Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label GSTT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GSTT. Papar semua catatan

150 GSTT mendaftar di IPGTAA

by

KUALA LIPIS 24 Jan. – Seramai 150 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) mendaftar sebagai pelajar baharu bagi mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) di Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan (IPGTAA) di sini baru-baru ini.

Seramai 74 guru pelatih DPLI ditawarkan empat bidang kursus iaitu Pendidikan Muzik, Pendidikan Pemulihan, Pendidikan bahasa Cina Satu dan Pendidikan bahasa Cina membabitkan tempoh pengajian selama 18 bulan.

Bagi guru pelatih PPISMP pula, 76 orang akan mengikuti pengajian peringkat ijazah perguruan selama lima setengah tahun dalam kursus bidang Pengajian Bahasa Melayu, Pengajian Sejarah, Pengajian Pemulihan dan Pengajian Bahasa Cina.

Kesemua mereka mengikuti program Minggu Pengurusan Pelajar Baru selama seminggu dan majlis penutup dilakukan oleh Pengarah IPGTAA Lipis, Jaafar Idris.

Jaafar dalam ucapannya meminta mereka memberi fokus kecapaian bidang akademik dan kokurikulum sepanjang tempoh pengajian di institut berkenaan.

“Pengetahuan dan kemahiran perguruan sepanjang pengajian nanti sebagai bekalan untuk membabitkan diri bersama-sama masyarakat sekali gus inovasi tugas yang kritis serta kreatif ke arah melahirkan guru cemerlang,” katanya.

Dalam pada itu, seorang guru pelatih DPLI, Zurina Kassin, 32, berkata, pengalaman sebagai guru GSTT selama tujuh tahun antara bekalan untuk berkongsi dengan guru pelatih lain semasa menuntut di institut berkenaan.

“Saya berterima kasih kepada kepada Kementerian Pelajaran kerana memberi peluang mengikuti latihan di sini dan akan menggunakan segala kesempatan itu untuk menambah pengetahuan serta pengalaman sebelum bertugas sebagai guru sebenar nanti,” katanya.

Seorang guru pelatih PPISMP, Ganesan a/l Mudiandy, 32, berkata, tawaran mengikuti pengajian di sini memberi ruang untuk dia menjalani kerjaya dan kehidupan lebih baik setelah lama berkhidmat sebagai GSTT sebelum ini.

Bagi seorang guru pelatih DPLI, Gan Ying Tit, 25, dari Klang, Selangor, tawaran latihan perguruan di situ menzahirkan pengisian iltizamnya menjadi seorang pendidik dengan mengisi kerjaya profesional pada masa akan datang.

- UTUSAN

Semakan Keputusan Rayuan Latihan Perguruan bagi Calon GSTT Ambilan Disember 2011

by
Semakan Keputusan Rayuan Latihan Perguruan bagi calon Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Mod Sepenuh Masa bagi tujuan semakan dokumen boleh dibuat di: http://apps.moe.gov.my/abpg/rayu_gstt

Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)

http://www.moe.gov.my

7,079 Guru Sandaran Tidak terlatih GSTT Ditawarkan Ikuti Kursus Perguruan pada 2012

by

Seramai 7,079 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) akan ditawarkan mengikuti latihan dan kursus perguruan mulai Januari tahun depan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong.

Katanya, dari jumlah itu, seramai 4,433 GSTT akan mengikuti latihan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mulai Februari, manakala selebihnya di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), bermula 9 Januari.

Beliau berkata mereka itu merupakan antara 13,184 GSTT yang telah berkhidmat sejak Jun tahun lepas dan diberikan keutamaan kerana memenuhi syarat, antaranya telah berkhidmat sebagai GSST lebih dua tahun serta berusia tidak lebih 35 tahun pada 31 Dis 2010.

"Kementerian Pelajaran memang memandang serius apa jua pandangan dan keluhan berhubung GSTT. Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang juga Menteri Pelajaran turut begitu prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh GSTT. "Ini (pengumuman hari ini) menunjukkan komitmen dan janji Timbalan Perdana Menteri kepada 13,184 GSST yang berkhidmat dalam Kementerian Pelajaran dan dikotakan oleh beliau sendiri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Guru Sandaran di Putrajaya pada Isnin.

Daripada 13,184 GSTT, Wee berkata seramai 1,799 pula sedang mengikuti kursus dan latihan perguruan mod Kursus Dalam cuti (KDC) manakala 2,788 GSST pula tidak mengemukakan dokumen yang lengkap untuk dipertimbangkan bagi mengikuti kursus perguruan dan mereka diberi tempoh sehingga Isnin depan (26 Dis) untuk membuat rayuan.

"Mereka diberi tempoh sehingga 26 Disember untuk kemukakan dokumen asal dan kami akan terima mereka secara berperingkat," katanya.

Selain itu, beliau berkata sebanyak 2,928 GSTT pula tidak layak untuk mengikuti kursus perguruan kerana melebihi had umur serta tempoh berkhidmat kurang daripada dua tahun secara berturut-turut.

Bagaimanapun, katanya disebabkan kumpulan itu komited terhadap sistem pendidikan negara, maka kementerian menawarkan mereka meneruskan perkhidmatan secara "contract of service".

"Contract of service ini tidak dibuat untuk jangka panjang...secara berperingkat dan boleh diperbaharui mengikut keperluan pada ketika itu," katanya.

Wee turut memberi jaminan bahawa mereka yang berkhidmat secara "contract of service", pendapatan dan kebajikan mereka akan tetap sama seperti ketika menjadi GSTT.

Wee berkata Timbalan Perdana Menteri juga membuat keputusan bahawa kesemua GSST berkenaan, tidak perlu membayar balik gaji yang diterima mereka sejak Oktober lepas. "Dengan pengumuman hari ini, isu ini dianggap telah diselesaikan secara komprehensif dan jangan ada yang bangkitkannya lagi," katanya.

- BERNAMA

Semakan Keputusan Kursus Perguruan bagi Guru GSTT
http://myadha.blogspot.com/2011/12/semakan-keputusan-kemasukan-ke-latihan.html

PANDUAN MEMBUAT RAYUAN

Kepada Guru GSTT yang tidak berjaya di dalam permohonan ke Kursus Perguruan tetapi memenuhi syarat kelayakan seperti berikut boleh membuat rayuan untuk pertimbangan semula:

Syarat -syarat yang telah ditetapkan oleh KPM untuk dipertimbangkan:
- GSTT yang dilantik sehingga Jun 2010 (tidak termasuk PRE, Guru Ganti, Guru Kontrak)
- Telah berkhidmat selama 2 tahun Termasuk 2010 (sehingga Jun. Lantikan selepas Jun tidak diambil kira) serta tahun 2009 dan / 2008
- Umur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010

Tulis surat rasmi rayuan dan sertakan bersama salinan dokumen yang disahkan seperti berikut:
1) Kad pengenalan
2) Sijil kelahiran
3) Sijil berhenti sekolah
4) Sijil akademik (spm, stpm, stam, diploma, ijazah) * termasuk transkrip akademik
5) Pengiktirafan ijazah (jika berkaitan)
6) Surat lantikan GSTT
7) Surat pengesahan bertugas di sekolah (kalau pernah mengajar banyak sekolah, sertakan setiap sekolah)
8) Gambar berukuran passport

Boleh pergi sendiri (dengan tangan) atau hantar menggunakan Poslaju bagi mengelakkan kelewatan ke alamat:

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
Telefon : 03-8884 1260/ 1254/ 1253/ 1371/ 1235

Tuliskan "RAYUAN PERMOHONAN GURU GSTT KE KURSUS PERGURUAN" di sebelah kiri atas sampul surat.

Sebaiknya rayuan hendaklah sampai sebelum 26 Disember 2011 (Isnin)

7,920 dilantik semula sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih - GSTT

by
Sehingga 18 Ogos lalu, seramai 7,920 telah dilantik semula sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di seluruh negara termasuk Sabah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, daripada jumlah itu kira-kira 1,258 sedang mengikuti Kursus Dalam Cuti melalui mode KPLI-KDC atau KDPM-KDC manakala 862 lagi tidak melaporkan diri untuk bertugas.

"Semua yang dilantik ini memenuhi syarat asas ditetapkan oleh kementerian iaitu berumur kurang 35 tahun pada 2010, berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun dan memenuhi syarat lantikan Anggota Perkhidmatan Awam," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abd Rahman Dahlan yang ingin mengetahui mengapa masih ada GSTT di Sabah yang belum diambil bekerja secara tetap.

Wee berkata, bagi negeri Sabah, sehingga bulan lalu, seramai 516 orang telah dilantik semula sebagai GSTT manakala selebihnya akan ditawarkan terus untuk mengikuti latihan di Institut Pendidikan Guru (IPG) pada Januari 2012.

"Tawaran untuk mengikuti kursus-kursus di IPG bergantung kepada syarat asas mengikuti latihan perguruan seperti yang telah ditetapkan kerajaan," katanya.

Tambah beliau, kementerian sedang merancang untuk menyediakan kira-kira 7,508 tempat bagi semua GSTT yang telah dilantik bermula Januari 2012 menerusi mod sepenuh masa di bawah KPLI-SR, KPLSPM dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).

- MSTAR

Kontrak GSTT disambung semula

by
Seramai 1,614 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) akan kembali senyum apabila Kementerian Pelajaran menyambung semula kontrak yang ditamatkan tahun lalu dalam masa terdekat bagi menampung kekurangan tenaga pengajar.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata bagi 578 guru GSTT di Sabah yang ditamatkan kontrak tahun lalu pula, kementerian turut memutuskan mengkaji semula kedudukan mereka berikutan sebahagian besar daripada mereka hanya berkhidmat selama dua tahun.

Katanya, guru GSTT yang disambung kembali kontraknya adalah mereka yang berkhidmat selama tiga tahun berturut-turut.

Kementerian juga dalam proses untuk menyerap guru GSTT yang masih dalam kontrak dan sudah bertugas lebih tiga tahun ke jawatan guru tetap melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Dalam Cuti (KDC).

“Kita akan panggil kembali (guru GSTT) untuk ditempatkan semula di sekolah yang ada kekurangan guru. Jika sekolah mereka (mengajar) sebelum ini sudah dipenuhi guru terlatih, maka guru GSTT ini akan ditempatkan di sekolah lain.

“Daripada 1,614 guru GSTT berkenaan 388 akan ditempatkan di sekolah rendah dan selebihnya di sekolah menengah. Kedudukan guru GSTT di Sabah pula kita akan kaji, kerana ada juga guru GSTT yang berkhidmat lebih tiga tahun tetapi tidak secara berturut-turut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, guru GSTT yang ditamatkan kontrak oleh Kementerian Pelajaran merayu supaya kontrak mereka dilanjutkan semula selain berharap dapat diserap sebagai guru tetap.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Hashim Adnan, berkata kementerian perlu mencari mekanisme khusus untuk menyerap lebih ramai guru GSTT sebagai guru tetap.

“Kalau boleh kementerian turut memanggil kembali guru GSTT yang sudah bertugas lebih setahun ataupun dua tahun, kerana mereka ini sudah memiliki pengalaman. Jadi kumpulan ini juga perlu dipertimbangkan,” katanya.

Hashim berkata, guru GSTT lepasan ijazah perlu diberi ruang untuk diserap sebagai guru tetap terutama bagi menampung keperluan kekurangan guru di sekolah menengah.

- BERITA HARIAN

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90