Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label Borang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Borang. Papar semua catatan

Borang fotokopi BR1M sah

by
IPOH 17 Dis. - Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang disalin semula adalah sah untuk digunakan selain borang asal yang diedarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menjelaskan, borang tersebut boleh digunakan dalam usaha kerajaan mempercepatkan proses pendaftaran dan pengagihan bantuan dalam tempoh yang ditetapkan.

Katanya, sehingga 15 Disember lalu, sebanyak dua juta borang permohonan diterima LHDN dan kesemuanya sedang diproses bagi memastikan pembayaran dapat dijalankan secara berperingkat selewat-lewatnya pertengahan Januari depan.

"Borang fotokopi memang dibenarkan penggunaanya kerana dalam proses pendaftaran yang menyasarkan 5.2 juta pemohon, adalah amat sukar jika kita bergantung kepada LHDN semata-mata.

"Oleh itu, pembukaan kaunter-kaunter di seluruh negara termasuk penglibatan pemimpin tempatan dalam mengedarkan borang tersebut amat membantu bagi memastikan proses tersebut dapat dilakukan dalam tempoh sebulan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi menjelaskan kekeliruan orang ramai berhubung penggunaan borang fotokopi BR1M di Hotel Impiana di sini hari ini.

Ahmad Husni berkata, walaupun penggunaan borang fotostat dibenarkan, orang ramai diminta berhati-hati dengan borang permohonan yang telah ditokok tambah bagi mengelakkan kegiatan penipuan.

Ini kerana katanya, terdapat aduan mengenai borang permohonan tiruan yang meminta orang ramai menyertakan nombor akaun bank.

"Kita minta orang ramai sekiranya didatangi individu yang mahu menjual borang tersebut dan perlu disertakan dengan nombor akaun bank, segera membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan dijalankan," katanya.

Mengulas mengenai edaran borang permohonan di kawasan-kawasan terpencil, beliau berkata, beberapa pegawai LHDN dengan dibantu pekerja sambilan akan ke kawasan pedalaman terutamanya di Sabah, Sarawak dan Pahang bagi mengedarkan borang tersebut. Borang juga akan diagih bersama akhbar utama pada 19 Disember 2011.

- MINGGUAN MALAYSIA

Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

http://myadha.blogspot.com/2011/12/borang-permohonan-bantuan-rm500-rakyat.html

Latihan Industri / Praktikal di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia - LHDNM seluruh Malaysia

by
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengalu-alukan permohonan daripada pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang sedang mengikuti pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda untuk menjalankan Latihan Industri / Praktikal di cawangan LHDNM seluruh Negara.

Pemohonan yang lengkap berserta salinan asal borang permohonan, surat pengesahan daripada IPTA / IPTS dan resume hendaklah dihantar ke alamat berikut:

Pengarah
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Sumber Manusia
Tingkat 7 (Kiri), Blok 9
Kompleks Bangunan Kerajaan
Jalan Duta, Peti Surat 11833
50758 KUALA LUMPUR
(u.p: Unit Pengajian)

Pertanyaan berhubung Latihan Industri / Praktikal boleh menghubungi no. telefon berikut:

03 – 6209 1397
03 – 6209 1171

http://www.hasil.gov.my


Borang Permohonan Latihan Industri
http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/BorangPermohonanLI.pdf
atau
http://www.scribd.com/doc/72111704/BorangPermohonanLatihan-Industri-Praktikal-Di-Lembaga-Hasil-Dalam-Negeri-LHDN

BorangPermohonanLatihan Industri Praktikal Di Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90