Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan

Tips Temuduga - Baiki ‘Attitude’ Untuk Lulus Temuduga

by
Ini adalah tiket untuk gagal dalam temuduga. Tiada sesiapa yang akan dapat bekerjasama dengan anda. Segala potensi, bakat dan kelebihan diri anda akan terbiar begitu sahaja.


Sungguh pun begitu, sikap negatif masih boleh diubati dengan :

>> Melatih diri menjawab soalan sendiri sehingga yakin.

>> Menyemak resume untuk menghargai pencapaian, kebolehan dan pengalaman anda.

>> Senaman ringan seperti menarik nafas sedalam-dalamnya.

>> Berdoa untuk ditenangkan hati dan fikiran


Panduan yang lebih khusus untuk persediaan temuduga anda;


Tips Temuduga -> http://jvsecurepay.com/access/233po/28?camp_id=2663

 



Soalan Temuduga Yang Biasa Ditanya

by


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Temuduga? Tak susah sebenarnya. Kita yang buat ianya susah. Satu kunci penting untuk berjaya dalam temuduga;

"Lihat 'trend' soalan temuduga sebelum ini"

Yup, jika anda dipanggil ke temuduga jawatan, cari sahaja calon sebelum ini yang pernah menghadapi temuduga yang sama

Korek pengalamannya

Tak kiralah apa sahaja jawatan. Swasta mahupun kerajaan, guna strategi ini.

Kebanyakan soalan yang ditanya adalah sama atau seakan sama. Lebihkan sedikit usaha men'jejaki' mereka ini dan hasilnya anda akan tersenyum nanti!

Ramai yang mengadu selalu gagal dalam temuduga. Ada yang lebih menarik sebelum habis temuduga mereka sendiri sudah boleh agak yang mereka tak berjaya dalam temuduga tu.

Mengapa sampai jadi begini?

Pernah anda fikir mengapa mereka yang biasa-biasa tapi dapat kerja yang luar biasa hebat. Apa kelebihan mereka daripada anda?

Jawapannya mereka seperti anda juga. Apa yang lebihnya mereka adalah mereka tahu bagaimana selok-belok soalan dan trik menjawab soalan dalam temuduga hinggakan mereka berjaya melepasi halangan yang panel temuduga wujudkan dalam bilik temuduga.

OK, di sini ada Soalan temuduga yang pernah ditanya dan ulasan mengenai cara menjawab soalan tersebut. Terus ke: https://go.semakan.info/temuduga-kerajaan/28

Petua Bahagia Izzue Islam & Isteri

by


Pelakon Izzue Islam memberitahu dia menghangatkan rumah tangga selepas berkahwin dengan Nurinafilah Waharudin (Awin), 32, dengan cara memberi kejutan kepada isterinya itu pada setiap hari.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 24, berkata, kejutan yang diberikan itu bukanlah berbentuk pemberian barangan tetapi lebih kepada perbuatan agar masing-masing akan berasa dihargai.

"Saya percaya setiap pasangan mempunyai cara tersendiri untuk menghangatkan rumah tangga mereka. Saya pula lebih suka memberi kejutan seperti mencium dahi isteri ketika bangun pagi.

"Walaupun kecil perbuatan itu, isteri semestinya akan berasa dihargai. Begitu juga dengan Awin, ada saja kejutan yang dia lakukan untuk saya. Keadaan itu membuatkan kami berasa seronok dan lebih memerlukan antara satu sama lain," katanya.

Tambah anggota kumpulan Forteen ini, walaupun sudah lima tahun berkenalan sebelum mendirikan rumah tangga, sehingga kini  mereka yang meraikan ulang tahun perkahwinan pertama pada 2 Jun lalu masih lagi berasa seperti sepasang kekasih yang baharu menjalinkan hubungan cinta.

Kata Izzue, dia telah menghadiahkan Awin sebuah jam tangan semepna ulang tahun itu dan tidak sangka pula isterinya itu turut memberikan hadiah serupa kepadanya.

"Memandangkan sekarang ini saya sibuk dengan persiapan pementasan teater Projek Kahwin, jadi saya tidak ada masa nak cari hadiah untuk diberikan kepada isteri.

"Kebetulan pula saya mempunyai sedikit masa waktu rehat, jadi saya terus beli jam tangan untuknya kerana dia pernah meluahkan hasrat mahu beli jam tangan baru.

"Tak sangka pula dia pun menghadiahkan barangan sama kepada saya. Apa-apapun saya bersyukur kerana sudah setahun kami melayari bahtera sebagai pasangan suami isteri. Doakan kami sehingga akhir hayat Insya-Allah," ujarnya.

Sementara itu, lakonan Izzue boleh disaksikan menerusi pementasan teater muzikal Projek Kahwin yang dipentaskan pada 6 hingga 14 Jun ini di Panggung Sari, Istana Budaya.

- mSTAR

Petua Menghadiri Temuduga

by

Oleh DATUK DR SHAD SALEEM FARUQI
Profesor Emeritus Undang-undang, UiTM.

Dari semasa ke semasa, kita berdepan dengan temuduga, sama ada temuduga untuk kerja, tugasan atau anugerah. Untuk menghadapi temuduga, kita perlu tampil dalam keadaan terbaik. Walaupun tiada resepi yang pasti, ada beberapa perkara yang baik untuk diperhatikan.

Pertama, saya percaya pada hikmah silam dictum esse quam videri – isi lebih penting daripada kulit.

Bagaimanapun, pengalaman mengajar kita bahawa dalam kehidupan, yang batin dan yang zahir sama penting. Begitu juga antara realiti dan penampilan, serta isi dan gaya. Kita bukan saja perlu ‘berisi’, tapi juga tampak berisi!

Atas sebab inilah kita perlu bersedia untuk mempamerkan pencapaian kita dan menampilkan diri sebagai calon terbaik untuk sesuatu pekerjaan. Bagaimanapun, kita tidak boleh menipu kerana rekod kita mungkin dimaklumi oleh penemuduga. Sejarah pencapaian peribadi dan dakwaan kita tentang perkara-perkara yang mampu kita lakukan adalah sama penting.

Kedua, sebelum menghadiri temuduga, siapkan CV yang menarik beserta gambar berwarna. Tonjolkan perkara-perkara terbaik dan terkini terlebih dahulu di halaman-halaman awal CV. Sertakan satu halaman ringkasan pencapaian terpenting dalam kehidupan anda. Halaman inilah yang akan dibaca oleh penemuduga!

Kemukakan juga beberapa nama yang sesuai sebagai rujukan. Kepilkan bukti pencapaian dan penghargaan yang pernah anda terima. Penemuduga akan menilai sama ada anda seorang jaguh kampung atau seorang peneraju dalam bidang kerjaya anda.

Ketiga, siapkan kenyataan pembuka yang menarik dan menonjolkan minat mendalam anda terhadap jawatan yang sedang anda pohon. Kenyataan pembuka ini akan menonjolkan keupayaan anda.

Keempat, biasanya pengerusi panel penemuduga akan membenarkan calon memberikan kenyataan penutup. Untuk tujuan ini, sediakan ucapan penutup yang menonjolkan perkara-perkara yang anda ingin penemuduga ketahui.

Kelima, cari maklumat tentang organisasi yang akan menemuduga anda, jawatan yang anda pohon, ganjaran yang anda inginkan, dan orang-orang yang berkemungkinan akan menemuduga anda. Pengetahuan yang mampu menarik perhatian mereka akan membolehkan anda mengagak arah perbincangan dalam temuduga.

Keenam, buat agakan dan bersedia untuk menjawab soalan-soalan yang mungkin dikemukakan. Sebagai contoh:

“Jelaskan tentang diri anda. Apakah pengalaman bekerja yang anda miliki? Apa kekuatan dan kelemahan anda? Apakah kejayaan penting yang pernah anda capai?

“Bagaimana anda melihat diri anda sendiri? Bagaimana anda berdepan dengan tekanan? Berapa banyak buku atau rencana pernah anda tulis? Apakah anda memegang jawatan dalam apa-apa badan profesional? Mengapa anda memohon untuk pekerjaan/ kenaikan pangkat/ biasiswa/ geran ini dan sebagainya?”

Ketujuh, pihak penemuduga sudah tentu mahu tahu sumbangan yang boleh anda berikan terhadap organisasi mereka. Apa yang mampu anda lakukan yang tidak mampu dilakukan oleh orang lain? Apakah tindakan tepat yang telah dilaksanakan oleh organisasi? Pada sudut mana penambahbaikan boleh dibuat? Bagaimana organisasi boleh menangani persaingan dan mengatasi pesaing? Apakah masa depan yang anda bayangkan untuk organisasi dan diri anda sendiri? Apakah trend yang anda jangka akan muncul? Apakah idea anda tersusun dan mampu anda kemukakan dengan lancar? Jawapan yang sistematik selalunya menarik perhatian penemuduga.

Kelapan, sediakan beberapa soalan kalau-kalau penemuduga memberi peluang untuk anda mengemukakan soalan. Jika peluang itu tidak diberi, minta izin untuk mengemukakan beberapa komen yang telah anda susun dengan teliti. Hindari soal gaji dan terma-terma lain, melainkan anda diminta untuk menyatakan terma anda.

Kesembilan, cuba untuk menyelidiki format temuduga. Sesetengah temuduga memerlukan anda membuat pembentangan. Jika perlu, pastikan pembentangan anda tidak terlalu sederhana. Pembentangan anda perlu mengandungi idea baru yang mampu menarik perhatian penemuduga. Elakkan daripada membuat pembentangan yang terlalu teknikal. Tidak semua penemuduga datang dari bidang keahlian yang sama dengan anda.

Kesepuluh, penampilan anda, misalnya baju, rambut, dan kasut, harus sesuai. Tanggapan pertama biasanya memberi kesan. Hindari pakaian yang pelik, sebaliknya bersederhana.

Kesebelas, sapa para penemuduga dengan mesra di awal temuduga. Jangan memberi tumpuan hanya kepada seorang penemuduga. Jika anda mempunyai CV atau bahan penerbitan yang ingin anda tunjukkan, minta izin daripada pengerusi panel penemuduga untuk mengedarkannya kepada penemuduga-penemuduga yang lain.

Jangan duduk sehingga anda diminta untuk berbuat demikian. Jika pengerusi terlupa, minta dengan sopan, “Boleh saya duduk?”

Kedua belas, tunjukkan sikap positif dan minat terhadap apa juga perkara yang ditanya. Tonjolkan komitmen, keghairahan, semangat, dan tekad untuk mencapai matlamat anda. Berbanding kebolehan, sikap anda akan lebih menentukan kedudukan anda. Sikap yang positif perlu disemai dan dituai. Ia perlu dihidupkan dari dalam kerana ia tidak akan menyala dengan sendiri.

Ketiga belas, jika anda telah menyediakan kenyataan pembukaan, nyatakannya sebelum anda menjawab soalan pertama. Awal yang baik akan menghasilkan akhiran yang baik juga.

Keempat belas, dengar dengan teliti setiap satu pertanyaan. Pastikan mata anda sentiasa melihat penyoal. Jika soalan tidak jelas, minta dengan sopan agar ia diulang. Berikan jawapan dalam ayat yang penuh dan tidak terputus-putus. Jangan teragak-agak sewaktu memberikan jawapan. Kemahiran komunikasi adalah senjata paling penting dalam temuduga dan juga jika anda memegang peranan kepimpinan di masa depan. Adakala cara anda menyampaikan sesuatu adalah lebih penting daripada isi yang ingin anda sampaikan!

Kelima belas, bersikap pro-aktif dengan menyelitkan maklumat yang mampu menonjolkan pencapaian anda. Bagaimanapun, jangan berlebihan. Bersikap jujur tentang batas kemampuan anda, nyatakan bagaimana anda akan memperbaiki diri dan tunjukkan tekad bahawa anda tidak akan membiarkan kekurangan itu menghalang anda untuk maju.

Keenam belas, jangan tawar hati jika dikemukakan dengan pertanyaan-pertanyaan yang kasar. Adakalanya pertanyaan sedemikian dikemukakan untuk menguji sifat anda. Kata Hemingway: “Courage is grace under pressure.” Orang yang berani adalah orang yang teguh ketika berdepan tekanan. Kesabaran menunjukkan kekuatan.

Ketujuh belas, gunakan bahasa yang sama yang digunakan oleh penemuduga, kecuali jika penemuduga meminta anda menggunakan bahasa tertentu.

Kelapan belas, jangan mengeji bekas majikan, organisasi atau rakan-rakan sekerja anda.

Kesembilan belas, ucapkan terimakasih kepada setiap penemuduga di hujung sesi dan akhiri dengan kenyataan penutup.

Akhir sekali, jangan patah hati jika gagal. Jangan putus asa. Yang lebih membezakan antara orang yang berjaya dan orang yang gagal adalah tekad dan ketabahan mereka, bukan kebolehan.

Teruskan memasang impian. Banyak realiti yang bermula sebagai mimpi. Bagaimanapun, jangan pula memasang angan-angan seperti Mat Jenin. Langkah perlu diambil. Ingat Kipling: “If you can dream but not make dreams your master. If you can think but not make thoughts your aim” (Bermimpilah, tetapi jangan jadikan mimpi anda tuan. Berfikirlah, tetapi jangan jadikan pemikiran anda sebagai matlamat.)

- mSTAR
 

Tips untuk pemandu wanita sebelum dan semasa perjalanan

by


Pemandu wanita diminta memberi perhatian terhadap aspek keselamatan sebelum dan semasa perjalanan pulang ke destinasi masing-masing sempena sambutan Aidilfitri.

Sehubungan itu, mereka dinasihatkan mematuhi beberapa panduan sebelum melakukan perjalanan jauh pulang ke kampung, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Muhammad Heeza Hassan.

Beliau berkata antara panduan itu ialah memastikan ada teman bersama ketika memandu terutamanya pada waktu malam.

"Mereka juga perlu servis kenderaan iaitu  memberi tumpuan kepada tayar dan brek. Periksa tekanan angin tayar.

"Tayar merupakan komponen paling mustahak. Untuk mendapat bacaan tepat, tekanan angin tayar perlu diperiksa semasa tayar dalam keadaan sejuk iaitu pada waktu pagi sebelum memulakan perjalanan," katanya kepada Bernama hari ini.   

Pemandu wanita juga dinasihatkan supaya mengelak membawa muatan lebih sewaktu membuat perjalanan jauh supaya tidak memberi tekanan terhadap tayar.

Mereka juga diminta mematuhi jadual perjalanan yang ditetapkan Plus untuk mengelak daripada kesesakan lalu lintas serta menyimpan nombor telefon individu penting untuk dihubungi sekiranya berlaku kecemasan.

Ditanya mengenai saranan kepada pemandu wanita berhadapan keadaan cemas seperti kereta rosak atau tayar pancit ketika memandu seorang diri, Muhammad Heeza berkata mereka disaran menghubungi pihak Automobile Association of Malaysia (AAM) untuk meminta bantuan dan nasihat.

Beliau berkata jika  berlaku kecemasan di lebuh raya, mereka boleh menghubungi pihak Plus atau AAM.

Dalam pada itu, Muhammad Heeza menasihati pengguna jalan raya supaya bersabar dan mempertingkatkan disiplin ketika di jalan raya serta mematuhi undang-undang.

"Saya nasihatkan orang ramai pakai tali pinggang keledar di tempat duduk hadapan dan belakang, patuhi had laju, sekiranya hujan perlahankan kenderaan, elakkan memotong di garisan berkembar, elak menggunakan lorong kecemasan dan patuhi lampu isyarat," katanya.

- BERNAMA


Rahsia Memenangi Perolehan Tender Kerajaan

by


Kali ini saya kongsikan tips di mana untuk anda mendapatkan iklan dan peluang memasuki sebut harga atau tender. Pertama anda boleh dapatkan iklan di akhbar-akhbar utama.

Kedua di laman web jabatan atau agensi kerajaan, ketiga anda boleh pergi sendiri ke jabatan atau agensi kerajaan dan melihat iklan tawaran sebut harga dan tender di papan kenyataan Jabatan dan Agensi.

Keempat anda boleh terus menghubungi bahagian yang menguruskan sebut harga atau tender untuk bertanyakan tentang sebut harga atau tender yang mereka telah atau akan iklankan.

Kelima mereka yang akan menghubungi anda dan mahu syarikat anda menyertai sebut harga mereka, untuk mencapai ketahap ini anda perlu mempunyai hubungan yang baik dan telah menunjukkan kualiti kerja yang terbaik kepada Jabatan atau Agensi tersebut.

Dapatkan ebook lengkap yang berkongsi pelbagai tips dan rahsia dalam menyertai kontrak kerajaan dan bagaimana untuk anda bermula.

Tuan Khairul Nizam Bakar telah menghasilkan ebook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan. Beliau berkongsi rahsia membina perniagaan dan memenangi kontrak kerajaan dalam ebook ini.

Klik link untuk mendapatkannya: http://www.perolehankerajaan.com/hop.php?ref=my




TIPS TEMUDUGA JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27

by


Rujukan Pantas Nota dan Soalan Exam Online Penolong Pegawai Tadbir N29. Dapatkan sekarang di : http://bit.ly/examn29

Oleh MUHABIR BIN IBRAHIM

Saya kongsikan beberapa tips untuk semua calon-calon untuk Temuduga Penolong Pegawai Tadbir ;

#1 Jika anda seorang graduan, tunjukkan kebolehan dan pengetahuan anda setanding dengan ijazah yang anda miliki. Jangan sekali-kali biarkan panel penemuduga mempunyai persepsi bahawa prestasi anda sama sahaja dengan calon-calon yang lain.

#2 Jika anda calon yang sedang berkhidmat, berikan tanggapan yang meyakinkan bahawa seolah-olah anda sedang berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Tadbir N27. Jawap semua soalan temuduga atas kepercayaan bahawa anda sedang menjawat jawatan tersebut.

#3 Jika anda calon 'fresh', jangan mempunyai persepsi negatif mahupun rendah diri. Tunjukkan kemampuan anda melebihi tahap umur dan kelayakan akademik anda. Pamerkan semangat dan tenaga muda anda yang kuat. Berikan harapan kepada panel bahawa anda adalah calon terbaik yang mesti dipilih. Berikan idea kreatif dan jalan penyelesaian yang kreatif yang akan menguntungkan organisasi. Ambil masa untuk mengkaji kelemahan dalam organisasi awam dan beriakan jalan penyelesaian.

#4 Tugas kerjaya ini rencam sifatnya. Umumnya anda akan diberikan tugas yang berkaitan dengan pentadbiran pejabat, sumber manusia, kewangan dan sebagainya bergantung kepada penempatan anda. Namun, anda juga boleh diberikan tugas selain dari yang dinyatakan di atas seperti pengurusan harta, aset, majlis, penerbitan, dasar dan pelbagai lagi.

#5 Bagi tujuan temuduga, bacaan wajib yang disarankan termasuklah Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Arahan Perbendaharan dan Perlembagaan Persekutuan. Panel suka bertanya soalan isu semasa yang mempunyai kaitan dengan perkhidmatan awam; contohnya isu jenayah jalanan yang menimbulkan perasaan tidak selamat kepada rakyat. Apa peranan yang perlu dilakukan oleh perkhidmatan awam (PDRM).

#6 Jika anda masih mempunyai banyak masa lagi, pergi bertemu ramah dengan penyandang kerjaya tersebut tidak kurang 10 orang. Tanya pengalaman dan nasihat mereka. Minta mereka tunjuk atau ajarkan bagaimana mereka melakukan tugas mereka. Jika boleh, biar anda yang lakukan dengan penyeliaan mereka. Di penghujung cerita, anda sudah pun mempunyai pengalaman 10 orang Penolong Pegawai Tadbir.

#7 Contoh Soalan Sikap atau Personaliti;
"Apa yang saudara/i lakukan selepas tamat pengajian sehingga hari ini memandangkan sudara/i telah tamat pengajian 7 bulan lepas"

Jika jawapannya "tidak melakukan apa-apa" ia menunjukkan calon seorang yang tidak ada inisiatif dan sifat berdikari. Ini bermakna, bila bekerja seseorang itu berkemungkinan tidak proaktif atau pasif. Hanya suka menunggu dan tidak ada daya usaha sendiri. Sudah tentu panel tidak tertarik.

#8 Contoh soalan mengenai pengetahuan;

"Apakah mekanisme luaran jabatan yang sedia ada bagi mengawal dan memastikan peruntukan kewangan dbelanjakan dengan berhemat dan mengikut peraturan kewangan"

Oleh kerana seseorang Penolong Pegawai Tadbir terlibat dalam pengurusan jabatan, beliau perlu mengetahui peranan 'semak dan imbang' yang dilakukan oleh jabatan akauntan negara, jabatan audit negara, suruhanjaya pencegahan rasuah dan jawatankuasa kira-kira wang awam.

#9 Contoh soalan mengenai kemahiran dan pengalaman,

"Bagaimanakah pengalaman saudara/i sebagai jurujual boleh membantu dalam melaksanakan tugas jawatan yang dimohon ini? Saya nampak macam tidak berkaitan (cuba buat provokasi)

Walaupun memang tugas Penolong Pegawai Tadbir tidak ada kaitan dengan jualan secara langsung, calon boleh menekankan mengenai kompetensi umum yang perlu ada pada setiap pekerja seperti kemahiran berkomunikasi, menetapkan sasaran, kemahiran persembahan dan sebagainya yang merupakan skill utama seorang jurujual.

Selamat Berjaya!

Hak Cipta © Muhabir Bin Ibrahim 2013


RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN - KLIK DI SINI


Info Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27


Dapatkan Rujukan Pantas Nota dan Soalan Exam Online Penolong Pegawai Tadbir N29 di : http://bit.ly/examn29




 

 



Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

by

Penolong Pegawai Tadbir Gred N27




Kumpulan: Sokongan    
     
Kementerian / Jabatan : Jabatan Perkhidmatan Awam/ Kementerian Pertahanan

Jadual Gaji:    
     
Gaji Minimum     Gaji Maksimum     Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM1,361.14        RM4,427.94         RM145.00

Syarat Lantikan:    

- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    [ Gaji Permulaan: RM1,361.14 ]
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    [ Gaji Permulaan: RM1,361.14 ]
- Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    [ Gaji Permulaan: RM1,661.95 ]
- Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [ Gaji Permulaan: RM1,737.15 ]
- kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan :    
- Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir (Kewangan), Pengurus Stesen, Pemeriksa Cap Jari dan Penyelia Jurupakaian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:    
    a)     i.     mempunyai kelayakan di atas; atau    
            ii.    lulus Peperiksaan Khas; dan    
    b)         berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.    
                       
Deskripsi Tugas :    
       
- Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.    



* Kepada calon yang dipanggil ke Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27 boleh mendapatkan Panduan Temuduga di : http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=my



TIPS TEMUDUGA PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
myadha.blogspot.com/2013/05/tips-temuduga-penolong-pegawai-tadbir.html


                 

SOALAN EXAM PEPERIKSAAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41

by
FORMAT DAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN JAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41

 Matlamat Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41. Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 ini melibatkan 2 bahagian berasingan.

Setiap bahagian adalah penting kerana mengukur calon dalam satu atau dua aspek sahaja. Calon – calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi kesemua bahagian. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu atau dua bahagian sahaja maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan.

Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap bahagian, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon – calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada bahagian tertentu sahaja.

Peperiksaan ini mengandungi satu (a) bahagian iaitu Kecenderungan iaitu:

BAHAGIAN I – KECENDERUNGAN

Seksyen A – Pengetahuan Am
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C – Esei Bahasa Melayu
Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan bidang kerja sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan komunikasi, dasar-dasar awam dan pentadbiran negara serta lain-lain perkembangan semasa didalam dan luar negara.

Masa : 40 minit
Bilangan Soalan : 50 soalan
Markah : 30

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
(iii) Konsep Matematik

(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.

(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.

(iii) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif yang sesuai dengan tugas sebagai Pegawai Psikologi. Asas-asas Matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan pelajaran tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia). Oleh yang demikian, adalah dianggap tahap kesukaran sesuai untuk semua calon kerana telah melalui tingkatan 5.

Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40 soalan
Markah : 30

Seksyen C – Esei Bahasa Melayu

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)

Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : Bebas

Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon – calon yang memenuhi syarat – syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia berserta lulus dalam bahagian ini akan di panggil untuk temu duga.

PANDUAN PEPERIKSAAN MEMASUKI JAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41 : http://www.pembangunanmasyarakat.com/hop.php?ref=my



INFO JAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41


 



JAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41

by



JAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji:

Peringkat Gaji Minimum - Gaji Maksimum

P1 : RM1,908.45 - RM5,466.95
P2 : RM2,015.37 - RM5,781.39
P3 : RM2,127.01 - RM6,122.73

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM225.00


Syarat Lantikan:


Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,908.45 ] atau
Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM2,112.86 ] dan
lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan di atas; atau
lulus Peperiksaan Khas; dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


Deskripsi Tugas:
Melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di peringkat Jabatan dan naziran pelaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Kementerian.


PANDUAN PEPERIKSAAN MEMASUKI JAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41 : http://www.pembangunanmasyarakat.com/hop.php?ref=my



SOALAN EXAM PEPERIKSAAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT PEGAWAI

 

Tak cukup duit! - Irfan Khairi

by
Oleh Irfan Khairi

Pernahkah anda mengalaminya? Satu keadaan yang menakutkan apabila pendapatan yang kita peroleh tidak cukup untuk membayar perbelanjaan dari bulan ke bulan. Duit yang masuk tidak banyak, tetapi pelbagai bil pula tiba dan bertambah di rumah.

Tidak cukup dengan itu, pemiutang juga memberi tekanan meminta wang pinjaman. Walaupun anda sudah cuba berjimat, duit masih tidak cukup!

Bukan saja menakutkan, situasi sebegini juga membawa kepada stres yang berlanjutan. Sedihnya, ramai yang mengalami keadaan sedemikian. Tanpa menanganinya, ia boleh mengakibatkan muflis. Namun, muflis bukanlah satu jalan mudah untuk menyelesaikan segala masalah.

Saya akui, keadaan tidak cukup duit bukan segala-galanya berpunca daripada kesilapan seseorang itu. Adakalanya ia terjadi akibat kemalangan, sakit, kecacatan, penutupan tempat kerja, keadaan keluarga, ditipu dan pelbagai lagi sebab. Namun begitu, kita sendiri perlu memikul tanggungjawab dalam menangani keadaan yang penuh cabaran ini. Sememangnya sukar, tetapi terpaksa juga lakukan sesuatu dan tiada guna hanya membiarkan keadaan menjadi lebih teruk.

Langkah pertama adalah mencari pendapatan lebih, mungkin mencari kerja tambahan secara separuh masa. Tanya pada majikan anda sama ada terdapat kerja lebih yang boleh anda lakukan secara lebih masa. Terdapat banyak kerja sambilan yang ditawarkan.

Ketepikan ego dalam memilih kerja sambilan. Pepatah Inggeris, "Beggers can't be choosers" bermaksud pengemis tidak boleh terlalu memilih.

Satu ketika dulu ketika saya masih belajar dan menghadapi masalah tidak cukup wang, saya bekerja sebagai tukang cuci untuk mendapat wang tambahan. Zaman Internet ini, terdapat juga pelbagai peluang pekerjaan untuk mendapat pendapatan tambahan yang boleh dilakukan dari rumah. Selain itu, memulakan perniagaan kecil-kecilan juga satu pilihan yang bijak.

Langkah seterusnya adalah menjual apa yang anda tidak perlu. Mungkin di rumah anda terdapat perabot atau barangan yang tidak digunakan dan hanya mengumpul habuk. Inilah masanya untuk menjual dan mendapat wang daripada barangan terbabit. Bukan saja membantu memperoleh pendapatan, tetapi ia juga membantu menambah ruang di rumah anda.

Sekiranya melakukan perkara dinyatakan itu masih tidak mencukupi, tiba masanya untuk ubah gaya hidup dalam mengurangkan perbelanjaan besar anda. Keputusan yang lebih besar perlu dilakukan seperti berpindah ke rumah yang lebih kecil dan murah mengikut kemampuan anda.

Sekiranya kos kereta agak tinggi, mungkin tiba masanya beralih kepada motosikal atau menggunakan pengangkutan awam buat sementara waktu. Seperti yang dikatakan, ketepikan ego dalam menangani masalah tidak cukup wang.

Terdapat juga badan yang membantu dari segi nasihat dan kaunseling kepada mereka yang mempunyai masalah sebegini. Ini termasuk Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang ditubuhkan oleh Bank Negara. Dapatkan bantuan dan sokongan kerana tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan.

- METRO AHAD


Tip Jimat Bil Elektrik

by
Pengguna yang terasa beban kos kehidupan sebenarnya, mempunyai dua pilihan untuk mengatasi keadaan itu iaitu berusaha mendapatkan lebih wang atau kurangkan perbelanjaan.

Kekangan masa, bagaimanapun, menjadikan pilihan kedua sebagai lebih mudah dan praktikal untuk dilakukan.

Ini boleh dimulakan dari rumah, antaranya dengan memastikan penggunaan elektrik secara berhemah yang seterusnya mampu mengurangkan perbelanjaan bil elektrik.

Kemampuan mengurangkan bil elektrik dengan penggunaan berhemah misalnya dibuktikan melalui satu projek pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Marudi, Baram, Sarawak.

Projek tersebut berjaya memenangi pertandingan kecekapan tenaga anjuran Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (Wecam), sekali gus membuktikan kadar penggunaan elektrik dapat dikurangkan sehingga 70 peratus dalam tempoh dua bulan.

Cara tersebut dianggap satu penjimatan wang yang ketara, malah Setiausaha Agung Wecam, Foon Weng Lian amat teruja menyaksikan kejayaan penjimatan yang sebenarnya lebih tinggi berbanding 50 peratus sasaran penjimatan.

Kesatuan Wecam ditubuh oleh Persekutuan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan penggerak lain industri air dan tenaga bagi melindungi kepentingan setiap lapisan pengguna berhubung kitar air dan tenaga negara.

Menariknya, projek pelajar SMK Marudi hanya mengubah beberapa tabiat biasa tetapi amat praktikal termasuk meninggikan suhu penyaman udara di bilik guru dan sebagainya kepada 24 darjah Celsius.

"Banyak pejabat tidak melaraskan suhu penyaman udara mengikut keperluan sebaliknya ditetapkan kepada 16 darjah Celsius sepanjang masa sedangkan tabiat itulah yang banyak merugikan tenaga," tegas Foon.

Terkini, kerajaan juga mengambil inisiatif mengeluarkan pekeliling yang mewajibkan pejabat kerajaan menaikkan suhu penyaman udara antara 23 dan 24 darjah Celsius.

Beliau mengajak orang ramai mencontohi projek pelajar berkenaan termasuk mematikan penyaman udara dan sebaliknya menghidupkan kipas pada hari hujan, serta kerap membuka tingkap untuk meningkatkan peredaran udara.

Lampu juga jarang digunakan pada waktu siang sebaliknya sekolah itu memilih untuk menghias bilik menggunakan warna terang yang membenarkan pantulan cahaya semulajadi menerangi bilik.

Weng Lian kagum dengan komitmen pelajar yang berjaya membuktikan bil elektrik boleh dijimatkan dengan banyak melalui transformasi tingkah laku dan tabiat harian.

Oleh itu, Foon menyeru agar pengguna khususnya ibu bapa dapat belajar daripada pengalaman pelajar sekolah itu dan dapat mengubah beberapa tabiat dalam kehidupan seharian bagi membantu mengurangkan perbelanjaan.

Beliau memberi contoh satu tabiat pembaziran universal iaitu tidak mematikan suis televisyen dan dekoder televisyen kabel apabila tidak digunakan.

"Dekoder yang berada pada mod bersedia sebenarnya masih menggunakan sekitar 85 hingga 90 peratus tenaga elektrik, bayangkanlah berapa banyak tenaga elektrik yang dibazirkan sekiranya ia tidak ditutup sepanjang malam atau 24 jam sehari," tanya Foon.

Arus pendam

Selain menutup suis perkakas elektrik yang tidak digunakan, pengguna juga digesa menanggalkan terus palam perkakas daripada punca kuasa elektrik.

Tegas Foon, masih terdapat arus tenaga pendam yang mengalir merentasi palam ke peralatan elektrik berkenaan jika tidak dicabut meskipun suis telah dimatikan.

Malahan, amalan menanggalkan plak sebenarnya menyelamatkan perkakas elektrik, apabila berlakunya arus limpah ekoran ribut petir yang boleh menyambar litar elektrik dan merosakkan perkakas.

Antara tip mudah yang boleh menjadi amalan sekeluarga di rumah adalah memastikan lampu dan kipas dipadam jika tidak digunakan, jangan sesekali meninggalkan komputer dan alatan elektrik lain selama lebih 30 minit tanpa dimatikan dan palamnya ditanggal daripada punca kuasa.

Pilih dengan teliti barangan elektrik yang lebih menjimatkan tenaga seperti TV yang menggunakan monitor paparan cecair kristal (LCD), pemanas air segera berbanding pemanas air dalam tong dan lampu kalimantang berbanding lampu mentol bulat.

- BERNAMA

Tips Membeli Kamera Digital

by
Oleh Abd. Rahman Saleh

Sebenarnya ramai di kalangan kita mampu membeli pelbagai jenis kamera digital namun adakalanya kita terlepas pandang akan beberapa faktor utama sebagai asas pembelian.

Ini kerana kita terlalu ghairah ketika hendak membeli gajet itu tanpa memikirkan keperluan sebenar memiliki kamera tersebut dengan kegunaan kita sebagai seorang jurugambar.

Ada beberapa faktor yang menentukan pilihan ketika membeli sebuah kamera DSLR kerana ada pelbagai jenama dan jenis dari peringkat asas hingga ke peringkat yang lebih tinggi (professional) sehingga menimbulkan kekeliruan ketika membuat pilihan.

Semoga tips yang diberikan ini dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat agar tidak membazir.

HARGA, anda perlu ada bajet yang sesuai dengan pilihan kamera yang anda ingin mengikut jenama dan jenis kamera yang diidamkan. Jangan nanti setelah tiba di kedai kamera, anda menukar kepada pilihan kamera yang lebih mahal daripada bajet kerana lebihan bajet boleh digunakan untuk membeli aksesori dan sebagainya.

ANDA juga digalakkan membeli kamera yang sesuai dengan aksesori yang telah ada dalam simpanan anda seperti kamera yang hendak dibeli sama jenis dengan lensa atau lampu denyar (speedlight) yang telah anda beli sebelum ini. Kecuali sekiranya anda memang mahu menukar keseluruhan set kamera yang anda hendak beli.

ANDA perlu tahu keperluan atau sebab anda perlu memilikinya - adakah ianya sebagai hobi baru, tugasan di pejabat, membuat liputan sesuatu majlis besar atau tugasan anda adalah seorang jurugambar profesional yang berkaitan media ataupun pengiklanan. Sekiranya anda merasakan ia hanya sebagai hobi, memadailah memiliki kamera DSLR yang biasa atau kamera kompak yang mudah dibawa ke sana sini dan mudah menguasai fungsi yang ada padanya.

SEKIRANYA anda memang sudah cekap menguasai semua perkara asas dan mahu menjadikan kamera sebagai sumber pendapatan sampingan, barulah anda memikirkan untuk membeli sebuah kamera yang berkemampuan tinggi, sesuai dengan tugasan yang hendak diceburi seperti fotografi perkahwinan dan sebagainya.

ANDA juga tidak digalakkan membeli kamera yang mempunyai resolusi terlalu tinggi kerana harganya agak mahal jika anda hanya mencetak gambar bersaiz sederhana. Kamera yang digunakan oleh jurugambar profesional sememangnya memerlukan resolusi tinggi kerana hasil kerja mereka kadangkala akan dicetak dalam saiz besar untuk kegunaan pengiklanan.

Jadi sebelum membeli sesebuah kamera, anda perlu membuat pilihan yang sesuai dengan kegunaan agar anda tidak merasa ia suatu beban atau pelaburan yang merugikan selepas anda mendapatkan sebuah kamera kesayangan anda.

- MINGGUAN MALAYSIA

Apakah yang dikatakan RESUME Memikat?

by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Boleh dikatakan semua orang mampu menulis resume dengan hanya melihat contoh-contoh resume yang ada di internet mahupun resume kenalan anda. Tetapi tahukah anda dengan hanya menulis resume sahaja tanpa melihat kepada strategi penghasilan resume yang menarik dan memikat, anda mungkin akan mengalami sedikit masalah. Masalah yang saya maksudkan ini adalah resume yang dihasilkan mungkin mendatar sahaja. Tiada elemen-elemen memikat.

Saya berikan satu contoh seperti “bernyanyi”. Saya percaya ramai di antara anda yang boleh bernyanyi dengan baik dan sedap didengar. Ini bermakna anda bernanyi dengan nod yang betul, ada yang tinggi dan ada yang rendah. Kepelbagaian nod dan intonasi dalam nyanyian mampu buatkan sesebuah lagu itu sedap didengar. Cuba anda nyanyi satu lagu tanpa mengikut liuk-lentok iramanya – dalam erti kata lain mendatar sahaja dan tiada seorang pun rela mendengar. Mungkin anda seorang sahaja yang sudi mendengar.

Baiklah, contoh ini saya kaitkan pula dengar penulisan resume anda. Penulisan resume tanpa perancangan akan menghasilkan satu resume yang mendatar. Maksud saya resume yang dihasilkan kurang menarik jika bakal majikan melihatnya nanti. Mungkin anda seorang sahaja yang tertarik kepada resume anda. Misi anda adalah mendapatkan pekerjaan pertama anda. Sebelum anda diterima bekerja di sesebuah organisasi tempat kerja anda perlu mempromosikan diri anda sehabis baik untuk pastikan bakal majikan berminat dengan anda. Segala yang hebat tentang diri anda seperti pencapaian anda memerlukan teknik penulisan yang betul untuk menarik perhatian bakal majikan.

Ramai diantara kita yang menulis resume hanya menulis mengikut perspektif diri sendiri.  Tidak salah jika anda menulis sebegini tetapi misi anda adalah buatkan bakal majikan tertarik dengan diri anda untuk diterima bekerja. Jadi, lebih baik jika anda menulis resume yang memenuhi kemahuan pihak syarikat.

Ini bermakna anda menulis satu resume yang ada sasaran. Ia berbeza jika anda terus sahaja menulis resume tanpa memikirkan aspek keperluan majikan. Penulisan resume sebegini hanya akan memberi kepuasan kepada diri anda sahaja bukan kepada bakal majikan. Jadi, agak susah untuk resume anda dipilih ke temuduga.

Anda perlu mengetahui tentang syarikat yang bakal anda mohon. Apabila anda mengetahui sedikit sebanyak tentang syarikat tersebut maka mudahlah bagi anda menulis resume mengikut keperluan syarikat itu sendiri. Walaupun anda cuba untuk memenuhi keperluan syarikat di dalam resume anda, pastikan jangan anda unsur-unsur penipuan.

Anda perlu jujur dalam penulisan resume. Sebaik mana pun resume anda, tetapi jika terdapat unsur penipuan anda mungkin akan mengundang perspektif negatif bakal majikan. Lebih teruk lagi jika resume anda berjaya dipilih untuk ditemuduga nanti. Kantoinya berkali-kali ganda.

Kesimpulannya, lakukan kajian tentang kemahuan syarikat anda mohon kerja terlebih dahulu kemudian penuhi kemahuannya melalui resume anda. Contohnya seperti menjawab ujian ‘Open book’ – Anda baca semua soalan terlebih dahulu kemudian baru cari jawapan di dalam buku. Anda dah tahu kemahuan setiap soalan, jadi tugas anda adalah mencari jawapan untuk soalan tersebut. Cara beginilah bagaimana resume anda mampu memikat bakal majikan anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut dan penerangan lebih jelas, sila ke RAHSIA RESUME KERJA


Tips belajar awal untuk cemerlang

by
SESI persekolahan tahun 2013 sudah pun bermula. Ada yang baru memasuki alam persekolahan, ada yang mula melangkah ke sekolah menengah iaitu Tingkatan 1, ada pula yang memulakan pengalaman baru berada di sekolah berasrama dan terpisah dengan kedua ibu bapa. Anak-anak ini akan mula menyesuaikan diri setelah bersekolah beberapa minggu. Ada pula pelajar yang bakal menduduki peperiksaan besar sama ada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan ini pelajar perlu bersedia awal. Kegagalan belajar awal akan mengundang tekanan yang tidak perlu apabila peperiksaan semakin hampir pada suku ketiga 2013 ini.

Berikut adalah beberapa tip bagi para pelajar yang mahu belajar awal:

Ada pelajar yang memberi alasan tidak suka belajar awal kerana apa yang dibaca dan diulang kaji itu akan lupa dan akhirnya terpaksa dibaca semula ketika menjelangnya peperiksaan. Ini adalah salah faham tentang konsep belajar awal. Belajar awal bukan semestinya mengingati semua apa yang dipelajari. Sebaliknya, belajar awal bertujuan menguasai mata pelajaran dan memahaminya. Kalau lupa sekali pun tidak mengapa sebab pelajar masih punya masa yang panjang untuk mengingatinya. Setelah berulang kali membaca, secara tidak langsung maklumat dan fakta-fakta itu akan tersimpan dalam memori jangka panjang. Yang penting mesti faham dahulu apa yang dipelajari.

Apabila belajar awal, setiap perkara yang tidak faham atau keliru perlu disenaraikan dan diselesaikan segera. Kesilapan utama para pelajar apabila guru mengajar dan mereka tidak faham, maka mereka tidak membuat catatan berkaitan perkara yang tidak difahami itu. Biasanya pelajar hanya mencatat apa yang mereka faham dan menyalin apa yang guru tulis atau paparkan di hadapan. Perkara yang mereka tidak faham dibiarkan sahaja.

Memang ada pelajar yang bertanya tetapi tidak semua perkara sempat ditanya. Malah ramai pula pelajar yang malu bertanya. Akhirnya, perkara yang tidak faham semakin hari semakin banyak hingga akhirnya membuatkan mereka rasa sesuatu subjek itu susah. Kesannya, markah ujian bulanan tidak memuaskan dan ini memperkukuhkan lagi kepercayaan bahawa dia tidak mampu menguasai subjek tersebut atau subjek itu susah. Sedangkan jika dari hari pertama dia senaraikan apa yang dia tidak faham dan selesaikan segera maka masalah sebegini tidak akan berlaku.

Belajar awal bertujuan menyediakan nota ringkas, peta minda, peta konsep, kad imbasan dan seumpamanya sebagai persediaan mengulang kaji apabila tibanya musim peperiksaan. Kesilapan ramai pelajar ialah menyediakan nota-nota ketika menjelang peperiksaan sedangkan nota-nota ini sepatutnya daripada awal lagi sudah disediakan. Apabila peperiksaan semakin hampir masa begitu berharga dan bermakna. Ketika itu fokus utama belajar ialah memastikan semua fakta penting telah dihafal, teknik dan format menjawab soalan diketahui, serta apa yang telah dibaca dapat dikeluarkan semula dengan pantas dan menepati kehendak soalan. Ini bukan masa menyediakan nota. Oleh itu, manfaatkan masa di awal tahun sebegini bagi menyediakan nota-nota peperiksaan.

Belajar awal untuk belajar secara berkumpulan dan melakukan perbincangan. Sepanjang belajar berkumpulan itu tumpukan kepada penyelesaian masalah bukannya sekadar mengulangi apa yang telah diajarkan oleh guru dalam kelas. Caranya ialah setiap pelajar yang terlibat dalam kumpulan dimaklumkan awal topik atau bab yang mahu dibincangkan dan diminta membacanya dahulu dan menyenaraikan setiap perkara yang mereka tidak tahu atau tidak faham.

Pada hari perbincangan, secara bergilir-gilir setiap pelajar melontarkan permasalahan dalam topik atau bab tersebut dan rakan-rakan yang lain membantu memberikannya kefahaman dan menyelesaikannya. Dengan cara itu masalah selesai dan semua berpuas hati. Jika semua orang tidak tahu penyelesaiannya maka buatlah temu janji untuk sama-sama berjumpa guru dan minta bantuan atau penjelasan. Sebaliknya apabila semakin hampir dengan peperiksaan, pelajar lebih perlukan masa belajar secara sendirian bagi menghabiskan jadual ulang kaji.

Belajar awal memberikan pelajar ruang dan masa yang banyak bagi melibatkan diri dalam aktiviti persatuan dan kokurikulum. Disebabkan pelajar belajar secara konsisten maka fikiran mereka tidak terganggu dan mereka juga tidak dihantui dengan rasa bersalah apabila aktif dengan pelbagai aktiviti di sekolah. Ini membuatkan pelajar cemerlang dalam semua bidang dan berpeluang menjadi tokoh pelajar di penghujung tahun nanti.

- UTUSAN

Pelabur harus mengetahui perniagaan diceburi

by
"Gunakan sekurang-kurangnya separuh daripada wang bonus yang diterima untuk tujuan simpanan dan pelaburan," demikian nasihat Ketua Pegawai Pelaburan Allianz Malaysia Bhd., Esther Ong Chen Woon.

Menurut beliau, simpanan merupakan perkara penting bagi tujuan membeli rumah, menabung untuk pendidikan kanak-kanak, untuk kegunaan semasa kecemasan atau perancangan persaraan.

"Memang kita perlu memanjakan diri sendiri selepas berhempas pulas bekerja sepanjang tahun, namun seseorang itu perlu beringat semasa berbelanja bagi memastikan kewangan mereka sentiasa stabil sepanjang hayat.

"Semasa individu masih muda, mereka harus sentiasa bijak berbelanja dan mengumpul kekayaan dalam bentuk deposit," katanya.

Chen Woon menasihatkan orang muda untuk membeli rumah pada permulaan kerjaya terutama kediaman bertanah kerana nilainya akan meningkat dari semasa ke semasa dan bukannya menghabiskan wang untuk membeli kereta.

Katanya, anggapan bahawa pelaburan kereta adalah keperluan merupakan satu pendapat yang salah kerana ia tidak boleh dianggap sebagai aset ekoran nilainya yang menyusut.

Menyentuh mengenai bentuk pelaburan ideal, Chen Woon berpendapat bahawa campuran bon dan ekuiti adalah seimbang dari segi risiko dan pulangan.

Strategi tersebut disasarkan kepada individu bekerja yang tidak mempunyai masa untuk memantau pelaburan mereka.

Beliau turut menasihatkan pelabur supaya selalu mempersoalkan sifat asas bagaimana pulangan tinggi diperolehi.

Katanya, pelaburan yang memberi pulangan terlalu tinggi secara luar biasa seperti yang ditawarkan oleh 'Skim Cepat Kaya' bermakna risiko yang dihadapi juga adalah tinggi dan ia tidak dijamin.

Tambah beliau, pelabur perlu membina pelbagai portfolio dengan gabungan pelaburan yang betul, sesuai dengan keperluan pelaburan atau simpanan individu dan yang paling penting mengetahui asas-asas pelaburan.

"Jangan sekali-kali melabur dalam perniagaan yang anda tidak faham.

"Memahami sifat pelaburan dan berpegang kepada hanya apa yang anda tahu adalah langkah pertama untuk melabur secara betul dan pelabur perlu mengambil kira risiko dan menilai pelaburan sekurang-kurangnya setiap tiga bulan," katanya.

Menurut Chen Woon, terdapat banyak faktor penting yang perlu dipertimbangkan sebelum melabur terutama faktor jangka panjang seperti dasar fiskal dan kewangan, politik dan trend ekonomi.

Seseorang pelabur katanya, perlu memahami kedudukan kewangan negara, selain melihat data asas seperti pasaran kerja, kadar pengangguran, kenaikan gaji dan kos sara hidup.

"Berinteraksi dengan orang ramai dari pelbagai industri seperti peniaga, pemandu teksi, peruncit dan rakan-rakan juga boleh membantu dalam menentukan sentimen pasaran secara keseluruhan.

"Walau apa pun, sekali lagi saya ulangi, lebih banyak berjimat dan kurangkan berbelanja.

"Jangan biarkan keuntungan yang cepat dan pulangan yang tinggi menutupi mata anda, sentiasa melengkapkan diri anda dengan fakta dan pengetahuan. Dengan ini, anda akan pasti bahawa anda melakukan perkara yang betul dengan wang yang anda miliki," tegasnya.

- UTUSAN


Petua Panjang Usia

by
GAYA hidup masyarakat semakin berubah. Remaja hari ini lebih banyak menghabiskan masa bermain komputer dan berinternet berbanding di padang bersama rakan-rakan. Mereka lebih seronok menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak mengeluarkan peluh. Dari segi pemakanan pula, anak-anak kita hari ini terdedah kepada pelbagai makanan yang siap diproses berbanding makanan segar hinggakan buah-buahan dan sayur-sayuran tidak digemari oleh mereka. Mereka lebih suka makan makanan segera dan minuman berkarbonat.

Maka tidak hairanlah jika masalah obesiti atau lebihan berat badan banyak melibatkan remaja dan anak-anak moden terutamanya yang hidup di bandar-bandar besar. Bukan sahaja anak-anak, malah orang dewasa juga kurang melakukan senaman rutin. Meskipun sudah hampir lewat malam atau sudah awal pagi masih berada di kedai makan lagi. Sedangkan esok perlu bangun awal dan bekerja. Akhirnya, produktiviti kerja menurun dan kualiti hidup terjejas.

Usia yang panjang itu boleh didoa dan diusahakan. Cuba fikirkan apakah penyebab kepada kematian? Memanglah jawapannya takdir dan ketentuan Allah. Tetapi dalam masa yang sama manusia boleh berdoa untuk meminta dipanjangkan usia. Kalau diperhatikan penyebab utama kepada kematian adalah kemalangan, pembunuhan (termasuk bunuh diri), penyakit kronik (termasuk jantung) dan usia tua. Ini bermakna mati itu pada kebiasaannya bersebab. Oleh itu jika kita meminta panjang umur tetapi dalam masa sama tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan sengaja mendedahkan diri pada aktiviti berisiko seperti memandu laju dan cuai, maka kemungkinan doa kita untuk panjang umur tidak dimakbulkan oleh Allah. Kerana setiap doa itu perlu diiringi dengan usaha.

Rahsia kepada usia panjang dan bahagia adalah kehidupan yang seimbang. Terdapat empat perkara yang utama dan perlu diberikan perhatian jika mahu hidup lebih lama dan bahagia.

Fikir sebelum makan

Ada orang kata makanan sayang mahu dibuang sebab itu adalah rezeki. Betul, tapi mereka lupa kesihatan tubuh badan juga adalah satu rezeki. Kalau sudah tahu tidak mahu membazir, usah ambil makanan terlalu banyak. Kalau diberikan oleh orang kepada kita, agih-agihkanlah pula kepada orang lain agar tidak membazir. Fikirkan juga sama ada apa yang dimakan itu berkhasiat atau tidak. Budaya terlalu banyak makan makanan yang berlemak, berminyak, bersantan dan bergula hanya memudaratkan kesihatan sendiri.

Lakukan senaman secara rutin

Seharian bekerja memang meletihkan. Namun penat bekerja yang tidak mengeluarkan peluh tidak sama dengan penat bersenam yang mengeluarkan peluh. Senaman yang dilakukan secara rutin memastikan badan dalam keadaan baik sehingga ke usia tua. Kalau sudah tidak larat untuk bersukan, cukuplah dengan berlari-lari anak. Kalau berlari-lari anak juga sudah tidak mampu maka usahakanlah untuk berjalan laju beberapa kilometer sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Sedikit senaman yang dilakukan secara konsisten boleh mencegah tubuh badan daripada pelbagai masalah penyakit kesan daripada lebihan kalori dan kolestrol.

Senaman yang berterusan juga menguatkan otot-otot serta sendi dan ini penting dalam proses pembakaran lemak. Mereka yang mengalami masalah berat badan biasanya malas bersenam. Sebaliknya mereka menjadi kuat makan dan kuat tidur. Gejala ini memburukkan lagi keadaan hingga membawa kepada pelbagai masalah penyakit serta keyakinan diri yang rendah.

Sentiasa positif

Ada ketikanya berfikiran positif itu tidak menyelesaikan masalah yang ada, tetapi tanggapan ini mengubah cara kita melihat masalah itu dan ini secara tidak langsung mengurangkan tekanan emosi pada diri. Malah berfikiran positif juga ada ketikanya membolehkan kita memecah kebuntuan terhadap sesuatu masalah yang selama ini terasa begitu rumit. Apa yang menariknya, berfikiran positif mampu mendorong orang yang positif kepada kita untuk membantu menyelesaikan masalah. Mereka yang positif percaya setiap yang berlaku ada sebab-sebabnya dan mereka belajar sesuatu daripadanya. Dari segi hubungan sosial, mereka yang positif sentiasa bersangka baik, berusaha memperbaiki hubungan, berlapang dada dan suka memaafkan orang lain.

Menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah

Mereka yang mencari bahagia, menyerahkan sepenuh jiwa raganya kepada Allah. Hidupnya untuk beribadah kepada Allah. Apa juga yang dilakukan diniatkan kerana Allah. Mereka ini menjaga ibadah wajib dan menambah ibadah sunat. Mereka sentiasa mencari ruang untuk membuat kebajikan, pemurah, suka menolong orang dan hatinya sentiasa mengingati Allah dalam apa juga keadaan dan perbuatan. Mereka percaya tidak ada satu pun musibah yang boleh berlaku melainkan dengan izin Allah. Tahap keyakinan dan tawakalnya terhadap qada' dan qadar Allah cukup tinggi. Hidupnya tidak dalam keluh kesah, apa lagi merintih atau merungut. Sebaliknya hatinya dididik untuk sentiasa reda dan syukur dengan apa yang diperolehi setelah segalanya diusahakan dengan baik dan bersungguh-sungguh. Hidup mereka berpaksikan akidah yang mantap, melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.

- UTUSAN

FAKTOR PENTING PENILAIAN KERTAS CADANGAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN

by
Mari kita lihat apakah faktor penting yang dinilai oleh bank dalam kertas cadangan yang dikemukakan untuk pembiayaan perniagaan.

Pertama sekali, usahawan perlu:-

* "Memperkenalkan diri" kepada bank dengan menyediakan profil ringkas tentang jenis perniagaan usahawan, termasuk memberikan keterangan tentang produk, perkhidmatan dan teknologi yang akan digunakan dan juga sejarah ringkas perusahaan tersebut.

* Penerangan mengapa anda memerlukan pembiayaan, dan pada masa yang sama membolehkan bank mendapatkan maklumat lanjut tentang jenis perniagaan yang diusahakan oleh usahawan terbabit.

Ia adalah sebahagian daripada proses bank untuk membuat keputusan sama ada untuk memberikan pembiayaan atau tidak.

* Selain daripada jenis perniagaan, pengalaman dan kelayakan pengarah dan juga rakan kongsi, pemilik dan kakitangan pengurusan kanan juga adalah maklumat penting lain yang perlu dimaklumkan di peringkat awal kepada bank.

Ia kerana bank sudah tentu ingin tahu jika pasukan pengurusan kanan syarikat layak mendapat pembiayaan dan menentukan sama ada mereka adalah individu yang boleh dipercayai. Maka, langkah pertama yang boleh diambil ialah menyediakan carta organisasi untuk tatapan bank.

Selain daripada jenis perniagaan dan maklumat mengenai kakitangan pengurusan kanan, satu lagi unsur penting yang perlu dimasukkan dalam kertas cadangan kepada bank ialah sebab syarikat memerlukan pembiayaan.

Tujuan permohonan perlu dinyatakan, di samping bagaimana pembiayaan yang diperoleh akan digunakan dan kemudahan perbankan khusus yang diperlukan daripada bank. Pemohon juga perlu menyatakan jumlah pembiayaan yang diperlukan daripada bank.

Para usahawan perlu sedar bahawa kertas cadangan untuk memohon pembiayaan tidak patut dilihat sebagai cadangan biasa sahaja.

Mereka perlu memanfaatkan teknik terbaik dalam penyediaan kertas cadangan untuk meyakinkan bank. Satu petua penting ialah mengemukakan rancangan perniagaan yang tersusun rapi dengan memuatkan semua maklumat yang dikehendaki oleh bank.

Rancangan perniagaan menjadi panduan bagi usahawan dalam membina sesebuah perniagaan. Rancangan ini menerangkan tentang matlamat perniagaan, mengapa matlamat tersebut berdaya maju dan cara matlamat tersebut boleh dicapai pada dalam jangka masa tertentu.

Salah satu daripada komponen penting rancangan perniagaan ialah rancangan pemasaran, yang menerangkan strategi yang digunakan untuk mengiklankan dan mempromosi produk dan perkhidmatan syarikat. Rancangan ini diperlukan apabila bank menilai perniagaan pemohon.

Rancangan perniagaan menggariskan jenis organisasi dan tahap profesionalisme yang diperlukan untuk menguruskan perniagaan.

Selain itu, rancangan perniagaan juga akan membolehkan bank mendapatkan maklumat penting yang diperlukan mengenai perniagaan, antara lain, untuk membuat penilaian kredit yang objektif, termasuk kewibawaan anggota pengurusan kanan.

Justeru, rancangan perniagaan penting bagi bank untuk mendapatkan maklumat yang boleh didapati secara langsung daripada sumber utama dan bukan daripada sumber lain.

Selain itu, terdapat beberapa dokumen penting yang perlu dikemukakan sebagai dokumen formal.

Ini termasuk akaun telah diaudit atau akaun disahkan yang memaparkan prestasi kewangan; butiran akaun pengurusan yang terkini, jika perlu; sasaran dan pertumbuhan perniagaan yang boleh dicapai, berserta beberapa andaian yang ringkas tetapi padat. Maklumat ini menggambarkan kedudukan kewangan perniagaan.

Bank memerlukan unjuran kewangan perniagaan untuk menilai keupayaan perniagaan membayar balik pembiayaan yang diberikan oleh bank.

Sebuah perniagaan yang diuruskan dengan baik seharusnya mempunyai unjuran aliran tunai wajar yang dilakukan secara bulanan.

Ini bertujuan memastikan hasil kutipan diterima tepat pada masanya, belanja kewangan tetap mampu dijelaskan dan komitmen overhead dibayar secara berkala. Bank menggunakan maklumat ini untuk menentukan sama ada perniagaan ini sedang mengalami masalah aliran tunai.

Apabila menyediakan rancangan perniagaan, usahawan perlu menyampaikannya dengan padat dan ringkas, tanpa memberikan butiran yang tidak perlu dan berlebihan.

Pemohon perlu membuat persiapan awal dan mengkaji semula cadangan perniagaan sebelum mengemukakan kepada bank.

Pengurus hubungan bank, yang bertanggungjawab memproses permohonan pembiayaan akan membuat temu janji untuk berjumpa dengan usahawan untuk tujuan ini.

Bank juga mempunyai kepentingan untuk memastikan kejayaan setiap pelanggannya dan akan memainkan peranan untuk memberikan sokongan padu kepada usahawan tersebut.

- UTUSAN

RMK-10: Guru J-QAF ditambah berikutan masalah kekurangan Guru J-Qaf Di Malaysia

by
Guru-guru untuk program pembelajaran jawi al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain (j-Qaf) semakin berkurangan di semua sekolah rendah di Malaysia. Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Mohamed Sabri Mohd. Arsad berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenainya.

“Purata biasa untuk tiga kelas ialah seorang guru j-Qaf tetapi di Pahang, contohnya, seorang guru terpaksa mengajar enam kelas berseorangan,” jelasnya kepada Kosmo! di sini semalam.Menurut Mohamed Sabri, kekurangan guru-guru itu membimbangkan kerana matlamat untuk program itu tidak akan tercapai sekiranya jumlah guru yang dibekalkan semakin berkurangan.

“Bayangkan, pada tahun ini hanya 1,500 orang guru j-Qaf ada di seluruh negara sedangkan saya dapat maklumat di Perak sahaja 400 guru diperlukan. Mana cukup dengan jumlah 1,500 orang itu untuk tahun ini?”katanya.Mohamed Sabri berkata, masalah itu mula berlaku sejak tahun 2009 dan ia semakin berlarutan sehingga kini.

Sejak tahun j-Qaf mula diperkenalkan pada 2004, ia telah diterima baik murid-murid di sekolah dan ia merupakan satu pembelajaran yang bermanfaat tetapi jika perkara ini terus berlarutan program itu akan jadi sia-sia.Katanya lagi, pihak kesatuan berharap Kementerian Pelajaran mengambil berat soal kekurangan guru itu agar pembelajaran murid-murid tidak terjejas.

13,000 guru J-QAF diperlukan

Kementerian Pelajaran memerlukan kira-kira 13,000 lagi guru bagi program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-Qaf) bagi menampung kekurangan guru program itu di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, setakat ini hanya terdapat 14,000 guru J-Qaf yang mengajar di sekolah rendah terpilih di seluruh negara.

"Cadangan untuk dilaksanakan program J-Qaf di sekolah menengah belum dapat dilaksanakan hingga hari ini kerana masalah untuk mendapatkan guru J-Qaf," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Khatam Al-Quran Sekolah Kementerian Pelajaran Peringkat Kebangsaan Keempat di Masjid Al-Azim di sini, hari ini.

Dr. Mohd Puad berkata, terdapat cadangan bagi memberi peluang kepada guru lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk dilatih menjadi guru J-Qaf.

Bagaimanapun, kementerian menggalakkan mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang berkenaan terutama lepasan universiti tempatan dan negara Timur Tengah memohon jawatan guru J-Qaf.

Beliau berkata, program J-Qaf banyak mencapai kejayaan terutama peningkatan tahap penguasaan jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain kepada pelajar yang mengikuti program itu.

Jadi, jika anda dipanggil ke Temuduga Guru KPLI/ DPLI j-Qaf, jangan lepaskan peluang ini. Lengkapkan diri anda dengan ilmu berguna dan persiapan rapi. Anda boleh mendapatkannya di : http://www.kplij-qaf.com/hop.php?ref=my




Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90