Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label Israel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Israel. Papar semua catatan

Tidak mudah patahkan Hamas - Pakar

by


 

Seminggu selepas menghantar tentera darat ke Gaza, Israel berkata, tenteranya mengepung Gaza City di utara wilayah, membunuh 10 komander Hamas yang membantu merancang serangan ke atas rejim zionis pada 7 Oktober lalu dan mencatatkan kejayaan mengagumkan, menurut Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Tentera Israel kelihatan dalam proses memotong dua Semenanjung Gaza, di selatan Gaza City. Menjelang Jumaat, mereka sudah mara kira-kira 15 kilometer (km) dari sempadan Gaza-Israel di sepanjang jalan pantai, bersebelahan Hospital Persahabatan Turkiye-Palestine, di selatan Gaza City.

Sementara itu, Hamas berkata, ia sedang memerangi perisai Israel di timur lokasi itu, di Juhor ad-Dik, menunjukkan tentera Israel beroperasi hampir merentasi Semenanjung Gaza, dari pantai ke sempadan.

Pertempuran berterusan ke belakang kedudukan itu. Sumber yang bersekutu dengan Hamas berkata, pertempuran sedang berlangsung di Beit Hanoun, di sudut timur laut Semenanjung Gaza.

Israel mendakwa, kem pelarian Jabalia di utara Gaza City adalah hab rangkaian terowong Hamas yang digunakan untuk simpanan senjata, kedudukan tembakan roket dan terowong menuju ke pantai.

Israel, tanpa memberikan bukti jelas untuk menyokong dakwaanya itu, meratakan sebahagian besar Jabalia dalam serbuan udara selama tiga hari, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 50 rakyat Palestin.

Sejak serangan Hamas ke atas selatan Israel pada 7 Oktober lalu yang mengorbankan lebih 1,400 orang, pengeboman udara Israel ke atas Gaza, yang kini disertai serangan darat, sudah meragut lebih 9,400 nyawa rakyat Palestin, termasuk hampir 4,000 kanak-kanak.

Jumaat lalu, konvoi ambulans dari Gaza City menuju selatan Gaza dibom, dengan sekali lagi, Israel mendakwa, tanpa memberikan bukti, bahawa pejuang Hamas berada dalam ambulans. Tindakan itu membunuh 15 orang.

Bagaimanapun, Israel masih gagal menghapuskan keupayaan Hamas untuk melancarkan roket yang menyasarkan kedudukan tentera di Israel, dengan kira-kira 12 serangan sehari, sepanjang minggu, walaupun ia menurun kepada sembilan serangan roket pada 3 November lalu.

Pada 25 Oktober lalu, Netanyahu mengisytiharkan matlamat Israel dalam beberapa hari akan datang adalah "untuk menghapuskan Hamas dengan memusnahkan keupayaan ketenteraan dan tadbir urus selain untuk melakukan segala yang mungkin untuk mendapatkan kembali tebusan kami".

Tentera Israel menguji tindak balas Hamas dengan pencerobohan terhad ke utara Gaza pada malam berikutnya, menggunakan jentolak, sebelum melakukan beberapa lagi serangan darat ke atas Gaza pada malam 27 Oktober, kali ini disokong helikopter tempur.

Pada 28 Oktober, Israel melancarkan serangan daratnya, tepat tiga minggu selepas serangan Hamas ke atas Israel selatan.

Pencerobohan itu disertai dengan pemadaman telekomunikasi, memotong akses internet dan telefon di Semenanjung Gaza.

Pakar memberitahu Al Jazeera, kedua-dua serangan Hamas dan tindak balas Israel menandakan pelepasan daripada konfrontasi masa lalu antara mereka dalam skala dan begitu kompleks.

"Apa yang kita lihat sejak 7 Oktober adalah jenis peperangan hibrid baharu," kata profesor kajian strategik di Lumsa Master School–University, Matteo Bressan.

"Hamas dapat melancarkan 6,000 roket ke Israel dan jumlah itu menunjukkan keupayaan ketenteraan yang tidak pernah dimiliki Hamas pada masa lalu.

"Persoalannya adalah bagaimana mungkin Hamas sudah melakukan 20 serangan di 20 kampung berbeza. Ini bermakna Hamas mempunyai latihan dan persediaan yang jelas untuk melakukannya," kata Bressan.

Briged Qassam, sayap bersenjata Hamas, berkata mereka menyasarkan roket ke reaktor nuklear Israel dan kemudahan penyelidikan di Dimona, kali pertama mereka melakukannya.

"Itulah sebabnya tindak balas Israel berbeza daripada masa lalu... ia tidak mudah dan ia akan mengambil masa untuk Israel," kata Bressan.

Komander pasukan khas Amerika Syarikat (AS), Demetries Andrew Grimes berkata kepada Al Jazeera, Hamas sudah bersiap sedia untuk kempen ini agak lama dan menembak banyak roket.

"Banyak bateri roket Hamas tertimbus di bawah tanah atau dikerahkan melalui rangkaian terowong di bawah Gaza," katanya.

Beliau menyifatkan matlamat Israel untuk memusnahkan Hamas sebagai "usaha yang amat mencabar". 

Sumber : AGENSI


Pejuang Palestin bedil 5,000 roket ke Israel

by


Beribu-ribu roket dilancarkan ke arah Israel dari Semenanjung Gaza pada waktu subuh semalam ketika pejuang Palestin menyelinap masuk ke Israel dengan sekurang-kurangnya seorang dilaporkan terbunuh.
Berbilang roket meluncur ke ruang udara dari pelbagai lokasi di seluruh wilayah Palestin itu selepas bedilan pertama berlaku pukul 6.30 pagi (waktu tempatan), lapor wartawan agensi berita AFP di Gaza.
Serangan itu berlaku susulan peningkatan keganasan selama beberapa bulan melibatkan konflik Israel-Palestin, manakala kematian di wilayah Tebing Barat yang diduduki Rejim Zionis mencecah angka yang belum pernah direkodkan selama bertahun-tahun.
Sementara itu, siren kecemasan bergema di selatan dan tengah Israel dengan tentera menggesa orang ramai berpindah ke pusat-pusat perlindungan bom.
Wartawan AFP di Baitulmuqaddis mendengar beberapa roket dipintas sistem anti peluru berpandu ‘Kubah Besi’ selain bunyi siren di seluruh bandar yang lebih kuat berbanding mana-mana konflik sejak tiga tahun lalu.
Pejuang Palestin mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan udara itu, dengan mendakwa bahawa pihaknya telah melancarkan lebih 5,000 roket. 
Akhbar The Guardian melaporkan, sebagai tindak balas kepada serangan yang mengejutkan Pasukan Pertahanan Israel (IDF), Israel telah mengisytiharkan ‘situasi  perang’.
“Sebilangan pengganas telah menyelinap masuk ke wilayah Israel dari Semenanjung Gaza,” kata IDF dalam satu kenyataan sambil menambah, penduduk di sekitar Semenanjung Gaza diarahkan untuk tinggal di rumah mereka. 
– AFP/Agensi

Jet Israel dilarang terbang di Turki

by
ANKARA - Turki menutup ruang udaranya daripada digunakan sejumlah pesawat tentera Israel, laporan agensi berita Anatolia semalam.

Tindakan itu dibuat ekoran sebuah kapal bantuan kemanusiaan milik Turki ke Gaza diserang oleh anggota-anggota komando Israel mengakibatkan sembilan orang warga Turki terbunuh pada 31 Mei lalu. Namun larangan itu tidak melibatkan pesawat komersial.

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan membuat pengumuman tersebut semasa menghadiri persidangan Kumpulan 20 (G20) di Toronto, Kanada. Pada Ahad lalu, akhbar Israel, Yediot Ahronot melaporkan bahawa Turki tidak membenarkan sebuah pesawat yang membawa 100 anggota tentera Israel menuju ke Auschwitz, Poland melalui ruang udaranya.

Pesawat itu dipaksa membuat lencongan dan tentera Israel enggan memberi maklum balas secara rasmi kerana tidak mahu memburukkan hubungan dua hala yang kini tegang.

Tiada komen diperoleh daripada pejabat Perdana Menteri Israel berhubung kenyataan Erdogan itu.

Turki yang sebelum ini mempunyai hubungan rapat dengan Israel turut memanggil pulang dutanya di Israel selain membatalkan latihan ketenteraan dengan negara berkenaan.

Ia turut menegaskan akan menghantar dutanya dan meningkatkan hubungan ketenteraan dan perdagangan jika Israel memohon maaf berhubung isu berkenaan.

- AP

Usul tergempar Parlimen Malaysia mengenai kekejaman Zionis dibawa ke PBB

by
Usul tergempar berhubung kekejaman rejim Zionis yang diluluskan sebulat suara dalam persidangan Dewan Rakyat semalam akan dibawa ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam masa terdekat.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata ia akan disampaikan menerusi surat rasmi daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kesepakatan Ahli Parlimen mengutuk serangan ke atas sukarelawan misi bantuan kemanusiaan dihargai dan yakin wakil rakyat yang tidak berpeluang menyatakan pendirian mereka juga menyokong usul ini, terutama berkaitan kegagalan Majlis Keselamatan PBB menangani isu ini.

Bagaimanapun, Malaysia akan tetap meneruskan usaha membantu rakyat Palestin hingga tertubuhnya negara berdaulat," katanya ketika menggulung perbahasan usul mengutuk kekejaman rejim Zionis itu.

Anifah berkata, selain itu, pihaknya akan mengambil langkah awal untuk memanggil wakil kuasa besar Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bagi merakamkan rasa tidak puas hati berikutan sokongan negara itu kepada Israel selama ini.

"Saya juga memutuskan untuk mengutus surat kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton mengenai sokongan tanpa batasan negara itu kepada Israel," katanya.

Selain itu, beliau berkata, Malaysia akan mendesak PBB mengeluarkan resolusi mengutuk Israel dan membawa negara itu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan jika gagal, Malaysia akan bekerjasama dengan negara sependapat untuk mengusu-kan himpunan bagi mendapatkan pandangan undang-undang berhubung perkara itu.

Anifah juga memaklumkan akan meminta Mesir membuka pintu sempadannya di Rafah sepanjang masa sebagai laluan alternatif membolehkan bekalan bantuan kemanusiaan sampai kepada penduduk Gaza.

"Kita juga akan meminta negara OIC supaya meneliti hubungan dengan Israel, selain menyelaraskan kempen menamatkan keganasan rejim Zionis itu," katanya.

- BERITA HARIAN

Bangsa cerdik tapi dibenci dunia

by
Oleh Zin Mahmud
Untung Sabut Timbul

Pada tahun 2004 ketika menyaksikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) yang memberikan kemenangan George W. Bush, penulis ditanya oleh seorang Yahudi yang duduk sebelah dalam satu jamuan makan malam.

Dia bertanya mengapakah orang Malaysia yang berada jauh dari Palestin dan tidak pernah bermusuh dengan Yahudi tetapi amat benci pada Israel.

Penulis jawab bahawa rakyat Palestin telah dirampas tanah mereka dan dinafikan hak mereka sebagai negara berdaulat dan merdeka.

Dia berhujah kembali bahawa apa kena mengena rakyat Palestin dengan Malaysia yang duduk jauh dan tidak menjejaskan kehidupan dan keamanan rakyat negara ini.

Penulis berhujah kembali bahawa walaupun Palestin itu jauh dari segi geografi tetapi dekat di hati rakyat Malaysia. Jauh dan dekat sesuatu bangsa dengan bangsa yang lain bukannya kerana kedudukan geografi tetapi kerana ikatan emosi yang lain.

Ikatan antara rakyat Palestin dengan Malaysia bukan hanya soal agama. Palestin sudah dianggap bangsa saudara kepada Malaysia, tidak kira anutan agama.

Selain daripada agama, lebih penting lagi ialah Palestin telah menjadi bangsa tertindas dan teraniaya. Rakyat Malaysia dalam semangat kemanusiaan tentunya menyebelahi Palestin.

Orang Amerika itu kemudian mengheret penulis untuk berdebat mengenai isu Palestin yang dikaitkan dengan perkauman anti-Yahudi.

Sebagai orang Melayu tentunya penulis menyebelahi Palestin. Tetapi sebagai peminat intelektual Barat, penulis menyatakan kekaguman terhadap orang Yahudi yang dapat menghasilkan banyak karya pemikiran hebat hingga mencorak tamadun dunia sejak dari dahulu lagi.

Tentunya berbeza dunia hari ini tanpa pemikiran-pemikiran Karl Marx, Sigmund Freud, Albert Einstein dan banyak lagi tokoh pelbagai bidang akademik, kesusasteraan sains dan malah perfileman.

Antara tokoh Yahudi yang penulis kagumi ialah Noam Chomsky, seorang ahli linguistik. Tetapi pemikiran politiknya yang menolak Zionisme, Israel dan Amerika Syarikat menunjukkan bahawa perjuangan pembebasan Palestin adalah fahaman kemanusiaan, dan tidak berkaitan mengenai bangsa dan agama semata-mata.

sejarah dunia

Bangsa Yahudi walaupun bilangannya kecil tetapi berpengaruh besar dalam sejarah dunia. Mereka memberi sumbangan intelektual bukan saja kepada tamadun Barat tetapi juga Islam.

Tetapi selepas Perang Dunia Kedua, Yahudi muncul sebagai bangsa yang merampas dan menindas bangsa Palestin di atas fahaman Zionisme.

Bagi orang Melayu sejak dari dahulu, Baitulmakdis yang tidak ramai menjejakinya adalah hampir dalam jiwa bangsa. Seperti Mekah dan Madinah, Baitulmakdis juga dianggap bukan saja kota suci tetapi sebahagian daripada jiwa bangsa. Di rumah-rumah orang Melayu, antara gambar masjid yang sering digantung di dinding ialah Kubah Al-Sakhrah di Masjid Al-Aqsa.

Dalam hal ini, penulis teringat kepada seorang warga Palestin yang berhijrah ke sini dan berkahwin dengan rakyat Malaysia. Beliau menghadiahkan dua gambar Masjid Al-Aqsa yang besar dan cantik untuk digantung di dinding rumah penulis dan bapa penulis.

Generasi demi generasi orang Melayu akan diajar mengenai isu Palestin hinggakan mereka seolah-olah saudara sebangsa. Tidak hairanlah mengapa ada seorang bapa saudara penulis yang bernama Yasir. Mungkin datuk penulis menamakannya sempena Yasser Arafat.

Tetapi adiknya, Jamaluddin Elias yang merasa menjadi mangsa tahanan Israel apabila berlaku serangan ke atas kapal Mavi Marmara minggu lalu. Maka akhirnya kekejaman negara Zionis itu sampai juga kepada sanak saudara sendiri.

Beliau yang dijangka pulang pagi ini adalah rakan sepermainan penulis semasa kecil di kampung tetapi tidak selalu dapat bertemu dan berbicara dengannya.

Ternyata beliau berpengalaman luas dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan khususnya semasa tsunami Aceh dan gempa bumi yang berlaku ekoran daripadanya.

Dua minggu lalu, agak terkejut apabila menerima sms daripadanya bahawa beliau dipilih menyertai konvoi bantuan ke Gaza bagi mewakili Yayasan Amal Malaysia di mana beliau ialah Timbalan Pengerusinya. Apa yang boleh dilakukan hanyalah memanjatkan doa agar beliau selamat sambil memikirkan mengenai isterinya dan sepuluh orang anak-anaknya.

Hati hanya lega apabila kemudiannya diberitahu bahawa mereka telah sampai ke Jordan.

Di Jordan, penulis dapat menghubunginya melalui telefon dan beliau menceritakan pengalamannya di atas kapal Mavi Marmara ketika diserbu komando Israel. Betapa tiba-tiba angin kencang yang menolak ke tepi gas komando Israel yang dilemparkan ke atas dek kapal.

Jamaluddin juga menceritakan bagaimana wang RM50,000 untuk digunakan di Gaza yang diletakkan di tempat barang hilang apabila Mavi Marmara ditawan oleh komando Israel itu.

Pastinya apabila dia balik nanti, akan diceritakan kisahnya kepada rakyat Malaysia. Bukan dia saja tetapi juga semua rakyat Malaysia yang mengalami peristiwa mencemaskan di Laut Mediterranean itu.

Maka dapat dibayangkan juga banyak mereka yang terlibat dengan misi flotila itu kembali ke negara masing-masing dan menceritakan pengalaman mereka mengenai keganasan Israel. Bukan saja dari kalangan orang Islam tetapi bukan Islam.

Kalau dilihat taktik rejim Tel Aviv, mereka cenderong menjadikan Palestin sebagai isu agama. Perjuangan pembebasan Palestin digambarkan sebagai keganasan yang dikaitkan dengan agama.

Tetapi misi flotila bantuan untuk Gaza ini menyaksikan penglibatan rakyat dari banyak negara bukan Islam. Palestin telah menjadi bangsa semua manusia.

Dalam hal ini, Yahudi sebagai bangsa cerdik sepatutnya sedar bahawa Zionisme dan Israel tiada tempat dalam kamus kemanusiaan.

- MINGGUAN MALAYSIA

Israel bunuh aktivis misi Gaza

by

Komando Israel menyerbu beberapa kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza awal semalam menyebabkan 19 orang maut dan 36 lagi cedera, kebanyakannya aktivis Turki sekali gus mencetuskan krisis diplomatik antarabangsa.

Anehnya, Israel menyalahkan aktivis kerana mencetuskan keganasan hingga membawa kematian menyebabkan aktivis memberi keterangan bagaimana ia berlaku di perairan antarabangsa.

Rakaman secara langsung sebuah bot Turki yang boleh dilihat di internet, menunjukkan komando berpakaian hitam Israel turun dari helikopter dan menyerang aktivis.

“Ketika keadaan masih gelap, komando Israel turun dari helikopter ke kapal Mavi Marmara dan terus melepaskan tembakan sebaik menjejakkan kaki di dek,” menurut laporan laman web Pergerakan Bebaskan Gaza.

Rakaman itu menunjukkan keadaan kacau bilau dengan beberapa bot peronda Israel berada tidak jauh dari situ.

Tentera Israel, bagaimanapun, mendakwa askarnya hanya menembak selepas diserang dengan pisau, cotar dan tembakan peluru hidup.
“Kesan daripada keadaan itu anggota tentera laut menggunakan kekerasan termasuk melepaskan tembakan,” menurut jawapan tentera Yahudi itu.

Apapun, Israel tetap mempersalah aktivis damai terbabit.

“Mereka yang memulakan keganasan. Kami berusaha sedaya upaya mengelakkannya. Tetapi askar kami diserang dengan pisau, besi serta ditembak,” kata jurucakap Netanyahu, Mark Regev.

Antara yang cedera termasuk komando laut Israel, dua daripada mereka parah dan tiga lagi semakin pulih.

Ketika butir-butir pertumpahan darah itu mula diketahui umum, sebuah bot tentera Israel dilihat mengiringi kapal besar berwarna putih dan sebuah lagi kapal lebih kecil masuk ke pelabuhan Ashdod.

Lelaki berpakaian hitam dilihat di dek bot lebih besar dipercayai kapal penumpang. Laporan media menyatakan, seorang pemimpin Arab, Raed Salah juga cedera dalam kejadian itu.

Presiden Palestin, Mahmud Abbas menyifatkan korban serangan di perairan antarabangsa itu sebagai mangsa pembunuhan beramai-ramai Yahudi dan mengumumkan tempoh berkabung tiga hari.

“Kita perlu ambil keputusan yang sukar hari ini,” kata seorang pegawainya di televisyen tanpa menjelaskan lebih lanjut.

Pihak Berkuasa Palestin (PA) juga menggesa diadakan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membincangkan tindakan umpama lanun, jenayah dan pembunuhan oleh Israel, kata ketua perunding, Saeb Erakat.

Selain itu, masyarakat Arab Israel juga menyarankan mogok diadakan sebagai membantah operasi laut Yahudi itu selain melancarkan protes.

Berikutan itu, beratus-ratus orang daripada pelbagai peringkat politik keluar beramai-ramai ke jalan raya di bandar Nazareth bagi membantah serangan berkenaan.

Pergerakan Hamas pula meminta PA berhenti berunding dengan Israel kerana melakukan jenayah terkutuk itu, kata pemimpinnya, Ismail Haniyeh.

– AFP

Angkara Yahudi

by

Oleh Nurul Hazren Masitom

Mengikut sejarah, Masjid al-Aqsa bermaksud 'Masjid Paling Jauh', terletak di Baitulmaqdis atau 'Jerusalem' bagi orang Yahudi.

Masjid itu terbina di kawasan Haram al-Sharif atau ‘Temple Mount’ yang juga dituntut Yahudi kononnya menempatkan kuil yang pernah dibina di Baitulmaqdis.

Tidak jauh dari Masjidil Aqsa ialah Kubah Batu atau ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang asalnya batu besar tempat Nabi Muhammad berdiri naik ke langit ketika peristiwa Israk Mikraj.

‘Qubbat As-Sakhrah’ yang kini dipanggil Masjid Kubah Batu juga dikenali sebagai Masjid Umar, tempat Saidina Umar al-Khatab bersolat ketika tiba di Baitulmaqdis.

Masjid al-Aqsa adalah tempat suci kepada umat Islam, begitu juga dengan ‘Qubbat As-Sakhrah’ dan kawasan sekitarnya kerana terletak dalam Haram al-Sharif. Keseluruhan kawasan ini dimaksudkan sebagai Masjidil Aqsa, bukannya al-Aqsa saja kerana al-Aqsa dibina selepas penaklukan Baitulmaqdis oleh tentera Islam. Nama masjid itu diambil sempena nama Masjidil Aqsa dalam al-Quran.

Masjid al-Aqsa ialah tanah suci ketiga selepas Makkah dan Madinah. Umat Islam percaya Nabi Muhammad SAW dibawa dari kota suci Makkah ke al-Aqsa pada malam Israk Mikraj. Masjid terbesar di Baitulmaqdis itu boleh memuatkan kira-kira 5,000 jemaah di dalam dan kawasan sekitarnya.

Ia pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Baitullah al-Haram di Makkah dan menjadi masjid yang kedua dibina selepas Kaabah. Jarak masa pembinaan antara Kaabah dan al-Aqsa ialah 40 tahun.

Masjid itu pada awalnya sebuah rumah ibadat kecil dibina oleh Khalifah kedua Islam, Umar al-Khattab di kawasan seluas 25 hektar pada 638 Masihi (M), namun dibina semula dan diperluaskan oleh Khalifah Abdul Malik ibni Marwan dan disiapkan anak lelakinya Al Walid ibni Abdul Malik pada 705M.

Gempa bumi pada 746M memusnahkannya sebelum dibina semula oleh Khalifah Abbasiyah, Al-Mansur pada 754M dan diteruskan penggantinya, al-Mahdi pada 780M. Satu lagi gempa memusnahkan sebahagian besar al-Aqsa pada 1,033M, namun dua tahun kemudian Khalifah Ali az-Zahir membinanya semula yang kekal sehingga hari ini.

Ketika tempoh pengubahsuaian dijalankan, pelbagai dinasti pemerintahan Khalifah Islam membina ruang tambahan selain kubah, bahagian hadapan, mimbar, menara dan struktur dalaman.

Apabila Tentera Salib menawan Baitulmaqdis pada 1,099M, mereka menggunakan masjid itu sebagai istana dan gereja, namun fungsinya sebagai masjid dikembalikan selepas ia dirampas panglima Islam, Sallahuddin al-Ayyubi. Kini kota lama itu berada di bawah kawalan Israel, namun Masjid al-Aqsa ditadbir wakaf Islam Pihak Berkuasa Palestin.

Laporan terbaru menyatakan, Masjid al-Aqsa terancam dan boleh roboh kerana kegiatan menggali oleh Pihak Berkuasa Antikuiti Israel. Kerja penggalian itu berlaku sejak sepanjang 1970-an lagi. Pada masa itu, Israel memperhebat penggalian di bahagian bawah masjid termasuk di selatan dan baratnya.

Pada 1977, penggalian itu diteruskan dan sebuah terowong besar dibuka di bawah kawasan solat wanita. Satu terowong baru digali pula di bawah masjid, dari timur ke barat pada 1979. Sebagai tambahan, Jabatan Arkeologi Kementerian Hal Ehwal Agama Israel menggali sebuah terowong berhampiran bahagian barat masjid pada 1984.

Ketika memulakan projek penggalian terbabit, Israel mendakwa mereka mencari tempat ibadat Nabi Sulaiman. Mereka gagal menemui lokasinya, sebaliknya menemui terowong Raja Jehoiachin (Raja Baitulmaqdis).

Israel mendakwa, penggalian itu satu kejayaan kerana menemui runtuhan terowong Raja Jehoiachin, yang tidak berkaitan langsung dengan tempat ibadat Nabi Sulaiman. Terowong itu tidak dianggap penting dari segi agama tetapi sejarah. Pintu masuk terowong kemudian ditutup dan pada hari ini ia dibuka semula tanpa sebarang justifikasi.

Kepentingan berhubung isu penggalian terbabit ke atas umat Islam tidak perlu dijelaskan. Mereka umumnya bimbang Masjid al-Aqsa dan asasnya akan rosak dek kerja penggalian itu.

Malah, apakah manfaatnya penggalian itu kepada penduduk Yahudi tidak difahami kerana hakikatnya tiada kepentingan langsung dari segi agama.

Pada Februari 2007, jabatan arkeologi terbabit mula menggali di lokasi bagi membina semula laluan jalan kaki yang runtuh. Tapak itu terletak 60 meter dari Masjid al-Aqsa, mencetuskan kemarahan umat Islam dan Israel dituduh cuba memusnahkan asas masjid.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniya menggesa rakyat Palestin bersatu bagi membantah penggalian itu, sementara pemimpin Fatah mengancam menamatkan gencatan senjata dengan Israel.

Dalam laporan Pusat Media Antarabangsa Asia Barat (IMEMC) Februari 2008, sekumpulan pembuat dasar Hamas yang ditahan Israel menggesa rakyat Palestin menyekat rancangan baru Yahudi menggali terowong baru di bawah Masjid al-Aqsa.

Pembuat dasar Palestin yang ditahan di penjara Ayalon itu, percaya apa yang berlaku adalah satu lagi cubaan Israel untuk menghapuskan sejarah Arab dan Palestin di Baitulmaqdis.

Mereka menggesa dunia Arab dan Islam membantu mereka melindungi Baitulmaqdis dan kawasan suci Islam. Mereka juga berkata, perpecahan di kalangan penduduk Palestin menggalakkan Israel melakukan sesuka hati di Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa.

Akhbar Haaretz pada 31 Januari 2008 mengesahkan laporan bahawa Israel mengambil keputusan memulakan penggalian sebuah terowong baru di kawasan yang disebut.

Pada Ogos 2008, sumber Israel melaporkan, Menteri Luar Jordan, Salah Bashir, bertemu duta Israel di Jordan untuk membantah penggalian berhampiran Masjid al-Aqsa. Jordan berkata penggalian itu akan mencetuskan gelombang keganasan baru di Asia Barat dan Baitulmaqdis adalah Garisan Merah bagi semua penduduk Arab dan Islam.

Mohammad Abu Hdeib, ketua jawatankuasa Parlimen Jordan berhubung hal ehwal antarabangsa, menyatakan bahawa Bashir memaklumkan duta Israel bahawa Jordan membantah langkah dijalankan Israel dan menambah bahawa penggalian berhampiran Pagar Mughrabi yang menghala ke Masjid al-Aqsa melanggar perjanjian damai 1994 di antara Jordan dan Israel.

Abu Hdeib berkata, penggalian oleh Israel dan rancangan keseluruhannya mengancam asas Masjid al-Aqsa.

Dalam laporan lain pada November 2009, Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa mendedahkan, Israel mula menjalankan kerja penggalian di laluan Al-Sharif, berpuluh meter dari bahagian barat Masjid al-Aqsa, dalam persediaan membina dua terowong dan dua lif bagi menghubungkan antara laluan itu termasuk Al Buraq dan Pagar Mugharabi.

Yayasan itu berkata, tujuan membina terowong dan membina lif ialah ‘membawa penduduk Yahudi ke barat dan pintu Masjid al-Aqsa, terutama di pagar Mugharabi, lokasi pelancong asing dan Yahudi menyerbu masuk Masjid al-Aqsa.” Yayasan menganggapnya projek ‘mengyahudikan’ Masjid al-Aqsa.” Malah, pihaknya mendapati kerja penggalian dijalankan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, termasuk di lorong Al-Sharif.

Yayasan itu mendedahkan dalam satu laporan 3 Mac 2009, hasrat Israel dan sayap eksekutifnya menggali dua terowong baru, satu daripadanya sepanjang 56 meter dan satu lagi 22 meter bagi menghubungkan lorong Al-Sharif Palestin di Kota Lama ke Baitulmaqdis. Kawasan yang dimaksudkan terletak di dalam sempadan Kota Lama seluas lebih 133 meter persegi yang diduduki Israel pada 1967.

Ia juga mendedahkan keinginan Israel memasang lif elektrik dalam terowong menegak dan koridor elektrik di terowong memanjang. Lokasi dua terowong itu menjadi titik pertemuan beberapa tapak arkeologi, bagi Israel membangunkan satu sejarah ilusi Yahudi.

Ia menjelaskan bahawa projek mengyahudikan itu menelan belanja 10 juta shekel (RM8.35 juta) dan akan dilaksanakan dengan kerjasama antara perbandaran jajahan Baitulmaqdis, syarikat pembangunan dan pemuliharaan penempatan Yahudi, Pihak Berkuasa Monumen dan Institut Insurans Nasional. Projek itu akan dibiayai menerusi sumbangan Baruch Klein, seorang ahli perniagaan Israel-Amerika Syarikat.

Penggalian terowong itu sampai ke kemuncaknya apabila yayasan terbabit mendedahkan penggalian skala besar dijalankan Israel di kawasan bersambungan ke dinding selatan Masjid al-Aqsa, juga dikenali sebagai Istana Umayyad.

Sesetengah kerja penggalian dikatakan dilakukan pada waktu malam terutama dalam tangki air terletak di kawasan menghala ke kawasan bawah tanah masjid berkenaan. Yayasan memberi amaran mengenai risiko dan kesan penggalian itu ke atas masjid suci umat Islam selain ‘usaha segera mengyahudikan’ kawasan itu oleh kerana ia bersambung ke dewan solat Marwani di dalam masjid.

Kawasan penggalian berselerak dilakukan di kawasan barat daya berhampiran tapak yang mengelilingi kawasan asal masjid, yang digelar ruangan Al-Khanthaniyya, dan di kawasan tengah serta timur ke barat.

Yayasan memberi amaran bahawa penggalian itu bertujuan melemahkan struktur asas Masjid al-Aqsa kerana pada masa lalu, kerja penggalian sama menyebabkan rekahan dan retakan di bahagian selatan dinding masjid, sekali gus berisiko merobohkan mercu tanda umat Islam.

Amaran itu sekali lagi dinyatakan Ketua Hakim Pihak Berkuasa Palestin (PPA), Sheikh Tayseer Tamimi kepada IMEMC yang bimbang Masjid al-Aqsa, yang kini terjejas akibat rekahan dan retakan pada dindingnya, memberi tanda akan roboh pada bila-bila masa, akibat penggalian skala besar dilakukan Israel di bawahnya.

Ia berikutan kakitangan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel yang bekerja pada waktu malam membawa keluar berpuluh-puluh beg berisi batu dari kawasan selatan masjid.

“Israel perlu bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau runtuhan yang berlaku di Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitar yang membabitkan kawasan penganut Kristian,” kata Tayseer yang dipetik agensi berita Maan.

Ulasannya berikutan runtuhan kawasan penduduk di Silwan, timur Baitulmaqdis pada 11 Januari lalu, meninggalkan lubang sedalam 12 meter persegi di tengah jalan Wadi Hilwah.

Pada masa sama, beliau merujuk peningkatan kehadiran pelampau Yahudi, selain pencerobohan tentera di al-Aqsa, dan terbaru kemasukan 50 pelajar daripada pelbagai jabatan arkeologi universiti Israel untuk menjalankan penyelidikan dan pendatang Yahudi ketika wanita Islam bersolat.

Jawad Siyam, Ketua Pusat Penerangan Wad Hilwa memberitahu agensi Maan bahawa runtuhan baru itu sedalam 10 meter, dan terletak hanya beberapa meter dari satu lagi runtuhan minggu lalu akibat kerja penggalian berterusan Israel.

Juga air hujan mula membanjiri Al Ein, kawasan masjid berhampiran di mana penggalian bertumpu.

Pusat Hak Sosial dan Ekonomi Baitulmaqdis (JCSER) melaporkan kejadian Isnin lalu hanya satu daripada beberapa siri runtuhan sama yang berlaku pada 2009. Runtuhan terbaru berlaku di sebuah sekolah tempatan untuk perempuan, di mana 17 pelajarnya cedera.

JCSER mengakui penggalian Israel itu menyebabkan kerosakan struktur kepada beberapa premis di kawasan itu terutama di masjid Al Ein.

Pusat itu juga memberi amaran beberapa siri runtuhan bakal berulang di Silwan dan Kota Lama ketika Israel menjalankan kerja mengorek bagi membina satu rangkaian terowong di kawasan itu. Penggalian itu sudah sedia menyebabkan kerosakan struktur ke atas berpuluh bangunan di kawasan terbabit.

Memetik kata-kata pengarah Wakaf Palestin Adnan Husseini pada 2002; “Pihak berkuasa Israel perlu bertanggungjawab ke atas kehilangan nyawa akibat runtuhan dinding masjid.”

Adakah umat Islam di seluruh dunia hanya mampu melihat Masjid al-Aqsa runtuh begitu saja? Atau mampukah kita melihat Masjid al-Aqsa diyahudikan? Inikah petanda akhir zaman? Itulah antara persoalannya.

- BERITA MINGGU

Mengapa Yahudi terlalu inginkan Baitulmaqdis?

by
Oleh NOOR MUZAMIL MOHAMAD

Pada masa Nabi Daud dan Sulaiman, para Yahudi semuanyaa taat kepada Allah. Nabi Sulaiman mempunyai satu mukjizat iaitu sangat kaya, menguasai angin, jin, mesgastua. Pada zaman tersebut jin tunduk kepada Nabi Sulaiman dan mereka banyak membawakan emas kepada Nabi Sulaiman sehinggakan di bawah laut pun Ifrit tolong ambilkan.

Masa Nabi Sulaiman mengarahkan pembinaan Masjid Al-Aqsa, semua jin patuh dengan perintah tersebut dan mereka membuat dengan bersungguh-sungguh bersama dengan para Yahudi dan manusia lain sampaikan mereka tidak sedar kewafatan Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman wafat ketika berdiri atau duduk atas kerusi semasa memerhatikan jin dan manusia membina Masjid Aqsa. Sampai masa siap sepenuhnya, barulah kewafatan baginda dipertunjukkan dengan anai-anai makan tongkat baginda dan jasad baginda terjatuh. Ini nak menunjukkan bahawa jin juga tidak mengetahui perkara ghaib.

Selepas kewafatan baginda, Yahudi telah berpecah belah dan kembali ke tabiat lama mereka, menyembah berhala dan melakukan penindasan. Ada juga yang masih taat menyembah Allah, namun banyak dari mereka kembali menyembah berhala Baal, berhala Dagon (seperti lambang Starbuck), berhala Jehovah, berhala Osiris dan ada juga yang menyembah syaitan (Baphomet dan Lucifer)

Para penyembah syaitan ini telah membina satu lagi bangunan berdekatan Kompleks Masjidil Aqsa yang mana mereka namakan Solomon Temple untuk melakukan ritual penyembahan syaitan dan akan menjadi istana kepada al-Masih Dajjal. Ini diketuai oleh King Hiram the Thyre. Mereka mengangkut kebanyakan emas yang dipercayai banyak di Masjid Aqsa ke Solomon Temple tersebut.

Selepas banyak melakukan penindasan, mereka diserang oleh kaum Assyria yang memusnahkan kota mereka dan mereka bangun semula. Selepas itu pula diserang habis-habisan oleh kerajaan Rom yang memusnahkan kota Yahudi sehingga menjadi padang jarak padang terkukur, tinggal satu dinding sahaja yang sekarang menjadi Tembok Ratapan (Wailling Wall) yang mana Barrack Obama dan George W. Bush serta bekas Presiden Amerika yang lain melakukan ritual menangisi di tembok tersebut.

Selepas itu mereka berasimilasi dengan kerajaan Rom dan menjadi pembodek tegar kerajaan Rom. Selepas itu Nabi Isa diutuskan kepada mereka dan mereka rasakan Nabi Isa adalah ancaman terhadap kekuasaan mereka. Lalu mereka menghasut pemerintah Rom supaya membunuh Nabi Isa. Tetapi Nabi Isa diangkat ke sisi Allah secara hidup-hidup dan dengan jasad dan orang lain ditukarkan ke rupa Nabi Isa. nabi Isa akan turun semula menjelang kiamat.

Yahudi sekarang terlalu inginkan Baitulmuqaddis disebabkan mereka percaya masih banyak lagi emas yang belum sempat diangkut oleh mereka sejak dulu. Mereka percaya bahawa dengan emas dan makanan mereka dapat menguasai dunia. Sila baca Protokol of Zion (dari buku The International Jews, Henry Ford)

Protocol No. 22: The Power of Gold

In our hand is the greatest power of our day-Gold: In two days we can procure from our storehouses any quantity we may please.

Dan lagi satu misi yang lebih penting kenapa mereka mahukan sangat Baitulmaqdis adalah untuk membina semula Solomon Temple yang runtuh semasa serangan oleh Rom dahulu agar dapat menjadi Kiblat penyembah syaitan dan juga sebagai istana kepada Raja yang akan ditabalkan oleh mereka menjelang tahun 2020.

Protocol No. 24: King of the Jews

The king of the Jews must not be at the mercy of his passions, and especially of sensuality: on no side of his character must he give brute instincts power over his mind. Sensuality worse than all else disorganizes the capacities of the mind and clearness of views, distracting the thoughts to the worst and most brutal side of human activity.

Kesimpulannya, Yahudi terlalu hendakkan baitulmuqaddis disebabkan EMAS, membina semula Solomon Temple dan menunggu penabalan Raja Yahudi iaitu al-Masih Dajjal yang akan bersemanyam di Solomon Temple tersebut.

Pelan rahsia Israel di Baitulmaqdis

by

Israel mempunyai pelan rahsia yang merancang pelbagai pembinaan di sekeliling kawasan Bandar Lama di sini dengan binaan-binaan Yahudi bagi mengukuhkan pendudukan rejim Zionis di bandar berkenaan, lapor sebuah pertubuhan hak asasi semalam.

"Matlamat mereka adalah untuk menyelaraskan binaan bagi peneroka-peneroka haram Yahudi di sepanjang lokasi bersejarah yang pernah disebut dalam kitab perjanjian lama (Taurat dan Zabur), di bandar itu," kata pengasas pertubuhan Ir Amim, Daniel Seidemann.

"Pelan tersebut turut melibatkan kemusnahan kediaman Palestin dan pemencilan kawasan bersejarah Islam di Baitulmaqdis," tambahya.

Menurutnya, perancangan itu yang mendapat sokongan pejabat Datuk Bandar Baitulmaqdis dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, bertujuan untuk membina beberapa taman, laluan dan kawasan pelancongan di sekeliling Bandar Lama bagi mengubah kedudukan sedia ada bandar raya tersebut.

Sehingga kini, status Baitulmaqdis merupakan antara topik paling sensitif dalam konflik Timur Tengah sejak beberapa dekad lalu dengan Israel mendakwa bandar itu sebagai ibu kota miliknya tanpa pengiktirafan masyarakat antarabangsa.

Sebelum ini, kerajaan Palestin berharap kawasan Baitulmaqdis Timur yang memiliki ramai penduduk Arab tetapi diduduki Israel sejak lebih empat dekad lalu akan dijadikan ibu kota negara Palestin yang merdeka.

Kawasan itu mengandungi banyak tempat suci kepada umat Islam, Kristian dan Yahudi.

"Pelan itu ditaja secara rahsia oleh pejabat datuk bandar dan perdana menteri tanpa melalui perbincangan atau pendedahan kepada umum," jelasnya.

Projek haram itu dijadual dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Baitulmaqdis dalam tempoh terdekat selepas ia menghantar laporan mengenainya kepada pejabat perdana menteri pada September tahun lalu.

"Dasar ini tidak ubah seperti mencurah petrol ke dalam api sekali gus mengubah pertelagahan yang selama ini bersifat nasional menjadi konflik agama," ujar Siedemann.

Apabila ditanya mengenai laporan tersebut, seorang jurucakap pejabat Perdana Menteri Israel mengulas: "Baitulmaqdis sudah menjadi ibu kota bangsa Yahudi selama 3,000 tahun dan akan kekal selama-lamanya sebagai ibu negara Israel."

- AFP

Pembunuhan Gaza perang suci Yahudi

by
Paderi-paderi Yahudi memberitahu anggota tentera Israel yang terlibat dalam serangan ke atas Gaza pada Januari lalu bahawa peperangan tersebut adalah perang suci agama untuk menentang orang bukan Yahudi, menurut kenyataan seorang pemerintah tentera yang disiarkan semalam.

"Kami orang Yahudi, Tuhan membawa kami kembali ke bumi ini (Palestin) dan kini kami perlu memerangi dan mengusir orang-orang bukan Yahudi yang cuba merosakkan pegangan kami ke atas tanah suci ini," katanya.

Kenyataan oleh pegawai tentera yang menggunakan nama samaran Ram itu disiarkan oleh akhbar Haaretz pada hari kedua ia menyiarkan beberapa pendedahan yang menjerumuskan tentera Israel dalam kontroversi.

Maklumat itu dibocorkan ketika satu pertemuan anggota tentera pada 13 Februari untuk bersama-sama berkongsi pengalaman mereka dalam perang Gaza.

Beberapa veteran perang itu memberitahu, tentera Israel dengan sengaja membunuh orang awam dan kebencian terhadap penduduk Palestin tersemat dalam hati askar-askar rejim Zionis tanpa mengira pangkat,

Kata Ram pula, setiap anggota pasukannya diberikan kitab suci Yahudi dan mereka diberitahu perang ke atas Gaza itu adalah perang suci. Kenyataannya itu bertentangan dengan dasar kerajaan Israel sebelum ini bahawa perang terhadap Palestin bermotifkan politik dan keselamatan.

"Kami diberitahu supaya membunuh setiap orang yang kami temui di Gaza, setiap penduduk wilayah itu ialah pengganas," kata seorang lagi anggota tentera.

- REUTERS

Israel bedil bengkel senjata

by
Pesawat perang Israel mengebom sebuah bengkel pengeluaran senjata di Genting Gaza awal hari ini, selepas pejuang Palestin melancarkan sebuah roket ke wilayah Israel.

Israel melancarkan serangan itu, ketika Duta Khas Amerika Syarikat (AS) ke Asia Barat, George Mitchell berada di rantau ini dalam usaha mengukuhkan gencatan senjata yang diisytiharkan lebih 10 hari lalu.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam serangan itu yang dilancarkan oleh Israel sebelum subuh ke atas sasaran di bandar Rafah, dekat sempadan Gaza dengan Mesir.

Saksi dan pejuang Hamas berkata, sebuah bengkel membuat acuan logam mengalami kerosakan.

Sejurus sebelum itu, sebuah kumpulan pejuang yang ada hubungan dengan Parti Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas mengaku bertanggungjawab melancarkan sebuah roket ke selatan Israel lewat semalam.

Jet pejuang Israel kemudian melancarkan satu lagi serangan ke atas bandar Khan Younis mengakibatkan 18 cedera, termasuk 11 murid sekolah, seorang wanita mengandung dan seorang polis Hamas.

Serangan roket itu adalah yang pertama dari Gaza sejak Israel dan Hamas mengisytiharkan gencatan senjata berasingan pada 18 Januari lalu, bagi menamatkan kempen serangan Israel selama 23 hari ke atas wilayah Palestin tersebut.

Walaupun serangan roket hari ini tidak menyebabkan kemalangan jiwa di pihak Israel, para pemimpin Yahudi yang bakal menghadapi pilihan raya umum pada 10 Februari ini telah berikrar untuk membalas sebarang tembakan roket pejuang Palestin dari Gaza itu.

Rejim Yahudi itu semalam telah memberi amaran akan mengambil tindakan lebih keras terhadap pembunuhan seorang askarnya dalam satu letupan dekat pagar sempadan Gaza, kelmarin.

- Reuters

Perang pilihan raya parti politik Israel

by
Selesai perang ke atas Gaza, Israel kini berdepan dengan 'perang' baru. Tarikh 10 Februari ini akan menentukan corak kepimpinan dan dasar baru negara itu.

Ketika ini, parti-parti politik terutamanya tiga parti utama negara itu - Kadima, Likud dan Buruh - giat melaksanakan strategi dan kempen untuk memenangi hati rakyat. Bagaimanapun, perikatan pemerintah yang diketuai oleh parti berhaluan tengah, Kadima, pimpinan Tzipi Livni dikatakan semakin goyah.

Perang ke atas Gaza, walaupun direstui oleh majoriti rakyat, masih gagal melonjakkan Kadima sebagai pilihan utama menjelang pilihan raya dua minggu lagi.

Tinjauan pendapat terbaru menunjukkan parti pembangkang sayap kanan, Likud yang dipimpin oleh Benjamin Netanyahu terus menguasai pilihan. Netanyahu yang memainkan sentimen anti-Palestin mendapat tempat di kalangan rakyat berhaluan ortodoks.

Sentimen yang dibawa oleh Likud itu menguasai hati pemilih walaupun perang ke atas Gaza selama 22 hari bermula pada 27 Disember lalu dijana oleh Kabinet di bawah Kadima.

Usaha damai Israel-Palestin anjuran Amerika Syarikat (AS) yang disertai oleh Kadima bagi pihak Israel dan Fatah di pihak Palestin ternyata tidak disenangi oleh majoriti penduduk Yahudi.

Ikrar Netanyahu kelmarin bahawa Likud akan meluaskan kawasan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat jika beliau dipilih sebagai Perdana Menteri telah melonjakkan pengaruhnya.

Pemimpin yang menjadi favourite sejak beberapa bulan lalu mendapat sokongan konservatif yang menentang keras program pemindahan pendatang Yahudi dari Tebing Barat, dua tahun lalu.

Bekas Perdana Menteri pada 1996-99 itu berikrar meneruskan dasar menguasai Tebing Barat dan membiarkan "pertumbuhan semula jadi". Ungkapan itu merujuk kepada pembinaan perumahan baru bagi menampung pendatang Yahudi di Israel.

Tanpa mempedulikan sama ada mendapat restu Amerika Syarikat atau tidak, beliau menegaskan, Tebing Barat perlu terus berada dalam cengkaman Israel.

Ia sama sekali bercanggah dengan dasar AS yang menyokong penubuhan sebuah negara Palestin di Tebing Barat dan Gaza, bersebelahan Israel.

Sekiranya tinjauan pendapat itu boleh dijadikan ukuran bagi keputusan sebenar pilihan raya nanti, maka hala tuju pentadbiran baru Israel telah pun boleh diduga.

Jika Likud menguasai Knesset (Parlimen), usaha damai di Asia Barat bakal tergugat. Jika kini, Kadima menjadikan Hamas di Gaza sebagai musuh maka di bawah Likud, Fatah di Tebing Barat juga akan berdepan dengan ancaman yang serupa.

Namun jika dibelek pada lakaran sejarah Zionis sejak lebih 60 tahun lalu, sikap Israel terhadap penduduk dan wilayah Palestin tidak akan berubah. Dasar untuk terus menguasai tanah Palestin yang dianggap sebagai wilayah asal Yahudi akan kekal dalam pentadbiran Zionis.

Lihat sahaja apa yang dilakukan oleh Kadima, parti yang dianggap berhaluan tengah. Gaza hampir musnah keseluruhannya akibat dibedil tentera Yahudi.

Kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa penduduk Palestin tidak pernah berbekas di hati rejim berkenaan. Itu baru penangan yang dicipta oleh Kadima. Bayangkan malapetaka seterusnya apabila golongan ortodoks Yahudi menguasai Knesset nanti.

Perlu diingat, majoriti rakyat negara Yahudi itu adalah pendokong fahaman Zionis. Bagi mereka, tanah Palestin perlu menjadi milik mutlak mereka. Baitulmaqdis yang menempatkan Masjid Al-Aqsa juga milik mereka.

- Utusan

Penempatan haram Yahudi meningkat 60%

by
Pembinaan penempatan haram Israel di Tebing Barat meningkat 60 peratus tahun lalu, ketika pelancaran semula proses damai Asia Barat yang diusahakan Amerika Syarikat (AS) sejak 27 November 2007.

Laporan oleh kumpulan pemantau Peace Now yang disiarkan hari ini, menunjukkan sekurang-kurangnya 1,257 bangunan dibina sepanjang 2008 berbanding 800 pada tahun sebelumnya.

Malah terdapat 63 projek pembinaan haram yang baru sedang diusahakan oleh pendatang Yahudi.

Jumlah penempatan haram yang tidak dibenarkan kerajaan ini meningkat dua setengah kali lebih banyak dengan 261 struktur baru tahun lalu berbanding 98 pada 2007.

“Perluasan kawasan berterusan dan penduduk tidak perlu menunggu tindakan Bibi,” demikian menurut laporan Peace Now yang merujuk kepada pemimpin pembangkang, Benjamin Netanyahu yang dikatakan bakal menjadi Perdana Menteri apabila berjaya memenangi pilihan raya pada 10 Februari nanti.

Pembinaan di kawasan jajahan Zionis di timur Baitulmaqdis juga meningkat terutama selepas rundingan damai di Annapolis pada November 2007 yang menyaksikan Israel dan Palestin secara rasmi melancarkan semula usaha damai.

Sebanyak 2,730 projek pembinaan juga diluluskan tahun lalu, berbanding hanya 391 pada 2007.

Penempatan haram Yahudi adalah antara isu sensitif dalam konflik Israel- Palestin. Laporan terbaru ini disiarkan ketika utusan damai AS yang baru, George Mitchell tiba di rantau itu bagi mengusahakan rundingan damai.

– AFP

Israel bedil terowong Palestin

by
Sebuah pesawat perang Israel awal hari ini, membedil beberapa terowong yang digunakan oleh rakyat Palestin untuk menyeludup barang keperluan dan senjata di sempadan Genting Gaza dengan Mesir.

Serangan tersebut dilancarkan hanya beberapa jam sebelum duta khas Amerika Syarikat (AS) ke Asia Barat, George Mitchell dijadual tiba di negara Yahudi itu.

Penduduk Palestin di pekan Rafah, Genting Gaza dan pegawai keselamatan Hamas berkata, sebilangan penduduk mula meninggalkan rumah mereka dalam ketakutan apabila pesawat berkenaan melancarkan tiga serangan sebelum subuh.

Belum ada laporan mengenai kemalangan jiwa.

Seorang jurucakap tentera Israel mengesahkan, Israel melancarkan serangan udara ke atas terowong penyeludupan di Rafah.

Bedilan itu sebagai membalas serangan pejuang Palestin di Gaza ke atas sebuah kenderaan tentera Israel semalam, kata jurucakap itu.

Dalam serangan semalam, seorang askar Yahudi maut dan tiga yang lain cedera apabila kenderaan yang mereka naiki terkena serangan bom.

Ekoran itu, Israel segera melancarkan serangan udara yang membunuh seorang lelaki Palestin yang bermotosikal dan didakwa oleh tentera Israel sebagai perancang letupan bom tepi jalan itu tetapi menurut sumber Palestin, lelaki itu hanyalah seorang petani.

Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert malam tadi berkata, pembunuhan lelaki bermotosikal itu hanyalah reaksi awal dan Israel akan melancarkan tindakan balas sepenuhnya tidak lama lagi.

Insiden berbalas-balas serangan semalam, adalah yang pertama sejak Hamas dan Israel mengisytiharkan gencatan senjata berasingan pada awal bulan ini berikutan serangan rejim Zionis selama 23 hari ke atas Genting Gaza.

– Reuters

Israel sah guna fosforus - Amnesty

by
Pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International mengesahkan bahawa terdapat bukti tentera rejim Zionis Israel menggunakan fosforus putih semasa menyerang Genting Gaza.

Menurut pertubuhan itu, kesan terbakar pada siling bangunan, serpihan bom yang ditinggalkan dan bahan itu yang terbakar apabila disentuh merupakan bukti tentera rejim Zionis itu menggunakan bom mengandungi bahan fosforus putih.

Fosforus putih merupakan bom pembakar yang diharamkan penggunaannya di kawasan penempatan awam di bawah konvensyen antarabangsa.

Pada 5 Januari lalu, tentera rejim Zionis telah mengebom wilayah Beit Lahiya di utara Genting Gaza dan dua minggu kemudian, seorang pakar senjata dari Britain, Chris Cobb-Smith telah menjalankan penyiasatan di kawasan berkenaan.

"Di kawasan ini, fosforus putih yang jatuh dari bumbung telah menyebabkan berlalu letupan di dinding dan bahan kimia itu tersebar ke seluruh kawasan rumah.

''Beberapa kebakaran yang berlaku membuktikan ada pengunaan bahan terlarang itu," jelasnya.

Sejak akhir minggu lalu, Cobb-Smith dengan delegasi Amnesty telah melawat beberapa kawasan lain di Gaza bagi menyiasat mengenai penggunaan fosforus putih oleh tentera Israel.

Seorang mangsa yang terselamat dalam serangan bom mengandungi bahan fosforus, Abu Halima yang ditemui di Hospital Shifa, Genting Gaza berkata: ''Ia amat menyakitkan, kulit saya terbakar sehinggakan saya tidak dapat tidur siang dan malam."

Mangsa itu turut menceritakan kulitnya yang terkena bahan itu akan keluar asap jika dibasuh atau dibalut.

Ketua pertubuhan itu, Donatella Rovera meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menjalankan siasatan berhubung penggunaan bahan fosforus putih oleh tentera Israel dalam serangan di Gaza, baru-baru ini.

Beliau juga menggesa PBB supaya menjalankan siasatan berhubung jenayah perang yang dilakukan oleh pihak Hamas dan tentera Israel.

Katanya, pelaksanaan genjatan senjata yang berkekalan di wilayah Palestin itu akan bergantung kepada 'kesungguhan politik negara yang mempunyai pengaruh ke atas Israel termasuk AS dan Kesatuan Eropah.

Israel setakat ini tidak menafikan bahawa tentera rejim Zionis itu telah menggunakan senjata mengandungi bahan fosforus tetapi pada masa yang sama menjelaskan bahwa ia juga menggunakan senjata yang tidak diharamkan oleh konvensyen antarabangsa.

- AFP

Jentera propaganda Zionis

by
Oleh MUHAMMAD ALIAS

Dalam sejarah konflik Palestin sejak lebih 60 tahun lalu negara-negara Arab sering melepas peluang untuk merealisasikan pembentukan sebuah negara untuk rakyat Palestin. Kesilapan demi kesilapan dilakukan bermula dengan perang Arab-Israel pertama tahun 1948.

Pengajaran daripada beberapa peperangan Arab-Israel itu ialah jumlah ramainya penduduk sahaja tidak memadai. Apa yang penting ialah strategi, persediaan, latihan, persenjataan, moral dan jentera propaganda. Sayangnya hingga ke hari ini jentera propaganda merupakan kelemahan negara-negara Arab yang paling ketara.

Perkara ini terjadi di kala negara-negara Arab menguasai pengeluaran minyak mentah dunia. Malahan pelaburan Arab melimpah ruah ke negara-negara Barat khususnya sebelum tragedi 11 September 2001. Beberapa buah negara Eropah boleh dikatakan hidup kerana duit Arab.

Meskipun begitu mereka tidak berjaya mempengaruhi dan mendapatkan simpati negara-negara Barat dalam konflik Palestin. Meskipun lebih 1,300 orang menjadi korban dalam serangan Israel ke atas Genting Gaza baru-baru ini.

Namun keadaan amat berbeza dengan Israel. Negara-negara Eropah dan AS amat menyayangi Israel. Mereka sanggup menyokong Israel meskipun rejim Zionis itu sering kali berlaku zalim. Puncanya ialah jentera propagandanya yang efisien.

Kempen-kempen propaganda Israel berkembang ekoran daripada kewujudan fahaman Zionis lebih seratus tahun lalu. Perisytiharan Balfour tahun 1917 dan penubuhan negara Israel merupakan kemuncak kepada kejayaan Zionis.

Melalui propaganda yang berterusan, Zionis berjaya menguasai pengembang-pengembang agama Kristian berhaluan kanan, ahli-ahli politik, media massa dan paling penting industri perfileman Hollywood.

Sejak kewujudan Israel hampir-hampir seratus buah filem Hollywood yang bertemakan bangsa Yahudi khususnya mengenai kekejaman Nazi di samping mempertahan dan menghalalkan pembentukan negara Israel tahun 1948.

Hari ini kritikan terhadap Israel dicap sebagai 'anti-Semites.' Di beberapa negara Eropah perbuatan mempersoalkan kewujudan holocaust boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Pengaruh Israel dalam dasar luar AS jelas dinyatakan oleh John Mearsheimer dan Stephen Walt dalam buku bertajuk The Israel Lobby and U.S. Foreign Policy (Lobi Israel dan Dasar Luar Amerika) terbitan tahun 2006.

Nadi propaganda zionis berpusat di Simon Wiesenthal Center atau SWC di Los Angeles. SWC menjalankan pelbagai aktiviti bertujuan mempertahankan keselamatan bangsa Yahudi di seluruh dunia, khususnya Israel dan menentang anti-semitisme.

SWC juga terdapat di New York, Miami, Paris, Toronto, Buenos Aires and Jerusalem. SWC mendapat taraf sebagai badan bukan kerajaan (NGO) di pertubuhan-pertubuhan antarabangsa termasuk PBB, UNESCO dan Majlis Eropah (Council of Europe).

Muzium Toleransi (Museum of Tolerance) juga memainkan peranan yang sama penting dengan SWC. Objektif utama ialah mendidik dan menyebarkan tragedi yang menimpa bangsa Yahudi di Eropah dalam Perang Dunia Kedua.

Muzium ini menyediakan bacam-macam program untuk pelbagai lapisan masyarakat khususnya para pelajar dari sekolah rendah hingga ke universiti, ahli-ahli akademik, guru-guru, penguatkuasa undang-undang dan pekerja-pekerja sosial.

Sebaliknya sejak 60 tahun lalu hampir-hampir tidak ada filem-filem tentang holocaust rakyat Palestin. Sepanjang penulis ketahui tidak ada satu pun pusat dan muzium tentang tragedi rakyat Palestin seperti mana Simon Wiesenthal Center dan Museum of Tolerance.

Kenapa agaknya perkara seumpama ini tidak terlintas di fikiran pemimpin-pemimpin Arab dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Pusat ini sepatutnya dibina di AS, Eropah, Timur Tengah dan beberapa buah negara di Afrika dan Asia.

Mesir mempunyai industri perfileman yang bermutu tinggi dan dirasa mampu mengeluarkan filem-filem yang baik dengan pelaburan dari negara-negara Arab/OIC. Kesan filem-filem ini dikira dapat mempengaruhi pemikiran dunia tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat Palestin.

Bagaimana pula dengan penubuhan sebuah badan agensi berita dan stesen televisyen OIC. Isu propaganda ini patut dipandang serius oleh OIC. Adalah lebih baik OIC membincangkan isu-isu yang mudah dipraktikkan daripada isu-isu besar dan penuh dengan retorik sedangkan sukar sekali dilaksanakan.

Sepatutnya jentera propaganda Liga Arab dan OIC memanipulasikan pembunuhan kejam terhadap penduduk Gaza baru-baru ini. Bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya lebih 1,300 orang yang terkorban itu merupakan rakyat Israel.

Sebaliknya pemimpin-pemimpin Arab terus menerus bercakaran sesama sendiri. Sidang Kemuncak Ekonomi Arab di Kuwait menambah tebal lagi permusuhan sesama mereka sedangkan Gaza telah hampir musnah, termasuk lebih 20 buah masjid ranap dibedil Israel.

Di zaman Perang Dingin, Republik Rakyat China (PRC), India, Soviet Union, sebahagian besar negara-negara blok komunis dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Kini hampir-hampir semua menjadi rakan Israel. Nampaknya nasib rakyat Palestin semakin gelap.

- Utusan

Pendeta Yahudi 'halalkan' bunuh wanita, kanak-kanak

by
Laporan sebuah akhbar Arab Saudi, Al Watan, mendedahkan pendeta Yahudi mengeluarkan kenyataan agama membolehkan wanita dan kanak-kanak Palestin dibunuh dan mengampunkan setiap penduduk Yahudi yang melakukan jenayah itu.

Menurut akhbar berkenaan, pendeta berkata, tindakan pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Zionis di Semenanjung Gaza selari dengan ajaran Yahudi menganggap pembunuhan itu sebagai 'hukuman besar ke atas musuh.'

Ia juga menyebut salah seorang pendeta mengeluarkan kenyataan bahawa tiada masalah dalam menghapuskan penduduk Palestin tidak kira walau sejuta orang atau lebih dibunuh oleh tentera Zionis.

Memetik kenyataan daripada Book of Geneses, pendeta Mordachi Elyaho, menghantar risalah mingguan kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, mengandungi artikel membolehkan Yahudi melaksanakan idea hukuman besar-besaran ke atas musuh selari dengan etika perang dalam kitab Taurat.

"Standard ini boleh dilaksanakan kepada kes Gaza sebagai semua penduduk wilayah itu bertanggungjawab kerana tidak melakukan apa-apa untuk menghalang bedilan roket Briged Qassam," kata Elyaho dalam suratnya kepada Olmert sambil mendesak beliau meneruskan serangan ke atas penduduk Palestin kerana 'menghapuskan penduduk awam Palestin tidak menjadi satu kesalahan.'

Seorang lagi pendeta radikal, Yesrael Rozin, dipetik sebagai berkata undang-undang dalam Taurat membolehkan pembunuhan lelaki, kanak-kanak, wanita, orang tua, bayi dan haiwan ternakan musuh.

Pendeta Sholomo Elyaho pula menggariskan: "Jika kita membunuh 100 daripada mereka tetapi mereka enggan menghentikan serangan roket, kita perlu membunuh 1,000; dan jika membunuh 1,000 pun mereka masih tidak berhenti, kita perlu membunuh 10,000 dan terus membunuh walaupun sudah mencecah sejuta orang tanpa mengira masa yang diambil untuk membunuh mereka."

- Agensi

Tentera Zionis berundur

by
Pegawai-pegawai Israel berkata, bala tentera Yahudi itu akan meninggalkan Genting Gaza sepenuhnya sebelum Barack Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-44 pada 20 Januari 2007

Ia adalah petunjuk rasmi pertama Israel merancang mengundurkan seluruh tenteranya selepas mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak di Gaza lewat Sabtu lalu.

Keputusan berkenaan kemungkinan ada kaitan dengan keinginan rejim Zionis untuk mewujudkan hubungan permulaan yang lancar dengan pentadbiran baru AS.

Ribuan anggota tentera Israel mula keluar dari Gaza pada Sabtu lalu selepas mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak, bagaimanapun pemimpin Israel menyatakan tenteranya akan terus berada di Gaza untuk beberapa ketika.

Hamas juga mengumumkan gencatan senjata selama seminggu, semalam.

Jurucakap kerajaan Yahudi, Mark Regev enggan mengesahkan mengenai jadual waktu pengunduran tersebut.

Beliau berkata: ''Hanya, apabila Gaza kekal 'senyap' barulah pengunduran sepenuhnya tentera Israel akan dilakukan segera''.

- AP

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90