Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label Semakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Semakan. Papar semua catatan

Semakan Keputusan kemasukan MRSM Sesi 2023

by


Semakan keputusan bagi tawaran kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 dan 4 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tahun ini boleh disemak mulai 7 Mac 2023, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata semakan itu boleh dibuat bermula jam 8 malam esok.

Sehubungan itu, katanya, calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) atau e-mel didaftarkan semasa permohonan.

Beliau berkata, pemohon juga boleh membuat semakan menerusi portal rasmi MARA di www.mara.gov.my, selain mendapatkan makluman terkini melalui portal dan semua platform media sosial agensi itu.

"Pemohon atau ibu bapa perlu membuat pengesahan terima atau tolak tawaran kemasukan dalam tempoh tujuh hari. Tawaran berkenaan dianggap terbatal, jika calon tidak membuat pengesahan penerimaan dalam tempoh ditetapkan.

"Permohonan rayuan ke MRSM akan mula dibuka secara dalam talian, bermula pada 7 hingga 14 Mac ini," katanya yang juga Canselor Institusi Pendidikan MARA (IPMA) dalam kenyataan

Ahmad Zahid berkata, pertukaran penempatan adalah tidak dibenarkan sepanjang pengajian di MRSM dengan pendaftaran baharu ditetapkan pada jam 8.30 pagi, 21 Mac ini.

"MARA masih meneruskan dasar sedia ada dengan 60 peratus pengambilan pelajar adalah daripada keluarga berpendapatan rendah (B40), dengan keutamaan turut diberikan kepada pemohon luar bandar dan miskin bandar.

"MARA tahun ini, menerima 90,018 permohonan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2023, manakala kapasiti kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 adalah seramai 7,169 murid, manakala Tingkatan 4 pula sebanyak 2,109 pelajar," katanya.



Semakan Panggilan Peperiksaan Online Akauntan Gred WA41

by
Contoh Soalan Peperiksaan Online Akauntan WA41

SEMAKAN PANGGILAN PEPEIKSAAN ONLINE AKAUNTAN GRED WA41

Semakan panggilan peperiksaan online boleh dibuat di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) atau klik : http://e-semakanbcc.spa.gov.my/

Tarikh Peperiksaan : 10 November 2017 (Jumaat)
Masa : 8:00 – 9:40 malam

FORMAT PEPERIKSAAN ONLINE AKAUNTAN WA41

Format peperiksaan terdiri daripada 2 seksyen utama iaitu:

Seksyen A – Pengetahuan Am
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Calon diminta menjawab kesemua soalan bagi setiap seksyen A & B. Hanya calon yang lulus akan dipanggil ke peringkat seterusnya.

CONTOH SOALAN AKAUNTAN WA41

Anda boleh mendapatkan Pakej Lengkap Soalan dan Nota Peperiksaan Akauntan Gred WA41 di : http://semakan.info/akauntan/28



Semakan Keputusan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat PTM Gred F41

by
Semakan Keputusan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 - 2016

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mengumumkan keputusan peperiksaan online bagi jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 yang diadakan pada 15 April 2016 lalu. Semakan boleh dibuat di : http://e-semakan.spa.gov.my/

Tahniah diucapkan kepada yang berjaya :)

Semakan Keputusan E-Rayuan Ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2016

by


Semakan Keputusan E-Rayuan Ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2016

Semakan boleh dibuat di : https://sst4.moe.gov.my/

Masukkan No. MyKad serta angka giliran PT3 2015 dan klik butang "Semakan". Sila semak dengan teliti maklumat yang dipaparkan. Sekiranya pemohon berjaya dan bersetuju untuk menerima tawaran, surat dan lampiran tawaran MESTILAH DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran.



Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90