Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label Pegawai Penjara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pegawai Penjara. Papar semua catatan

Semakan Jadual Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan dan Temu Duga Pegawai Penjara Gred KX17

by
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan mengadakan pemeriksaan fizikal, pancaindera & kecergasan bagi jawatan Pegawai Penjara Gred KX17 pada 20/05/2013 – 29/05/2013.

Semakan Calon Layak Pemeriksaan Fizikal & Pancaindera dan Kecergasan : Pegawai Penjara Gred KX17 boleh dibuat di : http://domino.spa.gov.my/online/jadual_am_penjara17.php?jawatan=Pegawai%20Penjara%20Gred%20KX17&pemerolehan=SS20130015

Tips Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan Pegawai Penjara Gred KX17

Pemeriksaan Fizikal:

1. Pemeriksaan ukuran badan (ketinggian, berat badan, BMI, ukuran dada).

- Ketinggian minima bagi lelaki ditetapkan 162 sentimeter dan wanita 157 sentimeter. Berat minima 48 kg untuk lelaki dan 46 kg untuk perempuan.

2. Pemeriksaan penglihatan (jarak penglihatan dan pemeriksaan buta warna).

3. Pemeriksaan tubuh badan dan gaya berjalan (jari, tangan, kaki dan lain-lain berkeadaan baik dan berkawad).

Ujian Kecergasan:

1. Larian 2.4KM dalam masa 12 minit untuk lelaki dan 15 minit untuk wanita

2. Tekan tubi dalam masa 2 minit (Minima 30 kali untuk lelaki dan 28 kali untuk wanita)

3. Lari ulang alik sejauh 10 meter (minima lelaki 10 saat, perempuan 12 saat)

4. Melompat (lelaki 215 sentimeter, perempuan 162 sentimeter)



Pegawai Penjara Gred KX17


 

Pegawai Penjara Gred KX17

by
Jawatan : Pegawai Penjara Gred KX17

Kumpulan: Sokongan    
         
Kementerian / Jabatan : Jabatan Penjara    
         
Jadual Gaji:    
         
Gaji Minimum     Gaji Maksimum     Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM935.57          RM3,118.70          RM95.00
   
Syarat Lantikan:    

    a)     Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[ Gaji Permulaan : RM935.57 ]    
                     
    b)     mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:    
          i)     tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;    
                     
          ii)     berat badan sekurang kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita;    
                     
          iii)     mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);    
                     
          iv)     lulus dalam Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap;    
                     
          v)     pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan    
                     
          vi)     diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.    
                     
    c)     lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan    
                     

Deskripsi Tugas:    

- Melaksanakan tugas-tugas operasi berbentuk fizikal dan rutin dalam menjalankan tugas-tugas kawalan keselamatan, melaksanakan prosedur penahanan dan pelaksanaan hukuman, merealisasikan program-program pemulihan serta memberikan layanan yang adil terhadap penghuni berdasarkan kepada undang-undang dan peraturan yang telah diperuntukkan.



Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90