Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label Sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sarawak. Papar semua catatan

TUDM dedah identiti anggota yang maut tembakan amuk

by

 

Semua anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam kejadian amuk di Balai Pengawal, Skuadron 330, di Kota Samarahan, pagi semalam, berasal dari Sarawak dan sudah berkahwin.

Anggota terbabit adalah Koperal Udara Mohammad Ehsan Sehamat berasal dari Asajaya Laut, Samarahan; Laskar Udara Kanan Nesly Nabau berasal dari Sibu dan Koperal Udara Ho Swee Boon berasal dari Lundu, yang meninggal dunia di lokasi kejadian.

Seorang lagi anggota, Koperal Udara Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli, yang berasal dari Siniawan, Bau, meninggal dunia di Hospital Jantung Kota Samarahan, ketika menerima rawatan akibat kecederaan parah di perut.

Markas TUDM dalam kenyataannya menyebut waris semua anggota berkenaan sudah dimaklumkan mengenai kematian mereka melalui pihak pengurusan TUDM di Pangkalan Udara Kuching.

Katanya, TUDM sedang membuat persediaan untuk urusan berkaitan pengebumian jenazah semua mangsa.

"Siasatan kes dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kami meminta semua pihak supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan selesai, selain menghormati sensitiviti waris anggota terbabit," katanya.

Jurucakap Markas TUDM juga mengesahkan Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad, meninjau lokasi kejadian itu, petang semalam.

Beliau sebelum itu dilihat tiba di kem berkenaan pada jam 3.30 petang tadi dan keluar pada jam 5 petang, tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan kepada wakil media.

"Beliau bertemu dengan waris mangsa di Pergerakan Udara Pangkalan Udara Kuching dan menzahirkan ucapan takziah kepada balu serta keluarga semua anggota terbabit.

"Beliau turut menyampaikan sumbangan daripada Tabung Kebajikan TUDM dan

sumbangan bantuan kebajikan kepada waris terbabit dan berharap semoga keluarga reda serta bersabar dengan ujian yang menimpa," katanya.

 Kejadian tembakan

"Nak hidup atau mati!," itu kata terakhir anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menembak mati tiga rakan setugasnya di Skuadron 330 TUDM, di sini, pagi tadi.

Sumber berkata, dalam kejadian pada jam 7.15 pagi itu, suspek berpangkat Koperal datang ke balai pengawal kem berkenaan dengan menaiki motosikal.

Ketika itu, lima anggota iaitu tiga berpangkat Koperal dan dua Laskar Udara berada di balai pengawal berkenaan.

Menurutnya, suspek kemudiannya meluru ke dalam balai pengawal dan terus mencapai sepucuk senjata jenis Colt M4 Carbine lalu mencekahnya.

"Salah seorang anggota sempat menegurnya namun suspek bertanya, nak hidup atau mati," katanya.

Melihat tindakan suspek yang mengejutkan itu, salah seorang anggota berpangkat Koperal cuba menenangkannya, namun suspek terus melepaskan tembakan ke arah perut mangsa.

Anggota lain yang menyaksikan kejadian itu cuba menyelamatkan diri, namun suspek terus melepaskan tembakan yang terkena dua lagi mangsa.

Dua mangsa yang masing-masing cedera di bahagian belakang dan dada meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi yang cedera di perut disahkan meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan, manakala suspek pula meninggal dunia selepas menembak dirinya sendiri.

Mayat semua anggota terbabit dihantar ke Unit Forensik, Hospital Umum Sarawak di Kuching, untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, suspek yang sebelum ini pernah bertugas di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang, tidak menghadapi masalah pergaulan dengan rakan setugas.

Dia yang berasal dari Lundu dikatakan sedang menjalani kuarantin COVID-19.

Sumber : Berita Harian

 

 

Jawatan Kosong Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak

by

 

 

Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan memenuhi syarat kelayakan seperti ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia (SSM). Butiran kekosongan jawatan adalah seperti berikut:

1. Akauntan, Gred WA41
2. Penolong Akauntan, Gred W29

Permohonan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) hendaklah dibuat secara on-line dan atas talian sahaja melalui sistem e-Recruitment : http://erecruitment.sarawak.gov.my/

Tarikh Tutup : 26 September 2020

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Sarawak - 2 Oktober 2016

by


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan seperti berikut :
1. Arkitek J41
2. Jurutera J41
3. Pegawai Tadbir N41
4. Pegawai Penguatkuasa KP41
5. Pegawai Penilaian W41
6. Pegawai Kesihatan Persekitaran U41
7. Penolong Pegawai Penilaian W29
8. Penolong Pegawai Pertanian G29
9. Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29
10. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) JA19
11. Pembantu Kemahiran H19

Pemohon yang berminat mengisi jawatan kosong Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak perlu memohon secara online: http://erecruitment.sarawak.gov.my/

Tarikh Tutup Permohonan : 2 Oktober 2016

Jawatan Kosong Yayasan Sarawak - Feb 2016

by

Pengurusan Yayasan Sarawak mencari calon yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk jawatan berikut:
1. Pegawai Tadbir N41
2. Penolong Pegawai Tadbir N27
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
4. Pembantu Pejabat N1

Maklumat lanjut jawatan kosong Yayasan Sarawak
http://www.yayasansarawak.org.my/announcement/1454459251-iklan%20jwtn%20YS%20-%20Jan%202016.pdf

Pemohon yang berminat mengisi jawatan kosong Yayasan Sarawak perlu menghantar biodata lengkap, gaji dan gaji dijangka, salinan semua sijil dan dokumen berkaitan, nombor telefon untuk dihubungi dan gambar ukuran paspot terkini ke:

Pengarah Yayasan Sarawak,
Pusat Pembangunan Pendidikan & Ibu Pejabat Yayasan Sarawak
Lot 4784, Jalan Sultan Tengah,
93050 KUCHING

Tarikh Tutup Permohonan : 14 Februari 2016

Serian diisytihar bahagian baharu di Sarawak

by
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengisytiharkan daerah Serian dan Tebedu bersama-sama sub-daerah Siburan menjadi bahagian baharu di Sarawak. Adenan membuat pengumuman itu di hadapan lebih 10,000 orang termasuk pemimpin kaum Bidayuh pada sambutan Pesta Birumuh (Festival Menuai Padi) Serian 2015 di Stadium Mini Serian.

"Hari ini, 11 April 2015 hari bersejarah bagi Serian sebab pada hari ini saya mengisytiharkan dan mulai hari ini daerah Serian dan Tebedu bersama-sama sub-daerah Siburan menjadi Bahagian Serian," kata Adenan, disambut dengan paluan gong dan gendang manakala bunyi letupan mercun bergema selama 10 minit di stadium mini itu. Terdapat 11 bahagian di Sarawak sebelum ini iaitu Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Bintulu, Kota Samarahan, Mukah dan Betong.

Pengumuman Adenan turut disambut dengan sorakan gembira lebih 10,000 orang yang memenuhi stadium mini itu dan ketua menteri hanya meneruskan ucapannya selepas berakhirnya bunyi letupan mercun itu. "Permintaan kalian sudah dipenuhi. Jika ada Bahagian Samarahan bagi kaum Melayu, Kapit bagi Iban, Sibu bagi Cina, Mukah bagi Melanau dan Miri bagi Orang Ulu, maka Serian seharusnya bagi Bidayuh.

"Kaum Bidayuh berhak mendapat bahagian sendiri sebab kalian mahu diiktiraf di dalam Malaysia dan Sarawak," kata Adenan. Dalam ucapannya itu, Adenan turut mengumumkan geran RM2 juta kepada kaum Bidayuh menerusi Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) sebagai dana pendidikannya. Adenan mengingatkan kira-kira 200,000 kaum Bidayuh di Sarawak supaya berbangga dengan bangsa, tradisi dan sejarah pencapaian mereka selain memuji mereka yang dapat bekerja dan hidup dengan harmoni bersama kaum lain di negeri ini.

"Kita di Sarawak amat bertuah sebab bangsa, agama dan tradisi tidak memecahbelahkan kita dan kita hidup dalam aman serta harmoni dan kita mesti mengekalkannya," katanya.

Sumber : Bernama



Jawatan Kosong Lembaga Lada Malaysia (MPB) - 26 Januari 2015

by

Jawatan Kosong Lembaga Lada Malaysia (MPB) - 26 Januari 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Lembaga Lada Malaysia (MPB) sebagai:

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) - N17
2. Pembantu Penyelidik - Q17

Iklan Jawatan dan Borang Permohonan Online:

Tarikh tutup permohonan pada 26 Januari 2015
Lokasi: Sarawak




Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90