Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label Iklan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Iklan. Papar semua catatan

Saiz payudara bukan ukuran seksi - My Couture

by

Bagi kebanyakan lelaki, kecantikan wanita diukur daripada wajahnya namun jantung kaum Adam pasti berderau tatkala melihat kehebatan aset wanita. Maka tidak hairanlah jika ramai wanita amat teliti dalam aspek pemakaian coli terutama aspek keselesaan tetapi pada masa sama ia harus memberi ilusi payudara yang lebih montok.

Berbicara mengenai coli pada suatu masa dahulu mungkin sesuatu yang tabu tetapi wanita moden kini lebih terbuka. Seseorang wanita perlu mengenal rupa bentuk dan posisi payudara masing-masing sama ada berbentuk bulat, pendulous, kecil atau di dalam posisi normal, jauh dan dekat.

Waktu paling sesuai mengenakan pakaian dalam adalah selama lapan hingga 10 jam sehari tetapi Pengarah Kreatif My Couture Sdn. Bhd., Hanim Shahrom menyarankan wanita tidak memakai coli ketika tidur.

Cerita Hanim, pemilihan saiz dan bentuk pakaian dalam yang bersesuaian sangat penting kerana secara tidak langsung ia memberikan pengaruh kepada bentuk payudara seseorang wanita.

“Pakai coli untuk diri sendiri dan ia perlulah selesa. Ada wanita beranggapan memakai coli yang menampakkan payudara lebih besar sebagai petanda seksi tetapi tanggapan itu sebenarnya salah.

“Wanita perlu sedikit ilmu tentang cara memilih dan mengetahui saiz sendiri. Kesesuaian rekaan coli dengan tubuh badan perlu diberi perhatian oleh setiap wanita kerana masih ramai yang tidak memahami konsep jenis mangkuk dan saiz ukur lilit masing-masing,” jelas wanita kelahiran Kluang, Johor ini.

Tambahnya, teknik tiga segi digunakan bagi mengenal pasti kiraan tepat untuk jenis payudara dengan menjadikan titik puting payudara dan tulang dada sebagai penanda aras.

“Boleh dikatakan hampir 70 peratus wanita Malaysia memiliki payudara bersaiz sederhana dan besar manakala selebihnya memiliki payudara kecil. Proses pembuatan pakaian dalam juga tetap rumit tanpa mengira saiz payudara seseorang wanita.

“Proses pembuatan bermula dengan penghasilan sehelai saiz prototaip, contohnya saiz 34B. Saiz ini akan diuji pakai ke atas model sebenar yang bersaiz 34B dan proses teknikal akan dilakukan ke atas pakaian dalam ini dari pelbagai aspek untuk memastikan keselesaan dan kesesuaian menurut piawaian berpandukan standard antarabangsa.

“Saya sentiasa berfikir yang terbaik untuk kaum wanita dengan menyediakan produk yang digemari. Kadangkala saya menyamar untuk mendapatkan maklum balas mengenai produk keluaran saya,” tutur isteri kepada Ahmad Dzulkifflee Mohd. Yusof, 50, itu.

Warna berani

Jelasnya, persaingan dengan jenama antarabangsa membuatkannya berusaha untuk menghasilkan rekaan unik agar dapat menarik hati pelanggan.

“Untuk menghasilkan satu rekaan pakaian dalam yang benar-benar berkualiti dan selesa, pihak syarikat memerlukan jangka masa sehingga empat bulan kerana pembuatan coli merangkumi segala aspek daripada segi pemilihan fabrik, warna dan ujian pemakaian.

“Warna-warna asas seperti hitam, coklat, kelabu serta merah jambu merupakan warna yang paling popular dan laris dalam kalangan wanita Malaysia berbanding wanita Barat yang lebih gemar warna putih dan krim.

“Pemilihan warna sangat subjektif dan berkait rapat dengan emosi seseorang wanita selain ia turut dipengaruhi oleh iklim sesebuah negara tetapi ramai juga yang teruja untuk mempelbagaikan koleksi pakaian dalam mereka dengan memilih warna-warna berani seperti merah, terracota, hijau, ungu dan warna-warna lain,” jelasnya sambil memberitahu, jangka hayat pakaian dalam bergantung kepada cara penjagaan si pemakai.

Ujarnya, selain memenuhi kepuasan emosi wanita Malaysia yang sukakan fabrik jenis renda, Hanim turut memberikan sokongan yang mantap untuk wanita tampil lebih yakin, kemas dan langsing dengan hanya dengan memakai pakaian dalam yang menepati saiz sebenar si pemakai.

“Saya meletakkan perancangan untuk menguasai sepenuhnya bidang perniagaan pakaian dalam di Malaysia, memandangkan jenama My Treasure sudah berada di pasaran sejak 1998. My Treasure menjanjikan produk terbaharu dengan kualiti dan keselesaan setanding dengan jenama antarabangsa,” tambahnya yang memiliki kilang pembuatan pakaian dalam di Kampung Jawa, Klang.

Jelasnya, koleksi My Treasure boleh dibeli dengan harga bermula RM20 hingga RM70 melalui internet dan di lebih 70 lokasi pasar raya besar AEON dan Giant.

Cerita Hanim, dia terlibat dalam keseluruhan aspek pembuatan coli bermula dengan cetusan ilham, lakaran prototaip, seni, fesyen, renda, fabrik, melatih pekerja, menilai kualiti, memahami emosi dan hati pelanggan,

Hanim mempunyai formula keselesaan sendiri dengan setiap rekaan yang diperkenalkan melalui proses dan menepati piawaian antarabangsa yang kemudian disesuaikan dengan bentuk tubuh wanita Malaysia.

“Menceburkan diri di dalam bidang ini bukan sahaja memerlukan kepakaran dari segi penghasilan produk tetapi ia lebih kepada memberikan keselesaan dan pilihan yang tepat serta paling berbaloi dengan harga yang dibayar oleh pelanggan.

“Mengekalkan pelanggan yang setia dengan produk yang dihasilkan adalah suatu cabaran perniagaan yang agak sukar memandangkan pakaian dalam berkait rapat dengan faktor keselesaan di mana perkara itu adalah sangat subjektif,” ujar wanita berumur 47 tahun ini.

My Couture boleh dilayari di : http://www.facebook.com/MyCouture.com.my

- KOSMO!

 
 

Khasiat ekstrak delima

by

Mengamalkan sunnah junjungan Nabi Muhammad SAW bukan sahaja tertumpu kepada perbuatan dan aktiviti seharian, malah melalui pengambilan makanan seharian juga digalakkan di sisi Islam.

Makanan yang diambil secara berkhasiat dan kaya dengan bahan yang baik dapat membantu menyihatkan badan. Antara buah-buahan yang digalakkan dalam Islam adalah buah delima.

Khasiatnya turut disebut dalam hadis mauquf di mana antara lain Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa buah delima adalah antara daripada buah-buahan syurga, tidak ada satu pun buah delima yang kalian tanam melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima syurga.

Menyedari kekurangan produk minuman yang dihasilkan berlandaskan minuman sunnah, Pemilik Gofocus International Sdn. Bhd., Rumawi Kasolan mengetengahkan minuman BioDelima.

"Di pasaran ketika ini terdapat pelbagai jenis minuman jus buah-buahan dari luar negara, tetapi tidak semua jus yang kita beli itu terjamin dari segi halal dan cara pembuatan yang berlandaskan syariat Islam.

"Sebagai umat Islam kita bertuah kerana Allah telah sebutkan beberapa jenis buah-buahan syurga dalam al-Quran yang baik untuk kesihatan.

"Bertitik tolak dari situ, saya bersama-sama rakan iaitu Dr. Abdul Razak Ibrahim telah menghasilkan produk BioDelima ," katanya.

Ujar Rumawi, syarikatnya yang beroperasi sejak dua tahun lalu, kini mempunyai lima produk minuman berasaskan ekstrak buah delima di samping gabungan buah-buahan lain.

"Produk pertama yang dihasilkan oleh syarikat kami adalah Jus Biodelima yang kaya dengan kandungan phytochemical untuk kebaikan jantung dan kelancaran saluran darah.

"Jus delima mengandungi pelbagai khasiat seperti mineral dan vitamin yang amat diperlukan bagi membantu mengekalkan dan menangani masalah kesihatan serta menyihatkan tubuh badan.

"Produk ini boleh digunakan seawal peringkat bayi dalam kandungan sehinggalah kepada warga emas.

"Kini produk ini boleh didapati dalam lima jenis yang berlainan bentuk iaitu BioDelima kolagen, BioDelima Steamcell, Kopi BioDelima, Jus BioDelima Kolagen dan BioDelima Minda," katanya.

Menurut Rumawi, bahan-bahan untuk menghasilkan produk tersebut diimport dari negara-negara Asia Barat selain madu yang diambil dari Malaysia.

Antara bahan utama yang digunakan untuk produk itu adalah buah delima, kurma, zaitun, biji anggur, madu, habbatus sauda, menna dan goji.

"Mengikut buku perubatan Parsi, buah delima boleh membantu membaik pulih fungsi hati dan limpa. Juga membantu mencuci buah pinggang dan salur kencing serta sistem penghadaman.

"Di samping itu ia juga membantu membuang lemak-lemak berlebihan, membantu membaik pulih masalah jantung, membantu mengelakkan alahan bagi wanita mengandung, membantu merawat pesakit kencing manis dan menambahkan tenaga," kata Rumawi.

Ujarnya, ketika ini Jus BioDelima premium paling mendapat sambutan di kalangan pelanggan yang mengamalkan pemakanan sunnah.

Kesemua produk Bio Delima melalui proses Amalan Pengilangan Islam atau lebih dikenali dengan IMP (Islamic Manufacturing Practice).

"IMP diwujudkan untuk pengusaha industri yang beragama Islam atas kesedaran keperluan umat Islam pada zaman ini kepada pemakanan yang suci dari aspek rohani dan jasmani.

"Kesucian dari aspek rohani bermaksud tangan-tangan yang mengusahakan produk adalah tangan Muslim.

"Mereka yang memahami dan terikat dengan hukum-hukum Islam serta patuh kepada perintah Allah akan menambah keberkatan terhadap apa yang diusahakannya.

" Ini adalah kerana nur Islam yang ada pada dirinya adalah nilai yang tidak terdapat pada pengusaha bukan Islam," katanya.

Kata Rumawi lagi, bagi membantu orang ramai menambah pendapatan dengan menjadi pengedar produk BioDelima, syarikatnya telah menganjurkan Program Usahawan BioDelima Nasional.

"Program ini dianjurkan kepada lulusan universiti yang masih menganggur, belia dan suri rumah yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan menambah pendapatan.

"Selain itu, syarikat kami juga sedang mencari pekerja yang berminat untuk memohon jawatan sebagai eksekutif pemasaran yang mempunyai kelayakan diploma dan ijazah sarjana muda," katanya.

Sebarang maklumat lanjut mengenai produk ini boleh hubungi talian 013-2834777/ 03 5512 0058 atau berkunjung ke No 72A, Jalan Pelabur A, 23/A, Seksyen 23, 40300 Shah Alam Selangor. Pelanggan juga boleh layari laman sesawang www.biodelima.com.my


 - UTUSAN 

Bagaimana ingin mengiklan di Facebook Ads?

by




Pengiklanan Facebook atau disebut FB Ads adalah medium iklan yang melakukan penyaringan terhadap pelawat yang bersesuaian dengan sasaran demografi. Anda dengan mudah boleh mengklasifikasikan pencarian prospek pembeli anda, contohnya demografi prospek berdasarkan umur sekitar 20 – 35 tahun, lelaki atau perempuan yang sudah berumur atau remaja yang tinggal di Malaysia sahaja. Dengan kata mudah, anda boleh memilih kelompok sasaran tertentu yang akan melihat iklan anda.

FB Ads ini membolehkan pengguna di Facebook mengiklankan produk, perniagaan mereka, servis mereka, atau apa saja (kecuali produk-produk larangan) di facebook. Iklan ini akan dipaparkan di sebelah kanan (sidebar) Facebook pengguna. Jumlah bayaran yang dikenakan oleh pihak FB adalah serendah USD0.01 untuk satu trafik/pelawat yang diperolehi! Walaubagaimanapun, untuk berjaya mendapat jualan dan prospek yang tinggi, anda perlu mengetahui teknik terbaik untuk mengiklan di Facebook Ads.

Untuk belajar dan mengetahui teknik-teknik terbaik mengiklan di Facebook, anda boleh mendapatkan TEKNIK FBO di : http://www.teknikfbo.com/hop.php?ref=my



Pengambilan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan - PISMP Ambilan Jun 2012

by

* Klik imej untuk lihat lebih jelas.

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam dipelawa untuk memohon program perguruan yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti berikut:

STRUKTUR PROGRAM

- Program Persediaan (Lapan Belas Bulan/ Tiga Semester)
- Program Ijazah (Empat Tahun/ Lapan Semester)

SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat
    • Cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran; DAN
    • Sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
      • Bahasa Melayu
      • Sejarah
      • Satu mata pelajaran yang lain serta;
      • Lulus Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.
 PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN 

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

  • Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama 18 bulan atau 3 semestar di institusi yang ditetapkan.
  • Calon mesti lulus Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 4 tahun atau 8 semestar di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 
BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN

Sekolah Kebangsaan (SK)

  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Penddikan Rendah
  • Bahasa Tamil Pendidikan Rendah
  • Bahasa Cina Pendidikan Rendah
  • Bahasa Arab Pendidikan Rendah
  • Bahasa Kadazan Dusun Pendidikan Rendah
  • Bahasa Iban Penddikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Penddikan Rendah
  • Matematik Pendidikan Rendah
  • Sains Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
  • Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah

Sekolah Jensi Kebangsaan Tamil (SJKT)

  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Penddikan Rendah
  • Matematik Pendidikan Rendah
  • Sains Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
  • Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah 
CARA MEMOHON

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my/
  • APLIKASI PERMOHONAN KPLSPM 2012 : http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspmjun2012/syarat-khusus-bidang.cfm
  • Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00 melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) mulai 22 Mac 2012. Pembelian no. PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat berkenaan bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Butiran permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak. 
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 5 APRIL 2012

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:

  • BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
    ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
    KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
    62604 PUTRAJAYA
    (u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
    Telefon : 03 8884 1260/ 1249/ 1246/  1242/ 1245 
  • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
    Cawangan Sabah
    d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
    Peti Surat 10491
    88805 Kota Kinabalu,
    Sabah
    Telefon : 088 236804
  • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
    Cawangan Sarawak
    Jalan College
    93259 Kuching,
    Sarawak
    Telefon : 082 258045 
APLIKASI PERMOHONAN KPLSPM 2012 : http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspmjun2012/syarat-khusus-bidang.cfm




KALENDAR AKTIVITI PERMOHONAN

1. Calon hendaklah menyemak permohonan dari semasa ke semasa untuk mengetahui status permohonan masing-masing. Bersama ini disediakan satu kalendar aktiviti permohonan bagi memudahkan calon menyemak status permohonan. Kalendar yang disediakan ini adalah sebagai panduan dan tarikh boleh berubah mengikut keadaan.
2. Kalendar aktiviti bagi permohonan Kursus Persediaan adalah seperti berikut dan tertakluk kepada perubahan semasa. Calon dinasihatkan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa pada laman web bagi mendapatkan maklumat mutakhir permohonan.

Bil Aktiviti Tarikh
1. Iklan akhbar permohonan Program PISMP Ambilan Jun 2012. 18 Mac 2012
2. Permohonan secara online dibuka & Nombor PIN boleh didapati di Bank Simpanan Nasional seluruh negara. 22 Mac 2012
3. Permohonan ditutup (pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup). 5 April 2012
4. Semakan nama calon berjaya ditemu duga secara atas talian (pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui internet). 30 April 2012
5. Temu duga PISMP Ambilan Jun 2012. (Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat yang dicetak melalui internet yang telah dilengkapkan). 7 Mei hingga
18 Mei 2012
6. Semakan Tawaran calon berjaya ke Institut Pendidikan Guru (IPG). (Calon boleh mencetak surat tawaran sementara melalui internet. Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG). 5 Jun 2012
7. Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru. (Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan selepas mendaftar). 18 Jun 2012







Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90