Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label PRK Manek Urai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRK Manek Urai. Papar semua catatan

Komentar - Isyarat pengundi Manek Urai

by
Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB

Datuk Mustapa Mohamed yang menerajui jentera Barisan Nasional (BN) belum pun lagi menghela nafas melepaskan penat ketika keputusan diketahui. Namun beliau kelihatan tenang ketika menunggu ketibaan pihak media untuk mendapatkan ulasannya.

Tidak pula tercetus nada kesal. Beliau reda menerima kekalahan di kubu kuat Pas itu. Kekalahan yang dianggap oleh banyak pihak sebagai penunjuk arah kepada 'kebangkitan' semula UMNO di Kelantan.

Pengundi telah membuat keputusan kelmarin. Mereka memutuskan untuk mengekalkan kemenangan Pas di Manek Urai. Tetapi parti itu hampir dimalukan dengan hanya bersandarkan majoriti 65 undi, ketika ia mengharapkan majoriti lebih besar berbanding pilihan raya umum lalu.

Apatah lagi sejak petang pengundian, sudah kedengaran desas-desus di kalangan penyokong parti itu bahawa majoriti kira-kira 2,000 undi sudah dalam tangan. Mereka yakin memperoleh lebih banyak majoriti.

Mereka begitu yakin hingga waktu kertas-kertas undi mula dikira. Namun ia cukup mencemaskan apabila peti-peti terakhir mula dihitung kembali di pusat penjumlahan.

Rupanya ramai yang keberatan menonjolkan perubahan pendirian mereka agar tidak menimbulkan masalah daripada segi hubungan kemasyarakatan agar tidak dimusuhi.

Barangkali juga, jika tidak kerana undi rosak sebanyak 117, keputusan boleh berubah dan BN mampu membuat kejutan besar yang sekali gus mencetuskan kemeriahan suasana politik baru di Kelantan dan menggelorakan Pas.

Bagaimanapun, kemenangan tetap kemenangan biarpun dengan kelebihan satu undi. Kemenangan telah berpihak kepada Mohd. Fauzi Abdullah, 50, sebagai wakil rakyat baru Manek Urai. Kini pemborong ikan itu tentunya tidak lagi punya banyak masa untuk menguruskan perniagaannya di pasar.

Terbukti ia suatu persaingan yang sengit dengan keupayaan hampir seimbang. Namun bagi UMNO dan BN yang berhempas pulas untuk meyakinkan rakyat di pedalaman ini, ia mungkin sekadar cukup sebagai suatu "kemenangan moral."

Bagi UMNO, ia merupakan satu lonjakan semangat yang besar kerana di sini adalah kubu kuat Pas. Kalau disandar perkiraan di atas kertas, awal-awal lagi UMNO sudah tewas. Manek Urai dan Pas sebelum ini begitu sinonim.

Namun UMNO/BN kembali menguasai lima daripada sembilan peti undi. Ia termasuk pengundi di Manek Urai Lama dan Manek Urai yang mungkin mengharapkan kemudahan lebih baik. Mereka mungkin mahu menyaksikan janji BN direalisasikan termasuk pembinaan jambatan baru bagi meneruskan kehidupan sementara menunggu jambatan "siratulmustaqim".

Kawasan DUN Manek Urai melibatkan hampir 100 peratus pengundi Melayu yang berada dalam lingkaran kehidupan kampung di pedalaman yang mudah dan bersahaja dari kaca mata luar.

Dalam suasana itu, cukup mudah untuk Pas terus melekatkan jenama politiknya sekian lama, namun dengan mengetepikan penyokong tegar yang tidak begitu banyak berubah, aliran pemikiran generasi muda dan atas pagar mula berpaling daripadanya.

Mereka inilah yang mungkin dikaitkan dengan singkatan "PSB" yang didengar, dilaungkan oleh anak muda di Kampung Manek Urai Lama iaitu Parti Sdn. Bhd. yang berhak memutuskan pendirian sendiri.

Mengikut sejarah pilihan raya, memang Pas mempunyai kelebihan besar di sini. Sejak dua dekad lalu ia cuma tewas pada 2004 ketika BN menang dengan majoriti 53 undi. Pada 2008, Pas kembali bangkit dengan majoriti besar 1,352.

Namun majoriti yang diraih Pas menerusi Allahyarham Ismail Yaacob pada pilihan raya umum dulu, kini merosot berpuluh kali ganda dengan 1,267 undi dihakis.

Pilihan raya kecil ini mencatatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 87.33 peratus atau 10,736 pengundi iaitu yang tertinggi selepas rentetan enam siri pilihan raya kecil sebelum ini.

Mungkin kerana disebabkan mereka semakin sedar dan pentingnya memilih wakil rakyat yang bukan sekadar memberi kesan kepada parti-parti yang bertanding tetapi juga kehidupan mereka.

Keputusan itu terserlah ketika perjalanan kempen dan pengundian lancar dan aman tanpa banyak gegaran sebagaimana lazimnya dengan soal pengundi hantu, soal ugutan, rasuah dan salah guna kuasa.

Apakah isyarat yang cuba disampaikan pengundi di Manek Urai kepada Pas? Barangkali ia isyarat awal untuk Pas agar tidak angkuh kerana hakisan pengaruh semakin jelas.

Penglibatan total Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya sekadar menahan daripada rebah sedangkan parti itu dikatakan berada dalam keadaan begitu kukuh sebelum ini. Pas sangat yakin di Manek Urai.

Strategi Pas meletakkan Tok Guru Nik Aziz sebagai modal utama tidak banyak memberi kesan biarpun beliau sanggup menyerang dengan "membinatangkan" dan "mengkafirkan" pihak lawan.

Namun seperti biasa Pas masih tidak berpuas hati dengan kemenangan itu. Ia mengaitkan jumlah majoriti yang semakin kurang itu dengan permainan politik wang. Malah penggunaan jentera kerajaan juga dikaitkan dengan kemelesetan jumlah majoriti tersebut.

Namun tentunya pengundi juga sedar dan arif apa yang Pas dan Kerajaan Negeri Kelantan lakukan untuk terus bertapak di Manek Urai.

Kalangan pemerhati berpendapat, di sini maruah Pas Kelantan dan Nik Abdul Aziz menjadi taruhan, bagi mengelak daripada dendangan kata-kata "di sinilah permulaan kejatuhan Pas."

Bagi UMNO pula, Manek Urai dilihat sebagai rangsangan titik mula untuk UMNO bangkit menyedarkan dan meyakinkan rakyat bahawa ia dapat melakukan sesuatu yang lebih baik bagi membela agama dan nasib bangsa.

Sekurang-kurangnya ujian awal ini dapat dijadikan pengukur di tahap mana keupayaan UMNO yang sedang diberi nafas baru oleh Mustapa bagi menghadapi pilihan raya umum kelak.

Ia juga pastinya menerbitkan rasa kesal sebilangan mereka yang dikaitkan dengan jentera parti kerana jika mereka ikhlas dan bersungguh-sungguh sebagaimana jentera Pas, mereka mampu membantu memberi kemenangan. Cuma waktu sudah terlewat di Manek Urai. Namun masih banyak lagi cabaran menanti sehingga menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Pengundi muda MU tolak PAS

by
Salah satu punca kemerosotan undi yang diperolehi calon PAS di Manek Urai adalah kerana pengundi muda di beberapa saluran menyokong BN, kata Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.

"Saluran (mengundi) orang tua menyokong kita, manakala saluran yang ramai muda, kita gagal di situ," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai semalam, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah menang tipis untuk mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 65 undi sahaja.

Beliau mendapat 5, 348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Mohd Zaki berkata, pengundi muda tidak mempunyai sikap politik yang jelas, yang mudah disogok dengan janji-janji BN.

"Sikap politik orang muda tidak sama dengan sikap politik orang tua yang menyokong PAS," katanya.

Sehubungan itu, katanya, PAS Kelantan akan membuat penilaian untuk mengkaji mengapa wujudnya sikap tidak menentu di kalangan pengundi muda, termasuk di Manek Urai.

Difahamkan, BN memang di lima daripada sembilan pusat pengundian, iaitu Temalir, Laloh, Manek Urai Baru, Manek Urai Lama dan Manjor.

Manakala PAS pula menang di Lata Rek, Peria, Chuchuh Puteri dan Sungai Sok.

Dalam pilihanraya umum tahun lalu, PAS menang di semua pusat pengundian, kecuali di Manjor.

Mengulas lanjut, Mohd Zaki yang juga timbalan speaker DUN Kelantan berkata, pilihanraya kecil di Manek Urai tidak sama dengan pilihanraya kecil yang berlangsung sebelum ini.

Ini kerana, katanya, kawasan Manek Urai menjadi tumpuan para menteri berkempen untuk memastikan 80 peratus - yang rata-ratanya peneroka - menyokong BN.

"Kita tengok di Manek Urai, ia tidak sama dengan pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu atau Bukit Gantang. Di sana (pengundi tinggal ) di kawasan berada. Suasana di sini berbeza," katanya.

- MALAYSIAKINI

Terpengaruh janji manis BN, dakwa wujud politik wang

by
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan kemenangan calon PAS Fauzi Abddulah dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai semalam, cukup besar ertinya.

Bagaimanapun ujarnya, di samping kemenangan tersebut banyak tanggungjawab yang bakal menanti Fauzi atau panggilan mesra Abe Uji.

Katanya, semasa dihubungi Harakah semalam, harapan rakyat kepadanya semua isu mesti diselesaikan.

Ini katanya, termasuk dalam konteks kebajikan dan juga prasarana serta menjaga kualiti kehidupan rakyat khususnya di Manek Urai.

"Saya rasa ini semua menjadi fokos kepada kepimpinan Abe Uji," katanya yang turut berkampung di Manek Urai.

Sementara itu tegasnya, kemenangan tipis dalam pilihan raya kali ini perlu dikaji dan dijadikan satu cabaran besar kepada PAS bagi memastikan penguasaan di Manek Urai dapat kita dikekalkan pada masa akan datang.

Fauzi berjaya menjadi wakil rakyat pada Selasa lalu setelah beliau menewaskan calon daripada Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi.

Pilihan raya tersebut diadakan setelah penyandangnya, Ismail Yaacob dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu.

Sementara itu, Salahuddin berkata, kekalahan tipis PAS di Manek Urai berkemungkinan rakyat di sana terpengaruh dengan janji-janji BN seperti pembinaan jambatan dan beberapa pembangunan yang mereka janjikan.

"Mungkin ini sedikit sebanyak mempengaruhi penduduk luar bandar ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, walaupun keputusan itu sebagai 'simple majoriti' ia membuktikan rakyat Manek Urai tetap menolak BN.

Malah dakwanya, politik wang yang diamalkan di Manek Urai berleluasa dalam kempen BN.

Dakwanya, sebagaimana diberitahu penduduk ada di antara mereka mendapat antara RM700 hingga RM1500.

"Kita mendapat maklumat daripada pengundi bahawa BN berkempen dengan mengunakan politik wang sehingga pagi hari mengundi," katanya.

Ujarnya, ini menunjukkan apa yang dirancang kerajaan BN untuk menghapuskan politik wang dan rasuah ini tidak berkesan.

Malah bidasnya ia semakin berleluasa digunakan pemimpin-pemimpin Umno untuk berdepan dengan pilihan raya kerana mereka sudah nampak jika tidak menggunakan wang mereka akan kalah.

"Saya lihat rasuah politik wang di zamaa Dato' Seri Najib Tun Razak digunakan dengan berleluasa," dakwanya lagi.

Namun katanya jika dilihat dari sudut kemenangan terebut rakyat Kelantan tetap menolak BN.

Buktinya beliau berkata apa yang dibuat dengan tawaran serta ugutan meterial, rakyat Kelantan menolak BN malah mereka kenal janji-janji kosong yang dibuat BN.

"Bagaimana janji BN jika menang dia akan membina jambatan tetapi rakyat tidak endah," katanya sambil mengucap syukur dan tahniah kepada semua jentera pilihan raya khasnya Halwa yang bertugas siang dan malam untuk memenangkan PAS.

- HARAKAHDAILY

Analisis: Kejayaan tipis Pas di Manek Urai beri kemenangan moral buat BN

by
Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan menang tanpa sorak gegak gempita di Dewan SK Sultan Yahya Petra Satu, malam tadi, apabila sekadar mendapat majoriti 65 undi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai.

Kejayaan tipis Pas itu bagaimanapun memberi kemenangan moral kepada Barisan Nasional (BN) kerana bukan saja berjaya menembusi kubu kuat Pas di Manek Urai, bahkan ia turut memberi isyarat lantang bahawa penduduk Kelantan kini tidak lagi mahu terus dibelenggu dengan hanya nasihat, doa dan bersyukur dengan apa yang dimiliki hari ini.

Malah, 'kejayaan' calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat bertapak di kubu kuat Pas, Manek Urai Lama ternyata memberi tamparan hebat kepada parti itu kerana undi penduduk di kawasan berkenaan diberi kepada BN hanya kerana sebuah jambatan usang yang tidak mampu disediakan kerajaan negeri Pas.

Ternyata pepatah yang pernah digunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang menang tidak semestinya menang dan yang kalah tidak semestinya kalah, adalah ayat pertama menjalar di fikiran.

Kemenangan tipis Pas berbanding majoriti 1,352 undi yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum Mac 2008, boleh dikaitkan kepada beberapa faktor:

# Perubahan kepemimpinan BN yang diterajui Najib.

# Sikap BN yang begitu bersungguh-sungguh untuk menjaga kebajikan penduduk.

# Keinginan penduduk Manek Urai untuk menyertai arus perubahan yang semakin pantas di sekeliling mereka.

# Sikap dan kewibawaan calon BN yang dilihat amat ikhlas ingin membawakan perubahan yang sudah lama dinanti-nantikan oleh penduduk.

# Kerja keras Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed serta anak buahnya.

Nyata 'the feel good feeling' yang dicetuskan Perdana Menteri, terutama yang diikrarkan pada hari 100 pemerintahannya, juga antara penyumbang kepada perubahan sikap pengundi Manek Urai.

"Kekalahan tipis BN mungkin akan dikesali majoriti penduduk Manek Urai, terutama yang selama ini penyokong kuat Pas kerana mereka terlepas peluang untuk menikmati pembangunan infrastruktur, ekonomi dan sosial lebih baik.

"Mereka tahu, semua janji BN seperti yang disampaikan Tan Sri Muhyiddin (Mohd Yassin) akan ditunaikan. Gelaran Manek Urai akan menjadi 'ának emas' Kerajaan Pusat sekiranya BN menang bukan diberi sewenang-wenangnya, kerana daerah ini memang akan menjadi anak emas BN sekiranya Tuan Mat menang,

"Namun, dengan kekalahan ini penduduk Manek Urai yang menginginkan perubahan terpaksa menggigit jari," kata seorang pemerhati.

Walau apapun analisis yang dibuat, tindakan YB Manek Urai yang baru keluar dewan tanpa senyuman manis juga adalah cerminan kepada wajah semua pemimpin tertinggi Pas yang sudah pasti turut terpaku dengan keputusan mengejutkan itu.

Walaupun tewas dan ada yang mengalirkan air mata kerana tewas amat tipis, BN kini boleh berikrar untuk bekerja lebih keras bagi memastikan sokongan yang diterima semalam, akan berterusan sehingga 2012 nanti.

Tuan Mat mungkin pulang ke rumah dengan rasa kecewa, tetapi dia boleh berdiri bangga kerana berjaya menembusi kubu kuat Pas.

Yang pasti dia akan meneruskan perjuangan untuk terus membantu menaikkan martabat dan taraf hidup saudara mara serta sahabat handainya di Manek Urai.

Sekiranya itu berlaku, Mohd Fauzi atau Abang Uji, sudah pasti kepanasan sepanjang masa menjadi YB Adun Manek Urai dalam tempoh tiga tahun akan datang.

- BERITA HARIAN

Kenapa PAS umum menang 2,000 undi?

by
Tindakan PAS menghebahkan kemenangan calonnya pada jam 3 petang semalam bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, bertujuan melumpuhkan kempen BN dua jam sebelum pengundian tamat, kata penasihat pilihanraya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Ia dibuat oleh pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun bahawa calon PAS Mohd Fauzi Abdullah sudah menang dengan majoriti hampir 2,000 undi.

Abdul Fatah dilaporkan berkata, kemenangan itu berdasarkan kepada bancian jentera pilihanraya PAS terhadap proses pengundian setakat jam 3 petang.

Malah penyokong PAS telah mula meraikan kejayaan Mohd Fauzi dan mengucap tahniah kepadanya selepas Fatah menghebah kemenangan tersebut.

Bagaimanapun, apabila pengumuman rasmi dibuat pada malamnya, Mohd Fauzi mengekalkan kerusi DUN Manek Urai dengan majoriti tipis 65 undi sahaja.

Beliau mendapat 5, 348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Mengulas mengenainya, Wan Abdul Rahim berkata, 'serangan psikologi' itu bertujuan untuk menarik sokongan pemilih Manek Urai supaya mengundi calon PAS dalam pilihanraya kecil semalam.

"Kenyataan tersebut diharap dapat melumpuhkan keghairahan kempen jentera BN dua jam yang terakhir untuk mendapatkan undi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ditanya mengenai faktor kemerosotan sokongan terhadap calon PAS kali ini, Wan Abdul Rahim mengakui terdapat pengundi yang terpengaruh dengan tawaran dan janji yang dibuat oleh BN.

Beliau mendakwa, BN membuat tawaran yang berbentuk ugutan,dan berunsur rasuah.

Kekalahan di Laloh mengejutkan

"Seperti nak bina jambatan yang menghubungi Manek Urai Lama dengan Manek Urai Baru, menjadikan Manek Urai kawasan agropolitan dan sebagai anak angkat kerajaan persekutuan.

"Ia mempengaruhi pengundi dan kita tidak mampu untuk melawan serangan di Manek Urai pada dua hari terakhirnya," katanya sambil menambah laporan polis sudah dibuat berhubung perkara tersebut kelmarin.

Menurut Wan Abdul Rahim lagi, PAS mengalami kekalahan di lima daripada sembilan pusat mengundi di DUN tersebut.

Katanya, PAS kalah di Manek Urai Baru, Manek Urai Lama, Manjor, Temalir, Laloh tetapi menang di Chuchoh Puteri, Lata Rek, Sungai Peria dan Sungai Sok..

Mengulas lanjut, beliau juga berkata kekalahan di peti undi Laloh adalah "suatu yang mengejutkan" kerana terdapat pengundi yang tidak puas hati Mohd Fauzi dipilih sebagai calon PAS.

"Kita tidak berkesempatan untuk menanganinya," katanya sambil menambah kekalahan di Manek Urai Baru, Manek Urai Lama dan Manjor memang sudah dijangka dari awal.

Dalam pilihanraya umum tahun lalu, PAS menang di semua pusat pengundian, kecuali di Manjor.

- MALAYSIAKINI

SPR perlu lebih tegas kuat kuasa peraturan

by
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta lebih tegas menguatkuasakan peraturan dan mengambil tindakan bagi mengelak penyokong parti bertanding pada pilihan raya menimbulkan provokasi hingga menjejaskan ketenteraman awam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata selain tidak membenarkan penyediaan pondok panas, SPR perlu melarang kehadiran penyokong di kawasan pintu masuk pusat mengundi bagi mengelakkan provokasi.

"Kita berharap SPR lebih teliti mengenai perkara kerana walaupun tanpa pondok panas, kehadiran penyokong yang berhimpun dan membuat provokasi dengan pelbagai kerenah boleh mencetuskan pertelingkahan," katanya semalam.

Muhyiddin diminta mengulas kelemahan di kawasan pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Peria tengah hari semalam sehingga mencetuskan pertelingkahan yang menyebabkan dua ahli Puteri Umno dan penyokong Pas cedera.

Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun anggota polis ditugaskan mengawal keselamatan, dari segi peraturan pilihan raya ia terletak dalam bidang kuasa SPR untuk menguatkuasakannya.

"Polis cuba mengawal keadaan tetapi dari segi peraturan dan undang-undang, ia hak SPR menentukan bentuk kawalan.

"Petugas BN mematuhi peraturan, tetapi bila mereka melihat penyokong Pas memulakan sesuatu (provokasi)... kalau BN tak buat, semangat akan jatuh sedangkan mereka pun turut bersemangat. Jadi, kalau tiada pihak memulakannya, kawasan pusat pengundian akan lebih tenteram," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas meninjau proses pengundian, termasuk di Temalir, Sungai Sok, Cuchoh Puteri dan Lata Rek. Ketika singgah bertemu petugas jentera pilihan raya BN di Cuchoh Puteri, Muhyiddin turut dihamburkan kata-kata kesat oleh penyokong Pas.

Timbalan Perdana Menteri juga berkata, kekecohan berpunca daripada tingkah laku keterlaluan penyokong Pas dari luar yang datang beramai-ramai menjelang hari pengundian.

"Sebelum itu, suasana di Manek Urai tenang kerana hubungan baik antara penyokong Umno dan Pas setempat termasuk yang mempunyai hubungan persaudaraan," katanya.

Beliau berkata, sikap penyokong Pas sanggup melemparkan kata-kata kesat sesama umat Islam sepanjang pilihan raya itu sebenarnya menjatuhkan maruah agama Islam.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, pemimpin Pas sepatutnya bertanggungjawab terhadap tingkah laku penyokong dengan menasihatkan mereka tidak melakukan perbuatan yang menyalahi adat budaya dan bertentangan dengan agama.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa, menafikan dakwaan Muhyiddin, sebaliknya mendakwa kekecohan di luar SK Peria berpunca daripada tindakan pemandu sebuah kereta dipercayai menyokong BN mengekori kenderaan yang dinaiki pegawai SPR.

Katanya, perbuatan itu disedari sekumpulan ahli Dewan Muslimat Pas yang bertugas dan cuba menghalangnya sebelum berlaku kekecohan antara penyokong kedua-dua parti.

"Dalam kekecohan itu, seorang ahli Dewan Muslimat cedera pada muka dan dirawat di Hospital Kuala Krai. Kita akan membuat laporan dan menuntut polis menjalankan siasatan rapi terhadap kejadian ini," katanya.

- BERITA HARIAN

PAS menang nyawa-nyawa ikan 65 undi di PRK Manek Urai

by

Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan, menang dengan majoriti "nyawa-nyawa ikan" sebanyak 65 undi.

PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya Adnan Hussin di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, pada jam 9.01 malam.

DUN tersebut mempunyai 12,293 pengundi berdaftar, termasuk 25 pengundi pos, dan 10,631 atau 87 peratus keluar mengundi hari ini.

Beberapa pemimpin atasan PAS hadir di pusat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

Mereka termasuklah Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa; ahli parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli; ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad bagi merayakan kemenangan Mohd Fauzi.

Bagaimanapun, tiada seorang pemimpin utama Umno yang hadir, termasuk pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed dan calon BN.

PAS hampir tewas kerana politik wang - Husam Musa

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa mendakwa, kemenangan tipis calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai adalah berpunca daripada politik wang.

Katanya, PAS telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung perkara tersebut dan berharap tindakan selanjut diambil.

Dalam pilihanraya kecil hari ini, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, menang dengan majoriti tipis 65 undi.

Beliau mendapat 5,348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Menurut Husam lagi, PAS juga kalah di pusat pengundian Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama.

Oleh itu, katanya, BN harus membina jambatan baru yang dijanjikannya kerana ia menang di situ.

Husam juga menafikan kemenangan tipis PAS itu mencerminkan pengaruh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semakin merosot.

Sebaliknya, kata beliau, pengaruh menteri besar Kelantan itu semakin meningkat

"Kita kalah kerana politik wang," katanya.

Manakala Mohd Fauzi yang lebih dikenali sebagai Abe Uji berkata, beliau menghormati keputusan pilihanraya kecil hari ini.

Beliau berharap dapat berkhidmat kepada para pengundi sebaik mungkin walaupun menang tipis.

Satu kejayaan terbesar BN

Mahu tidak mahu, kemenangan PAS mempertahankan kerusi DUN Manek Urai dengan majoriti tipis 65 undi pasti menimbulkan pelbagai persoalan.

Dalam pilihanraya umum tahun lalu, calon PAS Ismail Yaakob mendapat 5,746 undi dan calon BN, Zulkepli Omar mendapat 4,394. Ismail menang dengan majoriti 1,352 undi.

Malah, pada jam 3.40 petang tadi, pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Fatah Harun dengan yakin menyatakan bancian awal jentera pilihanraya kecil tersebut menunjukkan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah "menang dengan majoriti hampir 2,000 undi".

Para penyokong PAS pula sudah merayakan kejayaan tersebut, serta mengucap tahniah kepada Fauzi ketika beliau tiba di markas utama PAS Manek Urai pada jam 4.40 petang tadi.

Bagaimanapun, keadaan itu berubah pada kira-kira jam 7 petang apabila para penyokong BN pula dilihat begitu gembira apabila mendapat tahu calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendahului dengan 30 undi.

Manakala Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula, melalui twitter, melaporkan detik-detik cemas dan mendebarkan keputusan pengiraan undi yang begitu rapat antara PAS dan Umno yang saling dahulu-mendahului.

Akhirnya, PAS menang dengan 65 undi. Apa yang tidak kena dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai?

- MALAYSIAKINI

N41 - DUN MANEK URAI (12,293)
KEPUTUSAN RASMI

PILIHANRAYA KECIL (2009)
-Md. Fauzi Abdullah (PAS) : 5,348
-Tuan Aziz Tuan Mat (BN) : 5,283
Majoriti : 65
Jumlah mengundi : 10,631
Peratus : 87%
Undi rosak : 117

PILIHANRAYA UMUM KE-12 (2008)
-Ismail Yaacob (PAS) : 5,746
-Zulkepli Omar (BN) : 4,394
Majoriti : 1,352

PILIHANRAYA UMUM KE-11 (2004)
-Zulkepli Omar (BN) : 4,362
-Md Zamzuri Lazim (PAS) : 4.309
Majoriti : 53

Sumber - BERNAMA

Kawasan mengundi sesak

by
Pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai berjalan rancak dengan ramai pengundi keluar awal untuk mengundi menyebabkan kebanyakan kawasan di sekitar tempat mengundi menjadi sesak.

Kesesakan yang berlaku itu bukan perkara luar biasa kerana seawal 10.30 pagi ini, 40 peratus daripada 12,293 pengundi sudah keluar mengundi.

Kedua-dua calon yang bertanding iaitu Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dari Barisan Nasional (BN) dan Mohd. Fauzi Abdullah, 50, dari Pas, yang bukan pengundi kawasan itu turut melawat pusat-pusat mengundi sejak pukul 8 pagi bagi meninjau perjalanan pengundian itu.

Turut melawat pusat-pusat mengundi ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO serta Pengerusi BN Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed serta Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tinjauan Bernama di beberapa pusat pengundian termasuk di Sungai Peria, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sok, SK Chuchoh Puteri, SK Lata Rek, Manek Urai dan Manjor, mendapati pengundian berlangsung dalam suasana aman dan lancar.

Kesesakan lalu lintas berlaku di hampir semua pusat pembuangan undi berikutan ratusan kenderaan diletakkan di kiri dan kanan jalan selain kehadiran orang ramai yang banyak.

- BERNAMA

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA KECIL N41 - DUN MANEK URAI (14 JULAI 2009)

by
N41 - DUN MANEK URAI (12,293)

KEPUTUSAN RASMI
PILIHANRAYA KECIL (2009)
-Md. Fauzi Abdullah (PAS) : 5,348
-Tuan Aziz Tuan Mat (BN) : 5,283
Majoriti : 65
Jumlah mengundi : 10,631
Peratus : 87%
Undi rosak : 117

PILIHANRAYA UMUM KE-12 (2008)
-Ismail Yaacob (PAS) : 5,746
-Zulkepli Omar (BN) : 4,394
Majoriti : 1,352

PILIHANRAYA UMUM KE-11 (2004)
-Zulkepli Omar (BN) : 4,362
-Md Zamzuri Lazim (PAS) : 4.309
Majoriti : 53

Sumber - BERNAMA

Manek Urai - Perkembangan Pilihanraya Kecil N41 DUN Manek Urai

by

BERIKUT adalah perkembangan hari mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai:

9.35 malam: SPR mengesahkan jumlah undi rosak adalah sebanyak 117 undi.

9.07 malam: PAS menang dengan majoriti tipis 65 undi. Calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah memperoleh 5,348 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat menerima 5,283. Ia diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin.

9 malam: Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa masuk ke tempat penjumlahan undi.

8.55 malam: Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah tiba di pusat penjumlahan undi.

8.20 malam: Sehingga kini PAS memperoleh 4,335 undi manakala BN 4,299 undi. Beza 36 undi. Jumlah berdasarkan 23 daripada 28 peti undi.

8.15 malam: Keputusan bagi 5 peti undi, PAS peroleh 3,471 undi, BN peroleh 3,262 undi. Perbezaan majoriti sebanyak 209 undi.

8.05 malam: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam twitternya berkata PAS menang dengan majoriti tipis - 60 undi. Sebelum ini disebutkan bahawa Umno menang tipis kira-kira 37 undi.

8 malam: Belum ada pemenang jelas. Pengiraan semula undi sedang dijalankan.

7.05 malam: Peti undi dari kawasan Sungai Peria dan Lata Rek tiba di pusat penjumlahan undi.

7.05 malam: Peti undi dari kawasan Manek Urai Baru, antara peti undi yang pertama tiba di pusat penjumlahan undi.

7 malam: Wakil media dan petugas SPR menunggu ketibaa peti-peti undi di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1.

5.50 petang: Sehingga pusat pengundian ditutup, sebanyak 10,736 pengundi (87.3 peratus) keluar mengundi.

5.30 petang: Proses pengiraan undi sudah bermula.

5 petang: Kesemua pusat mengundi ditutup. Proses pengiraan undi akan bermula bila-bila masa.

4.25 petang: Setakat pukul 4 petang, sebanyak 86.4 peratus telah keluar mengundi sekaligus melebihi sasaran 85 peratus yang ditetapkan SPR.

3.40 petang: Setakat pukul 3 petang, seramai 10,312 pengundi (83.8 peratus) telah menunaikan tanggungjawab mereka. SPR turut mengesahkan belum ada pusat pengundian yang ditutup dan ia hanya akan ditutup pada pukul 5 petang.

3.10 petang: Setakat pukul 2 petang, seramai 9,845 pengundi (80 peratus) telah menunaikan tanggungjawab mereka.

2.15 petang: Beberapa pemerhati daripada MAFREL turut hadir di setiap peti undi bagi memantau perjalanan pilihan raya kecil Manek Urai.

2 petang: Tinjauan ke pusat mengundi di SK Sungai Peria mendapati keadaan agak lengang disebabkan pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka sejak awal pagi. Kesesakan lalulintas yang agak teruk berlaku di Kampung Peria menuju ke Manek Urai baru. Bagaimanapun, pihak polis dapat mengawal lalulintas.

1.50 tengah hari: SPR mengesahkan 9,359 pengundi (76.2 peratus) keluar mengundi setakat pukul 1 tengah hari.

12.00 tengah hari: SPR mengesahkan, 8,475 pengundi (68.4 peratus) telah menunaikan tanggungjawab masing-masing

12.00 tengah hari: Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed melawat pondok panas BN di Sek. Keb. Manek Urai Baru dengan menaiki motosikal.

11.45 pagi: Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi menggesa orang luar tidak menggunakan Jalan Kuala Krai-Gua Musang jika tiada urusan penting untuk diselesaikan bagi membolehkan kelancaran lalu lintas sepanjang proses pengundian yang sedang berlangsung.

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat khabar angin bahawa berlaku pertengkaran di bilik operasi Barisan Nasional. Belum ada laporan lagi.

11.35 pagi: MB Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat pondok panas PAS di Sek. Kebangsaan Manek Urai Baru.

11.30 pagi: Hampir 57 peratus sudah keluar mengundi.

11.05 pagi: Peratusan keluar mengundi sudah mencecah 40 peratus, kata Pengerusi SPR.

10 pagi: SPR mengesahkan peratusan keluar mengundi setakat ini 4,706 orang (38.3 peratus).

9.55 pagi: Berlaku pertembungan antara penyokong dan peraih undi BN dan PAS di kawasan SK Manek Urai Baru. Bagaimanapun, keadaan terkawal apabila pihak polis hadir mententeramkan keadaan. Penyokong kedua-dua parti menggunakan pelbagai cara untuk menarik perhatian pengundi termasuk melaungkan takbir 'Allahuakbar'. Turut hadir melawat peti undi tersebut adalah Datuk Sr Awang Adek Hussein.

9.30 pagi: Setakat pukul 9 pagi, SPR mengesahkan sebanyak 1,932 pengundi (15.7 peratus) telah keluar mengundi.

9 pagi: Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat berkata, beliau yakin BN berpeluang untuk menang. Beliau berkata: "Berdasarkan statistik semalam menunjukkan kita telah mendapat hampir 51 peratus sokongan. Daripada awal lagi, kita sedia maklum bahawa dalam pilihan raya kecil ini, saingan memang sengit dan sebagai calon yang bertanding di kubu kuat PAS, kita telah berusaha bersungguh-sungguh."

9 pagi: Penyokong dan peraih undi parti-parti yang bertanding berkumpul dan memberi sokongan kepada calon di pusat-pusat mengundi. Bagaimanapun, mereka perlu berada 50 meter daripada pusat mengundi.

8.40 pagi: Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat tiba untuk melawat pusat mengundi SK Manek Urai Baru.

8.10 pagi: Calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah dijangka melawat peti undi Sg Peria.

8.01 pagi: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tiba di pusat pengundi kawasan Sg Peria, SK Peria. Beliau tidak mahu meramalkan tetapi punya keyakinan PAS akan beroleh kemenangan.

8 pagi: Sebanyak sembilan pusat mengundi mula dibuka.

7.45 pagi: Orang ramai sudah mula beratur untuk menyemak saluran mengundi masing-masing. Pihak polis mengawal lalu lintas seawal pukul 6 pagi.

- MSTAR

Manek Urai by-election 2009 Coverage

by
9pm: Official result: PAS candidate Mohd Fauzi Abdullah has won the Manek Urai by-election by a majority of 65 votes. He garnered 5,348 votes against Barisan candidate Tuan Aziz Tuan Mat, who received 5,283 votes.

8:30pm After 23 out of 28 ballot boxes counted:

PAS: 4,335
Umno: 4,299
Majority: 36

Election Commission stops counting temporarily to await receipt of the five final ballot boxes.

8:25pm After 80% of the votes counted:

PAS: 4,090
Umno: 3,985
Majority: 105

8:10pm After about 30% of votes counted, Election Commission says the count so far is:

PAS: 1,962
Umno: 1,654
Majority: 308

8pm: Recount being held at respective polling stations due to slim majority of victory for polls winner. Sources say PAS candidate Mohd Fauzi Abdullah had won by less than 80 votes.

7.55pm: Sources say the race for the Manek Urai seat is close. Party sources from both Barisan and PAS claim they have won by a slim majority.

7.05pm: Ballot box from Manek Urai Baru first to arrive at tallying centre SMK Sultan Yahya Petra 1, followed by that from Sungai Peria dan Lata Rek.

5pm: Voting ends. Voter tunrout is 87.33%, with a total of 10,736 of the 12,293 eligible voters casting their votes. Results are expected about 8pm.

3pm: The crowds have eased at the polling centres after more than 80% of the electorate having cast their ballots. Traffic is still congested particularly at Kampung Peria heading to Manek Urai Baru. Police are managing the situation.

Several representatives from election watchdog Mafrel were seen monitoring the situation at several polling centres.

2.30pm: Five Puteri Umno members were injured in a scuffle with rival party supporters outside SK Peria at about 10.30am. It is learnt that a police report has been lodged.

2.30pm: As at 1pm, a total of 9,359 voters (76.2%) have cast their ballots.

1pm: As at 12.30pm over 8,400 voters (70%) have cast their ballots.

12.45pm: Police have been diverting traffic into village roads to ease the congestions along main roads such as Kuala Krai-Gua Musang.

Noon: Kelantan Umno chief Datuk Mustapa Mohamed arrived at SK Manek Urai Baru on a motorcycle when visiting the polling centre

11.45am: Kelantan police chief Senior Asst Comm 1 Datuk Abdul Rahim Hanafi urged outsiders not to use the Kuala Krai-Gua Musang road if they do not have urgent matters to attend to. This would facilitate better traffic movement for the Manek Urai by-election.

He said police would check on rumours of squabbles occuring at Barisan Nasional operations centre. No report made yet. He said it has been an incident-free process except for the traffic congestions.

11.45am: As at 11am, 7,085 voters (57%) have cast their ballots.

11am: Police say process smooth so far with the only reported incident being the verbal spat at SK Manek Urai Baru centre.

10.45am: Kuala Krai - Kota Baru road heavily congested. Cars jammed up the road over 10km between the Sg Peria and Pahi polling centres.

10:30am: As at 10am, over 4,700 voters (38%) had cast their ballots.

10am: Kelantan Umno deputy chief Datuk Dr Awang Adek Husin was at SK Manek Urai Baru for a walkabout and greeted supporters of both parties.

9.45am: The Election Commission confirmed that as at 9am, 1,932 voters (15%) had cast their ballots.

9.10am: An argument broke out between supporters of Barisan Nasional and PAS over space on the roadside at SK Manek Urai Baru. Policemen separated the two groups using tapes.

Earlier, Barisan candidate Tuan Aziz Tuan Mat visited SK Manek Urai Baru and shook hands with supporters of both parties.

Polling day for the Manek Urai by-election started smoothly as voters arrived at the nine centres which opened at 8am Tuesday.

The weather was cloudy in the morning. The rain is expected to stay away for the day.

Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat visited the SK Peria polling centre at about 8am.

He did not want to comment on the results but predicted a PAS victory.

The Election Commission expects a turnout of 85% among the 12,293 voters who will choose between Barisan Nasional candidate Tuan Aziz Tuan Mat, 39, and PAS’ Mohd Fauzi Abdullah, 50.

The election in this rural constituency was called following the death of Ismail Yaakob of PAS on May 22 due to a heart attack.

- THE STAR

Analisis: Manek Urai tenang, penduduk matang berpolitik

by
SERAMAI 12,293 pemilih yang mengundi hari ini sudah pasti tidak berasa bimbang ke sembilan saluran mengundi selepas tempoh kempen selama lapan hari berakhir 12 tengah malam tadi, diharungi dengan kematangan berpolitik oleh jentera, ahli dan penyokong parti yang bertanding.

Keadaan aman dan harmoni itu membolehkan petugas parti yang bertanding dapat berkempen dengan selesa tanpa rasa takut. Malah, calon mahu pemimpin parti yang berkempen tidak berasa bimbang untuk bergerak seorang diri berjumpa pengundi sama ada di rumah mahupun di warung dipenuhi oleh penyokong parti lawan.

Walaupun ketika berkempen ada tuan rumah menyambut 'tetamu' yang bertandang dengan hujah dan bertanya apakah yang akan diberikan kepada mereka, ia tidak membangkitkan sebarang insiden tidak diingini.

Malah, ada jentera parti Umno ketika ditemui melahirkan rasa gembira bila melihat keadaan tenang berpolitik seperti itu kerana sewaktu beliau pergi ke rumah ahli Pas pun dia disambut dengan begitu baik.

Dua malam terakhir menyaksikan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang mempunyai 31,000 penduduk semakin dipenuhi oleh petugas dan penyokong parti bertanding, menyebabkan kesesakan teruk di jalan utama sepanjang 27 kilometer.

Pada malam Ahad lalu, kesesakan bermula dari Kampung Pahi menyebabkan beberapa petugas media terpaksa berjalan sejauh empat kilometer ke Kampung Peria kerana terdapat beberapa ceramah Barisan Nasional (BN) dan Pas sepanjang jalan berkenaan.

Sepanjang kempen itu juga, kepemimpinan BN memperjelaskan asas perjuangan, perancangan pembangunan, serta menjawab isu berbangkit dan ia dilihat meyakinkan pengundi dalam usaha memberi saingan sengit kepada Pas yang ingin mempertahankan kerusi berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mahu melihat perubahan berlaku di Manek Urai. Justeru, BN mohon diberikan peluang mewakili dan membawa kemajuan yang dikehendaki penduduk seperti diluahkan menerusi permohonan prasarana besar serta perubahan sosio-ekonomi seperti dibuat menerusi pertemuan yang diadakan.

Beliau turut meminta pengundi muda yang balik dari luar untuk mengundi serta yang tinggal di sini melihat kepada kepentingan masa depan Manek Urai itu sendiri.

Katanya, BN sudah menjanjikan beberapa perkara yang akan dilaksanakan sebaik diberi mandat, biarlah ia menjadi permulaan pembaharuan yang lebih besar di Kelantan.

BN sebenarnya, mengakui dan menerima hakikat mereka sedang bersaing di kubu kuat lawan, lantaran kedudukan DUN Manek Urai dikuasai Ismail Yaakub (Allahyarham) dari Pas selama lima penggal. Namun, ramai berpendapat keupayaan Ismail bertahan selama itu adalah pengaruh peribadinya, bukan kekuatan pengaruh Pas, kerana parti itu tewas di Manek Urai apabila pucuk pimpinan merehatkan Ismail daripada bertanding pada 2004.

Saingan kali ini dilihat lebih terbuka kerana calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dan Mohd Fauzi Abdullah, 50, adalah muka baru dan masa sama kedua-duanya bukan pengundi dalam DUN Manek Urai. Di sebalik keyakinan tinggi Pas, BN juga menunjukkan kesungguhan untuk menang dan kemenangan pula bukanlah sesuatu yang mustahil.

Pada pilihan raya umum lalu, BN hanya menang di peti undi Manjor dan undi Pos, manakala Pas pula menguasai lapan peti undi iaitu Temalir; Sungai Perial; Manek Urai Lama; Manek Urai Baru; Sungai Sok; Chuchoh Puteri; Lata Rek dan Laloh. Semuanya kini terserah kepada 12,293 pengundi, termasuk 1,500 pemilih yang tinggal di luar Manek Urai kerana mereka mempunyai kuasa untuk membuat keputusan siapakah paling layak dipilih sebagai wakil rakyat. Apa yang pasti, keputusan rasmi pilihan raya kecil ini, insya-Allah diumumkan dari pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yahya Petra 1, kira-kira jam 8 malam ini.

- BERITA HARIAN

PRK Manek Urai: Membangun Bersama Islam lawan 1Malaysia

by
Oleh Haji Wan Abdul Rahman Wan Ab. Latif

Penganalisis politik khususnya dari luar Malaysia senantiasa merujuk bahawa hubungan antara PAS dan Umno adalah merupakan satu hubungan yang bersifat permusuhan.

Maka lahirlah istilah seperti 'musuh tradisi' (traditional enemies) apabila merujuk kepada hubungan politik antara PAS dan Umno.

Dari sudut pilihan raya ia amat difahami kenapa hubungan tersebut terbina. Ini adalah disebabkan kedua-dua parti milik orang Melayu ini bertarung untuk mendapatkan undi dari kelompok etnik yang sama iaitu etnik Melayu.

Menguasai pengundi Melayu juga bermakna menguasai pentas utama politik Malaysia berdasarkan taburan kerusi pilihan raya (khususnya Parlimen) di mana pengundi Melayu merupakan pengundi majoriti.

Ketidaksediaan Umno untuk tidak bertanding di pilihan raya kecil Manek Urai dalam kehangatan perbincangan mengenai 'kerajaan perpaduan' memperlihatkan betapa Umno bersedia untuk memain peranan aktif bagi menjayakan istilah musuh tradisi sebagaimana yang dirujuk di atas.

Tiap-tiap kali diadakan pilihan raya (sama ada umum atau kecil), Umno/BN bukan sahaja menggunakan sumber parti malah turut menggunakan sumber kerajaan. Sumber kerajaan yang digunakan ialah sumber-sumber yang ada kaitan langsung dengan kehidupan pengundi.

Misalnya, dalam kes Manek Urai yang merupakan satu kawasan pilihan raya DUN yang boleh diklasifikasikan sebagai luar bandar dalam sektor Pertanian sekaligus dilihat sebagai kurang membangun, maka Kementerian yang digunakan ialah seperti Pelajaran, Luar Bandar dan Pertanian.

Agensi-agensi berkaitan pembangunan tanah seperti RISDA dan KESEDAR turut digunakan bagi meraih sokongan. Di samping penggunaan kementerian dan agensi yang berkaitan, Umno/BN turut mengguna instrumen koersif (menekan) yang sah milik kerajaan Pusat (a legitimate coercive instrument of the state) seperti polis.

Apa yang menarik dalam kes Manek Urai yang berbeza dengan pilihan raya-pilihan raya kecil sebelum ini ialah hakikat bahawa Umno/BN turut menggunakan tentera khususnya dari Bahagian Risikan Keselamatan.

Dikatakan bahawa pihak tentera yang berpakaian biasa (dikenali sebagai Military Intelligent Officers atau MIOs) adalah sama ramai dengan pihak risikan polis yang berpakaian biasa (yang dikenali sebagai Special Branch atau SB) sedang merayap ke seluruh pelusuk DUN Manek Urai bagi mempasti kemenangan berpihak kepada Umno/BN.

Ini tidak termasuk kehadiran 3,000 polis yang berpakaian seragam yang ditempatkan di tiga markas besar polis iaitu di Laloh, Chuchuh Puteri dan Manek Urai Baru. Kehadiran fenomena ini nampaknya semacam menyanggah prinsip 1Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri kerana apa yang diutamakan bukan rakyat tetapi pihak keselamatan!! Lebih memalukan ia memberi imej bahawa Malaysia adalah sebuah negara polis(a police state).

Mempertaruh gagasan besar seperti 1Malaysia di sebuah pilihan raya kecil seperti Manek Urai mempunyai risiko yang tinggi. Papan-papan tanda gergasi dengan penuh gah mempamerkan pengaplikasian konsep 1Malaysia di sepanjang jalan raya di Manek Urai.

Papan-papan tanda tersebut memuat perkataan 'Rakyat didahulukan, Manek Urai diutamakan' sertakan dilengkapkan dengan gambar-gambar Najib, Muhyiddin dan Mustapha. Sekiranya 'pembangunan' adalah modal terpenting Umno/BN dalam pilihan raya kecil ini, ia bukanlah merupakan strategi yang terbaik.

Walauapa pun, bagi Umno/BN inilah satu-satunya modal untuk pilihan raya kecil ini. Sekiranya Islam Hadhari tumpas di tangan Membangun Bersama Islam, lagi mudahlah 1Malaysia tersungkur di pilihan raya kecil Manek Urai.

Ini adalah disebabkan Kelantan secara umum dan Manek Urai secara khususnya menjadikan nilai-nilai Islam sebagai sesuatu yang sentral dalam kehidupan mereka. Di lihat dari perspektif Islam, 1Malaysia adalah lebih sekular berbanding Islam Hadhari tajaan Pak Lah yang telah pun terkubur tanpa batu nesan.

Di antara tujuh prinsip penting 1Malaysia tajaan Najib, tidak terdapat satu prinsip pun yang merujuk kepada nilai-nilai Islam. Masyarakat Manek Urai adalah masyarakat yang berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam. Ini dapat dilihat dari hakikat bahawa 90% lebih mesjid di sekitar Manek Urai adalah dibawah pengaruh PAS. Ini tidak termasuk surau atau balaisah yang lebih kecil dan lebih banyak.

Antara Nafsu dan Akal

Professor Kessler, seorang ahli sosiologi politik yang terkenal dari Australia telah mengkaji secara mendalam politik Kelantan dengan menggunakan kaedah sejarah dan antropologi sosial. Kajian beliau dibuat dalam tahun 1960an dengan menjadikan Jelawat, Bachok sebagai fokus kajian beliau.

Hasil kajian ini telah dikemukakan sebagai tesis PhD beliau. Akhirnya tesis ini diterbitkan sebagai buku pada tahun 1978 dengan judul Islam in a Malay State: Kelantan, 1838-1969. Dalam menilai hubungan PAS dan Umno di Kelantan, salah satu hujah penting yang dikemukakan oleh Kessler ialah secara intisarinya boleh dilihat sebagai satu pertembungan antara 'nafsu' dan 'akal'.

Umno dilihat sebagai mewakili dimensi nafsu dengan menggunakan kuasa dan kebendaan secara yang berleluasa sebagai pendekatan bagi meraih sokongan politik. Sebaliknya PAS menggunakan 'akal' yang lebih rasional dengan menjadikan Islam sebagai teras budaya dan pendekatan politiknya.

Pada tahun 1978, dengan menggunakan pendekatan kuasa darurat yang tidak demokratik, Umno telah merampas kuasa dari PAS. Bermula 1990, PAS bangkit semula dengan membawa obor 'kepimpinan ulama' dan pendekatan ini bertahan sehinggalah ke hari ini.

Betapa berkesan dan mendalamnya pendekatan kepimpinan ulama, terutamanya melalui proses tarbiyah, sehingga masyarakat Kelantan (termasuk masyarakat Manek Urai) telah menerima Islam sebagai sesuatu yang sebati dengan pelbagai dimensi kehidupan mereka.

Hakikat ini dihurai secara baik oleh penulis seperti Farish Noor dalam buku beliau 'Islam Embedded'.

Sehingga kini Umno masih menggunakan pendekatan 'nafsu' bagi meraih kuasa politik. Maka tidak hairanlah sekiranya timbul persoalan rasuah dan politik wang dalam pemilihan jawatan-jawatan dalam Umno.

Masalah yang sama timbul dalam pentadbiran negara sekiranya terdapat pengaruh Umno. Disebabkan Umno begitu lama mendominasi pemerintahan negara, budaya 'nafsu' telah semacam diinstitusikan dalam sistem politik dan pentadbiran negara tajaan Umno/BN.

Dalam hal ini, cakap-cakap untuk menghapuskan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan politik wang hanya manis dibibir tetapi busuk dihati. Ini bermakna dan berpegang kepada formula yang amat mudah iaitu apabila terhapusnya rasuah, politik wang dan penyalahgunaan kuasa juga bermakna secara serentak(simultaneously) terkuburnya Umno/BN dari persada politik tanah air kerana elemen-elemen yang menyuburkan Umno/BN (rasuah, penyalahgunaan kuasa dan politik wang) tidak lagi berfungsi.

Dalam kes pilihan raya kecil Manek Urai, pendekatan berteraskan 'nafsu' masih dilihat oleh Umno/BN sebagai relevan. Telah dirujuk sebelum ini kehadiran polis dan tentera (berpakaian seragam dan biasa) adalah membenarkan pendekatan ini.

Difahamkan besar kemungkinan Umno/BN akan menggunakan pendekatan 'nafsu' berikut bagi mempastikan mereka menang dalam pilihan raya kecil Manek Urai ini.

Pertama, kesediaan Tok Pa membayar pengundi luar Kelantan untuk balik mengundi pada 14 Julai 2009 dengan nilai bayaran dua kali ganda berbanding pilihan raya umum 2008 yang lepas; kedua, kesediaan Umno/BN untuk menempatkan dua buah bas 'anak angkat' dewasa bagi setiap UPU(ada sembilan UPU semuanya) dengan bayaran 'cagaran' permulaan kepada tuan rumah sebanyak RM500 dan RM50 untuk hari-hari seterusnya; ketiga, kesediaan Umno/BN untuk membelanja sehingga RM10,000 bagi setiap rumah/keluarga 'atas pagar' yang dikenalpasti boleh memihak kepada Umno/BN.

Ini hanya sekadar beberapa contoh. Banyak lagi pendekatan berteraskan 'nafsu' yang akan digunakan oleh Umno/BN dalam pilihan raya kecil Manek Urai ini. Satu perkara yang perlu difahami oleh Umno/BN ialah hakikat bahawa pengundi Manek Urai tidak boleh dibeli secara sewenang-wenangnya.

Mereka juga mempunyai maruah. Orang putih kata: money cannot buy everything. Sebahagian besar dari penduduk Manek Urai adalah terdiri dari mereka yang gedebe terhasil dari perjuangan mereka sebagai peneroka printis dan sifat gedebe ini dipeturunkan dari generasi ke generasi.

Orang-orang 'gedebe' mempunyai autonomi yang tersendiri dan mereka biasanya memihak kepada kebenaran.

Kesimpulan: Pertembungan antara Thalut dan Jalut

Pertembungan antara kebenaran (al-haq) dan kepalsuan (al-bathil) adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan manusia sebagai satu bentuk percobaan bagi mereka yang beriman kepada Allah.

Syaitan dan nafsu biasanya memihak kepada al-bathil dan malaikat dan akal yang dibimbing olrh wahyu akan memihak kepada al-haq. Salah satu contoh pertembungan antara al-haq dan al-bathil telah dirakam oleh al-Quran dalam Surah al-Baqarah ayat 247 hinggia 252.

Ia melibatkan pertembungan antara Thalut dan Jalut semasa kehidupan Nabi Allah Daud (AS). Jalut adalah seorang raja yang zalim berbanding Thalut seorang raja yang adil. Apabila berlakunya peperangan antara dua kumpulan ini Nabi Allah Daud(AS) memihak kepada Thalut yang adil dan dengan bantuan Nabi Allah Daud (AS) Thalut memenangi peperangan ini sungguhpun tentera Jalut jauh lebih ramai dan perkasa berbanding tentera Thalut.

Terdapat dua petunjuuk kenapa tentera Thalut yang lebih sedikit bilangan mampu mengalahkan tentera Jalut yang lebih ramai (katanya tiga kali ganda).

Pertama, tentera Thalut dengan bantuan Nabi Allah Daud (AS), telah berjuang dengan penuh keikhlasan dengan mengharap pertolongan dan keredhaan Allah.

Kedua, Thalut memerintah tenteranya supaya berhati-hati apabila menyeberangi sungai dan jangan minum air sungai terlalu banyak kerana ia boleh melesukan daya perjuangan.

Pengajarannya ialah jangan jadikan kaedah atau pendekatan nafsu/kebendaan sebagai kaedah terpenting perjuangan. Pejuang-pejuang Islam perlu memberi keutamaan kepada keikhlasan dalam perjuangan dalam mencari keredhaan Allah.

Kalau ini dapat dilaksanakan, insya-Allah, Manek Urai akan menjadi milik PAS.

- HARAKAHDAILY

Hilang adab sopan apabila ‘dibogel’, ‘dilondeh’ dalam blog

by
Oleh Hassan Mohd. Noor

Malam ini berakhirlah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai. Esok 12,268 pengundi akan menentukan siapa pilihan mereka sama ada Tuan Aziz Tuan Mat yang mewakili Barisan Nasional (BN) atau Mohd. Fauzi Abdullah dari Pas.

Khabarnya kempen di Manek Urai berjalan lancar, tidak seperti kempen PRK sebelum ini contohnya di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Kecuali Penanti yang menyaksikan tidak ada persaingan selepas BN tidak meletakkan calon dan memberi laluan mudah kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memilih pengganti bagi jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang yang meletak jawatan untuk melanjutkan pelajaran di Australia.

Manek Urai merupakan PRK ketujuh di mana empat daripadanya disebabkan kematian dan tiga lagi akibat wakil rakyat PKR meletak jawatan iaitu di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Penanti.

Apakah kempen tenang PRK yang berlangsung di Manek Urai akan kekal sehingga pilihan raya umum akan datang? Mungkin ketika kempen pada pilihan raya umum (PRU), ahli-ahli politik hanya akan tertumpu di kawasan masing-masing. Ketika itu, masing-masing mahu menjaga kawasan mereka.

Mungkin pemimpin di peringkat pusat sekadar mampu turun di kawasan tertentu bagi membantu calon-calon berkenaan. Pilihan raya umum pasti datang. Enam belas bulan sudah berlalu dan bermakna tinggal lebih kurang tiga tahun untuk PRU ke-13 jika diambil kira tempoh penggal Parlimen yang tidak pernah mencecah lima tahun.

Bagi menghadapi PRU akan datang, parti politik sibuk memperkemas dan memperkuatkan jentera parti masing-masing. Mereka cuba mengelak daripada melakukan tindakan yang boleh memecah belahkan parti. Maka tidak hairanlah seperti yang ditulis sebelum ini beberapa pergolakan yang berlaku dalam DAP, Pas dan PKR di Kedah dan Pulau Pinang hanyalah sandiwara semasa yang akan selesai dalam sedikit masa. Ia cuma ‘ribut dalam cawan’, bak kata orang carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum balik. PKR, Pas dan DAP saling memerlukan antara satu sama lain.

Jika ada perselisihan pun ia sekadar untuk menunjukkan parti pembangkang seperti parti lain mempunyai masalah tetapi mampu diselesaikan. Perselisihan itu juga akhirnya akan menguatkan parti. Maka selesailah isu Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Cuma yang musykilnya bagaimana Ahli Majlis MPSP boleh bekerja dengan orang yang mereka pulau pelantikannya. Begitu juga dengan isu babi di Kedah, selesai dalam masa yang singkat. Inilah kelebihan yang ada kepada PKR, DAP dan Pas.

Isu perbalahan mereka sudah pasti mendapat tempat di media massa termasuk di dalam blog yang dikendalikan oleh individu dan parti politik.

Blog merupakan satu lagi saluran kempen yang hebat dalam pilihan raya. Tetapi sejauh mana blog yang wujud sekarang mampu mempengaruhi para pengundi terutama pengundi-pengundi muda yang lebih dekat dengan sumber teknologi maklumat ini? Maklumat mengenai pergolakan politik kini berada di hujung jari. Di mana sahaja kita dapat melihat pelbagai isu politik apatah lagi dengan kehadiran blog politik yang tumbuh bagaikan cendawan.

Serangan atau kempen melalui blog inilah yang dikatakan menjadi salah satu punca kekalahan BN pada PRU lalu. BN dikatakan gagal mengambil kesempatan untuk mempengaruhi pengundi-pengundi melalui blog. Segala serangan atau tohmahan yang dilemparkan melalui sumber itu tidak dapat dijawab dengan segera menyebabkan mereka terpengaruh.

Kini sudah ada usaha untuk mempertahankan kerajaan BN melalui blog. Bukan sekadar Perdana Menteri malahan menteri Kabinet, pemimpin politik dan parti politik mempunyai blog sendiri. Cuma sejauh mana pengundi mahu melayarinya atau sekadar membuka sekali sekala apabila ingin mengetahui isu yang diperdebatkan.

Tetapi dalam keghairahan pemimpin melahirkan blog yang lebih serius, ada juga pihak yang mewujudkan blog yang ‘memual dan menyakitkan’. Mungkin ini akibat serangan melampau yang dibuat oleh pihak tertentu sebelum ini yang secara terbuka menjatuhkan maruah pemimpin tertentu. Kita masih ingat bagaimana pelbagai label atau gelaran diberi terhadap Dr. Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Kita tahu bagaimana wajah pemimpin dipermainkan di blog berkenaan. Kartun yang lucu tetapi mengaibkan. Daya kreativiti manusia disalahgunakan bagi menyerang musuh dalam politik. Pahala dan dosa diketepikan.

Itulah hakikat kebebasan maya yang ada, tidak seperti ‘kebebasan’ yang dinikmati oleh media cetak dan elektronik. Seolah-olah tiada siapa berhak menghalangnya. Dan kini serangan seumpama itu dibalas dengan kemunculan pelbagai blog yang boleh memalukan individu tertentu dalam parti berkenaan.

Melalui blog itu mereka ‘menanggalkan baju’ dan ‘melondehkan seluar’ orang politik. Gambar-gambar memualkan dan melucukan berselerakan di dalam blog. Tidak kira sama ada mereka bertaraf ustaz, tok guru atau ulama dalam parti politik, semuanya ‘dibelasah’ tanpa segan silu. Tiada lagi adab susila, sopan santun atau budi pekerti. Mungkin inilah cara yang sudah diterima oleh rakyat negara kita.

Karya kartun bukan lagi sinis tetapi mengaibkan. Seorang sahabat yang sebelum ini sering melihat blog pembangkang yang ‘membelasah’ kerajaan tidak sanggup melihat blog yang menghentam pemimpin pembangkang. Katanya, dia tidak sanggup melihat pemimpin pujaannya ‘melakukan perkara tidak senonoh’ atau ‘dalam keadaan mengaibkan’ seperti yang dipaparkan dalam blog.

Akhirnya barulah dia sedar bahawa jika ada orang yang sanggup mengenepikan agama, budaya, adab sopan dalam menyerang orang lain, maka akhirnya orang lain juga akan membuat perkara yang sama. Apakah kehadiran blog yang mampu ‘membogelkan’ segala-galanya akan lebih banyak menjelang PRU? Inilah yang perlu difikirkan oleh ahli-ahli politik sama ada ketelanjuran yang berlaku di blog sekarang boleh disekat.

Jika tidak, kempen memburukkan peribadi pemimpin akan berleluasa. Yang malu bukan sekadar pemimpin tetapi rakyat seluruhnya.

- UTUSAN

PAS Tergugat Di Manek Urai?

by
Kurang 48 jam, lebih 12,000 pengundi di Manek Urai akan menentukan wakil rakyat dan parti pilihan mereka Selasa ini selepas berada di bawah PAS.

Kalau sebelum penamaan calon, PAS mendahului dengan 60 peratus sokongan manakala 40 peratus pengundi memihak kepada Barisan Nasional (BN), namun jurang itu kini semakin rapat sehinggakan ada yang berpendapat BN boleh menggugat kedudukan PAS.

Ini kerana beberapa kawasan kubu kuat PAS misalnya di Chuchoh Puteri, Sungai Sok dan Lata Rek kini boleh dimasuki jentera BN. Perkara itu adalah mustahil sebelum ini.

Faktor generasi muda yang dahagakan pembangunan juga menyumbang ke arah itu.

Tumpuan juga diberi kepada kawasan peti undi yang mempunyai populasi pengundi yang tinggi seperti di Sungai Perial dengan 2,019 pengundi, yang juga peti undi tertinggi daripada sembilan peti undi di Manik Urai.

Pemerhati politik melihat keadaan itu sebagai pengukur kepada kematangan politik pengundi selain tiada isu tempatan yang mendesak dibangkitkan kecuali kedua-dua pihak cuba memainkan isu yang dekat dengan pemikiran "Melayu Pantai Timur".

PAS masih bersandar pada isu Islam dan dakwaan kerajaan persekutuan menganaktiri rakyat negeri itu melalui tuntutan royalti minyak, manakala BN pula berjanji untuk membawa pembangunan dan menjadikan kawasan itu "anak emas" kerajaan persekutuan.

Sentimen pengundi pula dikatakan tidak "sehebat" ketika pilihan raya kecil Bukit Gantang sebelum ini yang "panas" dengan isu krisis perlembagaan selain demografi pengundinya yang berbilang bangsa.

Demografi pengundi yang bersifat "homogenus" dengan 99.2 peratus pengundi adalah Melayu, kebanyakannya daripada kelas bawahan seperti pekebun kecil dan penoreh getah menghadkan spektrum isu yang boleh dimanipulasikan di Manek Urai.

Anggota Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli mengakui persaingan sengit di Chuchoh Puteri, Laloh dan Manik Urai Lama, kawasan yang dipercayai mempunyai pengundi di atas pagar.

"Tough fight (persaingan sengit)," kata Bendahari PAS itu walaupun optimis partinya mampu mengekalkan Manek Urai yang dimenangi sejak 1959. Kawasan itu pernah jatuh ke tangan BN pada 2004 ketika Ismail Yaakob, yang meninggal dunia 22 Mei lepas, tidak bertanding.

Di atas kertas PAS hanya mempunyai kira-kira 700 ahli di Manek Urai dengan Umno mempunyai lebih 4,000 ahli, namun angka itu tidak menjanjikan laluan mudah buat calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, bekas pegawai Kesedar.

"Ahli kita sikit tapi penyokong kita ramai," kata seorang pemimpin PAS tempatan yang optimis pengundi luar kawasan, dianggar lebih 1,000 orang, akan mengundi Mohd Fauzi Abdullah, 50, seorang pemborong ikan.

Sungguhpun bilangan pengundi Cina dan India kecil, masing-masing 52 dan 28 orang, kedua-dua parti yang bertanding turut bersaha mendapatkan sokongan mereka melalui parti komponen serta kelab penyokong parti.

Kempen kedua pihak dilihat semakin intensif dengan beberapa kejutan diumum. BN hari ini mengumum akan membina jambatan baru di Manek Urai Lama jika parti itu menang selain mahu menjadikan kawasan yang didominasi pekebun kecil, penoreh getah dan peneroka itu sebagai "kota agropolitan".

"Kejutan" PAS dijangka diumumkan esok, kata pengarah pilihan raya PAS Kelantan Abdul Fattah Harun. Malam ini juga menyaksikan penceramah "heavyweight" pembangkang, termasuk Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan turun berkempen.

Persoalannya, mampukan kejutan PAS itu mengekalkan "status quo" di Manek Urai, 14 Julai ini, atau pengundi membuat pilihan sebaliknya selepas menjadi saksi kepada apa dilakukan parti itu yang memerintah Kelantan, sejak 19 tahun lepas.

- BERNAMA

Merapatkan perbezaan di Manek Urai

by
Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB

Wan Musa Wan Hussin yang mencecah usia hampir 60 tahun cukup seronok diajak berbual tentang musim pilihan raya yang muncul lagi di Manek Urai, khususnya di kampungnya - Chuchoh Puteri A.

Bagi petani kawasan penempatan berbukit itu, Chuchoh Puteri bagaikan 'kampung Malaysia' - pengunjung dari pelbagai negeri turut berkampung, pembesar dua parti silih bertandang memberi pesan.

Seperti di penempatan lain dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, siang dan malamnya tidak lagi sunyi manakala penduduk setempat tidak lagi mudah memadam lampu untuk tidur awal seperti selalu.

''Ketika ini musim durian baru bermula dan umumnya penduduk mempunyai dusun sekurang-kurangnya 0.8 hektar. Kalau ada yang memiliki dusun durian kunyit, memang durian runtuhlah.

''Di kebun mungkin RM13 sekilo tetapi apabila di luar sampai RM18 dan RM20. Ramai yang harap semua luruh sepanjang musim pilihan raya ini," ujarnya sambil ketawa kecil.

Selain suasana itu, Wan Musa merasakan ada suatu yang agak berbeza iaitu soal menelah calon mana yang menang dan kalah, yang boleh bangun menjulang tangan atau sekadar bersandar lelah.

Dalam beberapa pilihan raya, umumnya mudah sahaja orang ramai termasuk dirinya meramalkan peluang calon atau parti, walaupun masih jauh hari mengundi dan umumnya mereka tidak silap.

''Kali ini payah orang ramai untuk menyebut sama ada calon BN atau calon Pas yang menang," katanya ketika menebas di kebunnya.

Pas dikatakan mengharapkan bukan Tuan Aziz Tuan Mat yang menjadi calon BN supaya laluan mereka untuk mengekalkan kerusi lebih mudah kerana jentera parti sukar dipecah belah malah mereka lebih ghairah memenangkannya.

Ada kalangan yang sentiasa mengundi Pas sepanjang rentetan pilihan raya umum di Manek Urai mengakui mereka sendiri sukar untuk putuskan pendirian siapa yang akan diberi undi.

Seperti calon Pas (Mohd. Fauzi Abdullah) yang sama-sama menetap di Guchil - di pinggir bandar ini, mereka juga saling dikenali ramai dan kelihatan agak dekat dengan masyarakat tempatan.

Mereka juga mempunyai rantaian hubungan keluarga dan sahabat handai dan semua ini membuat ramai yang 'malu mata'.

Bezanya seorang pemborong ikan yang kelebihannya berserban dan seorang lagi pengurus di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang lebih muda - namun kedua-duanya tidak terpisah daripada memenuhi keperluan masyarakat dengan kerja mereka.

Biarpun orang politik selalu menyebutkan calon hanya wakil parti tetapi bagi orang seperti Wan Musa, soal siapa calon di Manek Urai lebih utama daripada mengambil kira parti mana yang lebih Islam kerana ia lakon wayang lama yang diulang-ulang.

Soal sama ada memilih Islam (yang bagaikan dijadikan ganti nama parti Pas) atau BN yang didakwa oleh Pas sebagai sesat juga bukan ukuran sebenar, setelah UMNO dan BN menang beberapa kali termasuk pada tahun 1982 dan 2004.

Mungkinkah Tuan Aziz dapat mewakili jiwa mereka dan memberikannya peluang bagi menterjemahkan kelak atau imej serban Mohd. Fauzi masih melambangkan nilai Islam sebenar dan setiap undi mereka tentunya lebih mahal daripada durian kunyit.

Keputusan PRK Manek Urai dijangka diketahui 8.30 malam

by
Keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai ini, dijangka diketahui seawal jam 8.30 malam.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata pihaknya tidak menjangka sebarang masalah untuk mengumumkan keputusan itu awal.

"Sasaran kita 85 peratus daripada 12,293 pengundi akan mengundi pada hari berkenaan, " katanya pada sidang media selepas memberi taklimat kepada ketua Pasukan Pemantau Kempen Pilihan Raya Kecil Manek Urai di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai, di sini, semalam.

Wan Ahmad berkata, sasaran peratusan keluar mengundi adalah sama dengan peratusan dicatatkan pada pilihan raya umum 2008.

Beliau turut menasihatkan parti politik yang bertanding mematuhi peraturan dan undang-undang ketika berkempen dalam pilihan raya kecil itu bagi mengelakkan timbul masalah yang boleh menggugat ketenteraman awam.

"Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya melarang penggunaan sepanduk yang boleh mencetuskan permusuhan dan kebencian masyarakat, yang boleh menjadikan masyarakat berasa tersinggung, menyentuh soal kedaulatan Raja-Raja, menyentuh peribadi dan mengandungi unsur fitnah," katanya.

Bagi mengawasi kempen itu berjalan dengan bersih dan parti politik terbabit mematuhi undang-undang, beliau berkata tiga kumpulan Pasukan Pemantau Kempen Pilihan Raya Kecil Manek Urai ditubuhkan.

Setiap kumpulan mempunyai lima anggota, termasuk seorang pegawai polis berpangkat sekurang-kurangnya Inspektor dan seorang wakil calon itu diberi tugas mengawasi tiga kawasan pusat mengundi.

"Pasukan pemantau kempen itu akan menasihatkan parti politik berkenaan supaya menurunkan bahan kempen seperti sepanduk dan poster yang didapati menyalahi undang-undang," katanya.

Aduan boleh dikemukakan kepada pasukan itu di talian : 09-9668081 bagi kawasan Lata Rek, Manjor dan Laloh; 09-9606787 (kawasan Sungai Perial, Manek Urai Baru, Manek Urai Lama) dan 09-9606785 (kawasan Temalir, Chuchoh Puteri dan Sungai Sok).

- BERNAMA

Nasharuddin 'malu mata' ke Manek Urai

by

Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mungkin "malu mata" hendak datang berkempen dalam pilihanraya kecil Manek Urai, kata Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan.

"Tidak ada masalah, cuma barangkali mereka segan hendak mari. Tidak tahulah sebabnya, malu mata," kata Abdul Fatah Haron dalam sidang media harian PAS di markaz induknya di Manek Urai.

Abdul Fatah diminta mengulas sama ada ketidakhadiran Nasharuddin - yang dikecam Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana menyokong kerajaan perpaduan - boleh menjadi beban kepada PAS untuk memenangi kerusi tersebut.

Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, juga popular digelar dengan Abe Uji, turut hadir.

Ditanya tentang jadual ahli parlimen Bachok itu, Abdul Fatah berkata, mereka tidak menyediakan jadual awal untuk kempennya di kawasan itu, sebaliknya ia dibuat secara harian.

Katanya, beliau tidak mempunyai kuasa untuk menawarkan sesiapa datang berceramah dan berkempen di situ kerana ia di bawah bidang kuasa "orang atas".

Sementara itu, berhubung ketiadaan poster presidennya, Abdul Fatah menafikan poster Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum dinaikkan di semua tempat tetapi ia sudah beredar di kampung-kampung.

"Tidak betul, gambar presiden ada di merata tempat, tetapi tidak di jalan raya. Di kampung-kampung ia sudah beredar," katanya sambil menyifatkan poster PAS yang dibuat daripada kertas tidak sesuai ditampal awal.

"Boleh kata di semua kampung, boleh kata semua rumah, kecuali lalauan utama. Sebab poster kita dibuat daripada kertas, angin lalu habislah.

"Lepas ini jalan utama pula sebab sasaran utama kita pengundi. Laluan utama ini macam pesta untuk orang luar sahaja, insya Allah selepas ini kita tampal."

Malaysiakini pernah melaporkan PAS Kelantan mengambil sikap awal tidak menaikkan poster Abdul Hadi - yang bercanggah pendapat dengan Nik Aziz, yang juga mursyidul am PAS, berhubung kerajaan perpaduan - dalam strategi "melokalisasi" kempennya.

Setakat ini, Abdul Fatah berkata, PAS mendapat sokongan lebih daripada 50 peratus sokongan pengundi setempat.

Abe Uji pula berkata PAS tidak akan mengulangi kekalahan dalam pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir pada 2005 apabila Umno sebagai parti underdog mengalahkan calon parti Islam itu.

"Tak berlaku dah, kena hati-hati. Kita jadikan iktibar di sini," katanya.

- MALAYSIAKINI

MAFREL dakwa kesan unsur rasuah di Manek Urai

by
Badan pemantau pilihanraya, MAFREL, khuatir dengan amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh individu, jabatan, agensi kerajaan dan pelbagai pihak yang terlibat dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai yang bermula semalam.

Sehubungan itu, MAFREL menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya "lebih menonjol dan menzahirkan kewujudannya di pilihanraya kecil tersebut".

Ketua Misi MAFREL bagi pilihanraya kecil Manek Urai, Dr Abdul Halim Yusof berkata, pihaknya sudah mengesan wujudnya unsur-unsur rasuah.

Oleh itu, katanya Mafrel berharap SPRM dapat bertindak lebih proakif dan mengambil langkah pencegahan.

"MAFREL mencadangkan SPRM mengambil tiga langkah segera dalam konteks pencegahan rasuah dalam pilihanraya kecil Manik Urai:

-Mewujudkan pusat-pusat aduan yang beroperasi 24 jam yang khidmatnya merangkumi seluruh kawasan Manek Urai

-Melancarkan talian hoteline, servis pesanan segera (SMS) dan emel untuk memudahkan orang ramai menyampaikan menyampaikan aduan secara cepat, mudah dan berkesan.

-Meningkatkan kesedaran rakyat terhadap bahaya rasuah dalam pilihanraya dengan cara:

-Mencetak poster, banner dan risalah untuk diedar di seluruh kawasan Manek Urai.

-Menggunakan media massa secara meluas seperti radio, telivisyen dan akhbar.

"MAFREL yakin rakyat menaruh harapan penuh kepada SPRM supaya berani dan bertindak dengan lebih tegas bagi menguatkuasakan undang-undang mengikut bidang kuasa yang telah diberikan kepada SPRM.

"MAFREL sebagai badan bebas dan komited dengan agenda pembersihan rasuah dalam pilihanraya, bersedia untuk bekerjasama dan membantu SPRM secara bersungguh-sungguh dalam menangani gejala rasuah," tambahnya.

- MALAYSIAKINI

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90