Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label Polis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Polis. Papar semua catatan

Polis mula guna kamera badan Oktober 2024

by


Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka mula menerima 7,648 unit kamera badan (BWC) secara berperingkat mulai September tahun ini hingga Februari 2025.

Penerimaan itu adalah berdasarkan Surat Setuju Terima (SST) yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, berkata BWC adalah untuk penugasan Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di bawah JPJKK, selain akan diperluaskan untuk penugasan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

"Ia (BWC) akan ditempatkan di 157 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan 640 balai polis di seluruh kontinjen dan penggunaannya adalah secara berperingkat mulai Oktober 2024.


"Pada masa ini, kita menjangkakan BWC akan digunakan sepenuhnya oleh petugas MPV dan URB pada Mac 2025.

Bagi memastikan semua petugas MPV dan URB mahir dalam mengendalikan BWC, latihan penggunaan akan dilaksanakan mulai Mac 2025 hingga Disember 2025," katanya

Wan Hassan berkata, PDRM akan ke hadapan sebagai agensi tunggal keselamatan awam negara ini dalam penggunaan teknologi terkini, selaras dengan kepolisan moden.

"Selari dengan perkembangan teknologi dan penugasan kepolisan yang semakin mencabar, adalah menjadi harapan kita supaya penggunaan BWC akan dapat meningkatkan tatakelola yang baik dalam penugasan rondaan pencegahan jenayah dalam kalangan petugas MPV dan URB.

"Dengan tersematnya BWC di pakaian seragam polis, ia akan meningkatkan lagi hubungan dan kerjasama orang awam dan polis kerana setiap perbualan mereka dirakam," katanya.

Beliau berkata, pengunaan BWC akan menaikkan lagi imej PDRM dalam kalangan masyarakat kerana rakamannya boleh dijadikan bukti di mahkamah dan di dalam sebarang kes jenayah, termasuk kes membabitkan petugas difitnah ketika menguatkuasakan undang-undang.

Semalam, tiga anggota polis trafik ditahan reman tiga hari untuk siasatan berhubung perbuatan meminta wang daripada pasangan pelancong warga United Kingdom (UK) bagi menyelesaikan saman trafik, baru-baru ini.

Kejadian warga asing itu disaman polis Malaysia tular apabila perbuatan warga PDRM itu kononnya menawarkan diskaun saman kepada pasangan warga UK selepas mereka ditahan bagi kesalahan memandu melebihi had laju, sempat dirakam.

Pada 17 Januari lalu, seorang anggota polis didakwa di Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan termasuk merogol remaja perempuan warga Uzbekistan berusia 17 tahun dalam kenderaan peronda polis (MPV).

Lans Koperal Muhammad Fazrul Razzi Yunus, 31, turut berdepan pertuduhan berasingan kerana melakukan peras ugut ke atas remaja berusia 17 tahun yang juga teman lelaki warga Uzbekistan itu, bersama seorang anggota lain, Konstabel Muhammad Adib Aikal Sharul Nizam, 24, di mahkamah berasingan.

Muhammad Fazrul yang juga bapa kepada dua anak mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Norshila Kamaruddin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol, melakukan amang seksual fizikal, persetubuhan bertentangan aturan tabii dan hubungan seks ke atas remaja terbabit tanpa kerelaannya.

Sumber : Berita Harian

Scammer guna taktik 'Waran tangkap' palsu

by


Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan kewujudan 'waran tangkap' kononnya dikeluarkan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Putrajaya dan disebarkan melalui aplikasi sembang maya.

Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata dokumen palsu itu dikesan dihantar kepada mangsa melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram

Katanya, semakan mendapati waran tangkap yang dihantar itu mengandungi 'arahan' kepada PDRM untuk mengambil tindakan segera bagi menahan pesalah serta kesalahan yang dinamakan dalam tempoh 24 jam.

"Isi kandungan 'waran tangkap' berkenaan juga menyatakan Mahkamah Tinggi telah memberi kuasa kepada PDRM untuk melaksanakan arahan tersebut.

"Pesalah yang ditahan juga tidak dibenarkan untuk diikat jamin oleh mana-mana pihak termasuk peguam selain segala aset yang didaftarkan di atas nama pesalah juga akan dibekukan dan disita," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, menurut waran tangkap itu juga pesalah tidak dibenarkan untuk meninggalkan Malaysia setelah tindakan diambil ke atasnya.

"Adalah dimaklumkan 'waran tangkap' tersebut adalah palsu. Jabatan ini tidak pernah menerima 'waran tangkap' sedemikian.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, semua pihak diingatkan untuk tidak menuruti sebarang arahan yang diterima melalui 'waran tangkap' tersebut atau individu yang tidak dikenali. Ini adalah salah satu elemen scam," katanya.

Berikutan itu, katanya sebagai langkah pencegahan orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada dan tidak mudah percaya kepada penerimaan sebarang dokumen yang tidak dipastikan kesahihannya.

"Lakukan semakan dengan agensi yang berkaitan sebelum mengambil sebarang keputusan," katanya.

Dalam pada itu, katanya untuk sebarang pertanyaan ataupun pengesahan berkaitan kewujudan modus operandi baharu penipuan, orang ramai boleh menghubungi balai polis berhampiran atau mengemukakan pertanyaan kepada CCID Infoline melalui talian 0132111222.

Jawatan Kosong Konstabel Polis Gred YA1 Tahun 2023

by

 


Jawatan Kosong Konstabel Polis Gred YA1 Tahun 2023


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 28 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagaimana berikut.

1. Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki / Wanita) Awam Tahun 2023
Taraf Jawatan : Tetap
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

Permohonan akan dibuka pada tarikh : 16 Oktober 2023 hingga 31 Oktober 2023

Pastikan maklumat peribadi, alamat semasa dan akademik dikemaskini sebelum menghantar permohon.

Setelah mendaftar di dalam portal e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia, sila ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan:

1. Masukan 'ID Pengguna' dan ‘Kata Laluan’;
2. Klik butang 'Log Masuk';
3. Klik butang 'Permohonan Baru';
4. Klik butang 'Pengesahan' untuk sahkan maklumat calon; dan
5. Klik butang 'Serah'.
6. Pemohon akan menerima notifikasi permohonan telah berjaya dihantar.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan pengaktifan e-mail dan lupa kata laluan, sila berhubung di talian 03-22668348/ 8347/ 8350/ 8351

Permohonan jawatan secara online di epengambilan PDRM disini

Operasi 'saman ekor' bermula di seluruh negara, kompaun RM300 dihantar ke rumah

by




Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sedang melaksanakan operasi saman tembak laju atau saman ekor di seluruh negara, bermula 22 Ogos 2023.

Operasi dilaksanakan itu bagi mengesan pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan memandu melebihi had laju yang dikuatkuasakan mengikut Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Susulan itu, pesalah trafik yang dikesan melakukan kesalahan itu di jalan Persekutuan dan lebuh raya akan dikenakan saman dan notis saman K170A yang akan diposkan ke alamat kediaman masing-masing.

Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar, berkata pada hari pertama pelaksanaannya, sebanyak 8,718 kenderaan dikenakan saman K170A iaitu 8,352 kereta, motosikal (44) dan 322 saman kenderaan perdagangan/perkhidmatan.

Beliau berkata, penguatkuasaan saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju ini akan dijalankan secara berterusan di semua kontinjen dan daerah.

"Tindakan ini bagi memberi peringatan kepada semua pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan dalam negara.

"Anggota JSPT akan menggunakan kamera tembak laju bagi merakam mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar had laju ditetapkan.

"Saman kompaun bernilai RM300 akan dikenakan kepada mereka yang dikesan melakukan kesalahan itu," katanya kepada BH, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Nasri berkata, memandu melebihi kelajuan adalah antara punca utama kemalangan jalan raya di negara ini selepas pemandu gagal mengawal kenderaan sehingga hilang kawalan.

"Semua pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa mengikut peraturan ditetapkan dan memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

"Kerjasama orang ramai diharap dapat meningkatkan lagi kesedaran ke atas kepentingan menjaga keselamatan diri dan orang lain," katanya.

Sumber : Berita Harian

Jawatan Kosong Inspektor Polis Gred YA13 Tahun 2023

by


 

Jawatan Kosong Inspektor Polis Gred YA13 Tahun 2023


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Kelulusan Sarjana Muda), tidak melebihi daripada 30 tahun (Kelulusan Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (Kelulusan PhD) pada tarikh permohonan secara online adalah dipelawa memohon kekosongan jawatan di Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagaimana berikut.

1. Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki/Wanita)

Tarikh tutup permohonan 10 Julai 2023 (Isnin).
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia.
Sektor : Kerajaan

Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki/Wanita)

1. Skim Perkhidmatan bagi jawatan Inspektor Polis YA13 yang dikeluarkan melalui:

i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 bertarikh 7 April 2016 yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2016.

2. Syarat-syarat permohonan :-

a). Terdiri dari Warganegara Malaysia;

b). Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Kelulusan Sarjana Muda), tidak melebihi daripada 30 tahun (Kelulusan Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (Kelulusan PhD) pada tarikh permohonan secara online;

c). Kelayakan Akademik:

i). Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,502.00]; atau

ii). Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,646.88]; atau

iii). Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,792.63]; atau

iv). Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]: RM2,938.39; atau

v). Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau

vi). Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau

vii). Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,229.91]; atau

viii). Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau

ix). Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang forensik, matematik atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,375.67];

xii). Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

d). Kelayakan Fizikal :

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

i). Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
ii). Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
iii). Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iv). Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
v). Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
vi). Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Diskripsi Tugas

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam, Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard , Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Di antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara;

Kelayakan Gaji

Gaji Minimum - Maksimum : RM2,502.00 - RM9,803.00
Kadar kenaikan gaji tahunan : RM230.00

Elaun dan Kemudahan

Elaun Tetap Perumahan : RM 450
Elaun Cola : RM100 - RM 350
Elaun Khidmat Awam : RM 300
Elaun Khas PDRM : RM 200
Elaun Seragam : RM 500
Elaun Istiadat ( 3 tahun sekali) : RM 3050
Elaun Kasut : RM 300

Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah/Sarawak dan sebaliknya) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima

Cara Memohon

1. Semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dengan memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan boleh membuat permohonan pada tarikh seperti berikut : 26 Jun 2023 hingga 10 Julai 2023

2. Setelah mendaftar di dalam portal e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia, sila ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan :

1) Masukan 'ID Pengguna' dan 'Kata Laluan';
2) Klik butang 'Log Masuk';
3) Klik butang 'Permohonan Baru';
4) Klik butang 'Pengesahan' untuk sahkan maklumat calon; dan
5) Klik butang 'Serah'.

3. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan pengaktifan e-mail dan lupa kata laluan, sila berhubung di talian 03-22668348/ 8350/ 8351 seperti yang tertera di laman media sosial IG dan FB Unit Pengambilan PDRM

Permohonan jawatan secara online di ePengambilan PDRM di sini (https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/)

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90