Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label Latihan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Latihan. Papar semua catatan

Pelajar Terpilih PLKN boleh tangguh sehingga tamat pengajian

by
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil pada Selesa berkata, pelajar yang dipilih untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) boleh menamatkan pengajian mereka sebelum melaporkan diri untuk latihan.

Beliau berkata, umur mereka boleh menjangkau sehingga 35 tahun, bersesuaian dengan syarat latihan.

Bagi pelajar perempuan yang dipilih untuk PLKN, mereka dikecualikan sekiranya melahirkan anak, katanya.

“Semua pelajar yang melanjutkan pengajian mereka dalam atau luar negara di bawah program-program yang diluluskan oleh Kerajaan boleh memohon untuk menangguhkan latihan.

“Kami akan memproses permohonan mereka dan penangguhan akan diluluskan secara automatik. Pelajar harus menyertakan dokumen-dokumen seperti surat tawaran dalam permohonan mereka,” katanya.

Abdul Hadi berkata, sebelum ini pelatih perlu menangguhkan pengajian mereka terlebih dahulu bagi melaporkan diri di PLKN, namun di bawah perjanjian baru antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pelajaran, mereka dapat menamatkan pengajian mereka dahulu.

“Sebagai contoh, apabila mereka tamat Tingkatan Enam, dan belum mula bekerja, mereka akan dipanggil semula untuk latihan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kumpulan kedua bagi pelatih PLKN tahun ini dari JLKN Wangsa Maju.

Sehingga Khamis ini, sejumlah 53,348 pelatih akan dihantar ke 79 kem seluruh negara.

- MSTAR

Pohon Sijil Kemahiran Berdasarkan Pengalaman Kerja

by
PUTRAJAYA: Mana-mana individu yang berkemahiran dalam sesuatu bidang dan mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya tiga tahun boleh memohon untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk membolehkan kemahiran mereka diiktiraf.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata sijil itu boleh dipohon secara atas talian melalui laman web kementerian iaitu www.mohr.gov.my, dan mereka akan dinilai oleh 1,300 pemantau terdiri daripada mereka yang pakar dalam bidang tertentu, yang dilantik kerajaan.

"Saya yakin langkah ini akan membolehkan tenaga kerja mahir negara diiktiraf," katanya ketika merasmikan Konvokesyen Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ke-16 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)di sini, Rabu.

Pada majlis itu, seramai 6,835 graduan yang menamatkan pengajian di 27 ILJTM di seluruh negara menerima Diploma dan sijil masing-masing.

Sementara itu, Maznah berkata sebanyak RM449.5 juta diperuntukan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) bagi tempoh dua tahun untuk perolehan peralatan, projek naik taraf dan pembinaan ILJTM. Beliau berkata ia adalah antara langkah kerajaan dalam memastikan negara mempunyai modal insan yang memenuhi keperluan industri dan memacu peningkatan produktiviti bagi membolehkan industri beralih ke rantaian nilai lebih tinggi.

Maznah turut menyeru agar elemen inovasi diterap dan diamalkan oleh semua institut latihan kemahiran termasuk ILJTM. "Dalam latihan kemahiran, inovasi adalah penting bagi membolehkan rantaian nilai ekonomi dianjak ke tahap yang lebih tinggi kerana inovasi akan mencetuskan idea baru yang diubah menjadi nilai komersil berdaya maju. "Di sinilah letaknya kunci kepada kejayaan Malaysia untuk kembali ke landasan pengukuhan seterusnya melonjak, sejajar pemulihan persekitaran global," katanya.

- BERNAMA

Graduates Employability Management Scheme (GEMS) October 2011

by
To apply as GEMS participant, you must meet the following criteria:

1) A Malaysian citizen

2) Graduated with recognised degrees

3) Obtained a minimum CGPA rating of 2.5 or equivalent

4) Must be single, willing to be relocated and below 27 years old

5) Must be willing to undergo Part 2 (6 months) training at any given organisation nationwide

6) Applicants must be ambitious and have a strong will to start a career in corporate organisations

DETAILS OF PROGRAMME:
http://mygemsportal.com.my/

ONLINE APPLICATION FORM:
http://mygemsportal.com.my/index.php/about-gems/apply-now/participant

Closing Date: 30 September 2011

Graduates Employability Management Scheme (GEMS) July 2011

by
To apply as GEMS participant, you must meet the following criteria:

1) A Malaysian citizen

2) Graduated with recognised degrees

3) Obtained a minimum CGPA rating of 2.5 or equivalent

4) Must be single, willing to be relocated and below 27 years old

5) Must be willing to undergo Part 2 (6 months) training at any given organisation nationwide

6) Applicants must be ambitious and have a strong will to start a career in corporate organisations

DETAILS OF PROGRAMME:
http://mygemsportal.com.my/

ONLINE APPLICATION FORM:
http://mygemsportal.com.my/index.php/about-gems/apply-now/participant

Closing Date: 4 July 2011

Skim Latihan 1Malaysia - Perbadanan Nasional Berhad (PNS)

by
Requirements:
- Candidates must possess a degree in Business Administration, Banking, Management, Commerce, Accountancy, Marketing or related field.
- In addition, candidates should be those who have been unemployed for at least 6 months from graduation date.
- Candidates must also have a minimum of CGPA 2.5 and above.

DOWNLOAD APPLICATION FORMS
http://www.pns.com.my/c/document_library/get_file?p_l_id=85904&folderId=10538&name=DLFE-3902.pdf

For those interested, you may apply by downloading the application form and send the completed form to recruitment@pns.com.my

Unit Head, Learning & Development
Human Resource & Administration
Perbadanan Nasional Berhad
Level 10B, Menara Dato’ Onn
Putra World Trade Centre
45, Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur

Closing Date : 30 June 2011

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90