Top Ad 728x90

Muhammad Afwa lengkapkan Siti Aafiyah

by

 

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memilih nama Muhammad Afwa untuk nama anak keduanya.

Perkara berkenaan dikongsikan Siti, 42, menerusi Instagram sebentar tadi sambil memuat naik beberapa keping foto gambar bayi lelaki tersebut.

“Hari ini 26 April 2021 bersamaan dengan 14 Ramadan 1442 Hijrah, anakanda saya genap berusia tujuh hari.

“Sunat menamakan anak yang baru lahir dengan nama elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di akhirat kelak.

“Alhamdulillah, hari ini suami dan saya ingin berkongsi wajah dan nama anakanda kedua kami. Kami menamakan anakanda Muhammad Afwa yang membawa makna keampunan dan kemaafan,” tulisnya.

Jelas Siti, pemilihan nama Afwa adalah kerana bayi tersebut dilahirkan pada bulan Ramadan yang merupakan bulan keampunan dan dalam doa malam Lailatuq Qadar juga ada menyebut afwa.

“Afwa melengkapnya aafiyah dan terdapat dalam doa yang saya dan suami pilih iaitu doa lengkap aafiyah.

“Semoga anakanda Muhammad Afwa sentiasa dalam keampunan dan kemaafan Allah SWT dan kita semua juga dalam lindungan-Nya,” katanya lagi.

Pada masa sama, pelantun lagu Siapa Tak Mahu itu berkata, beliau akan meluncurkan sebuah video muzik rasmi lagu Anakanda yang ditujukan khas buat anaknya itu dalam saluran YouTube miliknya sebentar lagi tepat pukul 9 malam.

Terdahulu, Siti selamat melahirkan bayi keduanya di sebuah pusat perubatan di Selangor dengan berat 3.84 kilogram pada 19 April lalu pukul 6.21 pagi secara pembedahan. 

Sumber : Kosmo!

Contoh Soalan Exam Online Juruaudit W41

by



Format peperiksaan akan melibatkan 2 seksyen berasingan iaitu:-

  • Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris

Seksyen A Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B akan melibatkan pengiraan dan penyelesaian masalah matematik. Anda dinilai berdasarkan 3 kemahiran iaitu logik, interpretasi data dan konsep matematik.

Dalam seksyen ini, setiap soalan memiliki tahap kesukaran berbeza-beza. Ada soalan mudah dan boleh dijawab dengan pantas. Ada yang perlukan masa berfikir.

Kebanyakan calon mengeluh tidak cukup masa bila berhadapan seksyen ini. Namun, itulah penilaiannya. Anda perlu menjawab soalan dengan cepat dan tepat.

Kita lihat pecahan soalan berdasarkan 3 kemahiran matematik yang mesti dikuasai sebelum menduduki peperiksaan.

(i) Kemahiran Logik

Anda perlu menggunakan kepintaran dalam memerhati dan berfikir untuk menjawab soalan bahagian ini.

Soalan biasanya mengandungi gambarajah atau penyelesaian masalah. Aplikasikan maklumat yang diberi dalam soalan dan pilih jawapan yang tepat.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Anda akan diberikan data seperti graf atau jadual, kemudian soalan akan memerlukan analisis untuk mendapat jawapan. Anda perlu mengira, mencongak dan membuat unjuran data yang diberi.

(iii) Konsep Matematik

Soalan-soalan di bahagian ini lebih kepada asas matematik dan logik yang mencakupi silibus PMR/PT3 sehingga SPM. Anda perlu fahami beberapa konsep dan juga istilah matematik seperti pecahan, peratus, jarak dan masa, pertukaran unit dan banyak lagi.

Seksyen B Kefahaman Bahasa Inggeris

Kefahaman dalam Bahasa Inggeris akan diuji dalam seksyen ini. Anda akan diuji dalam pecahan berikut:

  • Pengertian dan Kefahaman Esei Bahasa Inggeris
  • Tatabahasa (Grammar) Bahasa Inggeris

Anda akan diberikan sebuah petikan esei Bahasa Inggeris, soalan kefahaman beserta pilihan jawapan. Petikan mungkin pendek atau panjang dan bilangan soalan antara 5-10 soalan untuk menguji kefahaman anda tentang petikan tersebut.

Anda juga akan diuji penggunaan tatabahasa seperti Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan lain-lain.
 
Untuk mudahkan anda membuat ulangkaji peperiksaan dengan pantas menggunakan sumber rujukan lengkap, pihak Infokerjaya akan mengeluarkan sebuah rujukan khas untuk peperiksaan ini.
 
Jika anda ingin mendapatkan Nota dan Contoh Soalan Exam Juruaudit Gred W41, sila ke: https://go.semakan.info/juruaudit-w41/28 
 
 
 

 

Serpihan dan barangan kapal selam KRI Nanggala 402 ditemui di lokasi pencarian

by

 

Kapal Selam milik Indonesia, KRI Nanggala 402 dipercayai kini dalam fasa tenggelam susulan penemuan beberapa barangan dipercayai daripada kapal selam itu termasuk kesan tumpahan minyak.

Menurut Panglima Tentera Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto, ia ditemui di permukaan sekitar kawasan pencarian.
 
"Pagi tadi, merupakan tempoh terakhir bekalan oksigen di Nanggala selama 72 jam.
 
"Angkatan Laut (AL) TNI menemukan tumpahan minyak dan serpihan sebagai bukti kukuh menunjukkan KRI Nanggala dalam fasa tenggelam," jelasnya dalam sidang media di Bali pada Sabtu.
 
Sementara itu, Panglima Angkatan Laut TNI, Laksamana Yudo Margono memaklumkan serpihan-serpihan yang ditemukan terapung di perairan Bali itu diyakini dari komponen kapal selam buatan Jerman itu.
 
Antara yang ditemukan, pelurus tabung peluru torpedo, paip pendingin serta botol berwarna oren mengandungi minyak pelincir kapal selam terbabit.
 
"Ditemukan beberapa kepingan dan barang di sekitar lokasi terakhir kapal menyelam yang diyakini bagian komponen kapal selam.
 
"Ini (serpihan) ini tidak akan terapung jika tiada tekanan atau keretakan pada kapal selam itu," katanya.
Tambahnya, tiada kapal lain berada di sekitar 10 batu nautika di kawasan pencarian selain Nanggala kata Yudo.
 
KRI Nanggala hilang pada Rabu lalu ketika latihan menembak torpedo.
 
Beberapa negara termasuk Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat turut menyalurkan bantuan dalam operasi mengesan kapal selam terbabit.
 
Sumber : Astro Awani

Separuh pekerjaan di Malaysia bakal 'pupus'

by

 

Bank Dunia menjangkakan separuh daripada pekerjaan di Malaysia bakal digantikan dengan automasi dalam jangka masa panjang.

Ahli Ekonomi Kanan Bank Dunia, Achim Schmillen, berkata perubahan dalam sektor pekerjaan ketika ini tidak dapat dielakkan kerana digital dan automasi akan menjadi elemen penting dalam pekerjaan.

Ini kerana menerusi tinjauan yang dijalankan Bank Dunia ia memberikan gambaran sektor tenaga kerja berisiko tinggi untuk digantikan dengan automasi dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Malah, tegasnya, sudah terdapat teknologi yang membuktikan mampu menggantikan pekerjaan yang sebelum ini dilaksanakan oleh manusia.

"Namun, jika ditanya adakah ini bermaksud 50 peratus pekerjaan di Malaysia akan segera hilang dalam jangka masa pendek, jawapannya adalah mungkin tidak.

"Ini kerana, terdapat pelbagai faktor yang sekurang-kurangnya akan mengambil masa sederhana dan panjang untuk menuju ke arah perubahan teknologi.

"Kita mungkin mempunyai beberapa teknologi yang sudah tersedia di beberapa firma pekerjaan tetapi itu tidak bermaksud semua firma dapat menggunakan teknologi terbabit," katanya pada webinar Bank Dunia bertajuk 'Meningkat Daya Saing dan Mewujudkan Pekerjaan', semalam.

Antara pekerjaan yang berisiko tinggi untuk beralih kepada automasi sepenuhnya adalah akauntan, operator mesin dan perkilangan, juruteknik kejuruteraan elektronik, juruteknik penerbangan dan juruteknik kejuruteraan elektrik.

Schmillen berkata, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia juga dilihat tidak mampu melakukan peralihan itu dalam kadar segera dan ini akan melambatkan perubahan teknologi.

Katanya, perubahan ke arah automasi memerlukan kos yang tinggi dan hanya beberapa bidang pekerjaan yang mungkin dapat dilakukan oleh teknologi.

"Namun, masalah utama ketika ini adalah kos peralihan ke arah teknologi sangat tinggi dan lantaran itu kami tidak menjangkakan teknologi ini akan digunakan secara keseluruhan.

"Selain itu, terdapat juga rintangan dari segi perundangan, peraturan atau normatif yang menghalang pengambilalihan pekerjaan oleh teknologi," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata kebanyakan majikan kini meningkatkan keperluan untuk mendapatkan pekerja yang mempunyai kemahiran dalam digital.

Elemen lain yang perlu dipertingkatkan oleh pekerja adalah beberapa kemahiran lain seperti sosio-emosi, kemahiran berfikir kreatif selain mampu berdikari untuk melaksanakan pekerjaan.

Beliau berkata, modal insan menjadi elemen penting kepada Malaysia dalam pengekalan pekerjaan untuk generasi akan datang.

"Cabaran paling utama adalah bagaimana kita ingin memastikan generasi masa depan terpelihara dan tidak berdepan dengan kesukaran disebabkan peralihan teknologi ini.

"Jadi apakah faktor tepat modal insan bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan? Faktor asas yang ingin saya ketengahkan ini sangat penting dan harus menjadi perhatian utama pembuat dasar.

"Yang pertama adalah kualiti pendidikan. Malaysia telah membuat kemajuan besar dalam meningkatkan akses pendidikan sejak beberapa puluh tahun lalu.

"Namun pembelajaran tetap menjadi satu cabaran besar. Secara dasarnya pelajar Malaysia menghabiskan 12 tahun untuk pendidikan rendah dan menengah.

"Ia adalah tempoh yang tidak efektif kerana hanya sembilan tahun pembelajaran yang disifatkan benar-benar digunakan sepenuhnya manakala baki tiga tahun lagi tidak digunakan dengan produktif," katanya.

Sumber : Berita Harian

 

Tourism Malaysia lancar laman pelancongan digital

by

 

Tourism Malaysia melancarkan Brosur Digital Interaktif iaitu laman pelancongan digital sebagai penjenamaan semula risalah digital agensi itu menerusi pelayaran secara interaktif di ebrochures.malaysia.travel.

Sebagai permulaan lima risalah digital boleh dimuat naik iaitu Malaysia Travel Guide, Kuala Lumpur the Dazzling Capital City, Langkawi the Jewel of Kedah, Islands and Beaches dan Adventures with Nature.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata laman itu lebih mesra pengguna dan memudahkan orang ramai mengakses menerusi telefon bimbit, tablet atau komputer riba.

Katanya, kandungan risalah itu juga boleh dikongsi melalui pelbagai aplikasi media sosial lain seperti Facebook, Twitter, WhatsApp dan juga emel.

"Laman digital ini berbeza dengan penerbitan e-brosur format dokumen mudah alih (PDF) yang hanya boleh dimuat turun dan dicetak kerana menggabungkan pelbagai elemen multimedia seperti teks, audio, grafik, animasi serta video untuk penyampaian informasi lebih berkesan.

"Ia turut memanfaatkan pautan Google Maps untuk membantu pelancong serta pengusaha pelancongan merancang perjalanan, memilih penginapan sesuai serta mengetahui kemudahan yang ada di sekeliling seperti stesen minyak, restoran, parkir dan hospital," katanya dalam satu kenyataan.

Nancy berkata, laman itu menggunakan Google Analytics untuk penganalisisan data dan bersifat mesra Search Engine Optimization (SEO) bagi capaian lebih meluas.

Katanya, ia iuga direka khas dengan paparan lebih moden dan bergaya, serta boleh dikemas kini dengan serta-merta.

"Pelancaran Brosur Digital Interaktif ini selaras dengan usaha untuk mempergiat digitalisasi pelancongan bagi menyemarakkan semula industri pelancongan seperti digariskan menerusi Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030," katanya.

Justeru beliau menyeru orang ramai untuk memanfaatkan maklumat yang ada dalam laman interaktif itu serta mengambil peluang merancang percutian selamat bersama keluarga dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. 

Sumber : Berita Harian

 

Batu kecubung bernilai tinggi ditemukan di Jeli

by

 

Ketulan batu kecubung atau nama saintifiknya amethyst yang bernilai tinggi ditemukan di kawasan perlombongan di Jeli, Kelantan.

Ia ditemui penuntut Fakulti Sains Bumi (FSB) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bersama 36 mahasiswa jurusan Geologi dari universiti di Indonesia menerusi Program International Geomapping Jeli (IGJ) 2021.

Ketua Jabatan Geosains FSB, Dr Wani Sofia Udin, berkata peserta turut menemui ketulan batuan kuartza dan penemuan dragfold iaitu kesan geologikal struktur pada batuan yang amat jarang ditemui.

"Turut ditemui ialah batuan jenis pyrite dan batu gunung berapi di mana dengan penemuan berkenaan, pelajar dapat mengkaji morfologi dan mengemas kini peta geologi kawasan Jeli melalui aktiviti pemetaan yang dilakukan.

"Kajian ini memberi hasil yang penting kepada mahasiswa khususnya untuk memberi pendedahan terhadap pemetaan geologi serta mengaplikasikan di dalam kerja lapangan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penuntut diberi tugasan yang berkaitan subjek asas pemetaan untuk dipelajari dan hasil daripada ekspedisi kajian mengenai batuan itu mereka berjaya menemui beberapa mineral yang terbaharu dan sukar ditemukan

Katanya, seramai 48 penuntut Geosains UMK dan 36 mahasiswa jurusan Geologi dari universiti di Indonesia mengikuti program IGJ.

"Program anjuran Jabatan Geosains, FSB dengan kerjasama Pusat Antarabangsa UMK ini menerima penyertaan dari Institut Teknologi Bandung, Universitas Jambi, Universitas Tadulako, Universitas Padjadjaran, Universitas Hasanuddin dan Universitas Gadjah Mada.

"Peserta antarabangsa akan mengikuti kajian secara maya di mana penuntut UMK akan membuat panggilan video kepada mereka bagi menerangkan penemuan batuan hasil daripada kajian pemetaan di lapangan.

"Mereka akan ditempatkan di kawasan kajian sekitar Jeli iaitu Bukit Jeli, Bukit Salor, Kampung Lawar, Kampung Sungai Rual, Lata Chenai, Sungai Pergau, Sungai Renyok dan Sungai Tadah," katanya.

Sumber : Berita Harian

 

Dakwaan pengambilan 'sekutu' tak berasas - SPA

by

 

Tuduhan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengamalkan dasar pengambilan 'sekutu' dalam urusan pelantikan ialah tidak berasas.

Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman, menyifatkan tohmahan sedemikian berupaya mencetuskan kekeliruan dan bakal menjejaskan reputasi suruhanjaya berkenaan sebagai pihak berkuasa melantik yang bebas serta telus.

Beliau menegaskan bahawa SPA sentiasa mematuhi garis panduan membabitkan pendaftaran dan tapisan melalui peperiksaan secara dalam talian, selain pengendalian ujian fizikal atau penilaian kecekapan serta temu duga.

SPA tidak jelas apa yang dimaksudkan sekutu oleh pegawai berkenaan. Penilaian dibuat secara telus membabitkan panel penilai yang dilantik berdasarkan kriteria tertentu. 

Melalui peperiksaan dalam talian misalnya, calon-calon akan dinilai dari segi kesesuaian dan kebolehan tanpa mengenal sekutu. Sebagai contoh, dalam pengambilan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2019 oleh SPA, calon-calon akan melalui tapisan awal dan seterusnya menduduki peperiksaan secara dalam talian dan ujian fizikal.

Seterusnya, calon melalui penilaian kompetensi dikendalikan pegawai-pegawai SPRM yang kemudiannya diperakukan untuk urusan temu duga oleh panel daripada seorang ahli suruhanjaya dan seorang pegawai SPRM.

Berdasarkan proses pelantikan yang dibuat ini, tiada ruang untuk mengambil sekutu kerana membabitkan beberapa peringkat penilaian oleh ahli-ahli panel yang berbeza.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil, hari ini dilaporkan berkata 'peristiwa hitam' yang melanda agensi itu pada 2016 lalu perlu dijadikan iktibar kepada semua pihak.

Dakwanya, isu sedemikian perlu dirungkai menerusi pindaan perlembagaan dalam melantik ketua suruhanjaya menerusi undang-undang supaya pengambilan 'sekutu' yang mudah berlaku dalam SPA dan badan kerajaan lain tidak terus menular.

Zainal berkata, peristiwa yang berlaku pada 2016 lalu tiada kaitan dengan SPA sebagai pihak berkuasa melantik.

Susulan itu, SPA dengan ini memohon Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM supaya menarik balik kenyataan yang tidak benar berkenaan.

Sumber : Berita Harian

 

Kebenaran rentas negeri diperketat, PDRM hanya pertimbang enam alasan

by

 

 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya akan mempertimbang enam alasan daripada pemohon sebelum membenarkan mereka melakukan perjalanan merentas negeri.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata ia membabitkan tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian ahli keluarga terdekat, perubatan, pendidikan serta menemui pasangan jarak jauh,

Beliau berkata, langkah mengetatkan syarat permohonan itu diambil susulan peningkatan kes baharu positif COVID-19 sejak empat hari lalu.

Katanya, mereka yang mendapat kelulusan untuk merentas negeri hanya dibenarkan melakukan perjalanan pada hari Isnin hingga Khamis saja.

"Kita mengambil serius perkara itu, justeru usaha mengekang penularan COVID-19 diperketatkan oleh PDRM, di mana pergerakan merentas negeri hanya dibenarkan untuk enam jenis alasan saja.

"Hanya enam alasan dipertimbangkan untuk diberi kelulusan dan pemohon hanya boleh merentas negeri pada Isnin hingga Khamis saja

"Permohonan dibuat untuk pergerakan pada hujung minggu tidak akan diluluskan. Hanya sebab kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh dibenarkan pada hujung minggu iaitu Jumaat hingga Ahad," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Acryl Sani berkata, permohonan pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan dan apa-apa jenis majlis atau jamuan dilarang.

Aturan ini katanya, akan berterusan sehingga selepas Aidilfitri dan mana-mana pihak yang ingkar akan diambil tindakan tegas.

Dalam pada itu, katanya semua ketua polis daerah (KPD) dan pasukan pemantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) akan digerakkan ke lapangan bagi menangani isu ketidakpatuhan SOP masyarakat di bazar Ramadan dan pasar malam.

"Sekiranya didapati SOP tidak dipatuhi, PDRM akan mengemukakan saranan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya aktiviti perniagaan di kawasan terbabit dihentikan," katanya.

Sumber : Berita Harian

Bayar zakat fitrah di platform Boost

by

 

Jenama e-dompet tempatan, Boost sekali lagi membuka bayaran tanpa kontak untuk pembayaran zakat fitrah di enam negeri tahun ini.

Sehingga 12 Mei depan, umat Islam yang ingin menunaikan zakat fitrah boleh berbuat demikian menggunakan Boost.

Ia meliputi bayaran zakat di Lembaga Zakat Selangor (LZS), Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (PBMaINS) dan Pusat Pungutan Zakat- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Mohd Khairil Abdullah berkata, melalui cara ini, lebih ramai umat Islam boleh membayar zakat pada bulan mulia dengan selamat dan mudah.

"Dalam norma baharu sekarang, semakin ramai orang terbuka kepada pengalaman serta gaya hidup tanpa kontak dan dalam talian.

"Memandangkan bazar Ramadan dan solat Tarawih di masjid diizinkan pada jumlah terhad tahun ini, kami ingin memastikan kesejahteraan warga Malaysia kekal terpelihara dengan menawarkan solusi tanpa kontak.

"Oleh itu, kami memperkenalkan semula tawaran utama dan kolaborasi baharu dengan pelbagai rakan kerja sebagai usaha kolektif untuk membolehkan masyarakat Islam beribadah dengan selamat pada bulan mulia," katanya.

Menurutnya, pengguna boleh membayar zakat fitrah dengan mengetik tile Zakat di laman utama atau melalui tab Do More di bahagian Donation.

"Pengguna boleh menambah akaun zakat dengan hanya menyediakan maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit. Maklumat Harga Beras juga tersedia di aplikasi," katanya.

"Selepas selesai membuat pembayaran, pengguna akan menerima resit melalui e-mel yang boleh digunakan untuk tujuan rebat cukai persendirian. Pembayaran zakat melalui e-dompet adalah sah tanpa lafaz akad dan mematuhi undang-undang Islam," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, selain zakat fitrah, pembayaran zakat harta di aplikasi juga tersedia untuk LZS, PPZ-MAIWP, dan MUIS sepanjang tahun. Untuk LZNK, MUIP dan PBMaINS, perkhidmatan ini akan ditawarkan bermula Mei depan.

Sumber : Berita Harian

Aplikasi Tulus mudahkan transaksi amal jariah

by

 

Tulus Digital Sdn. Bhd. (Tulus Digital) menjangkakan aplikasi Tulus akan dapat memberi peluang kepada masyarakat Islam membuat pembayaran bagi pelbagai urusan berkaitan amal jariah dengan mudah dan telus.

Pengerusi Eksekutif Tulus Digital, Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, kaedah pembayaran secara digital yang hanya dilaksanakan melalui hujung jari itu memberikan kemudahan kepada pengguna untuk membuat pembayaran tanpa mengira masa dan lokasi mereka.

Menurut beliau, platform tersebut juga telah  menggabungkan semua organisasi Islamik yang merangkumi perkhidmatan pembayaran zakat, wakaf, infaq dan sedekah.

“Istimewanya di bulan Ramadan kali ini, aplikasi Tulus turut menyediakan saluran pembayaran zakat fitrah bagi sembilan negeri di Malaysia yang merangkumi Wilayah Persekutuan dan WP Labuan, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Johor, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan serta Perlis.” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Mohd. Daud menjelaskan, Tulus Digital juga telah menjalin kerjasama strategik dengan Touch & n Go eWallet dan Ikhlas.com bagi pembayaran zakat di bulan Ramadan ini. 

“Kami menyediakan pembayaran bagi imbasan kod QR melalui aplikasi SnapNPay yang boleh digunakan untuk pembayaran zakat fitrah untuk kesemua negeri-negeri yang tersenarai di atas termasuk negeri Perak.

“Aplikasi mudah alih Tulus dan SnapNPay boleh dimuat turun daripada Google Play Store dan Apple iOS Store. 

“Selain itu, bayaran zakat ke setiap negeri juga boleh dibuat secara online di laman sesawang syarikat,” jelasnya. 

Mohd. Daud menerangkan, syarikat juga optimis untuk membantu 800,000 sehingga 1,000,000 pembayar zakat dalam menunaikan kewajipan mereka pada Ramadan tahun ini.

“Bagi perancangan masa hadapan, kami berhasrat untuk meluaskan perkhidmatan yang terdapat di aplikasi melibatkan pembayaran bagi pelbagai urusan amal jariah yang lain termasuk ibadah korban, aqiqah, khairat, takaful dan seumpamanya,” katanya.

Aplikasi Tulus dibangunkan oleh Tulus Digital (dahulu dikenali sebagai SnapNPay Digital Sdn Bhd).

Ia merupakan syarikat Islamik fintech berteraskan pembangunan kewangan sosial yang menyediakan fasiliti pembayaran beretika melalui dua aplikasi mudah alih Tulus dan SnapNPay bagi memperkasa ekonomi dan kesejahteraan ummah merangkumi gaya hidup digital kepada rakyat Malaysia.

 

 

 

Kes tidak turun, tiada rentas negeri

by

 

Ketetapan termasuklah untuk prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti ziarah sempena Aidilfitri pada tahun ini akan ditentukan selepas 28 April.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, bagi tempoh sekarang sehingga tarikh tersebut orang ramai perlu mengikut peraturan sedia ada.

“Saya sudah beritahu kita masih lagi hadkan rentas negeri kecuali ada keperluan. Bagi negeri yang terlibat dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) ke PKP boleh jika ‘travel bubble’ ada surat majikan juga kebenaran polis.

“Negeri di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dan PKP tidak boleh kecuali mereka terpaksa. Pihak polis juga telah buat kenyataan tiga keadaan boleh dibenarkan rentas negeri termasuklah kematian, sakit tenat dan disebabkan pekerjaan.

“Jadi untuk dua minggu ini sehingga 28 April masih ikut peraturan sedia ada. Untuk 28 April hingga next two weeks atau one month itu kita tengok keadaan kedudukan kes,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir merasmikan Program Ketuhar Raya Wanita Umno Tenggara Bersama Kolej Komuniti Bandar Tenggara di Kolej Komuniti Bandar Tenggara, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Wanita Umno Bahagian Tenggara, Datin Salasiah Idris; Adun Panti, Hahasrin Hashim; serta Pengarah Kolej Komuniti Bandar Tenggara, Khairul Anuar Ab Wahab.

Adham berkata, bagi gelombang kali ini kes telah melonjak dari 900 kes naik ke 1,000 lebih, 2,000 kemudian sehingga 3,000 kes dalam satu masa, namun hari ini kes menurun kepada 2,195 setelah dua hari merekodkan angka 2,551 dan 2,331 kes.

“Jadi kes sudah ‘spike’ dia akan turun balik. KKM cadangkan sekiranya kes tidak turun rentas negeri semasa raya Aidilfitri tidak dibenarkan. Bagaimanapun perkara ini akan dibawa ke MKN (Majlis Keselamatan Negara) untuk ditetapkan,” katanya. 

Sumber : Kosmo!

Harga import makanan ayam naik jadi punca - KPDNHEP

by

 

Kenaikan harga makanan ternakan iaitu soya dan jagung diimport dari Argentina dan Brazil antara punca menyumbang kepada peningkatan harga ayam di pasaran.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan analisa awal mendapati kenaikan harga makanan ternakan itu menjejaskan harga ayam dalam rantaian bekalan daripada peringkat ladang ke pemborong, peruncit dan pengguna.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata KPDNHEP turut melaksanakan Ops Catut 8.0 bermula Khamis lalu, susulan beberapa kes kenaikan harga ayam yang dikesan baru-baru ini,

"Sehingga Jumaat, sejumlah 24 notis sudah dikeluarkan kepada pemborong, 16 notis kepada penternak yang disyaki mencatut.

"KPDNHEP menerima 15 aduan berkaitan harga ayam, daging (satu), sayur (dua) dan ikan (15) di seluruh negara sejak puasa bermula. Namun tiada aduan diterima berkaitan kekurangan bekalan ke atas semua bahan makanan berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Alexander berkata, KPDNHEP turut melaksanakan Ops Pantau di seluruh negara mulai Selasa lalu di lokasi tumpuan membabitkan bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, hypermarket, pasar raya, pasar mini dan kedai runcit dengan tumpuan diberikan terhadap peniaga ayam, daging dan ikan.

"Sehingga Jumaat lalu, sejumlah 5,768 premis diperiksa di seluruh negara dengan 27 kes direkodkan atas pelbagai kesalahan," katanya

Beliau berkata, untuk rekod, KPDNHEP juga melaksanakan Ops Suri pada 1 Januari lalu membabitkan penandaan harga dan mencegah pencatutan termasuk oleh peniaga ayam, daging, ikan dan sayuran.

"Ops Pasar (sayur, daging dan ayam) bermula 12 Januari hingga 17 Mac lalu juga dilaksanakan bagi memantau dan mengawal kenaikan harga di setiap peringkat pembekalan barangan yang terdiri daripada peruncit dan pembekal. Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 1,149 notis dikeluarkan kepada peniaga yang disyaki mencatut," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, semakan terhadap dakwaan isu viral di Facebook berkaitan paparan harga ikan, ayam dan daging lembu yang dikatakan tinggi di aplikasi PriceCatcher KPDNHEP di sekitar Kuala Lumpur didapati kurang tepat serta tidak menggambarkan situasi sebenar kerana maklumat disebarkan tidak menerangkan harga di semua tempat.

"Paparan viral itu hanya membabitkan harga tiga barang iaitu ikan kembung, ayam dan daging di premis sekitar Bukit Bintang sahaja.

Semakan mendapati terdapat premis lain di kawasan berdekatan yang menjual tiga barang berkenaan pada harga lebih murah daripada yang dinyatakan dalam hantaran Facebook itu," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, seperti yang diviralkan ikan kembung dijual sehingga RM24 (sekilogram), ayam bersih Super RM12 manakala harga daging lembu tempatan (bahagian daging pejal kecuali batang pinang) mencecah RM40 sekilogram.

"Maklumat Price Catcher sepenuhnya berdasarkan semakan harga terkini pada 17 April mendapati harga ikan kembung (antara RM8 hingga 12 ekor sekilogram) menunjukkan harga yang lebih rendah daripada RM22 sekilogram

"Contohnya di Pasar Air Panas (RM18.00), The Store Taman Melati dan ST Rosyam Mart (RM17.90), terdapat juga harga promosi RM8.90 ditawarkan di pasar raya seperti NSK Jalan Peel.

"Ayam Super (sekilogram) ada dijual pada harga kurang daripada RM10 sekilogram, contohnya di Cold Storage, KLCC (RM8.99); Hero Market, Berjaya Time Square (RM9.19); dan AEON(AU2) di Setiawangsa (RM8.30).

"Bagi daging lembu tempatan bahagian dua daging pejal (sekilogram), menerusi PriceCatcher, di Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Kuala Lumpur menjual daging ini pada harga RM35," katanya.

Alexander berkata, KPDNHEP melaksanakan pelbagai usaha secara berterusan sejak Januari termasuk melakukan sesi libat urus bersama kementerian dan agensi lain serta pemain industri bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga barangan keperluan utama.

Sumber : Berita Harian

 

Pinggirkan subjek seni langkah kurang bijak

by

 

Oleh Prof Madya Dr Muhammad Zaffwan Idris 

Pensyarah kanan Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif UPSI

Terdapat segelintir ibu bapa yang kurang senang dengan subjek Pendidikan Seni Visual (PSV). Hal ini boleh dilihat menerusi mesej yang tular dalam media sosial sebelum ini malah ketika sistem persekolahan berlangsung dalam talian atau Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR), ada ibu bapa yang mengabaikan subjek itu.

Antara faktor hal demikian berlaku kerana PSV biasanya memerlukan pelbagai alatan dan bahan disediakan misalnya pinggan dan cawan kertas, alatan kraf seperti riben, tali, manik dan hiasan lain yang mungkin mahal dan tidak mampu disediakan selain dilihat remeh kerana perlu kerap dibeli setiap minggu mengikut silibus.

Diakui, ada kala keperluan menyediakan alatan dan bahan adalah penting dalam penghasilan sesuatu karya seni. Namun, ia sebenarnya sama sahaja dengan mata pelajaran lain misalnya Sains, Pendidikan Jasmani atau Kemahiran Hidup yang turut memerlukan alatan dan bahan yang tertentu bagi membolehkan sesuatu aktiviti dalam kaedah pembelajaran itu berlangsung.

Bagaimanapun, sekiranya ibu bapa tidak mampu menyediakan alatan dan bahan yang diperlukan maka pihak sekolah dan guru perlulah mencari kaedah alternatif yang bersesuaian. Namun, mengabaikan subjek PSV itu atas alasan ia bukan mata pelajaran teras adalah tindakan kurang bijak. PSV sebenarnya subjek yang boleh membantu tekanan emosi. Hal ini berdasarkan terdapat banyak hasil kajian pakar yang mendapati aktiviti seni boleh dijadikan terapi dan meningkatkan kesihatan mental.

Di Malaysia, PSV diperkenalkan secara formal sejak di peringkat sekolah rendah lagi. Dalam konteks ini, pendidikan seni sekolah rendah adalah lebih luas kerana menggabungkan seni visual, muzik dan seni persembahan. Bagi memupuk minat pelajar dalam mata pelajaran kesenian, pihak sekolah dan ibu bapa perlulah lebih terbuka untuk memberi ruang kepada murid untuk meluahkan diri (ekspresi) mereka melalui aktiviti seni.

Pada tahap sekolah rendah, ramai murid yang tidak mampu menterjemahkan pandangan atau perasaan mereka melalui penulisan. Justeru, seni dilihat sebagai medium yang sangat berkesan bagi tujuan berkenaan. Aktiviti kesenian juga mampu memperbaiki tahap keyakinan pelajar, seterusnya dapat meningkatkan keterampilan mereka.

Ibu bapa perlu sentiasa memberi galakan kepada anak-anak untuk memberi komitmen yang sama rata bagi semua mata pelajaran yang diambil di sekolah. Ibu bapa termasuk guru tidak sepatutnya meletakkan keutamaan hanya kepada sebilangan mata pelajaran sahaja dan mengenepikan sebilangan yang lain, seperti PSV.

Peranan guru dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran bagi abad ke-21 ini sudah melalui proses transformasi dengan guru bukan lagi menjadi tumpuan sebaliknya pelajar itu sendiri.

Ini bertepatan dengan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar atau 'student-centered learning'. Ini bermakna, peranan ibu bapa untuk membantu anak dalam pembelajaran juga perlu turut berubah. Ibu bapa seperti juga guru, perlu menjadi pemudah cara dalam proses pembelajaran anak-anak.

PSV sangat berpotensi untuk menarik perhatian pelajar kerana ia bukan sahaja mata pelajaran yang boleh membentuk sahsiah diri, tetapi juga membuka peluang untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi dan menawarkan peluang kerjaya. Jika kita lihat dengan mata yang luas terdapat banyak institusi pengajian tinggi yang menawarkan program dalam pelbagai jurusan seni dan reka bentuk dari peringkat sijil hinggalah ke doktor falsafah.

Dalam kaedah pembelajaran subjek PSV, pemahaman yang baik terhadap teori dan konsep sesuatu karya seni mampu melahirkan idea yang kreatif bukan sahaja untuk berkarya, tetapi juga bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh yang demikian, guru dan pelajar haruslah kreatif dan inovatif bagi menggantikan alatan dan bahan yang bersesuaian serta yang tidak membebankan kewangan ibu bapa.

Penggunaan alatan dan bahan daripada sumber semula jadi atau kitar semula serta dengan memperbanyakkan aktiviti seni secara kolaboratif mungkin boleh dijadikan penyelesaian kepada pemasalahan ini.

Saya percaya umumnya masyarakat kini sedar bahawa seni tidak hanya terbatas kepada kemahiran melukis dan stensil sahaja. Pengetahuan dan kemahiran seni juga tidak hanya terbatas kepada aplikasi dan pekerjaan dalam bidang seni.

Malah, kemahiran melukis misalnya boleh digunakan dalam proses penjanaan idea dan berkomunikasi secara lebih efektif. Ibnu Sina, Leonardo da Vinci, Thomas Edison, Alexander Graham Bell dan James Dyson adalah antara contoh tokoh ilmuan dan pencipta yang menggunakan kemahiran melukis bagi meneroka dan menyampaikan idea baharu mereka.

Seiring dengan kemajuan teknologi digital, medium dan media yang digunakan bagi menghasilkan dan mempersembahkan sesuatu karya seni juga turut berkembang. Aplikasi seni boleh dilihat dalam penghasilan laman web, animasi 3D, rekaan permainan digital dan simulasi.

Seni turut diaplikasikan dalam media baharu seperti realiti maya (virtual reality) dan realiti bertambah (augmented reality). Perubahan ini bukanlah sesuatu yang baharu dalam konteks seni, ini kerana melalui sorotan sejarah seni itu sendiri sentiasa relevan dan berkembang mengikut peredaran zaman.

- Berita Harian

 

Syarikat pilih pekerja berkemahiran berbanding pendidikan, pengalaman

by

 

Sebahagian besar syarikat di Malaysia lebih memilih mengupah pekerja yang mempunyai kemahiran, melebihi kelayakan seperti tahap pendidikan atau pengalaman, demikian hasil Laporan Bakat Masa Depan LinkedIn.

Laporan yang berdasarkan kaji selidik itu mendapati banyak syarikat di Malaysia gemar mengambil pekerja dengan kemahiran teknikal (38 peratus) dan kemahiran boleh dipindahkan (28 peratus), yang mana ia lebih diutamakan berbanding kelayakan tradisional seperti pendidikan (10 peratus) dan pengalaman minimum mengikut tahun (12 peratus).

Malah, dua daripada tiga (67 peratus) syarikat terbuka untuk mengambil pekerja dari industri lain jika kemahiran yang mereka miliki sesuai dengan keperluan pekerjaan.

Laporan itu juga mendapati syarikat lebih terbuka meneroka bakat dalam organisasi untuk mengisi jawatan terbuka dengan 85 peratus syarikat di Malaysia bersedia mengambil pekerja dalaman kerana mereka dapat memanfaatkan perspektif pekerja dalaman sedia ada (72 peratus), memberikan rasa kemajuan kepada pekerja (65 peratus), dan mendorong kesetiaan (56 peratus). 

Walau bagaimanapun, syarikat mesti menyediakan program latihan untuk membantu pekerja dalam mempelajari kemahiran yang berkaitan.

Syarikat di Malaysia mencari tiga kemahiran insaniah khususnya ketika merekrut secara dalaman, iaitu kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, dan pemikiran strategik. 

Antara ketiga-tiga kemahiran itu, kemahiran menyelesaikan masalah (46 peratus) menonjol sebagai salah satu kemahiran mendapat permintaan tinggi berbanding pasaran lain di Asia Pasifik (APAC).

Naib Presiden Bakat dan Penyelesaian Pembelajaran APAC LinkedIn, Feon Ang, berkata berikutan pandemik, peranan baharu diwujudkan dan peranan sedia ada telah berkembang.

Beliau berkata, mengambil bakat dengan kemahiran yang tepat sangat penting bagi organisasi, dan ketika ini, adalah kurang penting bakat mempunyai kelayakan tradisional atau pengalaman industri.

"Menuju ke depan, kita dapat melihat ekonomi berasaskan kemahiran terbentuk, dengan kemahiran menjadi mata wang baharu bagi pekerja untuk dunia pekerjaan masa depan. Saya menggalakkan semua individu untuk menerapkan pengembangan pola berfikir, dan terus belajar untuk kekal relevan," katanya dalam satu kenyataan.

Bagi melaksanakan proses pengambilan pekerja berdasarkan kemahiran, pemimpin Sumber Manusia (HR) memanfaatkan kekuatan data dan pandangan.

Hampir sembilan daripada 10 syarikat di Malaysia memahami pentingnya menggunakan pandangan berdasarkan data dalam keputusan pengambilan mereka.

Malah, syarikat Malaysia (55 peratus) memimpin rantau ini dalam menggunakan data secara kerap untuk pemetaan kemahiran dengan keperluan jawatan terbuka.

Bidang penggunaan data tertinggi ialah dalam mengenal pasti kemahiran yang diperlukan pada masa depan (57 peratus), kemahiran teknikal tertinggi yang diperlukan untuk peranan atau profil tertentu (55 peratus) dan mengukur prestasi pekerja (52 peratus).

Data juga dapat membantu syarikat merancang aktiviti pembabitan pekerja yang berkesan, yang mana syarikat boleh melipatgandakan usaha pembabitan pekerja untuk membantu mereka kekal inspirasi dan berhubung.

Mengikut laporan itu, rancangan kerja yang fleksibel adalah aktiviti yang paling berkesan dalam meningkatkan tahap pembabitan dan ia sangat penting dengan pekerjaan hibrid dan jarak jauh.

Secara purata, syarikat di Malaysia menyasarkan gabungan 41 peratus pekerja jarak jauh dan 59 peratus pekerja fizikal.

"Dengan kemahiran menjadi pemacu pertumbuhan sekarang dan masa depan, sangat penting untuk HR dan pemimpin perniagaan dilengkapi dengan peralatan canggih seperti analisis data.

"Alat ini dapat membantu mereka mengenal pasti calon yang berpotensi memiliki set kemahiran dan pekerja dalaman yang kemahiran mereka dapat ditingkatkan semula," kata Ang.

Laporan LinkedIn itu juga menunjukkan 55 peratus syarikat di Malaysia menyifatkan, HR berperanan penting dalam pembangunan dan latihan pekerja dan 57 peratus menyatakan pembabitan pekerja sebagai satu lagi peranan penting HR.

Sumber : Berita Harian

 

 

eJamin: Pembayaran jaminan mahkamah sehingga RM500,000

by

 

Pertama Digital Bhd mengumumkan orang ramai kini boleh membuat pembayaran digital sehingga RM500,000 berbanding RM30,000 sebelum ini bagi wang jaminan mahkamah melalui aplikasinya yang dikenali sebagai eJamin.

eJamin adalah penyelesaian pembayaran jaminan mahkamah, yang mana diperkenalkan pada Pembukaan Tahun Perundangan oleh Ketua Hakim Negara Malaysia, Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 10 Januari 2020.

Dengan sokongan pegawai mahkamah di seluruh negara, eJamin telah mengurangkan tempoh proses jaminan daripada setengah hari kepada hanya beberapa minit, sekali gus membolehkan pembayaran jaminan dibuat melalui telefon pintar dan browser laman web.

Sebelum ini, pemindahan bank secara dalam talian oleh individu, bagi pembayaran jaminan, adalah dihadkan pada harga RM30,000 untuk setiap transaksi mengikut Had Standard Proses Pertukaran Kewangan B2C (FPX) oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd ("PayNet"). Had itu kini telah ditingkatkan kepada RM500,000.

Pengarah Eksekutif Pertama Digital, Sabri Ab Rahman, berkata pihaknya sangat berterima kasih atas peranan aktif Badan Kehakiman Malaysia dalam inisiatif itu serta atas bantuan PayNet dan bank yang mengambil bahagian.

Sementara, Amanda Sabri, Ketua Pegawai Eksekutif DAPAT Vista (M) Sdn Bhd (ahli kumpulan Digital Pertama) yang mengendalikan eJamin, berkata berikutan jumlah jaminan di Malaysia berkisar antara beberapa ribu hingga satu juta atau lebih, justeru peningkatan dalam had FPX untuk setiap transaksi akan membolehkan lebih ramai individu memanfaatkan proses jaminan digital yang lebih mudah melalui eJamin.

Sebelum ini, beliau berkata, orang ramai perlu bergegas di antara mahkamah dan bank untuk menyelesaikan proses jaminan secara manual.

"Sekiranya jaminan dibayar lewat, orang yang dituduh terpaksa dimasukkan dalam lokap. Menghasilkan proses jaminan lebih pantas sehingga kes mahkamah selesai membantu mengelakkan orang ramai berpusu ke bank dan mahkamah dan kesesakan di lokap, justeru mematuhi penjarakan fizikal semasa wabak COVID-19," katanya.

Sehingga kini, eJamin telah dilaksanakan di lebih 140 lokasi mahkamah di seluruh Malaysia dan jumlahnya terus bertambah seiring dengan dorongan daripada pihak pengadilan ke arah peralihan digital.

Pertama Digital juga sedang berusaha memperluas sistem jaminan digital untuk tahanan reman polis dan mahkamah jenayah Syariah.

Awal tahun ini, Pertama Digital melaporkan bahawa kutipan jaminan berjumlah RM45.46 juta dikumpulkan dari Januari hingga Disember 2020, dengan kadar pertumbuhan bulanan 18.21 peratus.

Sumber : Berita Harian

 

Awas laman sesawang palsu Maybank2u - Polis

by

 

Polis mengesan kewujudan sindiket memanipulasi platform perbankan dalam talian dengan mewujudkan pautan laman sesawang palsu menyerupai laman sesawang, Maybank2u tujuan penipuan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata setakat ini pihaknya menerima empat laporan polis berkaitan kes sedemikian membabitkan kerugian RM22,300.

"Siasatan mendapati mangsa menerima emel kononnya dihantar pihak Maybank menyatakan akaun bank mereka mempunyai masalah keselamatan dan mangsa diminta menekan pautan yang disertakan bersama emel terbabit.

"Bila pautan itu ditekan, laman sesawang palsu yang kelihatan seperti laman sesawang Maybank2u akan dipaparkan dan mangsa tidak menyedari yang adalah adalah laman sesawang palsu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zainuddin berkata, mangsa kemudian dikehendaki mengemas butiran peribadi, kata laluan serta nombor telefon melalui laman sesawang palsu itu dan tidak lama selepas itu, mangsa mendapati wang dalam akaun masing-masing berkurangan.

Bagaimanapun, katanya, kes terbaru yang diterima menunjukkan mangsa menerima pautan laman sesawang palsu itu melalui iklan cabutan bertuah Maybank yang dipaparkan melalui Facebook.

"Kita minta orang ramai berhati-hati dengan memastikan alamat URL yang dipaparkan bagi laman sesawang Maybank2u yang dibuka benar-benar sama dengan alamat laman sesawang Maybank2u.

"Orang ramai juga perlu berhubung dan mendapatkan pengesahan pihak bank sekiranya menerima emel yang meminta mereka mengemaskini maklumat peribadi melalu laman sesawang bank Maybank2u," katanya.

Katanya, orang ramai juga boleh berhubung dengan 'Scam Response Center' JSJK di talian 03-26101559 atau 03-26101599 sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan atau keraguan berkaitan sesuatu urusan yang disyaki ada kaitan dengan penipuan.

Dalam pada itu, Zainuddin turut mengingatkan orang ramai berhubung taktik penipuan yang digunakan sindiket kononnya 'tersalah memasukkan wang' ke akaun mangsa yang disasarkan.

"Sindiket akan menghubungi mangsa dan menyatakan dia tersilap memasukkan wang ke akaun mangsa dan meminta wang itu dikembalikan.

"Mangsa yang mengikuti arahan akan dihubungi semula dalam tempoh tidak sampai sebulan oleh syarikat peminjam wang tanpa lesen dan dipaksa membayar 'pinjaman' yang kononnya dibuat oleh mangsa," katanya.

Nilai pinjaman adalah sama dengan jumlah wang yang kononnya tersalah dimasukkan ke akaun bank mangsa.

Katanya lagi, buat masa ini belum ada sebarang laporan polis diterima berkaitan kes sedemikian namun orang ramai perlu sentiasa berwaspada supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

Sumber : Berita Harian

 

KKM cadang rentas negeri sambut Aidilfitri ditangguh

by

 

Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan pergerakan merentas negeri bagi sambutan Aidilfitri tahun ini, ditangguhkan susulan situasi penularan COVID-19 masih membimbangkan ketika ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata ia berikutan rungutan dan rayuan pelbagai pihak supaya kerajaan menangguhkan kebenaran pergerakan berkenaan.

"Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan negeri ketika ini masih bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hingga 28 April ini.

"Memandangkan kes harian masih meningkat dan belum stabil, maka pergerakan ini perlu ditangguhkan.

"Program vaksinasi (Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan) pun masih dijalankan," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku 'Malaysia Health Sector Response to COVID-19: Perspectives From The Field', di pejabatnya, hari ini.

Malaysia mencatat 1,889 jangkitan baharu COVID-19, semalam, meningkat berbanding 1,767 kes, kelmarin.

Ditanya kemungkinan mereka yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 dibenarkan untuk merentas negeri pula, Dr Adham berkata, pihaknya masih menunggu dapatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit yang berpangkalan di Amerika Syarikat, sebelum keputusan berkaitan dibuat.

"Kita masih menunggu dapatan itu untuk mendapatkan keputusan sama ada perkara ini boleh dibenarkan," katanya.

Sementara itu, Dr Adham memaklumkan, pihaknya menerima aduan berhubung kegagalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dikesan di beberapa lokasi bazar Ramadan seluruh negara.

Beliau menegaskan, kerajaan memandang serius perkara itu dan tidak menolak kemungkinan bazar Ramadan akan ditutup jika wujud kluster baharu yang dipercayai daripada aktiviti bazar.

"Kalau kluster bazar wujud, kita (KKM) akan melakukan siasatan melalui rekod aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan punca yang tepat. Mudah bagi kita mengesan punca atau tempat bermula jangkitan.

"Jika penganjur didapati tidak bertanggungjawab, kita tidak akan teragak-agak mengenakan kompaun," katanya.

Mengenai kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenakan kompaun terhadap individu yang gagal mematuhi SOP, beliau berkata, lantikan bawah Seksyen 25 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) itu bertujuan memastikan tahap pematuhan SOP di bazar Ramadan adalah tinggi.

Berkuat kuasa semalam, KKM menurunkan kuasa kepada Datuk Bandar, Yang Dipertua PBT dan pegawai penguat kuasa PBT Gred 19 ke atas, untuk mengkompaun kesalahan bawah Akta 342, termasuk sebarang ketidakpatuhan SOP di bazar Ramadan. 

Sumber : BERNAMA

 

 

Pengambilan Inspektor Polis PDRM YA13

by

Polis Diraja Malaysia(PDRM) mempelawa kepada seluruh rakyat malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan seperti berikut.

e-Pengambilan PDRM Inspektor Polis YA13 (Lelaki/Wanita)

  1. Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki/wanita)

Syarat permohonan jawatan

  • Calon hendaklah terdiri daripada kalangan rakyat malaysia.
  • Berusia tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun (kelulusan Sarjana Muda) tidak melebihi 30 tahun (kelulusan Sarjana) dan tidak melebihi 35 tahun (Kelulusan PHD) pada tarikh tutup permohonan online.

Kelayakan Akademik

  • Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan malaysia atau mana-mana kelayakan yang sama taraf dengannya.
  • Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu ( Termasuk Lulus Ujian Lisan ) pada peringkat SPM atau mana-mana kelayakan yang sama taraf dengannya.
  • Lain-lain kelayakan yang telah ditetapkan anda boleh rujuk di pautan yang telah kami berikan pautannya dibawah.

Kelayakan Fizikal

  • Calon hendaklah mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 163sm bagi lelaki dan 157sm untuk wanita.
  • Berat badan sekurang-kurangnya 50kg untuk lelaki dan 48kg untuk wanita.
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan BMI diantara julat 19 hingga 26.
  • Ukuran lilit dada biasa 81sm (normal) dan semasa menarik nafas 86sm (lelaki sahaja).
  • Lulus ujian mata kiri dan kanan dapat mengecam warna dan pendengaran yang tidak cacat serta diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Cara memohon jawatan

  • Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat secara online bermula 16 – 30 April 2021.
  • Semua permohonan hanya dibenarkan dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang rasmi unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia iaitu epengambilan PDRM.
  • Sila pastikan anda register/login dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat bagi memastikan permohonan anda diterima dan dinilai sebaiknya oleh majikan.

Iklan Pengambilan Polis : https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/SCHEME_VIEWER.aspx?id=1

Permohonan Online : https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/login.aspx

 

24,919 ditawarkan kerja menerusi MySTEP

by

 

Sejak dimulakan Januari lalu, seramai 24,919 orang sudah berjaya ditawarkan pekerjaan menerusi Program Kerja Jangka Pendek (MySTEP) setakat 31 Mac lalu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, daripada jumlah itu, seramai 23,477 orang pekerja ditempatkan di sektor awam manakala, 1,442 orang pekerja pula berjaya ditempatkan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Beliau berkata, secara keseluruhan, kerajaan telah mencapai 49.8 peratus sasaran keseluruhan MySTEP bagi tahun 2021.

“Sejak program MySTEP mula dilaksanakan sejak Januari lalu, jumlah pekerjaan yang disediakan sentiasa mengatasi sasaran bulanan.

“Di bawah program itu, pemohon telah ditempatkan di pelbagai kementerian dan agensi seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Pengajian Tinggi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Pemohon untuk GLC pula telah ditempatkan dalam organisasi seperti PETRONAS, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional,” katanya menerusi Laporan Laksana Ke-49 yang dikeluarkan hari ini.

Katanya, MyStep diumumkan pada Belanjawan 2021 lalu yang mana kerajaan memperuntukkan RM700 juta bagi membuka 50,000 peluang pekerjaan jangka pendek di pelbagai kementerian dan agensi kerajaan serta GLC secara lantikan kontrak.

Tengku Zafrul berkata, sebanyak 35,000 peluang pekerjaan disediakan di sektor awam, manakala 15,000 peluang pekerjaan turut disediakan di GLC serta rakan-rakan strategik mereka.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan sudah menyalurkan sebanyak RM647.33 bagi tuntutan Elaun Khas Barisan Hadapan setakat 2 April lalu.

Menurutnya, ia membabitkan 1,822,927 tuntutan berbanding RM569.69 juta berdasarkan 1,671,400 tuntutan pada minggu sebelumnya.

Sumber : Kosmo!

Semburan hidung mampu bunuh 99.99 peratus virus Covid-19

by

 

Semburan hidung didakwa terbukti membunuh 99.99 peratus virus COVID-19, menurut satu laporan penyelidikan di Kanada.

Semburan itu dikatakan dapat mencegah penularan coronavirus dengan berkesan dan memendekkan tempoh jangkitan.

Bagi mereka yang sudah dijangkiti virus berkenaan, semburan itu juga boleh mengurangkan tahap kemudaratan gejala yang dialami.

Semburan yang dikembangkan sebuah syarikat Kanada, SaNOtize, berupaya membunuh kuman dalam saluran udara di bahagian atas hidung.

Ia juga menghalangnya daripada menetas dan masuk ke dalam paru-paru, berdasarkan keputusan ujian makmal di Amerika Syarikat (AS) dan Britain.

Pesakit yang dirawat dengan semburan itu juga menunjukkan penurunan purata kadar virus dalam badan sebanyak 1.362 dalam tempoh 24 jam pertama iaitu sekitar 95 peratus.

Dalam tempoh 72 jam, pengumpulan virus dalam badan didapati berkurangan lebih daripada 99 peratus.

Ketua Penyelidikan Ujian Klinikal Britain, Dr Stephen Winchester, berkata beliau amat berharap semburan hidung akan menjadi senjata terbaru dalam melawan COVID-19.

"Ini adalah satu revolusi dalam sejarah perubatan COVID-19 yang saya harap akan membantu perang masyarakat dunia melawan pandemik coronavirus," katanya. 

Sumber : AGENSI

 

Boost tawar pembiayaan mikro RM20,000 kepada PMKS

by

 

Boost, jenama e-dompet tempatan menawarkan sokongan pembiayaan kos rendah menerusi kemudahan pembiayaan 'Aspirasi Capital for Boost' kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bersempena Ramadan.

Pembiayaan yang PMKS dapati dari kemudahan ini boleh diguna sebagai modal kerja bagi menanggung kos jualan Ramadan tahun ini.

Menerusi 'Aspirasi Capital for Boost', setiap PMKS layak mendapat pembiayaan mikro kos rendah sebanyak RM20,000 untuk tempoh 18 bulan, tanpa faedah dan tanpa pembayaran ansuran untuk enam bulan yang pertama.

Apabila pembayaran ansuran bermula pada bulan ke-7 dan seterusnya, PMKS boleh menikmati kadar faedah serendah 0.5 peratus sebulan.

 

Menurut Boost, kemudahan pembiayaan itu juga selari dengan usaha kerajaan baru-baru ini bagi merangsangkan semula perniagaan tempatan susulan pembukaan semula ekonomi negara.

"Sokongan pembiayaan ini dapat membantu meringankan persediaan Ramadan peniaga seperti kos sewaan tapak bazar dan kos bahan masakan.

"Kemudahan pembiayaan ini juga boleh membolehkan PMKS mendigitalkan perniagaan mereka dengan kaedah pembayaran tanpa kontak, selain dapat meningkatkan aktiviti pemasaran melalui media sosial," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menerusi 'Aspirasi Capital for Boost', proses permohonan boleh dilakukan hanya dengan menggunakan telefon pintar dan akan mengambil masa selama tiga minit sahaja.

Jika didapati layak, peniaga akan menerima kelulusan di mana pembiayaan akan disalurkan ke dalam akaun bank dalam tempoh 48 jam.

Selain daripada pembiayaan mikro, peniaga boleh memanfaatkan pelan insurans mikro 'SME OwnerProtect', bagi lindungan daripada gangguan pendapatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Mohd Khairil Abdullah, berkata, walaupun ekonomi telah dibuka semula, hakikatnya PMKS masih berdepan dengan masalah kewangan akibat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

"Jualan peniaga semakin menurun dan makin kurang pelanggan yang membeli. Banyak perniagaan mikro menghadapi kesukaran untuk mendapat akses kepada sistem kewangan tradisional.

"Oleh itu, sejak tahun lalu, Boost menawarkan perkhidmatan kewangan digital di atas perkhidmatan pembayaran digital untuk mengatasi masalah ini.

"'Aspirasi Capital for Boost' adalah sebahagian daripada penyelesaian baru dalam perkhidmatan kewangan digital yang kami menawarkan untuk peniaga," katanya.

Mohd Khairil berkata, menerusi kemudahan baharu itu, PMKS mendapat akses kepada pembiayaan yang cekap dan mampu milik, memandangkan Ramadan adalah bulan yang paling aktif bagi kebanyakan perniagaan, sekali gus membolehkan pembiayaan mikro itu membantu meringankan kos overhed dan operasi.

"Kami berharap 'Aspirasi Capital for Boost' dapat meringankan beban kewangan peniaga untuk mengukuhkan semula perniagaan dan boleh memberi ketenangan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan lebih ceria pada tahun ini," katanya.

Selain daripada pembiayaan mikro, Boost sedang membina ekosistem digital yang mantap untuk PMKS dengan pelbagai penyelesaian yang berinovasi, berfaedah serta ganjaran menerusi platform e-dompet.

Inisiatif untuk PMKS telah dimulakan sejak awal penularan pandemik dan ia selaras dengan pengumuman Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital) oleh kerajaan baru-baru ini.

PMKS boleh memohon 'Aspirasi Capital for Boost' menerusi https://aspirasi.co/pasar/capital-boost, atau sebagai alternatif peniaga boleh menghubungi wakil Boost.

Kemudahan pembiayaan itu disediakan di bawah Program Bantuan COVID-19 'Aspirasi Assist' oleh Kumpulan Axiata yang dilancarkan pada Mac tahun lalu.

Umat Islam mula puasa 13 April 2021

by

 

 

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok, Selasa 13 April, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini.

Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman ringkas itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada hari ini, 12 April, bersamaan 29 Syaaban 1442 Hijrah.

Jawatankuasa berkenaan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara.

Majlis Raja-Raja mempersetujui cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

 

 

Rara selamat bernikah dengan ahli perniagaan

by

 

Dengan sekali lafaz, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman sah bergelar isteri kepada Muhammad Edrin Nordin.

Pasangan yang berpakaian sedondon dalam persalinan putih itu dinikahkan bapa Young Syefura dengan mas kahwin sebentuk cincin berlian.

Young Syefura atau lebih dikenali sebagai Rara, 32, berkata, majlis berkenaan berlangsung di dewan Wisma Selangor, Jalan Ampang dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dengan dihadiri semua ahli keluarga dan rakan rapat.

"Alhamdulillah saya lega dan bersyukur, majlis berlangsung dengan sempurna seperti dirancangkan.

"Saya mengharapkan perkahwinan ini berkekalan dan bahagia sampai ke syurga," katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Sementara itu, detik majlis akad nikah pasangan itu dikongsikan secara langsung di Instagram Rara dengan ruangan komen dibanjiri ratusan ucapan tahniah.

Penolong Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan dan suaminya yang juga ahli perniagaan berstatus duda itu mengikat tali pertunangan pada 27 Februari lalu.

Sebelum ini, Rara pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang pengurus pelaburan, Muhammad Masyur pada 24 September 2016, namun pasangan itu bercerai talak satu pada 7 Mac 2019.

Sumber : Berita Harian

 

 

Misteri imej pelangi di Planet Marikh rupanya pantulan cahaya

by

 

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menjelaskan imej ‘pelangi’ yang muncul dalam salah satu gambar yang diambil di planet Marikh sebenarnya pantulan cahaya lensa kamera, lapor akhbar The Sun, baru-baru ini.

Gambar tersebut menjadi tular dengan ramai orang cuba memberi penjelasan terhadap fenomena aneh yang kelihatan dalam gambar itu.

Beberapa pakar berpendapat ia berkemungkinan merupakan ‘habuk api’ yang terhasil daripada zarah-zarah debu di planet tersebut.

Pakar Perhubungan Media Makmal Jet Propulsion NASA, Andrew Good bagaimanapun mengesahkan imej itu sebenarnya adalah pantulan cahaya lensa kamera.

“Kami mempunyai pelindung matahari di Hazcams pada bahagian depan, yang dianggap penting dalam misi kerana diperlukan untuk bergerak ke hadapan.

“Pelindung matahari tidak dianggap penting di bahagian belakang, jadi anda masih dapat melihat biasan cahaya yang tersebar dalam gambarnya,” katanya.

Baru-baru ini, NASA meletakkan kapsyen pada gambar tersebut sebagai ‘Rover Penjelajahan Marikh NASA merakam gambar di kawasan ini menggunakan Kamera Pengelak Bahaya Belakang Kiri’.

Rover penjelajahan itu tiba di planet Marikh pada Februari lepas dan mempunyai enam kamera di atasnya. 

Sumber : Agensi

Kes penipuan jualan barangan kemas secara online catat peningkatan

by

 

Sebanyak 37 laporan melibatkan kejadian penipuan penjualan barangan kemas tidak wujud secara online telah diterima oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini melibatkan kerugian mencecah RM239,530.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, jumlah tersebut dilihat mencatatkan peningkatan berbanding 21 kes pada 2019 melibatkan kerugian RM148,444.20 dan 44 kes dengan kerugian RM261,945 pada 2020.

“Perkembangan teknologi dan komunikasi telah mewujudkan peluang perniagaan secara online dan akses yang mudah serta tanpa had khususnya dalam situasi negara yang berdepan penularan pandemik Covid-19 telah menjadikan platform e-dagang sebagai pilihan pengguna.

“Bagaimanapun, perkembangan ini (platform e-dagang) juga turut mewujudkan jenayah penipuan penjualan barangan tidak wujud,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zainuddin, pihaknya telah mengambil langkah efektif serta berkesan bagi membanteras aktiviti berkenaan namun dari aspek pencegahan, pembabitan masyarakat amat diperlukan dan orang ramai digesa untuk sentiasa berhati-hati juga berwaspada dalam urusan jual beli barang kemas secara online.

“Jangan mudah percaya dengan tawaran jualan barang kemas yang lebih murah daripada pasaran semasa terutamanya apabila tawaran tersebut dibuat oleh pihak yang tidak dapat dipastikan kesahihannya dan sentiasa membuat semakan ketulenan transaksi selain memastikan urusan jual beli dijalankan melalui perjanjian dan kaedah yang diperakui.

“Orang awam boleh membuat semakan pengesahan akaun dan talian telefon terlebih dahulu melalui laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ untuk mengenalpasti sama ada akaun tersebut pernah terlibat dalam kes penipuan ataupun tidak sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.

Tambah beliau, orang ramai juga boleh menghubungi CCID Scam Response Centre menerusi talian 03-26101559/ 1599 jika mempunyai sebarang keraguan.

 

MARA perkenal skim bantuan usahawan mikro

by

 

Kerajaan memperuntukkan RM50 juta melalui Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan sasaran untuk membantu kira-kira 1,000 usahawan di seluruh negara.

Pengerusinya, Datuk Azizah Mohd Dun, berkata S3P adalah kemudahan pembiayaan perniagaan yang disediakan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro Bumiputera dalam pelbagai sektor kecuali pertanian dan penternakan.

Katanya, skim itu diperkenalkan melalui fokus kedua bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) iaitu memacu pemulihan ekonomi di bawah inisiatif keenam kemudahan mikro kredit.

"Peruntukan secara sekali beri diperuntukkan kepada MARA untuk melaksanakan kemudahan pembiayaan mikro kredit melalui S3P.

"Ia bertujuan membantu 1,000 PKS mikro Bumiputera, terutama mereka yang terjejas akibat COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk meneruskan kelangsungan perniagaan," katanya selepas melancarkan S3P, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Azizah turut menyampaikan pembiayaan Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM) bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) kepada 21 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) Bumiputera.

Sebanyak 12 IPTS Bumiputera menerima cek berjumlah RM10.6 juta dan sembilan penerima surat tawaran pembiayaan PENJANA IPTS, berjumlah RM15.7 juta.

Azizah berkata, skop kemudahan pembiayaan meliputi keperluan modal pusingan, pembelian peralatan, promosi dan pemasaran serta belanja mengurus.

Katanya, had pembiayaan maksimum adalah sehingga RM50,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 72 bulan atau enam tahun tanpa cagaran dan penjamin.

"Justeru, saya menggalakkan lebih ramai usahawan mikro di luar sana untuk merebut peluang dengan memohon S3P bagi membangunkan perniagaan mereka.

"Permohonan hanya perlu dilakukan secara dalam talian melalui portal MyUsahawan yang boleh diakses melalui laman web rasmi MARA atau secara terus di aplikasi MyUsahawan," katanya.

Beliau berkata, bagi memastikan usahawan yang mendapat bantuan S3P kekal bertahan, MARA akan memantau perkembangan mereka setiap tiga bulan.

Sementara itu, Azizah berkata, hanya kira-kira RM1 juta peruntukan digunakan untuk Skim Pembiayaan Perniagaan Dananita (DanaNITA) sehingga kini berbanding dana keseluruhan RM25 juta yang ditawarkan MARA.

Beliau berkata, sebanyak 58 permohonan dalam skim DanaNITA diluluskan tahun ini sehingga Mac, khusus untuk membantu usahawan wanita.

Sehubungan itu, katanya, lebih ramai usahawan wanita digalakkan untuk membuat permohonan kerana dana yang diperuntukkan masih banyak.

Sumber : Berita Harian

 

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 terus meningkat

by

 

Sejak Sabtu lalu, trend kadar kebolehjangkitan (Rt) harian COVID-19 di Malaysia mencatatkan peningkatan dengan nilainya melonjak kepada 1.03 semalam.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook tengah malam tadi, kadar Rt kebangsaan melebihi nilai 1.0, bermula dengan Rt 1.02 pada Sabtu dan kemudian menurun kepada 1.01 pada Ahad sebelum melonjak kepada 1.02 kelmarin dan 1.03 semalam.

Bagaimanapun di peringkat negeri dan wilayah, kadar Rt melebihi purata Rt kebangsaan semalam memperlihatkan penurunan, membabitkan enam negeri berbanding tujuh yang direkodkan kelmarin.

Putrajaya mencatatkan kadar Rt tertinggi semalam dengan nilai 1.30, diikuti Labuan dengan 1.22, Perak (1.15), Sarawak (1.11), Sabah dan Kelantan (1.10). 

Dalam pada itu, tiga negeri yang mencatatkan kadar Rt terendah semalam adalah Perlis dengan nilai 0.67, Terengganu pada kadar 0.69 dan Selangor (0.88).

Data itu turut memberi amaran, sekiranya nilai Rt semasa terus melonjak kepada 1.2, jumlah kes harian COVID-19 diunjurkan boleh mencecah 3,000 kes sehari. 

Sehubungan itu, rakyat dinasihat untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan seperti memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan beberapa peraturan lain membabitkan aktiviti ekonomi dan sosial.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Sebagai contoh, jika nilai Rt adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain.

Semalam, sebanyak 1,300 kes baharu COVID-19 dilaporkan dengan tiga negeri mencatatkan pertambahan kes tiga angka iaitu Sarawak dengan 385 kes, diikuti Selangor (242) dan Kelantan, 126 kes.

 

 


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90