Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label bandar pintar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bandar pintar. Papar semua catatan

Majlis Bandar Pintar diwujudkan

by

Kerajaan akan melancarkan Majlis Bandar Pintar di bawah Rangka Kerja Pembangunan Bandar Pintar Malaysia 2018-2025 menjelang akhir tahun ini dengan mengadakan syor atau cadangan kepada 13 ketua menteri dan menteri besar ke arah mewujudkan bandar pintar yang sesuai didiami.

Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Datuk Mohd. Anuar Maidin berkata, majlis itu yang menyasarkan untuk meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai antara bandar pintar dunia akan menyenaraikan 78 penunjuk di bawah rangka kerja tersebut.

Beliau berkata, majlis ber­kenaan akan dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Menurut Indeks IESE Cities Motion 2019, London muncul sebagai bandar paling pintar dunia (dengan skor indeks 100 peratus), manakala Kuala Lumpur menduduki tangga ke-100 dengan skor 52.83 peratus.

“Apabila setiap negeri dapat mematuhi rangka kerja itu menjelang 2025, kami berharap dapat mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus atau 70 peratus (skor), namun ia bergantung kepada kewangan kami,” katanya kepada Bernama di luar acara Smart Cities Asia 2019 di sini semalam.

Bandar pintar boleh ditakrifkan sebagai bandar yang dilengkapi teknologi maklumat dan komunikasi bagi menaik taraf kualiti dan prestasi perkhidmatan seperti pengangkutan dan utiliti demi mengurangkan kos, penggunaan sumber dan pembaziran.

Mohd. Anuar berkata, rangka kerja itu sedang dalam proses untuk mendapat kelulusan Kabinet.

Jelasnya, hala tuju bandar pintar merangkumi pelan jangka panjang, teknologi bagi meningkatkan kualiti hidup, perubahan organisasi, rangka kerja undang-undang yang disenangi, kemampanan, skala dan evolusi ke arah kos lebih rendah serta data terbuka.

Katanya, Malaysia turut mempunyai penunjuk bagi membantu mengurangkan bencana alam se­perti banjir dan jerebu.

PLANMalaysia memainkan peranan melalui fungsi-fungsinya di tiga peringkat kerajaan iaitu persekutuan, negeri dan tempatan bagi memastikan perancangan kegunaan, pembangunan dan pemeliharaan tanah yang sempurna.

– Bernama


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90