Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label MRSM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MRSM. Papar semua catatan

Semakan tawaran ke MRSM mulai 9 Mac 2022

by

 

Semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi Tingkatan Satu dan Empat sesi 2022, boleh dibuat bermula Rabu, 9 Mac 2022.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel yang didaftarkan ketika permohonan.

"Pemohon juga boleh membuat semakan menerusi portal rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) di www.mara.gov.my. dan makluman terkini berkenaan tawaran juga boleh didapati melalui media sosial MARA seperti Facebook, Twitter dan Instagram," katanya dalam kenyataan.

Mahdzir berkata, calon yang berjaya perlu membuat pengesahan penerimaan tawaran kemasukan ke MRSM dalam tempoh tujuh hari menerusi pautan dalam portal berkenaan dan sekiranya calon tidak membuat pengesahan penerimaan dalam tempoh tersebut, tawaran berkenaan dianggap terbatal. 

"Calon yang tidak berjaya masih boleh membuat rayuan secara dalam talian di pautan yang sama bermula 9 hingga 16 Mac ini dan tidak perlu hadir secara fizikal," katanya.

Beliau berkata, sebarang pertukaran program dan penempatan MRSM adalah tidak dibenarkan dan sekiranya pemohon tidak menerima sebarang makluman tawaran sehingga 31 Mei 2022, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Katanya, MARA kekal dengan dasar 60 peratus pengambilan pelajar daripada keluarga B40 selain keutamaan kepada calon luar bandar dan miskin bandar.

Mahdzir berkata, pada tahun ini MARA menerima 74,500 permohonan ke Tingkatan Satu dan Empat MRSM, dengan kapasiti kemasukan pelajar ke Tingkatan Satu seramai 7,949 orang dan Tingkatan Empat 1,930 orang.

MRSM menawarkan enam program iaitu MRSM International General Certificate of Secondary Education (IGCSE), MRSM International Baccalaureate-Middle Year Programme (IB-MYP), MRSM Ulul Albab, MRSM Program Bitara, MRSM Premier dan MRSM Teknikal di bawah Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM). 

Sumber dari BERNAMA

 

 

Semakan Keputusan ke MRSM Tahun 2021

by

 


Tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sesi 2021, bagi ke Tingkatan 1 dan 4, boleh mula disemak mulai 10 Mac 2021.

MARA memaklumkan, kemasukan pada tahun ini mengambil kira dua kriteria, iaitu lulus Ujian Kecenderungan Kecemerlangan Kemasukan ke MRSM (UKKM) atau Ujian Khas Ulul Albab dan merit Status Sosio Ekonomi (SES) keluarga.

Katanya, calon berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima sistem pesanan ringkas (SMS) atau e-mel yang didaftarkan semasa permohonan.

"Pemohon juga boleh membuat semakan menerusi portal rasmi MARA di www.mara.gov.my. Pemohon atau ibu bapa perlu mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan menerusi pautan sistem mymrsm dalam portal MARA.

"Sekiranya calon tidak membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh tujuh hari, tawaran kepada calon berkenaan dianggap terbatal," katanya.

Katanya, permohonan rayuan ke MRSM dibuka pada 7 April sehingga 30 Mei depan secara atas talian dan pemohon tidak perlu menghantar permohonan fizikal kerana proses dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian.

"Pada tahun ini, MARA menerima 102,329 ribu permohonan bagi kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4. Kapasiti kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 seramai 7,783 orang pelajar, manakala bagi Tingkatan 4 pula seramai 2,426 orang pelajar.

"Pelajar MRSM sedia ada kini berjumlah 28,087 orang pelajar setakat Februari lalu di 53 MRSM," katanya turut memaklumkan dua MRSM baru akan mula beroperasi awal Jun, iaitu MRSM ATM Bera, Pahang dan MRSM Bagan Datuk, Perak.

Sementara itu, Pengerusi MARA, Datuk Azizah Mohd Dun, berkata MARA masih meneruskan dasar sedia ada dengan 60 peratus pengambilan daripada golongan berpendapatan rendah atau B40.

"Keutamaan juga diberi kepada pelajar luar bandar dan miskin bandar. Bagi memastikan pelajar B40 dapat meneruskan pengajian di MRSM, MARA akan meneruskan program BUDI MARA. Pelajar B40 tidak perlu bimbang kerana MARA menyediakan program bantuan di bawah program BUDI MARA.

"Pelajar terpilih akan diberi bantuan wang tunai berjumlah RM1,100 merangkumi yuran persekolahan, pembelian pakaian persekolahan, pakaian harian, keperluan asrama, peralatan persekolahan dan sebagainya," katanya.

Melalui pendekatan ini, katanya, akan memberi peluang yang lebih besar kepada pelajar dari kalangan B40 untuk mengikuti pengajian di MRSM.

Sumber : Berita Harian


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90