Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label Perlis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perlis. Papar semua catatan

TATACARA PERKAHWINAN UMAT ISLAM DI NEGERI PERLIS

by

 


TATACARA PERKAHWINAN UMAT ISLAM DI NEGERI PERLIS
(SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS AKAD NIKAH)
Telah Diluluskan Dan Diperakui Dalam
Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bil. 5 / 2018

 

 

1. Pengenalan

Pengurusan perkahwinan, perceraian dan ruju’ bagi orang Islam di negeri Perlis hendaklah dilakukan mengikut Hukum Syarak. Enakmen Undang –Undang Keluarga Islam 2006 negeri Perlis (UUKI 2006) telah menetapkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi bagi memastikan pengurusan perkahwinan, perceraian dan ruju’ orang Islam adalah teratur dan mengikut Hukum Syarak. Oleh itu garis panduan yang disediakan untuk memberi maklumat kepada Penolong Pendaftar berkaitan tatacara pengurusan perkahwinan, perceraian dan ruju’ orang Islam di negeri Perlis. Walaubagaimanapun dalam menjayakan sesuatu perkahwinan Penolong Pendaftar adalah terikat dengan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2006 Negeri Perlis (UUKI 2006) dalam menguruskan perkahwinan orang Islam di negeri ini.


2. Seksyen 2. Tafsiran

2.1 “Bermastautin” ertinya tinggal tetap atau pada kelazimannya bermukim dalam sesuatu kawasan yang tertentu atau yang telah disahkan oleh Hakim Syarie sedemikian;UUKI 2006)

2.2 Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju sebulat suara bahawa maksud perkataan “bermastautin” di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2006 Negeri Perlis (UUKI 2006) adalah seseorang itu berada di dalam negeri Perlis melebihi lima (5) hari.

2.3 Ertinya, jika seseorang dapat membuktikan dia berada di dalam negeri Perlis melebihi tempoh tersebut, maka dia dianggap “bermastautin”.


3. Kebenaran Berkahwin

3.1 Pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan di negeri Perlis perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Hal Ehwal Islam Perlis (JAIPs) melalui Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Islam Perlis (PUS) JAIPs. Permmohonan kebenaran boleh diperolehi melalui sistem dalam talian (online) di laman web www.sppim.gov.my. (LAMPIRAN A)

3.2 Keperluan bagi melengkapkan borang kebenaran berkahwin tersebut ialah :

a) status perkahwinan individu ingin berkahwin,
b) pengesahan mastautin ( Imam karyah / pihak berkuasa agama negeri ),
c) Pengesahan Wali dan Sijil Kursus Perkahwinan (JAIPs)
d) Ujian HIV di pejabat kesihatan yang dikendalikan oleh pihak kerajaan. (LAMPIRAN B)

3.3 Bagi pasangan yang menghadapi masalah wali enggan, wali ghaib, perkahwinan Saudara Baru, poligami dan perkahwinan di bawah umur, permohonan perlulah melalui Mahkamah Syariah negeri Perlis. (LAMPIRAN C)

3.4 Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke Bahagian PUS JAIPs dan kelulusan boleh diberi dalam masa 3 hari bekerja. (LAMPIRAN D)


4. Wali

Sebelum akad dijalankan, penolong pendaftar bertanya terlebih dahulu kepada wali sama ada wali sendiri akan menjalankan akad nikah tersebut atau mewakilkan kepada penolong pendaftar. Sekiranya wali tidak dapat hadir semasa akad, wali perlu membuat wakalah sebelum akad nikah dijalankan. Wakalah wali boleh dengan cara :

4.1 Bersemuka terus dengan Penolong Pendaftar sebelum akad nikah dijalankan dengan mengisi borang wakalah yang disediakan, atau
4.2 Bertulis / mengirim borang wakalah bagi yang tidak dapat bersemuka terus, atau
4.3 Melalui panggilan telefon. Walau bagaimanapun, kaedah ini perlu diberi penelitian / kepastian supaya tidak terdapat unsur penipuan. (LAMPIRAN E)


5. Mahar

5.1 Tiada penetapan jumlah tertentu untuk mahar. Bergantung kepada persetujuan bersama.
5.2 Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Syariah (PUS) tidak menggalakkan mahar yang tidak dapat diletakkan harga secara jelas seperti mengajar surah al-Fatihah atau surah al-Ikhlas oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Pasangan perlu juga menetapkan sesuatu jumlah yang boleh dinilai bagi memudahkan urusan pentadbiran perkahwinan pada masa hadapan.


6. Lafaz Ijab dan Qabul

6.1 Jarak masa antara ijab dan qabul tidak ditentukan, cukup sekadar difahami bahawa lafaz qabul yang dibuat adalah dalam satu majlis yang sama.
6.2 Tidak disyaratkan qabul perlu dilafaz dalam satu nafas.
6.3 Tidak disyaratkan berjabat tangan semasa akad nikah dilakukan, begitu juga menggoyangkan tangan ketika berjabat. Namun, jika ada yang memilih untuk berjabat tangan kerana menunjukkan persetujuan dan baiah dibolehkan.
6.4 Saksi akad nikah hendaklah dari kalangan mereka yang faham tentang akad nikah dan faham syarat ijab dan qabul.
6.5 Tidak disuruh untuk mengulangi akad melainkan jelas berlaku kesalahan atau kesilapan.
6.6 Penolong Pendaftar haruslah memudahkan urusan akad nikah dan hendaklah menjaga maruah pengantin. Majlis akad nikah bukanlah medan untuk menguji atau menemuduga pengantin dengan memberi soalan berkaitan hukum-hakam agama.
6.7 Penolong Pendaftar tidak perlu meminta agar pengantin beristighfar dan mengucap dua kalimah syahadah dikhalayak ramai. Malah, wajib meyakini bahawa jika pengantin itu seorang muslim, maka dia adalah sebagai seorang muslim. Tidak perlu meragui akidahnya. Juga tidak disuruh dia memohon ampun untuk ditunjukkan kepada orang ramai.
6.8 Sighah Lafaz Ijab boleh dilakukan seperti berikut :

6.8.1 Wali Sendiri
(Nama pengantin lelaki), aku/saya nikahkan dikau/kamu dengan (nyatakan hubungan dengan pengantin perempuan dan nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin RM............... tunai/hutang.
6.8.2 Wakil Wali 
(Nama pengantin lelaki), aku/saya nikahkan dikai/kamu dengan ...... (nama pengantin perempuan) yang telah berwakil walinya kepadaku dengan mas kahwin RM ........ tunai/hutang.
6.8.3 Wali Hakim
Aku/saya nikahkan dikau ........ (nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin RM ........ tunai/hutang.

6.9 Sighah Lafaz Qabul boleh dilakukan salah satu daripada berikut :

6.9.1 Aku/saya terima nikah ..... (nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin RM ..... tunai/hutang.
6.9.2 Aku/saya terima nikah ..... (nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin yang tersebut.
6.9.3 Aku/saya terima nikahnya seperti yang disebutkan / dinyatakan.


7. Khutbah Nikah

7.1 Khutbah nikah yang digunakan oleh Penolong Pendaftar ialah khutbah nikah yang dibekalkan oleh Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Syariah (PUS) JAIPs terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Jabatan Mufti Negeri Perlis.
7.2 Panduan teks khutbah tersebut mempunya tiga (3) teks khutbah yang khusus bagi Perkahwinan Umum, Perkahwinan Saudara Baru dan Perkahwinan
Poligami. Teks khutbah nikah juga disediakan di dalam bahasa inggeris. Buku khutbah nikah keluaran JAKIM ini juga menyediakan doa selepas akad nikah. (LAMPIRAN F,G,H & I)



8. Ta’liq

8.1 Amalan ta’liq tidak diamalkan di negeri Perlis.
8.2 Namun, bagi isteri yang ingin membuat permohonan ta’liq hendaklah mendapatkan persetujuan daripada pasangannya / suaminya dan mengisi borang yang ditentukan oleh Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Syariah (PUS) JAIPs. Kedua-dua pasangan hendaklah faham dan setuju dengan implikasi ta’liq yang akan dibuat. ( BORANG ... )


9. Bayaran Perkhidmatan

9.1 Borang Permohonan Berkahwin – Percuma
9.2 Kursus Pra Perkahwinan Modul Perkahwinan Bersepadu Keluarga Islam (MBPKI) – RM 90.00
9.3 Ujian HIV – RM 1.00 (Awam) Percuma (Kakitangan Kerajaan)
9.4 Kebenaran Berkahwin – RM 5.00
9.5 Bayaran Penolong Pendaftar Perkahwinan – RM 85.00
9.6 Bayaran Saksi (2 Orang) – RM 50.00
9.7 Bayaran Daftar Perkahwinan – RM 15.00
9.8 Bayaran Kad Nikah – RM 50.00


Cikgu Shukri MB Perlis baharu

by

 


Mohd Shukri Ramli memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Besar Perlis.

Mohd Shukri, 61, tiba di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini dan disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad serta pegawai kanan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Beliau kemudian mengimbas cap jari pada perakam waktu di pintu masuk pejabatnya pada jam 9 pagi.

Mohd Shukri yang mesra dengan panggilan 'Cikgu Shukri' berkata, beliau akan berusaha menjalankan tugasnya dengan baik demi rakyat di negeri ini.

"Ini adalah pengalaman baharu...bermulalah dunia baharu selepas lama tidak masuk pejabat, saya akan menyesuaikan diri dengan rutin ini setelah lama bersara sebagai guru," katanya kepada media, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis itu berkata, beliau sudah menghantar nama barisan EXCO Kerajaan Perlis kepada PN pusat semalam.

"Kita tunggu lampu hijau daripada PN pusat dulu untuk buat keputusan," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang itu.

Majlis Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Perlis akan diadakan di Istana Arau pada petang Jumaat ini.

Mohd Shukri yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, semalam.

PN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 14 daripada 15 kerusi DUN, selain menyapu bersih tiga kerusi Parlimen iaitu Padang Besar, Arau dan Kangar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Sumber : BERNAMA

Fenomena Awan Karpet menakjubkan

by

 

Dengan populasi penduduk seramai 255,000 orang dan keluasan 819 kilometer persegi, Perlis sering kali dipandang sepi oleh pelancong yang hanya menjadikan negeri itu sebagai transit untuk melancong ke Langkawi atau menuju ke Hatyai, Thailand.

Malah, sebagai negeri terkecil di Malaysia, Perlis juga dilihat tidak mempunyai tarikan pelancongan, selain Arked Beli-Belah Padang Besar yang terletak berhampiran pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand.

Namun, 'awan karpet' dilihat dari View Point Wang Kelian, di sini mencetuskan fenomena apabila ramai pelancong datang untuk menyaksikan panorama indah itu pada awal pagi.

Lazimnya, cuti hujung minggu atau hari kelepasan am pengunjung beriadah di kawasan View Point Wang Kelian, di samping melihat panorama 'awan karpet' terbentuk saujana mata memandang.

View Point Wang Kelian terletak di ketinggian 303 meter dari aras laut. Perjalanan ke sana selama 30 minit dari Kangar manakala 20 minit dari dari pekan Padang Besar.

Kawasan Wang Kelian juga salah satu pintu sempadan ke Thailand di Perlis, selain di Padang Besar.

Penulis berkesempatan melihat karpet awam yang menakjubkan, baru-baru ini.

Ketika menghampiri kawasan itu, ramai pengunjung ke kawasan berkenaan.

Kelihatan ada pengunjung berbasikal atau berjoging menuju ke kawasan itu dan rata-rata teruja melihat 'awan karpet' yang tular sejak awal tahun lalu.

Sebaik tiba, kelihatan gumpalan awan yang terbentang luas bak permaidani melewati dua puncak Bukit Chabang.

Gumpalan corak awan terbentang juga dapat dilihat sehingga Empangan Timah Tasoh yang terletak 16.2 kilometer dari kawasan itu.

Disebabkan Perlis tiada banyak bangunan pencakar langit dan amat kurang pencemaran udara jadi awan karpet ini mudah terbentuk.

Pengunjung, Jasni Hashim, 44 yang bertugas sebagai jurutera di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), berkata fenomena 'awan karpet' ini lazimnya berlaku jam 6.50 pagi sehingga jam 7.30 pagi.

"Fenomena ini sebenarnya sudah lama berlaku, namun hanya kebelakangan ini selepas tular gambar keindahan awan berkenaan ramai berpusu-pusu ke kawasan itu.

"Di kawasan sini sangat sesuai untuk melihat keindahan fenomena awan, di samping menikmati cuaca sejuk di kawasan ini," katanya.

Beliau juga dikenali sebagai Ved Vedder dalam kalangan komuniti jurugambar alam semula jadi berkata, kewujudan View Point Wang Kelian untuk melihat fenomena 'awan karpet' ini memberi 'nafas' baru industri pelancongan di Perlis yang sebelum ini agak suram. 

Pengunjung, Ahmad A'fifi Azme, 25, dari Kangar berkata, sebelum ini ramai tidak ambil peduli fenomena itu khususnya penduduk di negeri ini.

"Selepas tular di media sosial tiba-tiba menarik ramai pengunjung sedangkan sebelumnya sepi," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Pusat Pertumbuhan Baru, Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis, Asmaiza Ahmad berkata, rancangan mengkomersilkan lokasi itu sama seperti di Betong,Thailand.

"Perlis jarang diletakkan sebagai destinasi pelancong domestik dan antarabangsa kerana lebih terarah ke Langkawi, Kedah atau Hatyai di Thailand.

"Perlis hanya sebagai transit persinggahan sementara sebelum ke destinasi berkenaan.

"Selepas tersebar foto keindahan fenomena 'awan karpet' ini, kita melihat ia wajar dibangunkan menjadi tarikan di kawasan View Point Wang Kelian," katanya.

Antara lokasi boleh dikunjungi seperti Muzium Kota Kayang, Hutan Lipur Bukit Kubu, Kampung Pulau Ketam, Trek Kurong Tengar, Masjid Terapung al-Hussein Kuala Perlis, Warung Tepi Sawah, Tasik Melati, Empangan Timah Tasoh dan pelbagai lagi.

Info: View Point Wang Kelian

  • Lokasi terletak berhampiran bandar Satun, Thailand.
  • Menjadi pintu keluar antara Malaysia-Thailand.
  • Fenomena 'awam karpet' dilihat pada awal pagi.
  • Terletak di ketinggian 303 meter dari aras laut.
  • Perjalanan 30 minit dari Kangar, 20 minit dari pekan Padang Besar.
  • Boleh dilihat dari Ampangan Timah Tasoh, 16.2 kilometer dari Menara Pandang Wang Kelian.
  •  Sumber : Berita Harian

     

     

     

     

     

    Jawatan Kosong di UiTM Perlis - Jun 2012

    by
    JAWATAN:
    1. Penolong Pengurus Taman/Ladang
    2. Penolong Pegawai Tadbir
    3. Penolong Pegawai Kesatria
    4. Penolong Pegawai Perubatan
    5. Penolong Akauntan
    6. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
    7. Pembantu Perpustakaan
    8. Jururawat Masyarakat
    9. Pembantu Am Pejabat
    10. Pengurus Asrama

    IKLAN JAWATAN:
    http://perlis.uitm.edu.my/v1/images/stories/doc/news/latest_news/iklan_kekosongan_jawatan.doc

    BORANG PERMOHONAN:
    http://perlis.uitm.edu.my/v1/images/stories/doc/news/latest_news/borang_jawatan_pentadbiran.doc

    TARIKH TUTUP : 26 Jun 2012

    Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kangar, Perlis - Jan 2011

    by
    Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada rakyat negeri Perlis) yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf tetap di pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar, Perlis seperti berikut :

    JAWATAN:
    - Juruaudit
    - Akauntan
    - Pegawai Undang-Undang
    - Pegawai Perancang Bandar dan Desa
    - Arkitek Landskap
    - Penolong Juruaudit
    - Penolong Akauntan
    - Penolong Pegawai Undang-Undang
    - Pen. Pegawai Perancang Bandar dan Desa
    - Penolong Arkitek Landskap
    - Penolong Juruukur Bahan
    - Penolong Pegawai Pertanian

    IKLAN JAWATAN KOSONG
    http://www.mpkangar.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=3d4095fe-80ee-4f1c-bd76-ccd980ea7a5d&groupId=23316

    BORANG PERMOHONAN
    http://mpkangar.gov.my/web/guest/muatturun

    Tarikh Tutup : 10 Februari 2011

    Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kangar, Perlis - Dis 2010

    by
    Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Perlis Indera Kayangan) yang berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut:

    JAWATAN:
    1. PEMBANTU AM PEJABAT N1
    2. PEMANDU KENDERAAN R3
    3. PEKERJA AWAM R1

    IKLAN JAWATAN KOSONG
    http://www.mpkangar.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=f8672746-35fe-4bf5-b1d9-c0e2d2523b5f&groupId=23316


    BORANG PERMOHONAN
    http://www.mpkangar.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=79519ddd-4709-4b11-827f-1d03b6b45c2e&groupId=23316


    Tarikh Tutup : 13 Disember 2010

    Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis - September 2010

    by
    Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:

    JAWATAN:
    1. PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53)
    2. PENOLONG PENSYARAH UiTM (GRED DM29)

    IKLAN JAWATAN KOSONG
    http://www.ziddu.com/download/11883287/JawatanKosongUiTMPerlisSep2010.doc.html

    BORANG PERMOHONAN
    PENSYARAH
    http://www.ziddu.com/download/11883286/BorangPensyarahUiTM.doc.html

    PENOLONG PENSYARAH
    http://www.ziddu.com/download/11883285/BorangPenolongPensyarahUiTM.doc.html

    Borang Permohonan hendaklah dihantar ke alamat:

    TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
    BAHAGIAN PENTADBIRAN
    ARAS 2, BANGUNAN PENTADBIRAN
    UiTM CAWANGAN PERLIS
    02600 ARAU
    PERLIS INDERA KAYANGAN

    http://perlis.uitm.edu.my

    TARIKH TUTUP : 15 OKTOBER 2010

    Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kangar, Perlis - Mac 2010

    by
    Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Perlis Indera Kayangan) yang berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut di Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.

    JAWATAN:
    - PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17

    IKLAN JAWATAN KOSONG
    http://www.ziddu.com/download/9241489/IklanJawatanKosongdiMPKangar-Mac2010.pdf.html
    atau
    http://www.scribd.com/doc/29225459/Iklan-Jawatan-Kosong-Di-MP-Kangar-Mac-2010

    BORANG PERMOHONAN
    Permohonan hendaklah menggunakan ‘Borang MPK.Ps 6 Pin. 1/2006’ yang boleh didapati di Jabatan Pengurusan dan Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis atau di Kaunter Kewangan, Jabatan Kewangan, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis dengan harga RM1.00.

    Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:

    Yang DiPertua,
    Majlis Perbandaran Kangar, Perlis
    No. 192, Persiaran Jubli Emas,
    01000 Kangar,
    Perlis.
    (u.p. : Bahagian Sumber Manusia)

    http://www.mpkangar.gov.my

    TARIKH TUTUP : 6 APRIL 2010

    PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS (PKENPs)

    by
    Permohonan adalah dipelawa dari warganegara Malaysia untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:-

    JAWATAN:
    -Penolong Akauntan Gred W27

    BORANG PERMOHONAN:
    Borang permohonan boleh didapati melalui laman web rasmi kerajaan negeri Perlis iaitu: http://www.perlis.gov.my

    Permohonan hendaklah sampai kepada:-

    Pengurus Besar
    Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs)
    173-191, Taman Kemajuan
    Jalan Raja Syed Alwi
    01000 Kangar, Perlis

    TARIKH TUTUP : 30 DISEMBER 2009

    SENARAI CALON LAYAK TEMUDUGA JAWATAN FASILITATOR SCHOOLNET (GRED 41)

    by
    Semakan boleh dibuat mulai 17 November 2009 di :

    SEMAKAN CALON LAYAK TEMUDUGA BAGI ZON UTARA, TIMUR DAN SELATAN
    http://www.kpkk.gov.my/pdf/finalisetsu.pdf

    Untuk senarai skop tugas Fasilitator Schoolnet, sila rujuk laman web :
    http://www.fasilitatorschoolnet.webs.com

    KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI & KEBUDAYAAN (KPKK)
    http://www.kpkk.gov.my

    PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN (3P) JABATAN TENAGA KERJA - NOVEMBER 2009

    by
    Temuduga Terbuka di PTK Shah Alam
    Azman Hamzah Plastik Sdn Bhd
    Tarikh :17.11.2009
    Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengahari
    Tempat :Pejabat Tenaga Kerja Shah Alam,Tingkat 3, Fasa 1, Kompleks PKNS,40000 Shah Alam.

    Temuduga Terbuka di PTK Shah Alam
    Tanamera Tropikal Spa Sdn Bhd
    Tarikh :18.11.2009
    Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari & 2.30 petang - 4.30 petang
    Tempat :Pejabat Tenaga Kerja Shah Alam,Tingkat 3, Fasa 1, Kompleks PKNS,40000 Shah Alam.

    Program Penempatan Pekerjaan(3P) Anjuran JTK Kuala Terengganu
    Tarikh : 21.11.2009
    Masa : 9.00 pagi -4.00 petang
    Tempat : Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang

    Program Penempatan Pekerjaan Sipitang
    Tarikh : 21.11.2009
    Masa : 8.00 pagi -3.00 petang
    Tempat : Dewan Serbaguna Sipitang, Sabah

    Program Penempatan Pekerjaan(3P) Anjuran JTK Sarawak
    Tarikh : 21-22.11.2009
    Masa : 8.30 pagi -5.00 petang
    Tempat : Dewan Suarah Bintulu

    Program Penempatan Pekerjaan JTK Perlis
    Tarikh : 21-22.11.2009
    Masa : 10.00 pagi -4.30 petang
    Tempat : Dewan Serbaguna,Institut Latihan Perindustrian,Kangar, Perlis

    JAWATAN KOSONG FASILITATOR SCHOOLNET (GRED 41) ZON UTARA, TIMUR & SELATAN

    by
    Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di sekolah-sekolah yang terlibat di Zon Utara, Timur dan Selatan.

    JAWATAN : FASILITATOR SCHOOLNET
    (Skim Perkhidmatan Singkat [SPS])

    TEMPOH PERKHIDMATAN : Disember 2009 hingga 31 Disember 2010

    DOWNLOAD IKLAN:
    http://www.kpkk.gov.my/pdf/pengambilanfasilitator.pdf

    CARA MEMOHON :
    (a) Calon yang berminat hendaklah mengemukakan resume beserta salinan kad pengenalan dan transkrip akhir kepada :-

    Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan,
    Tingkat 2 Blok F,
    Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana,
    Jalan Dato' Onn,
    50610 Kuala Lumpur.
    (u.p.: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia - Fasilitator Schoolnet)
    (Tel : 03-2691 1209 / 1250)

    (b) Permohonan juga boleh dihantar menerusi emel ke schoolnet@kpkk.gov.my

    (c) Permohonan yang telah lengkap hendaklah sampai ke Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan selewat-lewatnya pada 15 November 2009. Calon yang menghantar permohonan melalui pos hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon di sudut atas kiri sampul surat.

    Keputusan bagi panggilan temuduga boleh disemak selewat-lewatnya pada 16 November 2009 di laman web : www.kpkk.gov.my

    Untuk senarai skop tugas Fasilitator Schoolnet, sila rujuk laman web http://www.fasilitatorschoolnet.webs.com/. Harap maklum.

    Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

    Top Ad 728x90