Memaparkan catatan dengan label Buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buku. Papar semua catatan

Selasa, Februari 25, 2020

Buku 500 Vocabulary


*BUKU PERTAMA dan SATU-SATUNYA di MALAYSIA* untuk pelajar berumur dari 4 hingga 12 tahun.

Tak tahu cara terbaik dan terpantas untuk bantu anak lemah B. INGGERIS mahupun BAHASA MALAYSIA ?

Buku ini mampu membantu pelajar dan ibubapa untuk BENAR-BENAR TAHU tentang 5 perkara penting berikut ⤵️

1️⃣ Menyenaraikan sekurang-kurangnya 500 perkataan yang sepatutnya pelajar *TAHU* dalam lingkungan 6 hingga 12 tahun. (Malaysian context)
2️⃣ Senarai perkataan *dwibahasa (BM & English)*. Mampu membantu meningkatkan penguasaan 2 bahasa di dalam satu masa.
3️⃣ Boleh membantu pelajar untuk mengetahui sebanyak mana perkataan yang belum difahami dan perlu *dihafal dan difahami dengan kadar segera*.
4️⃣ Tentang *basic grammar* untuk sekolah rendah dengan *penjelasan dan contoh yang amat mudah*.
5️⃣ Mengandungi *4 Bonus topics* yang sangat menarik.

Isi kandungan :
*(Vocabulary)*
▶️ 170 common nouns
▶️ The 140 most frequent verbs
▶️ 80 opposite words
*(Grammar)*
▶️ Present tense
▶️ Past tense
▶️ Articles
▶️ Demonstrative adjectives
▶️ Personal pronuons
▶️ WH-questions
*3 Extra / Bonus Interesting Topics*
▶️ Occupation
▶️ Emotions
▶️ Proverbs
▶️ Other words to say for phrases you use every day

*Buku "500 Vocabulary"*
123 mukasurat
*PERCUMA* 48 muka surat ' Children's Visual Dictionary'
100% muka surat berwarna warni & ilustrasi sangat ceria

Harga : RM35.00
Kos pos : RM8.00

Wassap 013 979 0000
www.wasap.my/60139790000/500vocab

Selasa, Ogos 02, 2016

Buku Rahsia Membina Senjata Jualan



Kandungan Buku: Rahsia Membina Senjata Jualan

Bahagian Satu - Pengenalan

Bab 1 Asas Penyampaian Mesej Jualan Melalui Surat
1.1 Bagaimana surat boleh membantu usaha jualan
1.2 Persoalannya sekarang, kenapa anda perlukan surat jualan?
1.3 Mesej jualan melalui surat
1.4 Jualan lwn emosi pembaca

Bahagian Dua - Bagaimana Merancang Sistem Pembinaan Senjata Jualan Anda


Bab 2 : 10 Langkah Bagi Merancang Sistem Pembinaan Senjata Jualan Anda

2.1 Kenal pasti pelanggan anda
2.2 Gunakan imiginasi dan fahami pelanggan anda
2.3 Kenali produk atau perkhidmatan anda
2.4 Tentukan tawaran anda
2.5 Tarik perhatian dengan menjanjikan sesuatu yang besar
2.6 Cipta keunikan bagi menarik pembeli
2.7 Senaraikan kelebihan serta faedah-faedah produk atau servis anda
2.8 Buktikan apa yang anda janjikan dan tawarkan adalah benar
2.9 Ramal dan hadapi bantahan pelanggan
2.10 Tutup mesej jualan anda dan tukarkannya kepada belian oleh bakal pembeli anda

Bahagian Tiga - Bagaimana Memulakan Pembinaan Senjata Jualan Anda


Bab 3 Mulalah Menulis Mesej Jualan Anda
Bab 4 14 Langkah Mudah Bagi Menulis Surat Jualan
Bab 5 Bagaimana Membina ‘Headline’ Atau Tajuk Utama Yang Berkesan
Bab 6 Bagaimana Memulakan Surat Jualan
Bab 7 Bagaimana Menulis P/S Atau Pesanan Terakhir Anda
Bab 8 Hukum 24 Jam

Bahagian Empat - Bagaimana Menyiapkan Pembinaan Senjata Jualan Anda


Bab 9 Baca Dan Periksa Semula Tulisan Anda
9.1 Periksa semula teknik dan taktik penulisan anda
9.2 Periksa gaya penulisan anda
9.3 Gunakan perkataan-perkataan serta ayat-ayat yang berkuasa tinggi
9.4 Gunakan bantuan gambar/grafik
9.5 Beri perhatian kepada 13 perkara kecil yang memberi pengaruh besar dalam surat jualan
9.6 Tulis semula
9.7 Lihat senarai periksa anda (checklist)

Bahagian Lima - Contoh-contoh surat jualan


Contoh-contoh surat jualan

Bahagian Enam - Penutup
Tahniah!

Bahagian Bonus #1
Analisa penulisan surat jualan oleh Zamri Nanyan

Bahagian Bonus #2
Analisa penulisan surat jualan oleh Amirul Faisyal

Khamis, Julai 07, 2016

Buku Menjual Perkhidmatan Di Internet



Tajuk Buku: Menjual Perkhidmatan Di Internet
3 langkah untuk menjana wang dan membina perniagaan Internet yang berjaya

Buku ini menerangkan teknik-teknik untuk menjual perkhidmatan anda di Internet dengan hanya melalui tiga langkah mudah. Ia memberikan tip-tip seperti cara-cara meningkatkan keyakinan pelawat terhadap laman web anda dan teknik-teknik mempromosikan laman web perkhidmatan anda.

Pengarang:
Osman Affan merupakan seorang professional trainer di dalam bidang Motivasi dan Kemahiran Belajar. Beliau juga telah ditauliahkan oleh Irfan Khairi Sdn Bhd sebagai seorang Certified Internet Business Trainer. Respon yang diterima untuk kursus motivasi beliau telah berlipat ganda sejak beliau menggunakan Internet untuk mempromosikan perkhidmatan beliau. Laman web beliau www.OsmanAffan.com merupakan contoh terbaik mengenai bagaimana anda boleh menjual perkhidmatan anda di Internet.

LANGKAH 1: TINGKATKAN TAHAP KEPERCAYAAN
Bahagian 1: Membina identiti perkhidmatan anda
Bahagian 2: 7 tip meningkatkan kepercayaan
Tip# 1 Tunjukkan bahawa anda seorang pakar
Tip# 2 Wujudkan keperluan diminda pelanggan
Tip# 3 Utarakan masalah
Tip# 4 Cipta keunikan
Tip# 5 Tonjolkan kebaikan
Tip# 6 Pujuk emosi, bukan fikiran logik pelanggan
Tip# 7 Kaitkan perkhidmatan anda kepada sesuatu yang sedia ada dipercayai

LANGKAH 2: BINA LAMAN WEB
Pengenalan
Nama domain (domain name)
Sewa ruang diInternet (web hosting)
Merekacipta laman web (web design)
Menerima bayaran di Internet

LANGKAH 3: TARIK PELAWAT
Pengenalan
Hebahkan tentang laman web anda
Tarik pelawat untuk masuk ke laman web anda
Kumpul e-mel pelawat laman web anda
Kesimpulan bagi ketiga-tiga langkah memasarkan perkhidmatan anda di Internet

TOPIK KHAS: 7 TIP MENTALITI USAHAWAN INTERNET
Pengenalan
Tip# 1 Mengesan peluang melalui matlamat
Tip# 2 Hapuskan halangan minda
Tip# 3 Tingkatkan kebolehan belajar
Tip# 4 Keluar dari zon selesa
Tip# 5 Bina jambatan ilmu
Tip# 6 Melabur untuk minda
Tip# 7 Bersyukur

Rabu, Mac 05, 2014

Soalan Lazim Mengenai Baucer Buku 1Malaysia 2014

SOALAN LAZIM - BAUCER BUKU 1 MALAYSIA 2014

Soalan 1) Saya baru tamat pengajian pada bulan Feb 2014 dan akan berkonvo pada bulan Mei ini, jadi layak tak terima baucer buku?

Jawapan :Ya layak, semua pelajar yang aktif dalam tempoh Jan-Jul 2014 adalah layak menerima baucer buku. (Ini kerana status pelajar masih lagi aktif dalam bulan Jan 2014)

Soalan 2) Saya pelajar Diploma telah berkonvo pada bulan Nov tahun lepas, jadi layak tak terima baucer buku?

Jawapan: Tidak layak, hanya pelajar yang aktif dalam tempoh Jan-Jul 2014 sahaja yang layak menerima baucer buku

Soalan 3) Boleh tak saya wakilkan kawan untuk ambil baucer buku?

Jawapan : Tidak boleh, pelajar perlu hadir sendiri untuk mendapatkan baucer buku ini.

Soalan 4) Saya sedang menjalani praktikal di Sabah dan kampus pengajian di Shah Alam, jadi boleh tak saya ambil di UiTM Sabah?

Jawapan : Ya boleh, pelajar boleh ambil dimana-mana cawangan UiTM yang berdekatan. Hanya perlu bawa kad pelajar dan kad pengenalan.

Soalan 5) Bila tarikh akhir boleh ambil baucer buku?

Jawapan : Tarikh sahlaku baucer adalah pada 31 Jul 2014. Jadi pelajar boleh ambil baucer sebelum/pada tarikh berkenaan.

Soalan 6) Saya berstatus cuti khas/digantung bagi sesi Sept – Jan 2014, jadi layak ke terima baucer buku?

Jawapan : Ya layak, semua pelajar yang aktif dalam tempoh Jan-Jul 2014 adalah layak menerima baucer buku. (Ini kerana status pelajar diaktifkan semula bermula Feb 2014)

Soalan 7) Saya tidak berada di Malaysia dari tempoh Dis – Jul 2013, jadi layak tidak untuk terima baucer buku?

Jawapan : Tidak layak, kriteria kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian adalah pelajar harus berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BB1M.

Sekian untuk makluman.

Sumber:
BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN PELAJAR UiTM
https://www.facebook.com/mppuitm


Isnin, Jun 03, 2013

Buku sifat solat Nabi


Apabila memperkatakan tentang sifat solat Rasulullah SAW, terdapat banyak pendapat yang mungkin bercanggah antara satu sama lain memandangkan wujudnya perbezaan mazhab dalam Islam.

Justeru, bagi mengelakkan salah faham berlaku dalam kalangan umat Islam di Malaysia, pendakwah bebas, Muhammad Abdullah tampil dengan buku bertajuk Sifat Solat Nabi Mengikut Mazhab As-Syafie.

Muhammad berkata, buku itu merupakan hasil rangkuman daripada kursus-kursus solat yang pernah diadakan sebelum ini.

“Ia diterbitkan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai salah satu usaha memupuk kefahaman yang jitu mengenai kesempurnaan ibadah solat yang merupakan Rukun Islam kedua.

“Buku ini ditulis bagi menjelaskan mengenai cara solat dan perkara-perkara yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad mengikut mazhab Imam Syafie yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia. Ia turut disertakan dengan dalil-dalil daripada hadis-hadis sebagai hujahnya,” ujar beliau yang turut dikenali sebagai Ustaz Amin.

Menurut beliau, sebagai seorang Muslim, kita harus memahami bahawa solat itu merupakan tiang agama. Ia adalah satu ibadah yang dianugerah oleh Allah SWT terus kepada Rasulullah tanpa perantaraan Jibril a.s.

“Nabi sendiri menyatakan bahawa sesiapa yang mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkannya, maka dia telah meruntuhkan agama.

“Malah, baginda juga pernah bersabda bahawa sesungguhnya sempadan antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan solat. Ini menunjukkan betapa pentingnya solat dalam kehidupan kita sehari-hari,” terang Muhammad.

Tambahnya, dengan memperbaiki solat bermakna kita akan menyempurnakan ibadah tersebut seterusnya menggapai reda Ilahi.

“Keberhasilan daripada kesempurnaan solat itu akan menyelamatkan kita daripada dua perkara. Pertama solat menjadi penghalang melakukan kemungkaran di dunia dan kedua terhindar daripada azab api neraka di akhirat kelak.

“Justeru, saya berharap para pembaca termasuk saya sendiri dapat menunaikan solat dengan sempurna melalui panduan yang diberikan dalam buku ini,” ujar beliau.

Buku itu juga dilengkapi dengan teori yang secukupnya berasaskan nas-nas serta dalil mengikut pandangan mazhab Syafie di samping contoh-contoh gambar yang tepat dan padat.

Panduan bergambar turut disertakan dalam contoh-contoh pelaksanaan solat yang betul, salah dan kurang tepat sebagai rujukan kepada masyarakat Islam melaksanakan ibadah ini.

Terdapat lapan bab yang disusun mengikut tertib bagi memudahkan pembaca. Ia dimulai dengan pengenalan umum mengenai solat, tujuh kesempurnaan solat, rukun solat serta sifat solat Nabi dari takbir sehingga salam meliputi perkara rukun, sunat dan makruh.

Tidak ketinggalan menjaga 10 perkara yang berkaitan dengan sembahyang, lain-lain berkaitan, khusyuk dalam sembahyang dan perbahasan kesalahan dalam solat.

“Solat yang baik apabila dapat disempurnakan dengan sebaik-baiknya. Bagi orang yang beriman, solat merupakan penyejuk hati dan antara sumber ketenangan serta kebahagiaan.

“Ini kerana solat yang disempurnakan dengan jiwa tauhid yang mendalam akan menjadikan rasa kehambaan melekat kuat di hati. Kecintaan pada Allah itu disulami dengan perasaan takut dan harap kepada-Nya.

“Oleh itu, orang yang beriman akan menjaga solat wajibnya dan memperbanyakkan solat sunat, bahkan rindu serta terhibur dengan ibadah ini,” ungkap Muhammad mengakhiri bicara.

- KOSMO