Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label KPLSPM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KPLSPM. Papar semua catatan

Semakan Keputusan Kemasukan Perguruan Lepasan SPM Ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Ambilan Jun 2016

by


Calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah mengemukakan Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan JUN tahun 2016 di Institut Pendidikan Guru (IPG) boleh membuat semakan keputusan kemasukan di : https://pismp.moe.gov.my/

Tarikh semakan dibuka pada 6 Jun 2016 mulai jam 3.00 petang hingga 13 Jun 2016.

Calon berjaya dikehendaki mencetak surat tawaran. Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti program perlu mendaftar di institusi yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 13 Jun 2016.

UJIAN MEDSI PENGAMBILAN PROGRAM PENDIDIKAN 2013

by


Semakan Menduduki Ujian MEdSI Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ambilan September Sesi 2013/2014 boleh dibuat di : http://akademik.upsi.edu.my/kemasukan/MEdSI.html

Panduan Soalan MEDSI Bagi Program Pendidikan : http://panduandpli.com/hop.php?ref=my 

MAKLUMAT PELAKSANAAN UJIAN MEdSI SESI AKADEMIK 2013/2014

1. Semakan Panggilan Ujian MEdSI hanya boleh dibuat di laman Web UPSI di http://akademik.upsi.edu.my/kemasukan/MEdSI.html

2. Hanya calon yang memohon program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di UPSI, UPM, UKM, UUM, UIAM, UiTM, UM, UTHM dan UMS sahaja dipanggil menduduki MEdSI berdasarkan tapisan yang dibuat oleh IPTA-IPTA tersebut. USM tangguh ujian MEdSI.

3. Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.

4. Kaedah Ujian - UJIAN MEdSI secara Atas Talian/Online di Makmal-makmal komputer di Pusat-Pusat yang ditetapkan.

5. Permohonan untuk ubah/tukar Pusat, Sesi atau Tarikh : Hubungi UPSI melalui talian 05-450 6932/ 6930/ 6029

6. Hebahan Keputusan Ujian :
Keputusan Ujian MEdSI TIDAK akan dimaklumkan kepada calon. Calon boleh terus menyemak untuk panggilan temu duga pada 17 Mei 2013 melalui laman web IPTA yang mereka pohon semasa mengisi online UPU. Walau bagaimana pun, terdapat universiti yang mengadakan temu duga dahulu tanpa menunggu keputusan ujian MEdSI dari UPSI bagi mempercepatkan proses. Bagi kes calon ditemu duga terlebih dahulu, calon hanya perlu menyemak status jaya IPTA apabila hebahan dibuat oleh UPU dan IPTA nanti.

7. Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali ambilan sahaja.


PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIPATUHI OLEH CALON SEMASA MENDUDUKI UJIAN MEdSI DAN TEMU DUGA

1.Mematuhi Etika Pakaian Yang Ditetapkan

Etika Pakaian Lelaki

- Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang dengan berbaju kemeja (tuck-in).
- Memakai kasut dan berstokin;
- Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan;
- Sandal/selipar tidak dibenarkan;

Rambut Lelaki

- Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju;
- Fesyen rambut tidak keterlaluan;
- Rambut tidak boleh diwarnakan.

Etika Pakaian Perempuan

- Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata;
- Baju mesti berlengan panjang atau paras siku dan tidak ketat serta tidak menunjukkan bentuk tubuh badan;
- Solekan, aksesori dan pewangi secara sederhana;
- Sandal/selipar tidak dibenarkan;
- Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.

Rambut Perempuan

- Rambut tidak boleh diwarnakan;
- Fesyen rambut tidak keterlaluan.

2. Membawa Kad Pengenalan /MyKad
- Calon diminta membawa kad pengenalan/ MyKad ATAU dokumen pengenalan diri lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

3. Membawa Slip Menduduki Ujian MEdSI

- Calon diminta membawa Slip. Slip boleh dicetak melalui laman web rasmi Universiti Pendidikan Sultan Idris (http://www.upsi.edu.my)

Kegagalan membawa Slip boleh menyebabkan calon dihalang daripada menduduki ujian.

4. Peralatan yang perlu di bawa untuk Ujian MEdSI
- Calon diminta membawa sendiri alat-alat tulis secukupnya untuk menduduki ujian seperti berikut :

1. Pensil 2B
2. Getah Pemadam (Eraser)
3. Pena mata bola (ball pen) warna hitam/biru

Calon diminta membawa dokumen asal seperti berikut:

- Kad pengenalan/MyKad calon

Dapatkan Panduan Soalan MEDSI Bagi Program Pendidikan : http://panduandpli.com/hop.php?ref=my 

1,138 calon guru ikuti KPLSPM Jun 2012

by
Seramai 1,138 calon guru ditawarkan mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 314 calon guru merupakan Melayu atau bumiputera, 542 (Cina), 270 (India) dan 12 (lain-lain).

Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran dalam kenyataan berkata, setiap calon yang ditawarkan telah pun mendaftar di Institut Pendidikan Guru pada 25 Jun lalu.

Unjuran pengambilan guru bagi program tersebut berdasarkan keperluan yang dikeluarkan secara rasmi oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) bagi memenuhi 1,190 guru di sekolah rendah pada 2018.

Seramai 390 calon guru diperlukan di sekolah kebangsaan, 510 (sekolah jenis kebangsaan Cina) dan 290 (sekolah jenis kebangsaan Tamil).

- UTUSAN

7,975 guru lepasan diploma naik taraf ke gred DG41

by
23 Jun - Seramai 7,975 guru perkhidmatan pendidikan lepasan diploma (PPLD) yang telah melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah akan dinaik taraf sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPS) gred DG41 tahun ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan perjawatan baru itu kepada guru-guru tersebut pada Mei lalu.

Beliau menjelaskan, golongan itu merupakan sebahagian daripada guru-guru PPLD yang diberi peluang melanjutkan pelajaran secara jarak jauh dengan kerjasama Universiti Terbuka Malaysia (OUM) menerusi program pensiswazahan guru.

"Baru-baru ini, timbul isu guru-guru yang telah disiswazahkan belum disahkan perjawatan ke gred DG41 terutama bagi kohort dua, tiga, empat dan lima.

"Kita dan universiti melahirkan guru, tetapi hendak melantik perlukan kelulusan Perbendaharaan (treasury) sebab 'dia' akan bayar gaji dan luluskan perjawatan. Jadi, ini menyebabkan guru yang telah disiswazahkan ini kena menunggu untuk dinaikkan daripada PPLD kepada PPS," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru peringkat Parlimen Batu Pahat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Hwa di Senggarang di Batu Pahat.

Difahamkan sehingga kini, seramai 13,558 guru yang sebelum ini mempunyai kelulusan diploma berjaya 'disiswazahkan' menerusi program pensiswazahan tersebut.

Sementara itu, Mohd. Puad berkata, dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) yang berakhir 2016, Kementerian Pelajaran menyasarkan seramai 66,124 guru lagi akan menyambung pengajian ke peringkat ijazah bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Katanya, matlamat itu semakin hampir apabila hanya tinggal 2,464 guru belum berpeluang menyambung pengajian ke peringkat ijazah.

"Seramai 20,102 orang akan mengikuti program pensiswazahan guru pada September ini sekali gus menjadikan baki sasaran yang belum disiswazahkan sebanyak 32,464 orang.

"Bagaimanapun, daripada jumlah baki tersebut, 30,000 didapati tidak layak kerana berusia lebih 50 tahun justeru hanya tinggal 2,464 lagi yang perlu disiswazahkan," katanya.

Mohd. Puad berkata, sehingga kini, guru berijazah mewakili 98 peratus tenaga pengajar di sekolah menengah manakala di sekolah rendah, 39.8 peratus.

- MINGGUAN MALAYSIA

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90