Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label mr diy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mr diy. Papar semua catatan

MR DIY jual produk kesihatan, penjagaan diri

by

 

Peruncit barangan rumah, MR DIY Group (M) Bhd (MR DIY) mempelbagaikan lagi pilihan barangannya dengan menambah produk kesihatan dan penjagaan diri.

Naib Presiden Pemasaran MR DIY, Andy Chin, berkata penambahbahan produk itu seiring dengan usaha berterusan kumpulan menjadikan produk mampu milik lebih mudah diakses oleh pengguna.

Beliau berkata, MR DIY kini membawa masuk 69 produk dari pelbagai jenama kesihatan dan penjagaan diri termasuk vitamin, makanan tambahan, produk kebersihan, penjagaan kebersihan diri dan mulut.

Katanya, pandemik COVID-19 meningkatkan keperluan memiliki produk kesihatan dan penjagaan diri dikalangan pengguna.

"Penambahan produk di semua rangkaian MR DIY ini memperkukuhkan lagi peranan kami sebagai pusat sehenti untuk keperluan harian bagi semua rakyat.

"Ia juga seiring dengan keperluan serta kehendak pengguna dengan harga yang rendah. Pengguna kini sentiasa mencari produk berkualiti dengan harga rendah dan MR DIY sentiasa memberikan yang terbaik kepada pengguna," katanya dalam satu kenyataan.

Chin berkata, MR DIY juga menjalin kerjasama erat dengan pembekal bagi menguruskan secara menyeluruh barisan produk kesihatan dan penjagaan diri yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan seisi keluarga.

Rangkaian produk baharu itu, katanya, boleh didapati dengan harga rendah di lebih daripada 350 cawangan MR DIY kedai seluruh negara bermula 1 Jun sebelum ditambah ke kesemua rangkaiannya dalam masa terdekat.

Beliau menambah, pelanggan juga boleh membeli produk ini secara dalam talian di www.mrdiy.com.my.

"Sempena dengan pelancaran ini juga, MR DIY memberikan 15 peratus diskaun kepada lebih 35 produk," katanya.

Sumber : Berita Harian

25 cawangan baharu MR. TOY tahun 2021

by


 

Peruncit barangan keperluan kediaman, MR D.I.Y. Group (M) Bhd. (MR D.I.Y.), berhasrat untuk memperluaskan kehadiran jenama kedai permainannya, MR. TOY dengan membuka 25 premis baharu pada tahun 2021.

Naib Presiden Pemasaran MR D.I.Y., Andy Chin berkata, pihaknya juga bakal membuka lapan cawangan baharu MR. TOY menjelang akhir tahun ini.

Pelan tersebut bakal menggandakan jumlah premis MR. TOY kepada 61 buah berbanding 28 premis buat masa sekarang dan menurut Andy, jenama itu disasarkan supaya memiliki kehadiran di setiap pasaran utama dan bandar-bandar di seluruh negara.

“Namun, ia bukan setakat pertumbuhan jumlah kedai, kami ingin fokus pada pertumbuhan jenama dengan mengukuhkan hubungan dengan pelanggan untuk membina kesetiaan dan mendorong pembelian berulang.

“Kami mahu berada di atas trend semasa dan sentiasa memiliki apa yang dicari oleh pelanggan serta memenuhi keperluan dalam segmen permainan tanpa menjejaskan kualiti atau formula kami untuk menyediakan harga yang boleh diakses ramai.

“Selain itu, langkah ini juga membantu membina hubungan baharu dengan pengeluar, membolehkan kami menawarkan produk lebih luas,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Menurut Andy, MR. TOY menawarkan rangkaian permainan yang luas merentasi sembilan segmen daripada bayi, kanak-kanak serta orang dewasa selain untuk minat yang pelbagai.

Jelasnya, sejak jenama itu mula diperkenalkan pada Mei tahun lalu, pasaran telah memberikan respons yang sangat positif kepada penawaran yang disediakan MR. TOY, membawa kepada pertumbuhan pesat jenama berkenaan.

“Asas pelanggan berulang kami juga bertumbuh sangat pantas, hal ini dapat dilihat menerusi saluran media sosial kami,” katanya.

Sumber : Kosmo!

 

 

MR.D.I.Y. tawar pelbagai hadiah menarik bernilai RM250,000

by

 

MR. D.I.Y. menyambut ulang tahunnya yang ke-15 dengan menganjurkan kempen selama tiga bulan bermula Oktober yang menawarkan pelbagai hadiah menarik selain harga jualan lebih rendah.

Naib Presiden Pemasaran MR. D.I.Y., Andy Chin berkata, sepanjang bulan ini, MR. D.I.Y. menawarkan diskaun sehingga 30 peratus untuk produk terpilih di semua cawangan seluruh negara.

“Syarikat juga akan menawarkan pulangan tunai RM3 apabila menggunakan Maybank QRPay di cawangan terpilih,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Menurut Chin, bermula 1 November hingga 31 Disember pula, pelanggan yang menggunakan kad ATM untuk membuat bayaran layak menyertai pe­raduan MyDebit Je Dengan Kad ATM Anda & Menang serta berpeluang membawa pulang lebih dari 300 hadiah menarik bernilai lebih RM250,000.

Ia termasuk hadiah utama sebuah kereta Honda HR-V 1.8L E, tiga unit Yamaha Y15ZR, lima unit iPhone 11 Pro Max (64GB), sepuluh unit televisyen pintar Samsung 50 inci 4K UHD dan 365 hadiah sagu hati baucar tunai MR. D.I.Y. bernilai RM200.

Selain itu, tambah beliau, pe­raduan #MRDIYSuperFans yang sedang berlangsung sehingga 12 November ini akan membo­lehkan pelanggan memenangi hadiah utama iPad Air 64GB selain berpeluang menjadi salah seorang daripada 15 pemenang bertuah untuk dipaparkan di papan iklan digital MR. D.I.Y. di Lebuh raya Damansara Puchong.

Chin menjelaskan, syarikat menghargai kesetiaan dan soko­ngan pelanggan sepanjang tempoh syarikat beroperasi.

MR. D.I.Y. telah membuka cawangan sulungnya pada 2005 di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.


 

 


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90