Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label JPJ. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JPJ. Papar semua catatan

Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 2023

by




Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagaimana berikut.

1. Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19
Klasifikasi Perkhidmatan: Pengangkutan
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian/Jabatan: Jabatan Pengangkutan Jalan
Jadual Gaji Min - Maks : RM1,362.00 - RM4,034.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Kekosongan : 145 Kekosongan

Tarikh tutup permohonan 14 November 2023 (Selasa).
Lokasi penempatan : JPJ Seluruh Malaysia (Semenanjung)
Sektor : Kerajaan

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia; dan
b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai mekanik kenderaan.
(Gaji permulaan pada Gred AB19: RM1,362.00) atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred AB19: RM1,362.00) atau
(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred AB19: RM1,420.12) atau
(iv) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred AB19: RM1,478.24)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Senarai Bidang Berkaitan Di Peringkat SVM Dan SKM

Sila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SVM dan SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim (pautan: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/).

Maklumat Tambahan

Pemohon dengan kelayakan SVM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SVM”.

Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawahCalon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 14 November 2023 (Selasa), jam 11.59 malam.

Permohonan dan kemaskini jawatan secara online disini

JPJ kuatkuasa 7 kesalahan tak dibenarkan kompaun

by


 

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menguatkuasakan tujuh kesalahan yang tidak dibenarkan untuk dikompaun sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolla berkata kesalahan itu adalah membabitkan memotong barisan, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi isyarat lampu merah, memandu melebihi had laju dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Selain itu, kesalahan lain adalah tidak memakai tali pinggang atau topi keledar dan memandu di lorong kecemasan.
"Turut dikuatkuasakan ialah Perintah Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan di jalan raya iaitu pada dua hari sebelum perayaan iaitu 20 dan 21 April serta dua hari selepas perayaan iaitu pada 24 dan 25 April.

"Ia bertujuan mengelakkan risiko berlakunya nahas di jalan raya akibat percampuran aliran trafik antara kenderaan berat dengan kenderaan ringan selain untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program keselamatan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri di gerai juadah Ramadan Taman Prima Saujana.

Hasbi berkata seramai 2,000 anggota penguat kuasa JPJ terbabit dalam Ops Bersepadu yang bermula hari ini sehingga 27 April ini sempena sambutan Aidilfitri dengan pendekatan operasi memfokuskan kepada 76 lokasi 'black spot' di jalan Persekutuan yang menjadi antara kawasan yang mempunyai kadar kemalangan tertinggi.

Beliau berkata selain itu, pendekatan menerusi strategi 'covert' dan 'overt' termasuk penggunaan dron di lokasi tertentu bagi memantau dan merakam etika pemanduan yang tidak selamat oleh pemandu serta pelanggaran peraturan kesalahan jalan raya, turut akan dilaksanakan JPJ.

Katanya, antara penguatkuasaan lain yang dilaksanakan adalah dengan melakukan penyamaran sebagai penumpang bas ekspres, pemantauan dan penguatkuasaan di jajaran black spot kemalangan, pelaksanaan persepsi ditangkap melakukan kesalahan (POBC) dan Ops Khas Motosikal.

"JPJ juga mengadakan Pra Ops Hari Raya bermula 14 April hingga semalam yang membabitkan pemeriksaan bas di 76 buah depoh dan 28 terminal bas utama di seluruh negara bagi memastikan bas sentiasa berada dalam keadaan `road worthiness' serta melakukan pemeriksaan mengejut di Stesen Penguatkuasa, Hentian Rehat dan Rawat serta Hentian Sebelah di lebuhraya seluruh negara," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim yang turut hadir pada program berkenaan, berkata keanggotaan dalam Ops Bersepadu akan ditambah mengikut keperluan dan boleh mencecah sehingga 2,300 hingga 2,500 anggota.

- BERNAMA

Integrasi sistem mySIKAP wujud sejak 2007 - JPJ

by


Proses integrasi pangkalan data sistem mySIKAP Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama pihak berkuasa lain sudah wujud sejak 2007.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, berkata proses penyepaduan pangkalan data mySIKAP membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Pendigitalan ini adalah projek rintis dan kita akan memastikan usaha penambahbaikan akan dilakukan secara berterusan dalam inisiatif pendigitalan JPJ ini.

"Perkara ini demi memastikan keberkesanannya agar sentiasa memberikan manfaat yang signifikan kepada negara dan rakyat," katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, baru-baru ini yang menggesa Kementerian Pengangkutan (MOT) menjalankan kajian mendalam mengenai pendigitalan lesen kenderaan bermotor atau cukai jalan dan lesen memandu sebelum memutuskan pengguna jalan raya tidak perlu mempamerkannya.

Musa berkata masalah mungkin timbul dalam penguatkuasaan undang-undang jalan raya berkaitan cukai jalan dan lesen memandu digital.

Beliau turut mempersoal bagaimana PBT dan PDRM menjalankan penguatkuasaan sekiranya mereka tidak mempunyai akses kepada pangkalan data lesen digital JPJ.

Sementara itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM dalam satu kenyataan, baru-baru ini berkata JSPT boleh melaksanakan penguatkuasaan melalui semakan integrasi dengan sistem mySikap JPJ atau paparan kod QR.

Semakan nombor kenderaan dan nombor pengenalan boleh dibuat menggunakan peralatan Mobile Computerized On-Line Payment System (MCOPS) yang dibekalkan kepada pasukan itu.

JSPT turut menyambut baik kaedah pendigitalan membabitkan lesen kenderaan motor (e-LKM) dan lesen memandu Malaysia (e-LLM) melalui platform Portal Awam JPJ serta aplikasi mobile MyJPJ yang diperkenalkan MOT melalui JPJ itu.

Selaras inisiatif itu, katanya individu kenderaan persendirian hanya perlu menunjukkan lesen kenderaan motor atau lesen memandu melalui aplikasi tanpa menunjukkan dokumen fizikal.

Sumber : Berita Harian

Adu kesalahan jalan raya melalui aplikasi e-Aduan@JPJ

by

 


Pengarah Kanan Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan, berkata melalui aplikasi itu, orang ramai hanya perlu memuat naik gambar atau video kesalahan jalan raya yang berlaku di depan mereka, selain lokasi dan waktu kesalahan.
"Orang ramai terlebih dahulu perlu dapatkan ID awam dalam laman sesawang: jpj.gov.my untuk mendaftar di aplikasi berkenaan. Orang ramai juga perlu mengaktifkan sistem kedudukan global (GPS) bagi memudahkan pengesanan lokasi.
"Aduan yang dibuat perlu lengkap dengan waktu, tempat, video dan gambar bagi memudahkan siasatan dijalankan," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, beliau berkata, JPJ akan melaksanakan Ops Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) 2022 bermula 29 April hingga 8 Mei 2022 ini.
Katanya, Ops HRA 2022 akan dilaksanakan melalui pendekatan advokasi serta penguatkuasaan dengan objektif utama memastikan persekitaran jalan raya sentiasa selamat, dan seterusnya menurunkan kadar kemalangan serta kematian di jalan raya. 
Sumber dari BERNAMA

Diskaun 70 peratus bayaran saman dilanjutkan sebulan

by


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanjangkan tempoh pembayaran diskaun 70 peratus yang ditawarkan bagi bayaran saman yang dikeluarkan JPJ dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), hingga hujung bulan ini.

Pengarah Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik JPJ, Mohamad Yatim Nawawi, berkata tempoh pembayaran yang berakhir pada 31 Ogos lalu dilanjutkan sebulan atas arahan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong bagi membantu rakyat ketika menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Beliau berkata, sambutan ke atas tawaran diskaun itu begitu menggalakkan sehingga menyebabkan semua pejabat JPJ negeri, cawangan dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) penuh sesak.

Justeru, katanya, orang ramai disaran mengambil peluang tempoh lanjutan sebulan diberikan itu bagi menyelesaikan pembayaran saman masing-masing.

"Selepas tamat tempoh diskaun ini individu yang mempunyai saman akan membayar saman seperti asal," katanya selepas menghadiri majlis memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Pelancaran Drama Skuad JPJ antara JPJ dan Kalam Ariff Holdings Sdn Bhd, hari ini.

Mohamad Yatim berkata, diskaun 70 peratus bayaran saman itu adalah sempena sambutan bulan kemerdekaan bagi saman yang dikeluarkan atas kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah di bawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

Selain pejabat JPJ negeri, cawangan dan UTC, orang ramai juga boleh membuat pembayaran di portal mySIKAP JPJ, kiosk JPJ dan JPJ Mobile.

Mohamad Yatim berkata, bagi kesalahan yang disenarai hitam, orang ramai dikehendaki hadir ke pejabat JPJ cawangan atau negeri bagi proses dokumentasi sebelum urusan pembayaran dilakukan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, JPJ bersetuju dengan cadangan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) supaya laluan bagi motosikal dipisahkan dengan kenderaan yang lain.

Katanya, perkara itu memerlukan persetujuan daripada pelbagai agensi atau jabatan yang berkaitan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Penggunaan lorong kecemasan sama ada meletakkan kenderaan atau melaluinya menyalahi undang-undang sedia ada mengikut Kaedah 53 Kaedah Lalulintas Jalan Raya 1959.

"Justeru JPJ bersetuju dengan cadangan MIROS supaya mengadakan laluan khas motosikal itu berlainan daripada laluan biasa," katanya.

Sumber : Berita Harian




Dego Ride Diarah Henti Operasi

by


Dego Ride mengarahkan kira-kira 6,000 penunggang motosikalnya supaya menghentikan operasi serta-merta susulan arahan Kementerian Pengangkutan supaya pihaknya berbuat demikian serta-merta.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj berkata, arahan tersebut dikeluarkan sehingga isu perkhidmatan perkongsian pengangkutan menggunakan motosikal itu diselesaikan dengan pihak berkuasa.

"Kita arahkan semua penunggang menghentikan operasi serta-merta kerana kita tidak mahu mereka melanggar undang-undang.

"Kita juga mahu bekerjasama dengan pihak berkuasa supaya isu ini dapat ditangani secara baik," katanya kepada mStar Online pada lewat malam Isnin.

Pada Isnin, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi amaran kepada Dego Ride supaya tidak mencabar undang-undang dan beroperasi tanpa lesen.

Beliau berkata, undang-undang menetapkan mengikut Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan 1987, motosikal tidak boleh dijadikan sebagai kenderaan komersial manakala Seksyen 16 dan 47 Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) 2010, tidak boleh membawa kenderaan komersial tanpa permit.

Nabil bagaimanapun memberitahu pihaknya terus komited untuk memastikan Dego Ride dapat beroperasi sebagai teksi motosikal secara sah.

Tambahnya, hasrat itu bagi memberi peluang pekerjaan kepada golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) di samping menawarkan pilihan pengangkutan pada kos murah kepada pengguna.

"Oleh itu, kita akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pengangkutan dan SPAD secepat mungkin untuk menyelesaikan isu berbangkit," ujar Nabil.

Sebelum ini, Nabil telah mengadakan dua pertemuan secara berasingan dengan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi dan Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berhubung isu Dego Ride.

Isu Dego Ride bermula pada 24 Januari lalu selepas Ab Aziz dalam sidang media mengumumkan bahawa teksi motosikal sebagai satu perkhidmatan tanpa lesen dan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan.

Menerusi arahannya pada Isnin, Tiong Lai berkata, walaupun penggunaan motosikal mampu mengelak kesesakan lalu lintas tetapi dari segi keselamatan jalan raya, jenis perkhidmatan itu tidak akan membantu mengurangkan jumlah kemalangan motosikal yang tinggi setiap tahun.

Sabtu lalu, mStar Online melaporkan bahawa Dego Ride berkeras untuk meneruskan operasi walaupun tidak mempunyai lesen dan JPJ diarahkan untuk mengambil tindakan.

Perkhidmatan Dego Ride boleh ditempah menerusi aplikasi WhatsApp, dengan kadar tambang dari RM2.50 untuk 3 kilometer (km) pertama, dan caj 60 sen dikenakan bagi setiap km seterusnya.
Sejak beroperasi pada November tahun lalu, lebih 15,000 penumpang telah menggunakan perkhidmatan Dego Ride di sekitar Lembah Klang.

- mSTAR

Jangan Rakam Gambar Ketika Memandu

by



Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Isma Suhaimi Sharif berkata pemandu kenderaan tidak boleh merakam gambar atau video mengenai kesalahan lalu lintas yang dilakukan pengguna jalan raya yang lain walaupun ia bertujuan untuk disalurkan kepada JPJ.

Beliau berkata pemandu berkenaan boleh diambil tindakan jika berbuat demikian kerana penggunaan telefon bimbit ketika memandu merupakan kesalahan di bawah Kaedah 17 A, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh didenda sebanyak RM300.

"Memang kita galakkan orang ramai membantu salurkan maklumat melalui pelbagai aplikasi, tapi sepatutnya gambar atau video mestilah diambil oleh orang lain dalam kenderaan dan bukannya pemandu itu sendiri," katanya kepada pemberita.

Beliau melancarkan Ops Tahun Baharu Cina 2017 peringkat negeri Kedah pada Rabu malam.

Sebanyak 560 kenderaan diperiksa dalam operasi di sekitar Jalan Pegawai disini dan 75 notis pelbagai kesalahan telah dikeluarkan.

-Bernama

Kenderaan Perdagangan Wajib Pasang Pelekat Pemantul Cahaya

by


Semua kenderaan perdagangan diwajibkan memasang pelekat pemantul cahaya berkuat kuasa Januari 2017, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Nadzri Siron. 

Semasa mengumumkan demikian pada Rabu, beliau berkata pemantul cahaya itu perlu mematuhi piawaian Malaysia Standard MS828:2011 yang diiktiraf SIRIM Berhad.

"Pemilik kenderaan perdagangan yang gagal memasang pelekat pemantul cahaya berstandard SIRIM Berhad akan dikenakan denda RM300 dan amaran supaya berbuat demikian dalam tempoh 10 hari," katanya pada sidang media di sini. 

Beliau berkata langkah itu dilaksanakan berikutan banyak kemalangan pada waktu malam membabitkan kenderaan perdagangan yang sering diletakkan di tepi jalan kerana rosak. 

Daripada lebih 18 juta kenderaan yang berdaftar dengan JPJ, sebanyak 1.2 juta adalah kenderaan perdagangan. 

Terdahulu, beliau menghadiri taklimat berhubung pemasangan pemantul cahaya pada kenderaan perdagangan yang dihadiri oleh syarikat, pengusaha dan pemilik kenderaan bersama-sama JPJ, SIRIM Berhad dan Puspakom. 

Nadzri berkata ketika ini, hanya dua syarikat yang menjual produk pemantul cahaya diiktiraf SIRIM QAS International iaitu 3M Malaysia Sdn Bhd dan Orafol Reflective Solutions (Malaysia) Sdn Bhd, dengan setiap produk dijual pada harga antara RM60 dan RM80 di Puspakom serta beberapa syarikat yang dilantik pembekal. 

Menurutnya setiap kenderaan perlu memasang tiga pemantul cahaya iaitu dibelakang serta di kiri dan kanan kenderaan dengan jarak penglihatan dianggarkan sejauh 400 meter dari kenderaan di belakang. 

Beliau turut mengingatkan pengusaha dan pemilik kenderaan perdagangan mengenai kewujudan pelekat pemantul cahaya tiruan yang tanpa logo JPJ di pasaran tempatan. 

"JPJ kini bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi membanteras penjualan produk tiruan itu," katanya. 

- Bernama

Kadar Cukai Jalan Malaysia

by

KADAR CUKAI JALAN MALAYSIA

Kadar Cukai Jalan Bagi Motosikal

Kapasiti Enjin Kadar
150cc dan kebawah Percuma sejak 2004
151cc hingga 200cc   RM 30.00
201cc hingga 250cc   RM 50.00
251cc hingga 500cc   RM 180.00
501cc hingga 800cc   RM 250.00
Melebihi 800cc   RM 350.00

Kadar Cukai Jalan Bagi Kereta Persendirian

Kapasiti Enjin Kadar
1000cc dan ke bawah RM 20.00
1001cc hingga 1200cc RM 55.00
1201cc hingga 1400cc RM 70.00
1401cc hingga 1600cc RM 90.00

Kadar Cukai Jalan Bagi Kereta Persendirian

Kapasiti Enjin Kadar Asas Kadar Progresif
1601 hingga 1800cc RM 200.00 RM 0.40 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1600cc
1801cc hingga 2000cc RM 280.00 RM 0.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1800cc
2001cc hingga 2500cc RM 380.00 RM 1.00 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2000cc
2501cc hingga 3000cc RM 880.00 RM 2.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2500cc
Melebihi 3000cc RM 2,130.00 RM 4.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 3000cc

Cara Tukar Hakmilik Kenderaan

by

Mulai 1 April 2014, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menguatkuasa peraturan baru untuk urusan tukar hakmilik kenderaan. Semua pemilik kenderaan (penjual kenderaan) dan pemilik baru (pembeli kenderaan) wajib hadir sendiri ke pejabat JPJ untuk membuat pengesahan biometrik (cap jari). Tidak boleh menghantar wakil. Ini adalah kerana:
  • untuk mengurangkan kes-kes penipuan dalam urusan penukaran hakmilik yang telah meningkat
  • JPJ sudah menambahbaik sistem mereka dengan aplikasi biometrik
  • untuk mengurangkan urusan tidak perlu seperti mendapatkan pengesahan pesuruhjaya sumpah.
Penggunaan borang pengesahan kad pengenalan (TM-AB) dan juga surat akuan berkanun pesuruhjaya sumpah sudah tidak perlu.

Proses Tukar Hakmilik Kenderaan


Sila baca dan ikuti panduan ini dengan teliti kerana proses tukar hakmilik kenderaan sudah tidak boleh menggunakan ejen atau wakil.

  • Pastikan kenderaan adalah mengikuti standard asal seperti dalam geran kenderaan. Kesemua modifikasi sudah dibuang atau telahpun mendapat kelulusan JPJ. Warna kenderaan juga mesti ikut seperti yang dinyatakan dalam geran kenderaan.
  • Pastikan tiada gangguan pada nombor casis dan enjin kenderaan.
  • Pastikan anda tidak menggunakan bahagian “kereta potong” atau potong sambung bahagian kenderaan.
  • Pastikan cermin kenderaan mengikuti garis panduan cermin gelap JPJ.
  • Bawa salinan mykad untuk urusan dengan JPJ untuk penjual dan pembeli.
  • Bawa geran kereta / perakuan pendaftaran kenderaan (JPJK2)
  • Mula-mula sekali, pergi ke PUSPAKOM dan buat pemeriksaan untuk tukar hakmilik kenderaan (Caj RM30).
  • Anda akan diberi satu laporan pengesahan tukar hakmilik kenderaan (VR1) yang sah untuk tempoh 1 bulan sahaja.
  • Pergi ke syarikat insuran untuk membeli atau menukar insuran kereta baru atas nama pembeli baru berkuatkuasa pada hari tersebut. Anda tidak boleh tukar hakmilik kenderaan jika pembeli tiada insuran kenderaan.
  • Pergi ke JPJ untuk urusan tukar hakmilik kenderaan secara sukarela. Kedua-dua penjual dan pembeli kena hadir.
  • Dapatkan surat e-Hakmilik pembatalan tuntutan hakmilik bank, jika belum berbuat demikian. Geran asal kenderaan akan dicop batal hakmilik berdaftar pada ruangan depan geran kenderaan.
  • Apabila ke Pejabat JPJ, ambil 2 salinan borang senarai semak (TM-1) dan 2 salinan borang (JPJK3). Isi borang dengan lengkap dan harus ditandatangan oleh penjual dan pembeli.
  • Proses menampal salinan mykad di atas borang TM-AB sudah tidak diperlukan lagi kerana JPJ menggunakan sistem biometrik. 
  • Ambil nombor giliran dan tunggu, sampai giliran anda, bayaran caj RM100 dikenakan.
  • Pembeli harus semak maklumat nama, alamat dan nombor mykad diruangan pertukaran-pertukaran milikan dan alamat sebelum tandatangan geran kereta (JPJK2) sebagai pemilik baru.

Sumber




Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90