Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label Amanah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Amanah. Papar semua catatan

Salahuddin Ayub meninggal dunia di HSB

by


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, Kedah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai, Johor selama dua penggal, meninggal dunia pada jam 9.23 malam, ketika masih dalam Unit Rawatan Rapi HSB.

Kematian beliau diumumkan oleh anaknya, Fatihah Salahuddin menerusi perkongsian di Facebook.

"Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami, Salahuddin Ayub, telah menghadap Ilahi pada pada 9.23 malam, 23 Julai 2023," katanya.

Salahuddin yang juga Timbalan Presiden AMANAH, dikejarkan ke Jabatan Kecemasan HSB, pada jam 10.15 malam Jumaat lalu, untuk rawatan kecemasan selepas mengalami mual dan muntah-muntah.

Pemeriksaan doktor pakar kemudiannya mengesahkan Salahuddin mengalami pendarahan otak.


PAS Tak Perlu Bergabung Dengan Amanah - Presiden PAS

by

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS ada kekuatan sendiri dan tidak akan bergabung dengan parti baharu yang sedang dalam proses didaftarkan, Parti Amanah Negara (Amanah).

Beliau berkata pengalaman lalu banyak mengajar PAS supaya lebih berhati-hati untuk bekerjasama dengan parti politik lain.

Mengenai status Anggota Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang diminta meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat PAS setelah menyertai Amanah, Abdul Hadi berkata beliau akan dengar dahulu laporan daripada Badan Perhubungan PAS negeri dan PAS Pusat sebelum mengambil sebarang tindakan.

Ketika ditanya kemungkinan anggota PAS akan menyertai perhimpunan yang dicadang diadakan pada 16 September 2015, Presiden PAS itu berkata beliau akan melihat dahulu apa pengisian program berkenaan.

Hari Kebangsaan kita sama-sama sambut, sebab itu baru-baru ini kita tidak menyertai perhimpunan Bersih kerana ia bertembung dengan Hari Kebangsaan,  kita menghormati Hari Kebangsaan.

GHB Tubuh Parti Amanah Negara (Amanah)

by

Gerakan Harapan Baru (GHB) mengumumkan pengambilalihan sebuah parti politik sedia ada yang dikenali sebagai Parti Pekerja-Pekerja Malaysia.

Pengerusi GHB merangkap Presiden baharu Parti Pekerja-Pekerja Malaysia, Mohamad Sabu bagaimanapun berkata parti tersebut akan dijenamakan semula dan bakal dikenali sebagai 'Parti Amanah Negara'.

Katanya, nama baharu dan Perlembagaan parti yang diterajuinya itu akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam masa terdekat.

"Pelancaran parti ini akan dibuat pada tanggal keramat 16 September ini," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

"Dengan permulaan ini, ia sekali gus menampilkan sebuah lagi parti politik Islam di tanah air," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur.

Untuk rekod Parti Pekerja-Pekerja Malaysia ditubuhkan pada 1978 namun gagal memenangi sebarang kerusi yang ditandinginya.

Menurut bekas Timbalan Presiden PAS itu, pemilihan nama Parti Amanah Negara (Amanah) dibuat selepas RoS menolak permohonan penggunakan nama Parti Progresif Islam (PPI).

Pada sidang media sama, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu turut mengumumkan jawatankuasa Amanah iaitu bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang sebagai penasihat umum, bekas naib presiden PAS, Salahudin Ayub sebagai timbalan pengerusi, Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai naib pengerusi, ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Ahmad sebagai ketua wanita, dan Mohd Sany Hamzan sebagai ketua pemuda.

Selain itu, turut dilantik dalam jawatankuasa Amanah ialah Mohd Anuar Mohd Tahir sebagai setiausaha agung, Asmuwi Awi sebagai bendahari agung dan bekas ketua pemuda PAS, Suhaizan Kaiat sebagai setiausaha organisasi.

Mat Sabu berkata, pihaknya menjangkakan seramai 35,000 anggota akan didaftarkan menjelang pelancaran rasmi parti itu pada September 2015.



Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90