Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label ltdl 2020. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ltdl 2020. Papar semua catatan

Petronas LTdL 2020

by


Tirai PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 disingkap dalam suasana meriah dengan berlangsungnya majlis Pengenalan Pasukan yang menampillkan semua 21 pasukan yang bersaing pada edisi ke-25.

Barisan pasukan terdiri dari satu pasukan dunia, lima pasukan pro, 14 pasukan benua dan satu pasukan kebangsaan diperkenalkan pada majlis mencatat sejarah tersendiri yang berlangsung buat julung kali di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

LTdL kembali ke Sabah dan Sarawak selepas tempoh 23 tahun, sekali gus mencatat satu lagi kegemilangan buat perlumbaan yang kini tersenarai sebagai ProSeries mulai tahun ini.

Acara pembuka saingan bermula dengan perlumbaan Kriterium Antarabangsa sejauh 90 kilometer di sekitar bandar Kota Kinabalu sebelum bermulanya saingan sebenar Peringkat 1 di Kuching Jumaat ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam ucapan menerusi tayangan video pada majlis berkenaan, memberikan kata-kata ransangan buat pelumba, pegawai dan keseluruhan rombongan LTdL 2020.

“Biarpun tidak hadir secara fizikal, saya tetap akan mengikuti perkembangan perlumbaan ulung negara ini secara dekat. Saya berjanji akan menemui anda semua pada saingan hari terakhir di Langkawi pada 14 Februari ini,” kata Tun Dr Mahathir yang mengulangi keistimewaan LTdL sebagai acara seharusnya menjadi kebanggaan semua.

“Saya menyeru supaya semua yang terbabit dalam penganjuran LTdL ini berusaha lebih keras untuk mencatatkan kebanggaan dan pencapaian baru.  Adalah menjadi harapan saya supaya kita dapat menaikkan status perlumbaan sebagai acara penuh berprestij kepada acara yang mempunyai identiti yang kukuh dan dapat terus bertahan untuk tempoh 25 tahun lagi.”

Tun Dr Mahathir melahirkan harapan supaya LTdL menjadi setanding Giro d’Italia dan Tour de France yang menyaksikan peminat sukan berbasikal antarabangsa merancang beberapa tahun lebih awal untuk mengalami kemeriahan perlumbaan dan menikmati keindahan negara berkenaan.

“Saya yakin ini mampu dicapai. Pada masa ini, pelumba kita sudah bertaraf dunia dan untuk mencapai apa yang dicapai oleh Giro d’Italia dan Tour de France, kita mestilah terlebih dahulu menarik penyertaan peminat dan komuniti dalam sukan berbasikal. Untuk itu, kita mesti bijak melakukan perancangan yang komprehensif dan mula melaksanakan usaha bagi merealisasikannya,” kata Tun Dr Mahathir.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ketua Pegawai Operasi Human Voyage, Shahaizereen A Hamid dan Naib Presiden PETRONAS, Bacho Pilong yang mewakili Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Syed Saddiq dalam ucapannya memuji usaha penganjur sambil menggesa orang ramai dan peminat menyokong edisi kali ini dengan menyertai pelbagai acara selain memberikan sokongan padu kepada pelumba.

Lumba basikal, kata beliau, mempunyai jumlah peminat yang ramai mencecah anggaran 3.5 bilion di Eropah, Amerika Utara dan China.

“Tahun ini, saingan akan ditayangkan secara langsung kepada ratusan juta penonton menerusi siaran langsung Eurosport2 di 52 buah negara dan 11 negara di Eurosport Asia-Pasifik.

“Di negara China, perlumbaan akan disiarkan di saluran Hainan TV, Qinghai Satellite TV dan Zhibo TV. Qinghai Satellite TV sahaja mempunyai jumlah pengguna berdaftar lebih 700 juta manakala Hainan Satellite TV lebih 650 penonton berdaftar,” kata Syed Saddiq sambal menambah LTdL 2020 juga akan dipromosikan menerusi platform digital popular di China seperti WeChat, Weibo selain di saluran YouTube Human Voyage.

Syed Saddiq melahirkan penghargaan kepada semua barisan penaja seperti penaja acara PETRONAS, penaja utama Genting Malaysia Berhad dan MMC, serta penaja rasmi lain seperti KLCC dan Putrajaya Holdings selain Volkswagen, Berjaya dan Bank Rakyat.

Sementara itu, Wan Zulkiflee berkata, PETRONAS menghargai jalinan kerjasama dengan LTdL sekali lagi pada tahun ini.

“Penajaan ini bertepatan dengan komitmen PETRONAS ke arah membangunkan negara menerusi pembinaan tenaga insan. Kami memperakui usaha mewujudkan nilai dan impak sosial sebagai asas untuk mewujudkan negara yang progresif dan mampan,” katanya.

Saingan LTdL 2020 bermula dengan acara “pemanas badan” Kriterium Antarabangsa Malaysia sebelum bermula jelajah sebenar Peringkat 1 di Kuching Jumaat ini.

LTdL 2020 akan berpindah merentasi Laut China Selatan menuju ke Kuala Terengganu untuk Peringkat 2 pada Sabtu ini sebelum meneruskan kayuhan ke Pantai Timur.

Perjalanan seterusnya menyusuri Pantai Barat menuju ke utara untuk saingan penamat Peringkat 8.

Perlumbaan 8 peringkat akan berakhir di Langkawi pada 14 Februari sebelum tirai dilabuhkan dengan perlumbaan sampingan Klasik Antarabangsa Malaysia dianjurkan sempena sambutan jubli perak LTdL pada 15 Februari.

PASUKAN LTDL 2020:

NTT Pro Cycling Team (Afrika Selatan); Androni Giacatolli-Sidermec (ITA); Bardiani CSF Fanzane (ITA);  Nippo Delko One Provence (Perancis); Vini Zabu KTM (ITA);  B&B Hotels-Vital Concept (Perancis);  Aisan Racing team (Jepun); Team Bridgelane (AUS); PGN Cycling Team (INA); KSPO Professional (KOR); ARA Pro Racing Sunshine Coast (AUS); SSOIS Miogee Cycling Team (CHN); St George Continental Team (AUS); Team Sapura Cycling (MAS); Terengganu Inc. TSG Cycling Team (MAS); Thailand Continental Team (THA);  Vino-Astana Motors (KAZ); Wildlife Generation Pro Cycling (AS); Utsonomiya Blitzen (JPN); HKSI (Hong Kong); Pasukan Kebangsaan Malaysia.

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90