Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label bom. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bom. Papar semua catatan

Jangan Keluarkan Perkataan "Bom" Di Lapangan Terbang - Polis

by

Polis Sepang mengingatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan perkataan 'bom' walaupun sekadar bergurau ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) kerana ia merupakan kesalahan serius.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, peningkatan ketara kes yang melibatkan perkataan bom di KLIA dan klia2 pada tahun ini adalah membimbangkan.

"Sepanjang tahun lepas, terdapat tujuh kes yang melibatkan individu yang mengeluarkan perkataan bom iaitu empat di KLIA dan tiga di klia2. Pada tahun ini sahaja bagi tempoh 1 Januari hingga Selasa (3 Mei) sudah ada lapan kes melibatkan perkataan bom dengan dua di KLIA dan enam di klia2.

"Ini merupakan peningkatan membimbangkan jadi saya ingin mengingatkan orang awam supaya tidak mengeluarkan perkataan bom ketika berada di kedua-dua lapangan terbang ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

Mengeluarkan perkataan bom walaupun tiada ancaman tetap dianggap satu kesalahan serius, ia tidak boleh diucapkan sesuka hati, tambah Abdul Aziz.

Tambah beliau, individu yang mengeluarkan perkataan bom ketika di KLIA atau klia2 akan ditahan dan dibawa ke IPD Sepang, menyebabkan mereka terlepas peluang menaiki penerbangan ke destinasi yang dihajati.

"Ini akan menyebabkan mereka menanggung rugi apabila tidak dapat menaiki pesawat dan terpaksa membeli tiket yang baharu," katanya dan menambah kes terbaru dilaporkan di klia2 dua hari lalu.

Jelas Abdul Aziz mengikut Kod 92 Aiport Emergency Plan, mengeluarkan perkataan bom adalah dikategorikan sebagai salah satu unsur ancaman dan ia merupakan satu kesalahan serius walaupun dengan niat bergurau atau menunjukkan rasa tidak puas hati.

Katanya, individu yang ditangkap kerana mengeluarkan perkataan bom di lapangan terbang boleh dituduh di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksima penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Jelas Abdul Aziz, kesemua 15 individu yang ditahan di KLIA dan klia2 hingga Selasa kerana menggunakan perkataan bom ketika di lapangan terbang atau sebelum pesawat berlepas sudahpun didakwa di Mahkamah Majistret Sepang.

"Daripada 15 individu yang ditahan itu hanya dua warga asing, selebihnya adalah warganegara Malaysia.

"Kebanyakan mereka ditahan polis bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad ketika berada di bahagian pemeriksaan bagasi, manakala seorang warga asing ditahan di dalam pesawat sebelum penerbangan berlepas," katanya.

- Bernama

Beg Disyaki Ada Bom Di Suria KLCC

by


Pengunjung ke Menara 2 di Suria KLCC pada Sabtu digemparkan dengan penemuan empat beg yang dikhuatiri mengandungi bom. Beg berkenaan ditemui di bahagian tepi bangunan di antara pintu masuk utama Suria KLCC dan Menara 2 oleh polis bantuan KLCC pada kira-kira 10.30 pagi.

Sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) dari IPD Dang Wangi lengkap berpakaian kalis letupan bergegas ke lokasi kejadian sebaik saja menerima panggilan. Anggota UPB melakukan prosedur meletupkan beg berkenaan pada kira-kira 1.45 petang di luar menara itu.

Namun tiada letupan berlaku. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad ketika dihubungi Bernama kemudian mengesahkan beg itu hanya mengandungi pakaian lelaki. Beliau berkata selepas prosedur letupan, beg itu diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman pula berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada polis bantuan pada pukul 12.35 tengah hari. Sepasukan bomba dan penyelamat dari balai Keramat dan Unit Hazmat dikejarkanke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan," katanya.



Gambar suspek bom Bangkok tersebar

by
Beberapa gambar menunjukkan seorang lelaki asing didakwa suspek yang meletakkan bom di Bangkok semalam tersebar di laman sosial.

Menurut Bangkok Post, lelaki asing berkulit cerah tersebut didakwa sampai ke lokasi menggunakan tuk-tuk sambil membawa sebuah bungkusan dan beg, dan dilihat tidak membawa barangan tersebut tidak lama kemudian.

Namun begitu, pihak polis masih belum dapat memastikan siapa suspek sebenar dalam kejadian malam semalam.

Jurucakap polis, Leftenan General Prawut Thavornsiri memberitahu, sebanyak 15 rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sudah diperiksa setakat ini.

Beliau memberitahu, pihak berkuasa terpaksa mengambil masa untuk mengumpul bukti kerana letupan bom malam semalam berbeza dengan kes-kes pengeboman sebelum ini.

Sementara itu, Setiausaha Kesihatan, Narong Sahametapa dan para doktor memberitahu agensi DPA bahawa terdapat kekeliruan dalam mengenal pasti kewarganegaraan mangsa.

"Mereka tidak mampu bergerak dan tidak membawa sebarang dokumen pengenalan semasa kejadian," kata Dr Narong.

Menurut beliau, mangsa paling muda dalam kejadian tersebut adalah seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang cedera di kepala.

"Beberapa mangsa yang sudah dirawat dibenarkan keluar dari hospital, tetapi mereka yang masih trauma atau alami luka terbakar masih dirawat," akhiri beliau.




Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90