Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label Kerajaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerajaan. Papar semua catatan

Pengambilan Jawatan Kerajaan Dibekukan?

by


Betul ke dah tak boleh masuk kerja kerajaan
untuk tahun 2015 ini?

Pihak JPA ada umumkan yang kerajaan
akan laksanakan 'rasionalisasi'
untuk tingkatkan prestasi
pegawai sedia ada.

Tapi ini bukanlah menutup
peluang graduan kerana masih ada
peluang lain untuk graduan
masuk kerja kerajaan

Kami akan bantu anda
merungkai isu ini

Klik di sini: http://jvsecurepay.com/access/272ly/28?camp_id=3986



Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan Malaysia 2015

by

Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan Malaysia 2015 (Mengikut Bulan)

22 Januari 2015 (Khamis)
12 Februari 2015 (Khamis) Tahun Baru Cina 19, 20 Februari
25 Mac 2015 (Rabu)
23 April 2015 (Khamis)
21 Mei 2015 (Khamis) Pesta Keamatan 30, 31 Mei
25 Jun 2015 (Khamis) Hari Gawai 1, 2 Jun
9 Julai 2015 (Khamis) Hari Raya Aidilfitri 17, 18 Julai
25 Ogos 2015 (Selasa)
17 September 2015 (Khamis) Hari Raya Aidiladha 24 September
22 Oktober 2015 (Khamis)
25 November 2015 (Rabu) Hari Deepavali 10 November
17 Disember 2015 (Khamis)



Penjawat awam terima faedah pemindahan gaji 1 Julai 2013

by


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan penjawat awam akan menerima pemberian faedah pemindahan gaji bersamaan kadar satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bulan depan.

Menurut jabatan itu, jumlah pemberian faedah pemindahan gaji berkenaan pada 1 Julai depan akan dikira dengan kadar satu KGT mengikut gred jawatan atau gred gaji masing-masing.

“Ia adalah eksesais pemberian faedah pemindahan gaji dan bukan eksesais kenaikan gaji,” kata jabatan itu dalam kenyataannya, semalam.

JPA juga memaklumkan, pelaksanaan eksesais itu susulan keputusan kerajaan berkaitan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan awam, landasan kerjaya dan pembetulan kepada masalah struktur gaji.

“Masalah struktur gaji akan diselesaikan sebelum 31 Disember ini, bukan disebabkan kedudukan seramai 182,434 pegawai yang berada di gaji maksimum pada 2012,” katanya.

Pekeliling Bilangan 5 JPA

Baru-baru ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 JPA menetapkan, penjawat awam yang layak mendapat satu KGT itu membabitkan semua kakitangan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) bertaraf tetap, sementara dan kontrak yang dilantik sebelum 1 Julai 2013 dan sedang berkhidmat pada hari berkenaan.

Turut layak pegawai yang dipinjam atau ditukar sementara ke agensi kerajaan, pegawai yang dipinjamkan ke pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta, pegawai yang bercuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji serta pegawai yang meninggal dunia pada 1 Julai 2013.

Bagaimanapun, kenaikan itu tidak membabitkan pegawai yang masih berkhidmat di bawah saraan Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet (JKK) 1976 atau Sistem Saraan Baru (SSB).

Turut tidak layak pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja berkuat kuasa 1 Julai 2013, pegawai lantikan baru berkuat kuasa 1 Julai 2013, pegawai yang bersara pada atau sebelum 1 Julai 2013 dan pegawai yang meninggal dunia pada atau sebelum 30 Jun 2013.

Mengikut pekeliling itu, kakitangan yang layak satu KGT mengikut gred jawatan/gred gaji masing-masing pada 1 Julai 2013 berdasarkan gaji hakiki pada 30 Jun 2013.

- BERITA HARIAN



http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Penjawatawamterimafaedahpemindahangaji1Julai/Article

Rahsia Memenangi Perolehan Tender Kerajaan

by


Kali ini saya kongsikan tips di mana untuk anda mendapatkan iklan dan peluang memasuki sebut harga atau tender. Pertama anda boleh dapatkan iklan di akhbar-akhbar utama.

Kedua di laman web jabatan atau agensi kerajaan, ketiga anda boleh pergi sendiri ke jabatan atau agensi kerajaan dan melihat iklan tawaran sebut harga dan tender di papan kenyataan Jabatan dan Agensi.

Keempat anda boleh terus menghubungi bahagian yang menguruskan sebut harga atau tender untuk bertanyakan tentang sebut harga atau tender yang mereka telah atau akan iklankan.

Kelima mereka yang akan menghubungi anda dan mahu syarikat anda menyertai sebut harga mereka, untuk mencapai ketahap ini anda perlu mempunyai hubungan yang baik dan telah menunjukkan kualiti kerja yang terbaik kepada Jabatan atau Agensi tersebut.

Dapatkan ebook lengkap yang berkongsi pelbagai tips dan rahsia dalam menyertai kontrak kerajaan dan bagaimana untuk anda bermula.

Tuan Khairul Nizam Bakar telah menghasilkan ebook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan. Beliau berkongsi rahsia membina perniagaan dan memenangi kontrak kerajaan dalam ebook ini.

Klik link untuk mendapatkannya: http://www.perolehankerajaan.com/hop.php?ref=my




Ucapan Perdana Menteri di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas (MAPPA XIII) 2013

by

Najib Tun Razak (kiri) menyampaikan amanat pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas (MAPPA XIII) bertemakan “Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020" di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 11 Mac 2013. Seramai kira-kira 7, 000 orang anggota penjawat awam hadir pada majlis tersebut. - BERNAMA


TERLEBIH dahulu, marilah sama-sama mengangkat setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua, kita dapat bertemu dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) kali ketiga belas pada pagi ini.

Pertama-tamanya jua, marilah kita yang beragama Islam menghadiahkan Ummul Kitab dan bagi yang bukan beragama Islam untuk bertafakur seketika, demi mengenang para pahlawan negara yang telah pergi mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan keutuhan negara tercinta di bumi Sabah baru-baru ini. Al-Fatihah.

Kita sentiasa menginsafi bahawa, tidak mungkin Malaysia berada pada tahap pembangunan dan kemajuan seperti kala dan ketika ini, tanpa perjuangan mulia para patriot dari pasukan, agensi dan perkhidmatan keselamatan negara. Kata orang, berkorban apa sahaja, harta ataupun nyawa. Itulah bakti mulia kerana agama, bangsa dan negara.

Yakinlah... Yakinlah bahawa pengorbanan mereka tidak sia-sia. Mereka pergi dalam rangka menunaikan amanah dan menjalankan tanggungjawab. Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih dan rasa penghargaan yang tidak terhingga kepada setiap keluarga yang terlibat. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

PENGUMUMAN INSENTIF/FAEDAH KEPADA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DAN POLIS DIRAJA MALAYSIA

Seperti kita maklum, sepanjang empat tahun pentadbiran, pelbagai inisiatif, perubahan dan penambahbaikan telah digembleng dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020. Pastinya kerajaan akan terus merencana pelbagai program bagi meningkat produktiviti serta motivasi penjawat awam. Jelasnya, sebagai sebuah kerajaan yang cakna, kita komited kepada keperluan semasa dalam memberi nilai tambah kepada skim-skim perkhidmatan seiring arus perdana.

Maka, dengan mengambil kira Perkhidmatan Awam Am telah ditambah baik di bawah Sistem Saraan Baru iaitu SSB dan Sistem Saraan Malaysia yakni SSM, sukacita saya mengumumkan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013, kerajaan bersetuju bahawa, pangkat-pangkat dalam perkhidmatan ATM dan PDRM kini disetarakan dengan Perkhidmatan Awam Am selaras perubahan lapisan-lapisan gred jawatan atau gred gaji. Ia mencakupi perubahan skop fungsi tugas, struktur pangkat juga kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM dan PDRM. Sebagai contoh:

Pertama: Koperal dalam ATM dan PDRM yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan atau gred gaji 17, kini disetarakan dengan gred jawatan atau gred gaji 22 Perkhidmatan Awam Am.

Kedua: Sarjan dalam ATM dan PDRM yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan atau gred gaji 27, kini disetarakan dengan gred jawatan atau gred gaji 29 Perkhidmatan Awam Am.

Ketiga: Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan atau gred gaji 41, kini disetarakan dengan gred jawatan atau gred gaji 44 Perkhidmatan Awam Am.

Keempat : Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan atau gred gaji 41, kini diletakkan dengan gred jawatan atau gred gaji baru iaitu 46A. dan;

Kelima: Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan atau gred gaji 48, kini disetarakan dengan gred jawatan atau gred gaji 52 Perkhidmatan Awam Am.

Sesungguhnya, kesetaraan ini dibuat bagi memastikan kedudukan ketiga-tiga perkhidmatan iaitu ATM, PDRM dan Perkhidmatan Awam Am sentiasa terpelihara di samping mengekalkan keharmonian antara perkhidmatan.

Hari ini negara akan terus belayar digerakkan angin Dasar Transformasi Negara menuju ke arah status sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Dasar Transformasi Negara yang ditunjangi prakarsa Pelan Transformasi Kerajaan, Pelan Transformasi Ekonomi, Pelan Transformasi Politik dan Pelan Transformasi Sosial ini sedang giat diatur gerakkan melalui pelbagai program yang disusun rapi.

Selanjutnya, berpayungkan falsafah pemandu 1Malaysia, Rakyat Didahulukan; Pencapaian Diutamakan, program dan sasaran ETP, GTP, PTP dan PTS ternyata telah memberikan impak yang sangat positif kepada rakyat seluruhnya. Kekuatan usaha kolektif kerajaan, pentadbiran awam, pihak swasta dan rakyat ini telah membolehkan kita secara tali-menali melawan arus kemerosotan ekonomi global dengan pertumbuhan ekonomi yang rancak berkembang secara purata pada kadar lebih 5% sejak tahun 2010. Sehubungan itu, Insya-Allah pada 19 Mac ini saya akan membentangkan sebuah “report card" atau kad laporan kepada rakyat Malaysia.

Sesungguhnya penjawat awam menyumbang secara besar kepada kejayaan penggubalan sebarang dasar oleh anggota pentadbiran. Begitu juga dalam memastikan kejayaan pelaksanaan setiap inisiatif yang dicetuskan.

Pencapaian Perkhidmatan Awam

Di bawah payung falsafah rakyat didahulukan pencapaian diutamakan juga, kerajaan telah memperkenalkan beberapa program baru bagi memaksimumkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Dua contoh terbaik ialah pertamanya, melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan iaitu prakarsa Pusat Transformasi Bandar atau UTC dan Pusat Transformasi Luar Bandar atau RTC yang mengumpulkan pusat perkhidmatan dan ekonomi secara sehenti yang telah menjadi kenyataan dalam tempoh begitu singkat dengan perbelanjaan minimum. Khidmat yang memberi kemudahan kepada rakyat ini dibuka selepas waktu bekerja sehingga malam. Keduanya, pengenalan 1MOCC atau 1Malaysia One Call Centre bagi memudahkan hubungan rakyat dengan pihak penjawat awam tanpa mengira jabatan mahupun kawasan.

Pengenalan inisiatif-inisiatif baru ini menandakan pergerakan dalam pemikiran serta falsafah tentang bentuk perkhidmatan yang disediakan kepada rakyat. Jadinya, kerangka baru pemikiran perkhidmatan awam harus menjurus kepada bentuk perkhidmatan yang meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

Sistem Nilai Baru Perkhidmatan Awam

Kerajaan juga tanpa jemu sentiasa menyeru penjawat awam agar memberikan khidmat terbaik menepati peredaran dan kehendak masa. Sesungguhnya, penjawat awam diukur keberkesanannya bukan sahaja melalui kecanggihan peralatan digunakan bahkan merangkumi budaya, nilai, budi bahasa serta motivasi dalam menjalankan dan menyampaikan tugas.

Tentunya, matlamat utama penjawat awam ialah kesejahteraan rakyat. Semboyan utama Perkhidmatan Awam adalah perkhidmatan untuk rakyat. Rakyat mestilah terus didekati dan disusuri, difahami dan difahamkan, didengar keluh kesahnya serta dirasai setiap denyut nadinya supaya dapatlah bagi kita memberikan perkhidmatan terbaik untuk mereka.

Setiap penjawat awam adalah agen transformasi paling hadapan dalam perantaraan di antara rakyat dan kerajaan. Perkhidmatan Awam yang bertunjangkan dan berpaksikan rakyat diikat hubungan dengan tersemainya kebolehpercayaan dalam memberikan khidmat paling murni tanpa mengira tempat, masa dan rupa.

Cabaran Perkhidmatan awam

Tahun 2020 sudah semakin menghampiri kita. Sebagai warga global yang berdepan dengan realiti ledakan maklumat serta kemajuan komunikasi era terkini kita perlukan kebijakan untuk menanganinya.

Secara sedar ataupun tidak, setiap tindakan dan keputusan penjawat awam hari ini diperhatikan, diperhalusi, diperiksa dan dianalisis serta dikritik bukan sahaja secara dalaman malah di luar negara melalui kanta alam maya. Oleh itu dalam era maklumat terbuka ini tidak ada individu, jabatan, kementerian mahupun institusi yang terlepas daripada pemerhatian mereka.

Namun integriti kita sebagai penjawat awam mestilah dipelihara bagi memastikan ketirisan wang atau ketirisan maklumat yang menjejaskan keutuhan perkhidmatan awam tidak berlaku. Janganlah sampai diibaratkan pepatah lama, membaling batu sembunyi tangan atau menjadi gunting dalam lipatan terhadap negara. Saya ingin mengingatkan, jauhilah tiga penyakit yang boleh menjejaskan wibawa dan keberkesanan sektor awam. Penyakit-penyakit tersebut adalah rasuah, salah guna kuasa dan membocorkan maklumat.

Setiap tahun kerajaan memperuntukkan sejumlah bajet yang besar untuk belanja pembangunan. Jika dibelanjakan dengan betul dan menepati jadual yang telah direncanakan, maka ia akan mendatangkan manfaat yang maksimum kepada rakyat dalam mencerminkan kerajaan telah menunaikan tanggungjawabnya.

Namun, apabila membuat tinjauan-tinjauan mesra, turun padang mendekati rakyat, sering kali sampai kepada saya rungutan orang ramai bahawa permohonan-permohonan mereka kepada agensi-agensi berkaitan telah ditolak atas alasan bajet tidak mencukupi. Walaupun memang benar ada kekangan kemampuan kewangan kerajaan, apa yang menghairankan terdapat peruntukan-peruntukan yang telah diluluskan dipulangkan semula kerana tidak diuruskan mengikut jadual.

Oleh yang demikian, setiap penjawat awam hari ini berdepan dengan cabaran untuk mencari titik keseimbangan antara membangunkan kapasiti, ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang baru dengan konsep yang lama.

Keberkesanan perkhidmatan awam bukan sahaja terletak kepada keberkesanan pelaksanaan sesuatu dasar semata-mata tetapi juga bergantung pada kejayaan berkomunikasi yang menentukan sejauh mana penerimaan masyarakat kepada sesuatu dasar itu dan kejayaan menangani kesan-kesan dari dasar tersebut.

Dalam era terbuka hari ini, dengan maklumat yang bersifat “real time", kepimpinan sektor awam tidak boleh lagi mengelak daripada berhadapan dengan media atau orang ramai. Seorang pemimpin sektor awam yang baik adalah seorang mampu untuk berkomunikasi dengan berkesan, dan mampu menimbulkan keyakinan umum terhadap dasar-dasar, prakarsa dan tindakan kerajaan.

Penyusunan Semula Prioriti Bandar dan Luar Bandar

Apabila kita mula-mula mencapai kemerdekaan hampir 70 peratus (%) penduduk Malaysia tinggal di luar bandar dan lebih 60% warganegara berada di bawah garis kemiskinan. Hasil usaha berterusan kerajaan, kemiskinan tegar telah berjaya diletakkan dalam lipatan sejarah manakala kemiskinan relatif sentiasa ditangani secara sistematik. Perancangan rapi disertai dengan pelaksanaan yang bijaksana membolehkan pembangunan dinikmati segenap lapisan rakyat di bandar mahupun di desa.

Hari ini hampir 70% warga Malaysia merupakan penduduk bandar. Realiti baru hasil kejayaan kita ini memerlukan penyusunan semula keutamaan kita dalam menangani isu mengkhidmati bandar dan luar bandar. Penyusunan semula keutamaan ini juga memerlukan perubahan yang selari dari segi set minda dan pemikiran penjawat awam. Ini juga menuntut perubahan struktur dalam organisasi.

Selanjutnya, dalam menjaga kebajikan penjawat awam yang bertugas di kawasan bandar, saya telah mengarahkan pihak PR1MA supaya menyediakan skim rumah mampu milik yang akan dibina di atas tanah-tanah kerajaan. Secara amnya, ia ditawarkan pada harga minimum 20% lebih rendah daripada harga pasaran. Diharapkan ini dapat meringankan beban penjawat awam.

Pepatah berbunyi, lidah itu tidak bertulang. Baru-baru ini, ada janji dibuat oleh pihak tertentu dalam manifesto mereka kononnya hendak melihat dan menyusun semula perkhidmatan awam. Hatta, ada ura-ura mahu mengecilkan saiz perkhidmatan awam. Kata lainnya, mereka mahu memberhentikan sebahagian besar penjawat awam. Siapakah yang mereka mahu berhentikan? Mahu berhentikan para guru? anggota polis? Anggota tentera? Pensyarah? Para doktor? Jururawat? Kumpulan pelaksana? Siapa?

Pokoknya, biarlah saya tegaskan di sini, dalam usaha untuk menambahbaik perkhidmatan awam ini, mereka baru setakat nak berjanji sedangkan hakikatnya kerajaan ini telah pun dan sedang berbuat yang terbaik untuk perkhidmatan awam supaya perkhidmatan awam terus bersifat inovatif, kreatif, produktif lagi berprestasi tinggi.

MENGHARGAI PENJAWAT AWAM

Kerajaan senantiasa peka terhadap beban dan tanggungan penjawat awam apabila berdepan dengan cabaran hidup semasa. Dalam tempoh antara 2007 hinggalah 2012 gaji asas penjawat awam gred 1 hingga 40 telah dinaikkan kepada 48%; sementara kumpulan 41 hingga 54 telah merasai peningkatan sebanyak 28% dan di peringkat JUSA 14.5%. Sekali lagi saya nak nyatakan, ini bukan sekadar janji atau seumpama menanam tebu di bibir. Ini bukan sekadar memintal impian-impian kosong. Tetapi inilah janji-janji kita yang telah dikotakan.

Dalam usaha berterusan bagi menyediakan kerangka kukuh yang relevan dan menyeluruh, serta seiring dengan Program Transformasi Perkhidmatan Awam, kerajaan turut bersetuju untuk mengkaji semula skim-skim perkhidmatan dalam sektor awam. Sebagai permulaan, 81 skim perkhidmatan yang telah ditambah baik tetapi tidak dapat dilaksanakan sebelum ini akan dirundingkan semula dengan Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan yang terlibat. JPA telah pun mengadakan perbincangan dengan Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan yang melibatkan antaranya skim perkhidmatan Bakat, skim perkhidmatan Juruteknik, skim perkhidmatan Pegawai atau Penolong Pegawai dan Pembantu Galian, serta skim perkhidmatan Tukang K1 serta K2.

Seterusnya, kerajaan juga bersetuju untuk menambah baik pelaksanaan urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat berdasarkan tempoh khidmat daripada 15 tahun kepada 13 tahun. Pelaksanaan penambahbaikan ini adalah berasaskan kecemerlangan yang akan memberi manfaat kepada lebih 17,000 penjawat yang layak. Kriteria penilaian kecemerlangan penjawat awam yang menjadi asas untuk pertimbangan kenaikan pangkat berdasarkan tempoh khidmat ini, akan dimuktamadkan bersama dengan semua pihak berkepentingan.

Di samping itu, kerajaan juga secara prinsip bersetuju bagi meluaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu, Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi dalam menambah baik laluan kemajuan kerjaya penjawat awam dalam jangka panjang. Kaedah pelaksanaannya termasuk pembangunan kriteria dan struktur panel khas untuk ketiga-tiga laluan baru tersebut akan diperincikan sebelum dilaksanakan.

Dengan mengambil kira terdapat seramai 182,434 penjawat awam yang berada di gaji maksimum pada tahun 2013 dan tidak dapat menikmati kenaikan gaji tahunan, maka kerajaan bersetuju berkuat kuasa 1 Januari 2013 semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak 3 KGT.

Ini bagi membolehkan semua pegawai yang berada di gaji maksimum mendapat faedah Pergerakan Gaji Tahunan mulai tahun 2013, tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa. Pendekatan ini sebagai menghargai penjawat-penjawat awam yang masih produktif dan berprestasi. Semoga inisiatif ini dimanfaatkan oleh penjawat-penjawat awam bagi meningkatkan motivasi mereka untuk terus memberi sumbangan kepada negara.

Memahami permasalahan struktur dan anomali gaji yang dihadapi dalam SSM, antaranya kadar KGT Gred 1 hingga Gred 11 yang sama, dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, secara prinsipnya kerajaan bersetuju penambahbaikan dilaksanakan sebelum akhir tahun 2013 berpandukan kepada prinsip-prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja, relativiti dan pariti perkhidmatan serta “pay for performance".

Mengambil kira pula usaha-usaha penambahbaikan tersebut hanya akan dapat diselesaikan sebelum akhir tahun ini, maka kerajaan bersetuju untuk memberi kepada semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak 1 KGT yang diawalkan pada 1 Julai 2013. Maknanya setiap penjawat awam akan mendapat antara RM80 hingga RM320. Langkah ini akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion. Ini sejajar dengan falsafah dipegang oleh kerajaan yang senantiasa menghargai jasa dan sumbangan penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan kepada negara.

Sebagai satu dasar, sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan dalam memastikan penjawat awam sentiasa berprestasi tinggi dan berproduktiviti, bersetuju Pergerakan Gaji Khas sebanyak 3% diberi kepada pegawai yang mencapai dan berada di gaji maksimum, tertakluk memenuhi syarat pergerakan gaji tahunan termasuk syarat prestasi yang ditetapkan.

Kepada para pegawai kontrak yang berjumlah hampir 50,000 orang, saya mendengar keluh kesah tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Kerajaan ini adalah kerajaan yang prihatin terhadap tuan-tuan dan puan-puan. Untuk itu, sukacita saya mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju, bagi pegawai yang tamat kontraknya pada 31 Disember 2013, kontrak mereka akan disambung selama setahun lagi, sementara kajian secara menyeluruh dilaksanakan.

Semua inisiatif yang saya umumkan tadi adalah sebahagian daripada sistem saraan baru yang sedang dilaksanakan. Berdasarkan kepada perubahan-perubahan yang sedang dilaksanakan, dan input daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sukacita saya umumkan sistem saraan yang baru ini dinamakan Sistem Saraan Transformatif atau SST

PENUTUP

Tidak lama lagi sebagai rakyat Malaysia yang telah mendaftar, kita akan diminta menunaikan amanah sebagai warganegara bagi memilih kerajaan yang diingini. Para penjawat awam sebagai warganegara Malaysia juga bebas memilih namun saya ingin menyeru kepada para penjawat awam khasnya dan rakyat Malaysia amnya agar menggunakan kuasa ini dengan sebijak mungkin.

Amat sukar untuk menilai keikhlasan, namun kita berupaya untuk mengukur kejujuran dengan melihat prestasi rekod mereka yang berjanji. Kalau sejarah menunjukkan janji yang lama pun tidak mampu ditepati atau ditunaikan, maka berhati-hatilah dengan janji baru.

Lantas, kalau dilihat rekod mereka yang lepas dari segi menepati janji ia amatlah buruk. Bagi mereka manifesto bukannya janji. Dari yang demikian, kalau manifesto bagi mereka bukannya boleh dianggap janji, maka buat apa kita percaya dengan kandungan manifesto mereka itu.

Sebaliknya, jika mahu, Kerajaan Barisan Nasional boleh saja mengambil sikap populis dengan menjanjikan pelbagai perkara seperti kenaikan gaji dan elaun yang tinggi tanpa mengira kemampuan kewangan kerajaan. Ya, tentunya kerajaan ini akan menjadi lebih popular. Ya, semua pihak akan merasa seronok, semua orang akan berasa teruja, tetapi itu hanyalah buat seketika.

Sebenarnya, kita perlu berfikir dengan waras apa akan terjadi kemudian hari nanti akibat daripada tindakan populis itu. Oleh yang demikian, pucuk pangkalnya, kita akan istiqamah menjadi sebuah kerajaan yang adil dan penuh bertanggungjawab, tanpa memperjudikan apa-apa keputusan yang boleh merosakkan kedudukan dan kewangan negara.

Akhir kata saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah di atas segala usaha gigih semua penjawat awam bagi memastikan kejayaan Dasar Transformasi Nasional. Tanpa tuan-tuan dan puan-puan, tidak mungkin kita akan berjaya meneruskan agenda nasional yang mulia ini.

Ketahuilah, bukan semua kerajaan sama. Ada kerajaan yang bertanggungjawab ada yang tidak, ada kerajaan yang berkesan dan cekap dan ada juga kerajaan yang tidak, ada kerajaan yang memanfaatkan rakyat dan ada kerajaan yang mendatangkan kesengsaraan kepada rakyat. Renung-renung dan fikir-fikirkanlah. Buatlah keputusan yang sebetulnya. Mudah-mudahan kita diberi petunjuk-Nya.

Sumber : UTUSAN




SOALAN PEPERIKSAAN / EXAM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK (PTD) - SPA

by

CONTOH-CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN EXAM MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM - PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK, PEGAWAI ANTI DADAH, JURUAUDIT & PENGUASA KASTAM (SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM - SPA)

Untuk mendapatkan Panduan Lengkap Peperiksaan Online SPA bagi Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik - PTD Gred M41, sila dapatkan di: http://jvsecurepay.com/affiliates/ptd/28


SEKSYEN A - PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING

1. Nilai utama Perkhidmatan Awam Malaysia ialah:

A.  amanah, bersih dan jujur
B.  taat setia, adil dan bekerjasama
C.  kreativiti dan inovatif
D.  tanggungjawab dan akauntabiliti

 2. Perbelanjaan Mengurus dibahagikan kepada perbelanjaan:

I – tanggungan
II – pembangunan
III – perbekalan
IV – pelaburan

A.  I, III sahaja
B.  II, IV sahaja
C.  I, III, IV sahaja
D.  I, II, III, IV


SEKSYEN B - DAYA MENYELESAIKAN MASALAH


1. Sebuah lori bergerak dengan kelajuan 22 meter sesaat dalam masa setengah jam. Berapakah jarak yang dilalui dalam kilometer?

A.  550.6 kilometer
B.  440.6 kilometer
C.  66.6 kilometer
D.  39.6 kilometer

 2.  Sebuah kantin menjual makanan makanan pada hari Isnin hingga hari Jumaat. Antara makanan yang dijual ialah laksa, mi kari, mi goreng, mi rebus, nasi lemak dan roti canai. Tidak lebih daripada tiga jenis makanan dijual pada setiap hari.
- Nasi lemak dijual pada setiap hari kecuali hari Jumaat
- Laksa tidak dijual dalam dua hari berturut-turut
- Mi kari tidak dijual bersama dengan laksa
- Mi goreng tidak dijual bersama dengan mi rebus
- Roti canai tidak dijual bersama nasi lemak

Makanan yang dijual pada hari Jumaat ialah
I – laksa
II – roti canai
III – mi kari
IV – mi goreng

A.  I, II, III sahaja
B.  I, II, IV sahaja
C.  I, III, IV sahaja
D.  II, III, IV sahaja


Untuk mendapatkan Panduan Lengkap Peperiksaan Online SPA bagi Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik - PTD Gred M41, sila dapatkan di: http://jvsecurepay.com/affiliates/ptd/28

Keistimewaan Pakej ini:

- Anda boleh memilih pakej mengikut kemahuan anda.
- Satu-satunya rujukan terbaik Peperiksaan Memasuki Jawatan Kerajaan SPA sejak tahun 2009.
- Jaminan wang dikembalikan jika tidak berpuashati (dalam tempoh seminggu peperiksaan).
 - Pakej dalam bentuk e-book (format pdf) dihantar ke e-mail anda (dalam tempoh 24 jam).
- Update Percuma sehingga 5 tahun melalui e-mail. Hanya beli sekali dan boleh digunakan untuk beberapa tahun.
- Pakej Lengkap dari Panduan Soalan Peperiksaan, Panduan Assessment dan juga Temuduga.
- Boleh digunakan untuk semua Peperiksaan SPA akan datang bagi jawatan-jawatan lain.
- Pelbagai BONUS menarik disertakan!



PELUANG KERJAYA JAWATAN KOSONG KERAJAAN MALAYSIA - SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)

by

PELUANG KERJAYA JAWATAN KOSONG KERAJAAN MALAYSIA - SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)

Dalam bulan Mei ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong peringkat Ijazah/Diploma/SPM yang dilaporkan oleh beberapa Kementerian/Jabatan. Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan-jawatan di bawah tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

IJAZAH
- Jurutera (Awam) Gred J41
- Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41
- Pegawai Penerangan Gred S41

DIPLOMA
 - Penolong Jurutera (Awam) Gred J29
- Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C27
- Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DGA 29 (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan)

SPM
- Pembantu Perikanan Gred G17
- Pembantu Keselamatan Gred KP17
- Pembantu Pemuliharaan Gred S17

IKLAN PENGAMBILAN & CARA MEMOHON:
http://imej.spa.gov.my/dev/pdf/suruhanjaya_120503.pdf

BORANG PERMOHONAN ONLINE:
http://www.spa.gov.my



PANDUAN LENGKAP SOALAN PEPERIKSAAN PTD

Untuk mendapatkan Panduan Lengkap Peperiksaan Online SPA bagi Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik - PTD Gred M41, sila dapatkan di: http://jvsecurepay.com/affiliates/ptd/28


 



Jawatan Kosong di Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) - Mei 2012

by
JAWATAN:
1. Penolong Akauntan Gred W32
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
3. Penolong Jurutera Gred J29
4. Penolong Pegawai Senibina Gred J29
5. Penolong Akauntan Gred W27
6. Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
7. Juruteknik Gred J17
8. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17
9. Pembantu Tadbir (Kew) Gred W17
10. Pekerja Rendah Awam Gred R1

IKLAN JAWATAN & CARA MEMOHON:
http://www.pmint.gov.my/v2/pdf/IKLAN_TERBUKA.pdf

TARIKH TUTUP : 24 Mei 2012

Kenapa mereka GAGAL peperiksaan SPA?

by
Salam sejahtera

Macam mana dengan persediaan peperiksaan Juruaudit anda?

Jika anda dipanggil, ini dikongsikan 3 sebab yang mungkin membawa anda kepada kegagalan

Harap-harap anda tak ada masalah ini. Jom kita tengok apa 3 punca utama calon GAGAL ujian SPA

=============================
Masalah 1 - Tak tahu format
=============================

Ini memang masalah utama calon, tak tahu bentuk soalan yang nak  ditanya! Masuk exam, terkedu..

Alangkah baiknya jika calon tahu bentuk soalan, lebih yakin  untuk menjawab kan?


=========================================
Masalah 2 - Tak cukup masa untuk study!
=========================================

Untuk yang dah bekerja memang ini masalah buat mereka. Anda
bagaimana?

Jika anda membaca akhbar setiap hari (bukan cerita artis!), dan selalu menulis esei dan buat ujian matematik di masa lapang mesti tak ada masalah buat anda!

Tahniah untuk anda!

Tapi jika anda tak melakukan semua itu... hampir 'konfem' anda 'bakal' terkedu 14 April ini!


====================================
Masalah 3 - Tak tahu apa nak study!
====================================

Banyak sangat benda nak baca, masa suntuk!

Ianya macam anda menembak ke langit dengan harapan 'terkena' burung.
Berapa % untuk kena agak2?

Sama kes seperti ini juga, anda dengar tip ada yang menyuruh anda baca  buku 'Malaysia Kita' yang sangat tebal
itu.

Buku itu sangat bagus, tapi anda nak baca semua? Kenapa tak fokus kepada beberapa bab sahaja yang berkemungkinan
besar keluar?

Soalan peperiksaan SPA yang lepas ada mengenai 'Teknologi Hijau' dan '1 Malaysia', ada isu itu dalam buku 'Malaysia Kita'?

Tiada..


===============
SOLUSI
===============

Ambil sahaja pengalaman Tipsptd yang telah membantu calon menduduki peperiksaan bertulis sejak tahun 2009

Team Tipsptd tahu apa yang diperlukan oleh calon dan apa yang perlu dilakukan oleh calon untuk persediaan mereka.

... 3 tahun lebih mereka bantu calon SPA!

Terus ke laman testimonial terkini 2012 ini di; http://www.tipsptd.com/hop.php?ref=my


Pilih untuk lulus..
Salam sukses untuk anda!


- Sukatan Soalan Exam Juruaudit W41

- Panduan Soalan Peperiksaan / Exam Juruaudit W41


/

Semakan gaji baru SSM di laman web JPA

by
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan mengenai jadual gaji baru penjawat awam, selaras keputusan kerajaan untuk melaksanakan pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Pekeliling yang telah dimuat naik di laman web JPA www.jpa.gov.my, pada 30 Mac lalu, membolehkan penjawat awam menyemak jadual serta mengira secara automatik kadar gaji baru bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Gaji baru itu berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, Pekeliling Perkhidmatan itu bertujuan melaksanakan keputusan kerajaan mengenai kenaikan gaji sebanyak 13 peratus berdasarkan SSM dengan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) antara RM80 hingga RM320 kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana.

''Bagi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi, kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus hingga sembilan peratus dengan KGT berdasarkan pelarasan peratusan yang ditetapkan," katanya di dalam Pekeliling berkenaan.

Abu Bakar berkata, dengan berkuatkuasa Pekeliling itu, jadual gaji bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah SSM sebelum 1 Januari 2012 dan beberapa peruntukan Pekeliling Perkhidmatan termasuk pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) adalah dibatalkan.

Menurut beliau, prinsip kenaikan bagi gaji baru adalah berdasarkan gaji hakiki pegawai pada 31 Disember 2011 dan ditambah dengan kadar peratusan kenaikan gaji mengikut gred.

Berdasarkan jadual gaji, kadar kenaikan gaji sehingga 13 peratus diberikan kepada pegawai kumpulan Pelaksana (Gred 1-40) dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41-54).

Sementara itu, kadar kenaikan tujuh peratus diberi kepada kumpulan pengurusan tertinggi (Gred Gaji VU1, VU2 dan setaraf), lapan peratus (VU3,VU4 dan setaraf) dan sembilan peratus (VU7-VU5 dan setaraf).

Pelaksanaan gaji baru itu layak diberikan kepada pegawai tetap, sementara, kontrak dan Guru Sandaran, kecuali bagi pegawai yang dikenakan hukuman tata tertib, buang kerja yang berkuatkuasa pada atau sebelum 1 Januari 2012 dan pegawai yang bersara sebelum tarikh itu.

Abu Bakar berkata, kenaikan gaji itu tidak mengubah tarikh pergerakan gaji pegawai atau elaun dan kemudahan di bawah SSM kecuali elaun yang kadar atau kelayakannya adalah berdasarkan gaji atau lingkungan gaji.

Katanya, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan itu dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.

- BERNAMA

Kenaikan Gaji Baru SSM Kakitangan Awam

Kenaikan Gaji Baru SSM Polis


Perbincangan JPA-CUEPACS isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam berhasil

by
PUTRAJAYA 27 Dis. - Perbincangan hampir lima jam antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini membawa hasil apabila markah prestasi untuk kenaikan gaji dan markah pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) diselaraskan serta-merta dalam mesyuarat itu.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, JPA bersetuju untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) daripada 75 kepada 65.

"Di bawah SBPA yang asal kalau prestasi di bawah 75 markah maka tak ada kenaikan gaji berlaku, tetapi kita telah mengubahnya kepada 65 markah.

"Untuk pelaksanaan Dasar Pemisah pula, markah diubah daripada 70 kepada 60. Ini bermakna penjawat awam hanya akan dimasukkan ke dalam Dasar Pemisah kalau gagal mencapai 60 markah," katanya selepas perbincangan itu yang melibatkan pegawai kanan JPA termasuk Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Perbincangan tersebut turut dihadiri oleh lebih 100 Ahli Majlis dan pemimpin CUEPACS dari seluruh negara.

Mengulas lanjut Omar berkata, JPA pada masa sama telah bersetuju untuk mengkaji cadangan-cadangan CUEPACS yang melibatkan implikasi kewangan atau peruntukan tambahan kerajaan.

"Perkara-perkara yang tidak melibatkan soal kewangan seperti markah prestasi telah diputuskan dalam perbincangan hari ini. JPA bagaimanapun memerlukan masa untuk mengkaji cadangan lain.

"Semua perkara yang dibangkitkan akan dikaji dalam tempoh tiga bulan sehingga perundingan seterusnya yang dijadualkan pada hujung Februari tahun depan, ini termasuk isu gaji maksimum dan gred jawatan yang tertinggal," katanya.

Omar berkata, setiap gred perkhidmatan awam akan dikaji secara teliti dan beliau meminta supaya penjawat awam mengemukakan sebarang masalah yang timbul kepada CUEPACS untuk dibawa kepada JPA.

Beliau bagaimanapun menegaskan SBPA secara keseluruhannya adalah baik untuk masa depan perkhidmatan awam negara.

"Tetapi SBPA mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang perlu dikaji semula dan ditambah baik," katanya.

- UTUSAN

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90