Memaparkan catatan dengan label UniSZA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UniSZA. Papar semua catatan

Rabu, Disember 20, 2023

Jawatan Kosong Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

 



Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf KONTRAK di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Perubatan UD43
2. Pegawai Teknologi Maklumat F41
3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
4. Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29
5. Penolong Pegawai Perubatan UD29
6. Jururawat U29
7. Pengawal Keselamatan KP11

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online melalui laman sesawang UniSZA pada pautan yang diberikan di bawah.

Permohonan hendaklah dibuat sebelum atau selewat-lewatnya 25 Disember 2023 (Isnin).

Keterangan Am

1. Penempatan : UniSZA Kampus Besut

2. Hanya permohonan yang disenarai/ditapis sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

3. Pemohon-pemohon yang tidak menerima apa-apa maklumbalas selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan jawatan adalah dianggap tidak berjaya.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini

Jumaat, Januari 01, 2021

Tanya Pakar@Unisza tawar khidmat nasihat percuma dalam 13 bidang

 

Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) meneruskan komitmen memberi khidmat nasihat secara percuma kepada masyarakat dengan memperkenal inisiatif Tanya Pakar. 

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, pendekatan terbaharu itu membolehkan orang ramai mendapatkan khidmat  nasihat membabitkan 13 bidang utama secara dalam talian. 

Katanya, bidang itu termasuk perniagaan dan pengurusan, agama, undang-undang, pertanian, kebajikan sosial, komputer, kerjaya, terapi seni, alam sekitar serta permasalahan orang kurang upaya (OKU). 

 “Kemudahan Tanya Pakar ini beroperasi setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu, dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. 

 “Sistem ini memudahkan komuniti menghubungi pakar di Unisza yang sentiasa bersedia membantu sekali gus menyelesaikan segala permasalahan masyarakat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Hassan Basri berkata, Unisza bersedia menambah bidang-bidang lain jika diperlukan oleh masyarakat dalam menyelesaikan setiap masalah mereka. 

Katanya, platform yang diperkenal itu seiring dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi untuk mewujudkan Universiti Untuk Masyrakat (U4S) dan Community Heroes yang dihasratkan. 

 “Sehubungan itu, saya berharap komuniti setempat dan rakyat Malaysia dapat memanfaatkan ilmu-ilmu dan kepakaran ini bertepatan dengan motto Unisza, ilmu demi faedah insan,” katanya.

 Untuk maklumat lanjut, layari https://tanyapakar.unisza.edu.my/

Isnin, September 19, 2016

Jawatan Kosong Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) - 29 Sep 2016


Jawatan Kosong Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

1. Pegawai Tadbir N41
2. Pegawai Teknologi Maklumat F41
3. Pegawai Sains C41
4. Pegawai Pertanian G41
5. Penolong Pegawai Tadbir N29
6. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
7. Penolong Pegawai Sains C29
8. Penolong Pegawai Pertanian G29
9. Penolong Pegawai Veterinar G29
10. Penolong Pegawai Latihan Vokasional Dv29
11. Pembantu Setiausaha Pejabat N19
12. Pembantu Tadbir (Perkeranian/operasi) N19
13. Pembantu Kemahiran H19
14. Pembantu Operasi N11
15. Pembantu Awam H11


Borang Permohonan : https://www.unisza.edu.my/

Tarikh Tutup Permohonan : 29 September 2016

Selasa, September 01, 2015

UniSZA Universiti Pilihan Lepasan SPM STPM



Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjadi antara 10 universiti awam terbaik di Malaysia kini menjadi pilihan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk melanjutkan pelajaran.

Naib Canselornya Prof Datuk Yahaya Ibrahim berkata pihaknya bersyukur dan mampu berbangga apabila universiti itu menjadi antara universiti pilihan dalam negara selepas lima universiti penyelidikan seperti Universiti Malaya(UM), Universiti Sains Malaysia(USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

"Mungkin tiga hingga empat tahun lalu orang tak kenal UniSZA, tapi hari ini kita berbangga menjadi 10 universiti popular di Malaysia selepas universiti penyelidikan.

"Hari ini 70 peratus yang mendaftar untuk sesi 2015/2016 ini adalah mahasiswa yang membuat permohonan bagi pilihan pertama hingga pilihan ketiga dan tak semua yang meletakkan UniSZA pilihan pertama dan memohon ke universiti ini dapat masuk ke UniSZA kerana permohonan yang begitu memberangsangkan," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Perasmian Minggu Mesra Siswa Kemasukan Ijazah Sesi 2015/2016 yang dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

Yahaya berkata UniSZA bukan sahaja menjadi universiti pilihan, malah beberapa kursus yang ditawarkan di tiga fakulti di universiti itu menjadi pilihan utama.

"Kita mempunyai 10 fakulti yang terdiri daripada pelbagai bidang, dan tiga fakulti yang paling menjadi pilihan ialah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan dan Fakulti Undang-Undang, Perakaunan dan Hubungan Antarabangsa.

Kami di pihak UniSZA akan sentiasa memperbaiki pelbagai prasarana untuk keselesaan pelajar dan kelak UniSZA akan dilengkapi dengan bangunan canselori baharu, Bangunan Pusat Pengajian Siswazah, Bangunan Pusat Kecemerlangan(COE), Kompleks Hal Ehwal Pelajar, Kompleks Sukan dan Kompleks Asrama yang dapat menampung 3,000 pelajar," katanya.

Yahaya berkata pihaknya juga bersedia untuk menawarkan peluang untuk mahasiswa universiti berkenaan yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Sementara itu Razali berkata beliau berharap mahasiswa universiti berkenaan untuk bergiat aktif dan tidak hanya menumpukan pendidikan semata-mata.

"Mahasiswa harus melibatkan diri juga dalam aktiviti kokurikulum, mencari ruang dan peluang untuk menjadi pemimpin pelajar supaya dapat melahirkan mahasiswa yang mempunyai pelbagai kebolehan dan melahirkan mahasiswa yang berdaya saing," katanya.

Lebih 1,800 mahasiswa mendaftar di UniSZA sempena kemasukan baharu 2015/2016.


Recent Posts