Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label Penempatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penempatan. Papar semua catatan

SEMAKAN KEPUTUSAN PERTUKARAN GURU -eGTukar JUN 2012

by
SEMAKAN KEPUTUSAN PERTUKARAN GURU -eGTukar JUN 2012

Keputusan Permohonan dan Maklumat Penempatan ke Sekolah bagi Pertukaran Guru Sesi Jun 2012 boleh disemak di: http://apps.moe.gov.my/epgo/ 

26 Mei 2012

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)


 

Semakan Penempatan Guru - Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Keluaran IPTA - Mei 2012

by
SEMAKAN PENEMPATAN FASA 2 -PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) BAGI GRADUAN IPTA (SEKOLAH MENENGAH) boleh dibuat di : http://apps.moe.gov.my/gsst/Mei_SemakanSekMenengah_1505/

SEMAKAN Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Keluaran IPTA (SEKOLAH RENDAH) – SK/SJKC/SJKT boleh dibuat di : http://apps.moe.gov.my/gsst/IPTARendah_SKSJKCSJKT/

Tuan/puan yang membuat semakan diminta untuk menghubungi Jabatan/Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) 

www.moe.gov.my/

 

 

Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) – Sektor Menengah - Feb 2012

by
Semakan PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) – SEKTOR MENENGAH  yang telah lulus temu duga boleh dibuat di : http://apps.moe.gov.my/gsst/GBFEB2012/index.cfm

10 Februari 2012

Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)
http://www.moe.gov.my

Semakan Penempatan Program Pensiswazahan Guru bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Ambilan Februari 2012

by
Semakan Penempatan Program Pensiswazahan Guru Ambilan Februari 2012 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) boleh dibuat di: http://apps.moe.gov.my/kdp/PPG_2012/PPGTAWAR

Sila beri maklumbalas, muatturun dan cetak surat-surat dan bahan yang disediakan bagi mereka yang berjaya ditawarkan. Sebarang pertanyaan berkenaan program sila hubungi pihak Bahagian Pendidikan Guru di 03-88841269/ 1270/ 1272/ 1053.

Rayuan Program Pensiswazahan Guru (PPG) 2012

Calon-calon Program Pensiswazahan Guru (PPG) yang telah ditawarkan kemasukan pada Februari 2012 boleh membuat rayuan pertukaran bidang dan institusi latihan secara dalam talian melalui url http://apps.moe.gov.my/abpg/rayu_ppg2012/ mulai 4 - 7 Feb 2012.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)
http://www.moe.gov.my

Semakan Penempatan Guru Lepasan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2010

by
Semakan Penempatan Guru Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah bagi Lepasan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2010 - Sekolah Rendah boleh dibuat di : http://apps.moe.gov.my/gsst/semakan/sr/xxxrendmsikpm/index.cfm

Tuan/puan diminta untuk menghubungi Jabatan/Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan.

Bahagian Pengurusan Maklumat,
Kementerian Pelajaran Malaysia
http://www.moe.gov.my

Penempatan 1,950 Graduan Perintis Ijazah Pendidikan PISMP dari IPGM Diketahui 1 Feb 2011 Ini

by
Seramai 1,950 graduan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) boleh melapor diri di sekolah-sekolah yang ditetapkan pada 7 Feb ini selepas urusan penempatan tempat mereka mengajar diselesaikan sebelum akhir bulan ini.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong berkata Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menyelesaikan urusan pengiktirafan mereka semalam dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang dalam proses menguruskan penempatan mereka.

"Semalam Bahagian Pengurusan Sekolah Kementerian Pelajaran telah terima surat daripada MQA memaklumkan pengiktirafan itu dan mereka telah terus memaklumkan kepada KPM bagi menguruskan di mana graduan PISMP akan dihantar mengajar.

"Graduan boleh menyemak portal KPM mulai 1 Feb untuk mengetahui di mana mereka akan ditempatkan," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Labis.

Wee berkata 1,950 graduan terbabit merupakan kumpulan perintis lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPGM yang mengambil masa selama lima setengah tahun, termasuk satu setengah tahun kursus pra-universiti.

Mereka menamatkan pengajian akhir mereka di IPGM, yang dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan akhir tahun lalu.

Beliau berkata masalah tidak timbul melibatkan graduan lepasan PISMP daripada universiti tempatan memandangkan pengajian mereka tamat pada bulan Ogos atau September setiap tahun dan MQA mempunyai masa sehingga empat bulan untuk menguruskan pengiktirafan terbabit.

"Ini merupakan kes yang unik selepas kita meminda undang-undang sedia ada bagi membolehkan IPGM menawarkan PISMP enam tahun lalu dan mereka ini merupakan kumpulan pertama yang tamat pengajian akhir tahun lalu. Kita telah berusaha sedaya upaya untuk mempercepatkan urusan penempatan mereka," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap tidak ada pihak yang akan mempolitikkan isu terbabit.

Dalam sidang media yang sama, Wee turut menafikan terdapat usaha oleh Kementerian Pelajaran untuk menyatukan kelas-kelas di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) apabila murid kurang daripada 35 bagi satu kelas.

"Saya telah mendapat laporan, kecuali sekolah-sekolah yang mendapat kebenaran JPM untuk pecah dua kelas. Apa yang berlaku adalah ada yang tak sampai 35, tetapi nak pecah juga dan pihak sekolah tidak mendapat kebenaran JPM terlebih dahulu. Ini menyebabkan mereka diarahkan dicantumkan semula," katanya.

Mengenai permintaan daripada pertubuhan-pertubuhan Cina di Labis dan Segamat untuk kerajaan membuka semula Sekolah Menengah Persendirian Cina Seg Hwa yang ditutup pada 1960, Wee berkata perkara itu sedang dikendalikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.

"Timbalan Perdana Menteri akan berbincang dengan presiden MCA untuk mencari jalan penyelesaian. Ia merupakan satu proses yang berterusan. Kita perlu membuat kajian teliti dan perlu melihat daripada pelbagai sudut.

"Kita tidak mahu apabila sekolah ini dibuka, sekolah menengah persendirian lain diketepi disebabkan kekurangan pelajar," katanya.

- BERNAMA

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90