland Engan (PKR)
    3. Richard Ibuh (PBK)
    4. Prof Dr Son Radu (PSB)
    (2016: Datuk Gerawat Gala (BN-Calon Langsung) Maj: 1,708)
    (Kini: GPS-PBB)

    N79: BUKIT KOTA (16,975)
    1. Datuk Dr Abdul Rahman Ismail (GPS-PBB)
    2. Lim Lian Hun (PBK)
    3. Rosli Amat (PSB)
    4. Herun Bungsu (Bebas)
    (2016: Datuk Dr Abdul Rahman Ismail: BN-PBB (menang tanpa bertanding)
    (Kini: GPS-PBB)

    N80: BATU DANAU (9,375)
    1. Palu @ Paulus Palu Gumbang (GPS-PBB)
    2. Petrus Bulan (PBK)
    3. Ali Adap (PSB)
    4. Racha Balang (PKR)
    (2016: Palu @ Paulus Gumbang (BN-Calon Langsung) Maj: 2,939)
    (Kini: GPS-PBB)

    N81: BA'KELALAN (8,503)
    1. Agnes Padan (Bebas)
    2. Sam Laya (GPS-PDP)
    3. Pita Asut @ Peter Asut (PBK)
    4. Martin Samuel Labo (PKR)
    5. Baru Bian (PSB)
    (2016: Baru Bian (PKR) Maj: 538)
    (Kini: PSB)

    N82: BUKIT SARI (13,054)
    1. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (GPS-PBB)
    2. Riyah Basrah (PBK)
    2. Alias Mail (PSB)
    (2016: Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB) menang tanpa bertanding)
    (Kini: GPS-PBB)

    SUMBER: Bernama

     

     

    Final Piala Malaysia 2021 KL juara

    by

     

    Kuala Lumpur City (KL City) FC menyempurnakan 'kisah dongeng' mereka apabila mengejutkan juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-0 untuk merangkul Piala Malaysia ke-100 tahun pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil.

    Kemenangan itu membolehkan skuad 'Warga Kota' mengucapkan selamat tinggal kepada penantian 32 tahun untuk memenangi piala keagungan itu yang juga gelaran keempat mereka selepas kali terakhir memenanginya pada 1989.

    Lebih manis, bukan setakat mengesahkan kejuaraan tanpa sebarang kekalahan dalam kempen Piala Malaysia malah mereka juga meraih tiket ke Piala AFC musim depan.

    Keputusan itu turut menyaksikan JDT meneruskan 'badi' selaku juara bertahan Piala Malaysia apabila Pahang muncul juara bertahan terakhir yang berjaya mengekalkan trofi terbabit pada 2014.

    Pada aksi terbabit, Bergson da Silva jelas membuatkan KL City tidak 'senang duduk' kerana sesuatu dirasakan mampu tercetus setiap kali pemain itu memegang bola dan berada dalam kotak penalti.

    Hanya dalam 10 minit pertama, pemain dari Brazil itu berpeluang membuka jaringan namun gerakannya ditutup Giancarlo Gallifuoco pada minit ketiga sebelum rembatannya dinafikan palang gol pada minit kelapan.

    Ketangkasan Kevin Mendoza pada babak pertama pasti mengecewakan JDT selepas penjaga gol dari Filipina itu cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya daripada JDT.

    Bersambung babak kedua, KL City tidak lagi membenarkan JDT 'menari-nari' dengan bola apabila perlawanan kembali seimbang dan mereka berhasil merencana beberapa gerakan menerusi bahagian sayap.

    Ketabahan KL City yang lebih banyak menyerap asakan akhirnya terbalas apabila hantaran lintang J Partiban disudahkan dengan penuh ketenangan oleh Zhafri Yahya pada minit ke-65 untuk gol pembukaan buat KL City.

    Impian barisan pemain Harimau Selatan untuk kembali dari permainan ranap apabila Farizal Marlias sekali lagi tertewas pada minit ke-74, kali ini menerusi jaringan voli kapten KL City FC, Paulo Josue.

    Mendoza juga memastikan malam KL City terus bergaya apabila beraksi seperti 'super hero' pada babak kedua untuk memastikan JDT pulang tanpa sebarang gol.

    Sumber : Berita Harian

     

     

    Fasa peralihan ke endemik ditangguh seketika

    by

     

    Kerajaan memutuskan untuk memperhalusi semula langkah bagi mengumumkan fasa 'Peralihan ke Endemik' sehingga mendapat maklumat lanjut berhubung varian baharu COVID-19, Omicron.

    Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata walaupun belum ada kes membabitkan varian Omicron di Malaysia, tindakan berhati-hati perlu dilaksanakan berikutan varian itu dilaporkan sangat pantas dan mudah berjangkit.

    "Sebelum ini, kita memutuskan kemungkinan mengumumkan fasa 'Peralihan ke Endemik' namun dihentikan seketika untuk melihat perkembangan varian Omicron yang menular ke seluruh dunia.

    "Kita bimbang semua yang dirancang dan yang diumumkan dalam masa terdekat seperti kelonggaran, prosedur operasi standard (SOP) dan tujuh asas menuju fasa endemik mungkin terjejas jika kita tidak memantau varian ini secara dekat dan menanganinya," katanya.

    Beliau yang juga Pengerusi Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19, berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Parlimen, hari ini.

    Pada 16 November lalu, Hishammuddin memaklumkan tujuh asas yang perlu dipenuhi dalam pendekatan menyeluruh yang diambil kerajaan sebagai persediaan memasuki fasa endemik.

    Ia merangkumi SOP dan sembilan garis panduan; Sistem Amaran dan Tindakan (HAS) dan Strategi Ujian Kebangsaan; Test, Report, Isolate, Inform, Seek (TRISS); Automated Find, Test, Trace, Isolate, Support (FTTIS); pembukaan sempadan negara secara berperingkat dan mencari duta pemerkasaan komuniti.

    Hishammuddin berkata, kawalan sempadan antarabangsa akan diperketat ke atas negara yang melaporkan penyebaran varian Omicron.

    Katanya, mandat diberi kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menentukan tindakan selanjutnya berhubung keluar masuk sempadan serta SOP yang akan diumumkan.

    Beliau berkata, mesyuarat kuartet turut mengambil maklum mengenai destinasi lain yang berpotensi bagi Laluan Perjalanan Lengkap (VTL) seperti Singapura ke Pulau Pinang, Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu.

    "Bagaimanapun, kerajaan tidak akan membuat keputusan sehingga mengetahui kesan sebenar varian Omicron.

    "Saya sudah minta semua pihak untuk terus memikirkan dan berbincang dengan pihak yang berkenaan.

    "Saya harap semua pihak sentiasa berwaspada dan jangan mengambil risiko ketika kita memantau varian yang menular ini," katanya.

    Mengenai permintaan pemimpin negara Afrika supaya rakyat mereka tidak dihalang masuk ke negara lain susulan penularan Omicron di negara itu, Hishammuddin berkata, pendirian Malaysia sama seperti beberapa negara lain iaitu bersandarkan risiko keselamatan dan bukan geopolitik atau hubungan dua hala.

    "Saya percaya negara Afrika faham yang ia bukan mengenai isu diplomasi dan geopolitik tetapi kesihatan. Kita tidak akan menjejaskan tindakan yang kita lakukan selama setahun setengah dengan tindakan tidak bertanggungjawab," katanya.

    Sumber : Berita Harian

     

     

     

     

    Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Belia dan Sukan S41

    by

     


    Pakej rujukan ini khusus untuk persediaan peperiksaan PEGAWAI BELIA & SUKAN S41 untuk sesi peperiksaan 2 DISEMBER 2021

    Ianya bukan soalan bocor atau soalan ramalan. Ianya lebih daripada itu. Soalan bocor ke ramalan tu bukan tahap orang yang nak bekerja di sektor awam. Lebih-lebih lagi untuk jawatan PEGAWAI BELIA & SUKAN S41 ini. Tinggalkan mereka yang masih ada mentaliti ini. Kita nak masuk zaman pekerjaan. Kalau minda tu masih ada di kepala anda, ertinya anda masih belum cukup layak untuk masuk ke zaman kerjaya kerajaan tahun 2021 ini.

    Apa yang anda perlukan adalah nota dan contoh yang betul untuk melakukan persediaan. Kita nak bersaing dengan ribuan calon yang lain. Biar mereka semua tu cari soalan ramalan/bocor
    (ada ke?) Tapi anda fokus kepada persediaan untuk jawat jawatan PEGAWAI BELIA & SUKAN S41 ini.

    Tim Infokerjaya susun nota dan rujukan yang akan bantu anda tahun ini. Rujukan ini telah berjaya bantu calon-calon sejak tahun 2009 hingga sesi exam PALING LATEST SPA pada November 2021 lalu. 

    Dapatkan di : https://go.semakan.info/penolongbelia/28

     

     

     

    Kit ujian kendiri kini RM4.90 seunit

    by

     

    Kit ujian pantas (RTK) antigen menggunakan sampel air liur kini dijual pada harga lebih rendah, iaitu RM4.90 tanpa menjejaskan aspek kualiti peranti berkenaan.

    Penurunan harga sebanyak 87.7 peratus sejak kit berkenaan pertama kali dijual di pasaran bagi kegunaan orang ramai disifatkan selari usaha kerajaan bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan komuniti.

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, ketika mengumumkan perkara itu berkata kit ujian kendiri COVID-19 sudah menjadi keperluan seisi rumah, memandangkan kadar penularan pandemik masih tinggi di Malaysia.

    Susulan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi, pekerjaan, sekolah dan institusi pengajian, beliau mengakui bahawa keperluan untuk membuat ujian kendiri menjadi lebih mendesak serta perlu dilakukan dengan kerap.

    "Kementerian sentiasa mendengar keluhan rakyat yang terkesan akibat penjualan kit ini pada harga tinggi sebelum ini, justeru menerusi usaha bertali arus, kita berjaya menurunkan harga kit ujian kendiri daripada RM39.90 kepada harga siling RM19.90, di peringkat runcit.

    "Melalui perbincangan berterusan yang diadakan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Kesihatan (KKM), saya bersetuju harga kit ini perlu diturunkan lagi, tanpa berkompromi dengan kualiti kit ujian.

    "Semestinya saya mahu kit ini dapat dibeli dengan harga mampu milik supaya semua rakyat dapat melakukan sendiri ujian secara kerap dan antara strategi yang dilaksanakan adalah dengan memberikan kebenaran kepada lebih banyak premis seperti di pasar raya dan kedai rangkaian.

    "Setakat ini, KPDNHEP sudah memberikan kebenaran kepada 7,302 premis di seluruh negara untuk menjual kit ujian kendiri ini yang diberikan kebenaran oleh KKM dan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Terdahulu, Alexander menyumbangkan 2,000 naskah akhbar BH kepada rangkaian pasar raya, 99 Speedmart untuk diedarkan kepada pengunjung dan pelanggan, sempena pembukaan cawangan kedai berkenaan yang ke-2,000 di Puncak Sentul, di sini.

    Alexander berkata, keputusan memperluaskan penjualan kit ujian kendiri kepada rangkaian sektor peruncitan di negara ini menyaksikan harga peranti berkenaan berupaya diturunkan sehingga mencecah paras RM6.90 sebelum ini.

    "Tetapi hari ini, saya amat gembira melihat inisiatif yang diambil oleh 99 Speedmart yang sudah mula menjual kit ini pada harga RM4.90 seunit.

    "Kerjasama dari peniaga seperti ini amat kami hargai, bagi kita sama-sama membantu meringankan beban rakyat, terutama dalam usaha kita mengawal dan menurunkan jumlah kes COVID-19 di Malaysia.

    "Saya berharap lebih banyak premis akan mengambil langkah yang sama dalam waktu terdekat," katanya.

    - Berita Harian

     

     

    TFC hanya mampu seri dengan JDT

    by

     

    Terengganu FC (TFC) gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila hanya mampu seri 1-1 berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus.

    Keputusan itu sekali gus menyaksikan skuad Harimau Selatan membawa pulang bekalan satu gol berharga untuk menjadi pasukan pilihan mara ke final menjelang pusingan timbal balik, Jumaat ini.

    Dalam perlawanan di hadapan kira-kira 20,000 penonton itu, skuad Nafuzi Zain terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Jordan Mintah yang menanduk tepat umpanan Lee Tuck pada minit kelapan.

    Kelebihan itu bagaimanapun gagal digunakan TFC yang mula hilang punca sehingga menyaksikan sepakan Bergson Da Silva pada minit ke-11 hanya sipi terkena tiang, sebelum percubaan susulan Gonzalo Cabrera tersasar ke sebelah tepi gawang.

    JDT terus mengasak hebat kubu tuan rumah selepas itu, namun penjaga gol TFC, Mohd Suhaimi Husin tetap unggul termasuk berjaya menepis rembatan padu Arif Aiman Hanapi pada minit ke-26.

    Peluang terbaik pelawat menjelma pada minit ke-41, namun peluang satu lawan satu gagal disudahkan Bergson untuk mengekalkan kedudukan 1-0 ke bilik persalinan.

    Lima minit bersambung babak kedua, skuad Harimau Selatan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan 1-1 melalui Bergson yang bijak menghukum kesilapan tuan rumah apabila mudah menewaskan Mohd Suhaimi.

    TFC yang tenggelam dalam pertarungan pertama ini cuba melancarkan serangan balas untuk bangkit, namun tandukan Mintah pada minit ke-63 terlalu lemah untuk membolosi gawang bimbingan Benjamin Mora.

    Kedudukan kekal 1-1 sehinggalah wisel penamat dibunyikan pengadil.

    Sumber : Berita Harian

     

     

     

    KL City, Melaka United terikat di Cheras

    by

     

    Melaka United FC meraih bekalan tipis selepas terikat 1-1 dengan KL City dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras di sini, sebentar tadi.

    Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu tidak menunggu lama untuk berada di depan selepas sepakan percuma Adriano Narcizo berjaya menewaskan penjaga gol KL City, Kevin Mendoza pada minit kelapan.

    KL City bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Zhafri Yahya yang menanduk masuk bola hantara kapten, Paulo Josue pada minit ke-26.

    Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan terutama di babak kedua, namun tiada sebarang jaringan dapat dihasilkan hingga tamat permainan.

    Keputusan itu menyaksikan Melaka United yang mengimpikan pentas akhir pertama dalam Piala Malaysia hanya memerlukan keputusan seri tanpa jaringan pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Hang Jebat, Jumaat ini selepas mendapat kelebihan satu gol tempat lawan.

    Sumber : Berita Harian

     

    Pas Keluarga Malaysia hanya RM15 sehari tanpa had

    by
    Pas Keluarga Malaysia

     Pengenalan Pas Keluarga Malaysia oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) diharap dapat menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam untuk beriadah dan mengunjungi lokasi tarikan di Lembah Klang.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pas itu membolehkan seramai empat orang dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari tanpa had pada Sabtu, Ahad dan cuti umum dengan harga cuma RM15.

    Beliau berkata, perjalanan membabitkan pengangkutan awam termasuk LRT (Transit Aliran Ringan), MRT (Transit Aliran Massa) dan monorel kendalian Rapid KL dan BRT (Transit Aliran Bas).

    "Ini bermakna setiap seorang dalam kumpulan ini hanya membayar RM3.75 untuk menggunakan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan BRT di bawah kendalian Rapid KL sepanjang hari.

    "Inisiatif ini bertujuan menggalakkan keluarga Malaysia beriadah, bersiar-siar dan menghabiskan masa berkualiti dengan orang tersayang sambil mengunjungi pusat beli belah atau tempat menarik yang terdapat di sekitar jaringan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Selangor," katanya ketika melancarkan pas perjalanan tersebut di sini hari ini.

    Turut hadir, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim dan Pengerusi Prasarana Tan Sri Jamaludin Ibrahim.

    Ismail Sabri juga berkata, kemudahan pengangkutan awam yang efisien dan ketersambungan adalah penting bagi mobilasi Keluarga Malaysia. 

    "Pengangkutan awam juga tidak terkecuali dalam memainkan peranan penting dalam menjayakan Keluarga Malaysia kerana selain menjadi alat penyatuan bangsa, ia juga menjana pertumbuhan ekonomi negara," katanya.

    Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengumumkan Pakej Transit untuk Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana mulai Mac tahun depan yang dilaksanakan anak syarikat Prasarana iaitu Prasarana Integrated Development Sdn Bhd ( PRIDE) yang membolehkan peniaga berniaga di sekitar lapan stesen LRT Laluan Kelana Jaya.

    Stesen tersebut adalah Subang Alam, Alam Sutera, Putra Height, Taman Perindustrian Puchong, Awan Besar, IOI Puchong Jaya, Plaza Rakyat dan SS18.

    "Menerusi pakej ini, sejumlah 20 lot perniagaan, bersaiz 80 hingga 400 kaki persegi di beberapa laluan akan ditawarkan kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana secara cabutan lot, " katanya.

    Ismail Sabri berkata, pemohon yang berjaya akan menikmati struktur sewaan istimewa selama setahun termasuk pengecualian sewa selama tiga bulan yang perinciannya akan dihebahkan oleh PRIDE dalam masa terdekat.

    "Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menggalakkan pengusaha industri kecil dan sederhana untuk mengambil bahagian dan memperkasakan ekonomi setempat agar dapat melimpahkan kesejahteraan dan manfaat kepada seluruh Keluarga Malaysia," katanya.

    Perdana Menteri turut memuji inisiatif dilaksanakan Prasarana sejak COVID-19 dengan melaksanakan beberapa inisiatif bagi membantu usahawan kecil meningkatkan hasil jualan perniagaan.

    Antaranya dengan menggunakan platform media sosial kendalian mereka bagi mempromosikan produk peniaga berasaskan makanan di sepanjang laluan pengangkutan kendalian Rapid KL termasuk di hab-hab bas.

    "Terima kasih saya ucapkan kepada Prasarana atas tanggungjawab sosial korporat yang telah diberikan bagi membantu para peniaga menjana semula ekonomi mereka yang terkesan akibat pandemik," katanya.

    Ismail Sabri turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab yang terbaik serta menjaga kebajikan rakyat di bawah konsep Keluarga Malaysia. 

    Sumber : BERNAMA

     

     

     

     

     

     



    Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

    Top Ad 728x90