Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label Pengumuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengumuman. Papar semua catatan

Hantar borang e-Filing dilanjut ke 15 Mei 2013

by


Tarikh akhir untuk mengembalikan borang penyata cukai pendapatan bagi punca pendapatan bukan perniagaan (Borang BE) dan bayaran baki cukai kena dibayar melalui sistem e-Filing dilanjutkan sehingga 15 Mei ini.

Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Masrun Maslim berkata ini bagi menggalakkan lebih ramai orang menggunakan sistem elektronik itu yang lebih mudah dan cepat.

"Bagaimanapun, bagi mereka yang mengisi borang secara manual, tarikh akhir kekal pada Selasa ini (30 April) dan kita galakkan mereka menghantar melalui pos di mana borang-borang itu akan diterima LHDN selewat-lewatnya 3 Mei," katanya kepada Bernama.

Ketika ditanya mengenai aduan orang ramai mengenai kesukaran menghantar borang penyata cukai secara manual, Masrun berkata setakat ini LHDN tidak menerima aduan sedemikian dan mengakui ia kes terpencil.

"Semakan kami di beberapa cawangan seperti di Cheras, Wangsa Maju dan Kota Baharu (Kelantan) masih menerima borang-borang itu.

Ada kotak khas disediakan bagi mereka yang ingin menghantarnya," katanya.

Laman Web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) : http://www.hasil.gov.my/

- HARIAN METRO

Elaun Pelatih Kesihatan naik 80%

by
Kesemua 20,000 pelatih yang mengikuti kursus praperkhidmatan peringkat sijil dan diploma di 33 Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) akan menikmati kenaikan elaun sara hidup bulanan antara 60 hingga 80 peratus mulai tahun depan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kenaikan itu menyaksikan pelatih peringkat sijil akan menerima peningkatan elaun sara hidup daripada RM517 kepada RM835 sebulan manakala pelatih diploma daripada RM621.21 kepada RM1,166.58 sebulan.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana pada pembentangan Bajet 2013 umumkan kenaikan elaun sara hidup pelatih di bawah Kementerian Kesihatan.

"Pertambahan elaun bulanan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap beban kos sara hidup yang dihadapi pelatih dan diharap ia dapat meningkatkan prestasi mereka untuk menjalankan tugas dengan lebih baik," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvokesyen ILKKM 2012 di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, dekat Ipoh.

Pada majlis konvokesyen yang berlangsung dari kelmarin hingga esok, seramai 9,361 graduan menerima diploma dan sijil masing-masing.

Ketika membentangkan Bajet 2013 pada 28 September lalu, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan bersetuju menaikkan elaun sara hidup bagi pelatih-pelatih yang mengikuti kursus praperkhidmatan di peringkat ijazah, diploma dan sijil.

Pertambahan elaun sara hidup bulanan itu melibatkan seramai 31,135 pelatih dengan peruntukan tambahan oleh kerajaan sebanyak RM84.2 juta.

Dalam pada itu, Tiong Lai memberitahu, kerajaan akan menambah sebanyak 12,000 jawatan jururawat dalam tempoh empat tahun bermula dari tahun ini hingga 2015.

"Jawatan jururawat yang ada sekarang adalah kira-kira 60,000. Kita harap dengan penambahan sebanyak 12,000 jawatan lagi menjelang 2015 akan dapat terus meningkatkan perkhidmatan dalam sektor kesihatan.

"Kita membina lebih banyak hospital dan klinik. Kita juga perlukan lebih ramai jururawat," tambahnya.

Menurut beliau, nisbah seorang jururawat bagi setiap 300 penduduk pada masa ini adalah baik memandangkan nisbah yang ideal adalah seorang jururawat bagi setiap 200 penduduk.

- UTUSAN

Semakan Temuduga Permohonan Jawatan Konstabel (Lelaki) PDRM 2011

by
 

PENGUMUMAN PDRM - SEMAKAN STATUS PERMOHONAN KONSTABEL LELAKI 2011

Pemohon-pemohon jawatan Konstabel (Lelaki) yang telah diiklan pada 27/02/2011 boleh membuat semakan surat panggilan temu duga melalui Ibu Pejabat Polis Daerah yang berhampiran mengikut alamat surat-menyurat calon.

Bagi calon-calon di Semenanjung Malaysia semakan boleh dibuat mulai 20/02/2012 (Isnin) dan calon-calon di Sabah dan Sarawak pada 25/02/2012 (Sabtu).

Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik / fizikal seperti yang diiklankan akan dipanggil menjalani ujian fizikal / temu duga mulai 04/03/2012 sehingga 20/04/2012 di pusat-pusat temu duga yang telah ditetapkan.

POLIS DI RAJA MALAYSIA (PDRM)
http://www.rmp.gov.my/

I
http://myadha.blogspot.com/2011/02/iklan-pengambilan-kekosongan-jawatan.html

Kenyataan akhbar dan pengumuman rasmi KPM mengenai Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia - SPM 2011

by
Kenyataan akhbar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengenai Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia - SPM tahun 2011. Sila klik di bawah untuk muat turun (download) format pdf.

Kenyataan Akhbar Mengenai SPM 2011

Pengumuman Tempoh Berkabung Negeri Terengganu berikutan kemangkatan almarhum bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bariah

by
Semua pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan Persekutuan serta badan-badan berkanun di seluruh Terengganu dikehendaki mematuhi peraturan pemakaian sepanjang tempoh berkabung 40 hari mulai 21 Mac hingga 29 April ini berikutan kemangkatan almarhum bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bariah Sultan Hisahmuddin Alam Shah.

Pegawai dan kakitangan lelaki Melayu perlu memakai songkok berlilit kain putih berukuran satu inci, manakala pegawai dan kakitangan wanita Melayu pula harus berselendang atau berkain tudung warna putih.

Sementara pegawai dan kakitangan yang berbangsa lain perlu mengenakan tali leher hitam atau lilitan hitam (armband) di sebelah kanan bagi lelaki dan lilitan lengan hitam (armband) bagi wanita. Sementara polis dan tentera berpakaian sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan masing-masing.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengumumkan peraturan perkabungan itu di Kediaman seri Iman, Kuala Terengganu, petang ini (22 Mac).

Selain itu, beliau berkata segala perhimpunan ramai dan majlis atau acara anjuran Kerajaan dan bukan kerajaan yang berunsurkan hiburan juga ditegah sepanjang tempoh perkabungan kecuali majlis atau acara yang berunsurkan keagamaan, pendidikan riadah dan ilmiah.

“Jika ada pihak yang tidak menghormati dan ingkar peraturan sepanjang tempoh perkabungan dengan mengadakan majlis hiburan, mereka boleh dikenakan tindakan. Bagaimanapun, sebarang majlis itu perlu mendapatkan permit daripada pihak berkuasa tempatan dan polis terlebih dahulu.

“Majlis kenduri kahwin juga tidak boleh diselitkan dengan acara hiburan. Perlawanan bola sepak adalah suatu bentuk riadah dan ia boleh diteruskan seperti biasa,” katanya.

Menteri Besar berkata, semua bendera negeri dan lain-lain bendera kecuali Jalur Gemilang di jabatan dan bangunan kerajaan negeri, persekutuan, badan-badan berkanun serta pihak berkuasa tempatan, bangunan perniagaan, perusahaan dan kediaman hendaklah mengibarkan bendera separuh tiang.

Beliau juga menyarankan orang ramai untuk turut sama mematuhi peraturan sepanjang tempoh perkabungan itu.

“Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu diminta mengeluarkan arahan kepada semua imam dan bilal masjid serta surau kerajaan supaya melakukan tahlil sepanjang tujuh hari berikutan kemangkatan almarhum,” katanya.

Unit Komunikasi Negeri Terengganu
http://www.terengganu.gov.my/

LHDN nafi e-mel bayaran balik cukai

by
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan ia mengeluarkan emel kepada pembayar cukai yang menyatakan mereka layak diberikan bayaran balik sebanyak RM700.

LHDN dalam satu kenyataan semalam berkata, emel itu adalah palsu dan aktiviti mencuri maklumat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menipu pembayar cukai.

Orang ramai yang menerima e-mel (HASIL ) yang meminta mereka klik kepada http://62.23.69.2/hasil.gov.my/index.php.htm dan mengarahkan pembayar cukai memberikan butiran diri dan nombor bank mereka, supaya tidak membukanya.

“Orang ramai yang menerima emel itu dinasihatkan supaya tidak membukanya selain menghapuskan, " katanya.

Menurut LHDN, aktiviti itu dikesan bermula semalam dan laman itu sudah dipintas dan ditutup. Ia percubaan ketiga untuk menipu pembayar cukai.

Setiap data dan maklumat pembayar cukai dijamin selamat dalam simpanan LHDN dan sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan perkara itu,

Orang ramai boleh merujuk kepada Pusat Khidmat Pelanggan LHDN di talian 1-300-88-3010 atau melalui emel callcentre@hasil.gov.my.

– BERNAMA

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90