Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label Semakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Semakan. Papar semua catatan

Semakan Keputusan kemasukan MRSM Sesi 2023

by


Semakan keputusan bagi tawaran kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 dan 4 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tahun ini boleh disemak mulai 7 Mac 2023, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata semakan itu boleh dibuat bermula jam 8 malam esok.

Sehubungan itu, katanya, calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) atau e-mel didaftarkan semasa permohonan.

Beliau berkata, pemohon juga boleh membuat semakan menerusi portal rasmi MARA di www.mara.gov.my, selain mendapatkan makluman terkini melalui portal dan semua platform media sosial agensi itu.

"Pemohon atau ibu bapa perlu membuat pengesahan terima atau tolak tawaran kemasukan dalam tempoh tujuh hari. Tawaran berkenaan dianggap terbatal, jika calon tidak membuat pengesahan penerimaan dalam tempoh ditetapkan.

"Permohonan rayuan ke MRSM akan mula dibuka secara dalam talian, bermula pada 7 hingga 14 Mac ini," katanya yang juga Canselor Institusi Pendidikan MARA (IPMA) dalam kenyataan

Ahmad Zahid berkata, pertukaran penempatan adalah tidak dibenarkan sepanjang pengajian di MRSM dengan pendaftaran baharu ditetapkan pada jam 8.30 pagi, 21 Mac ini.

"MARA masih meneruskan dasar sedia ada dengan 60 peratus pengambilan pelajar adalah daripada keluarga berpendapatan rendah (B40), dengan keutamaan turut diberikan kepada pemohon luar bandar dan miskin bandar.

"MARA tahun ini, menerima 90,018 permohonan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2023, manakala kapasiti kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 adalah seramai 7,169 murid, manakala Tingkatan 4 pula sebanyak 2,109 pelajar," katanya.



Semakan Panggilan Peperiksaan Online Akauntan Gred WA41

by
Contoh Soalan Peperiksaan Online Akauntan WA41

SEMAKAN PANGGILAN PEPEIKSAAN ONLINE AKAUNTAN GRED WA41

Semakan panggilan peperiksaan online boleh dibuat di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) atau klik : http://e-semakanbcc.spa.gov.my/

Tarikh Peperiksaan : 10 November 2017 (Jumaat)
Masa : 8:00 – 9:40 malam

FORMAT PEPERIKSAAN ONLINE AKAUNTAN WA41

Format peperiksaan terdiri daripada 2 seksyen utama iaitu:

Seksyen A – Pengetahuan Am
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Calon diminta menjawab kesemua soalan bagi setiap seksyen A & B. Hanya calon yang lulus akan dipanggil ke peringkat seterusnya.

CONTOH SOALAN AKAUNTAN WA41

Anda boleh mendapatkan Pakej Lengkap Soalan dan Nota Peperiksaan Akauntan Gred WA41 di : http://semakan.info/akauntan/28



Semakan Keputusan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat PTM Gred F41

by
Semakan Keputusan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 - 2016

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mengumumkan keputusan peperiksaan online bagi jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 yang diadakan pada 15 April 2016 lalu. Semakan boleh dibuat di : http://e-semakan.spa.gov.my/

Tahniah diucapkan kepada yang berjaya :)

Semakan Keputusan E-Rayuan Ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2016

by


Semakan Keputusan E-Rayuan Ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2016

Semakan boleh dibuat di : https://sst4.moe.gov.my/

Masukkan No. MyKad serta angka giliran PT3 2015 dan klik butang "Semakan". Sila semak dengan teliti maklumat yang dipaparkan. Sekiranya pemohon berjaya dan bersetuju untuk menerima tawaran, surat dan lampiran tawaran MESTILAH DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran.


PANGGILAN TEMUDUGA PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD) GRED M41- 2013

by


Calon-calon yang telah lulus peperiksaan memasuki skim perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 akan dipanggil temu duga secara berperingkat.

Semakan Panggilan Temuduga PTD M41 boleh dibuat di: http://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga_pg.php

Calon-calon yang tidak termasuk dalam urusan temu duga fasa pertama akan dipanggil temu duga dalam fasa seterusnya dan diminta membuat semakan dari semasa ke semasa di penjadualan temu duga . Calon-calon juga akan dimaklumkan mengenai panggilan temu duga melalui emel/khidmat pesanan ringkas (SMS) dan surat panggilan temu duga.




Untuk mendapatkan Panduan Lengkap Peperiksaan Online SPA bagi Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik - PTD Gred M41, sila dapatkan di: http://jvsecurepay.com/affiliates/ptd/28



 

Lebih 41,000 Calon Dapat Tawaran Ke IPTA Sesi 2013/2014

by
Seramai 41,573 calon berjaya mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mengikuti program ijazah pertama bagi sesi akademik 2013/2014.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Morshidi Sirat berkata, mereka dipilih daripada 68,702 permohonan.

"Seramai 24,489 atau 58.9 peratus adalah daripada aliran sains dan 17,084 (41.1) peratus lagi aliran sastera.

"Daripada jumlah ini seramai 28,280 calon wanita berjaya mendapat tempat di IPTA dan selebihnya lelaki," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Selain itu 49 calon Orang Asli turut menerima tawaran ke IPTA, 68 calon orang kelainan upaya, dan 1,515 atlet kebangsaan dan antarabangsa, katanya.

Morshidi berkata, pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepadacalon yang berjaya mulai Jumaat.

Prestasi calon yang berjaya mengikut kaum adalah 30,903 (74.3 peratus) Bumiputera, 7,913 (19 peratus) Cina, 1,824 (4.4 peratus) India dan 933 (2.3 peratus) kaum-kaum lain, katanya.

Morshidi berkata, seramai 5,765 calon ditawar mengikuti program pengajian kompetitif iaitu perubatan (699), pergigian (119), farmasi (260), undang-undang (385), kejuruteraan kimia (953), kejuruteraan mekanikal (1,304), kejuruteraan elektrik dan elektronik (1,122) dan perakaunan (923).

Beliau berkata, kejayaan calon untuk memperoleh tempat di IPTA bergantung kepada susunan merit dan pemilihan program pengajian di IPTA yang dipohon.

"Jika merit calon tidak begitu tinggi dan memohon program pengajian kompetitif, berkemungkinan besar calon tidak terpilih untuk ditawarkan program pengajian dalam pilihan mereka," katanya.

Morshidi berkata selain itu, jika calon hanya memohon di IPTA yang popular, mereka akan menghadapi persaingan yang tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada IPTA berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata semakan keputusan permohonan ke IPTA boleh dibuat melalui laman web http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my, http://jpt.ums.edu.my bermula Khamis, atau menghubungi talian hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777, talian am 03-8870 6755/6766 atau menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.

"Calon-calon yang berjaya perlu membuat pengesahan setuju terima tawaran oleh IPTA dalam tempoh 10 hari iaitu pada atau sebelum 21 Julai. Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak melalui laman web IPTA," katanya.

Mereka juga boleh datang ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di Presint 5 untuk membuat semakan mulai hari ini sehingga 21 Julai.

Calon yang gagal boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 10 hari melalui e-Rayuan di laman web http://upu.mohe.gov.my mulai Khamis dan berakhir 21 Julai 12 tengah malam.

Katanya, keputusan pemilihan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat dan rayuan dianggap gagal jika tiada sebarang jawapan diterima dari IPTA sehingga 30September depan.

Morshidi berkata, tarikh pendaftaran pelajar baharu ke IPTA ialah dari 1 sehingga 2 September.

- BERNAMA

KEPUTUSAN PERTUKARAN GURU SESI JULAI 2013

by

Semakan Status Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri bagi Sekolah Rendah dan Menengah Bagi Sesi : JULAI 2013 boleh dibuat di: http://apps.moe.gov.my/epgo/

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)




Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90